,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday, 9 July 2012

DONG ZHONG boleh di DAKWA atas AKTA HASUTAN



DONG ZONG SUDAH SEMAKIN KURANG AJAR! APA YANG MEREKA MAHUKAN SEBENARNYA?



Dong Zong kembali menonjolkan diri pada penghujung penggal pilihanraya. Sememangnya itulah yang dilakukan oleh Dong Zong. Berasakan mereka adalah kuasa sebenar masyarakat pengundi Cina, Dong Zong, apatah lagi dengan pemimpin-pemimpin Melayu yang menjadi tulang belakang negara ini asyik bertelagah dalam mengekalkan kuasa pemerintahan, Dong Zong melihat ruang yang sangat besar untuk menjadi batu api.

Tuntutan terbaru Dong Zong adalah menyamaratakan Bahasa Mandarin dengan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia!

Sekaligus, Dong Zong secara terang-terangan memberikan isyarat bahawa mereka dan DAP adalah satu. Perjuangan mereka adalah sama. Kehendak mereka juga adalah sama. Ketuanan Cina di Malaysia perlu diperkukuhkan dan Malaysia akhirnya perlu ditukar segala-galanya.

Itu perjuangan Dong Zong yang berselindung di sebalik institusi pendidikan vernakular.

DAP pada awal-awal kewujudannya sehinggalah tercetusnya tragedi 13 Mei 1969, memaksa kerajaan Malaysia menerimapakai Cina sebagai kuasa penjajahan menggantikan British. Secara terselindung, mereka telah berjaya melakukannya. Sekolah-sekolah vernakular telah terbina dengan banyaknya dan walaupun bukan atas nama sekolah baru, sebaliknya atas nama 'CAWANGAN' atau 'SEKOLAH FRANCISE' namun matlamat sebenar perpaduan dan kesatuan rakyat Malaysia sepertimana yang dipersetujui ketika JUS SOLI diberikan kepada pendatang dari India dan China, tidak lagi dipedulikan!

Kuasa itulah yang membuatkan sekolah-sekolah vernakular, akhirnya bertukar menjadi Sekolah Jenis Kebangsaan. Kuasa itu jugalah yang membuatkan sekolah-sekolah vernakular, menerima bantuan daripada kerajaan. Dan kuasa-kuasa itu jugalah yang meletakkan sekolah-sekolah vernakular menjadi sangat penting, sepenting sekolah-sekolah kebangsaan.

Puncanya…. UNDI MASYARAKAT CINA dan sikap pemimpin-pemimpin Melayu-Bumiputera yang terlalu berlembut dan takut menyakiti hati masyarakat tetamu di Malaysia.

Anehnya, masyarakat Bumiputera, tidak pula menuntut kewujudan sekolah-sekolah vernakular aliran mereka. Masyarakat Iban tidak menuntut sekolah-sekolah vernakular Iban. Masyarakat Kadazan, tidak menuntut sekolah-sekolah vernakular Kadazan. Masyarakat Jawa tidak menuntut sekolah-sekolah vernakular Jawa… dan sebagainya….

Dari tahun 1955, iaitu ketika JUS SOLI membolehkan masyarakat tetamu dan pendatang menjadi warganegara Malaysia dengan hak-hak yang terjamin dan lebih penting lagi ialah hak mengundi yang sama taraf dengan masyarakat Bumiputera, biarpun terdapat segelintir kecil yang mampu berbahasa Melayu, kebanyakan daripada mereka, mempunyai penguasaan Bahasa Melayu yang sangat lemah.

Secara tidak langsung, sebenarnya masyarakat pendatang dan tetamu ini sebenarnya tidak berminat langsung untuk menjadi warganegara Malaysia, kecuali mereka hanya berminat dengan harta benda yang berjaya mereka kumpulkan di negara ini, dan kemudian tersangat bimbang sekiranya Melayu-Bumiputera akan merampas harta benda berkenaan seperti yang dilakukan di negara-negara lain seperti Indonesia, Fiji dan sebagainya.

Pada ketika masyarakat Cina di Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam berjaya berasimilasi dengan masyarakat setempat biarpun jumlah mereka lebih ramai berbanding di Malaysia, masyarakat Cina Malaysia pula tersangat megah dengan apa yang mereka ada dan sentiasa cuba berlagak untuk menjadi TUAN PENJAJAH yang sebenar.

Tuntutan terbaru Dong Zong, mengesahkannya!

Menyamaratakan Bahasa Mandarin dengan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia sedangkan pada masa yang sama, masyarakat Cina sendiri tidak mampu menguasai Bahasa Melayu, merupakan perkara yang sangat bertentangan dengan Perkara 152 dan 153 Perlembagaan Malaysia yang membuat ketetapan tentang Agama Islam, Bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan Adat Istiadat Melayu adalah perkara mutlak di negara ini.

Tidak dinafikan, sebenarnya kaum pelajar seharusnya menguasai Bahasa Mandarin sebagai salah satu daripada mata pelajaran di sekolah-sekolah tetapi ia adalah perkara yang berbeza apabila menjadikan Bahasa Mandarin sebagai Bahasa Rasmi Negara!

Amerika Syarikat, Britain, New Zealand, Kanada yang mempunyai dua bahasa rasmi iaitu Bahasa Inggeris dan Perancis, Australia, Jerman dan negara-negara maju lain juga mempunyai komposisi penduduk dan rakyat berbangsa Cina yang ramai. Anehnya di sana, Dong Zong mereka tidak pula menuntut agar Bahasa Mandarin disama ratakan dengan Bahasa Inggeris atau Perancis. Sedangkan di Malaysia, selepas mereka berjaya membuat tuntutan untuk mengekalkan sekolah vernakular, Bahasa Melayu pula mereka ingin injak-injakkan.

Bermula dengan Bahasa Melayu, Dong Zong pastinya akan disertai oleh kumpulan-kumpulan lain yang beridentitikan agama pula untuk mendesak agar agama-agama lain disamaratakan di Malaysia bersama-sama agama Islam pula.

Suatu ketika, masyarakat pendatang ini menumpang di tanah-tanah Melayu sama ada untuk berniaga kecil-kecilan atau menanam sayur. Kemudian apabila mereka ada duit, mereka pun meminta untuk membeli tanah yang mereka duduki. Melayu yang menumpangkan mereka, bersetuju. Selepas tanah dibeli, mereka mula membina pagar kemudian menyusahkan laluan. Tidak mahu wujud persengketaan, akhirnya bidang tanah yang lain dijual kepada si penumpang dengan harga yang sangat murah.

Apabila mereka sudah ada tanah yang luas, mereka memasang pagar yang lebih besar dan lebih kukuh. Tidak ada sesiapa pun yang dibenarkan lalu atau menumpang di tanah mereka. Pada masa yang sama, mereka menjalankan usaha membeli tanah-tanah berhampiran dengan pelbagai helah dengan menggunakan modal yang kecil. Dengan Melayu yang menjadikan penjualan tanah sebagai penyelesai masalah, terjaminlah cita-cita si penumpang tadi untuk menjadi tuan.

Dahulunya penumpang, akhirnya mereka jadi tuan….

Allah Taala menjadikan setiap bangsa mempunyai wilayah kekuasaannya sendiri. Tidak dijadikan-Nya manusia itu berbilang-bilang bangsa, berpuak-puak melainkan agar mereka lebih bersatu dan lebih memahami kekuasaan Allah Taala. Disuruh-Nya berpegang kepada Tali-Nya. Namun diperingatkan-Nya tentang ancaman musuh-musuh Islam dan umat-Nya serta diperintahkan-Nya mempertahankan hak masing-masing.

Don Zong ingin Bahasa Mandarin menjadi Bahasa Kebangsaan… mungkinkah mereka sudah bersedia untuk menanggalkan kewarganegaraan Malaysia seandainya ujian mendapati, mereka gagal menguasai Bahasa Melayu sama ada menerusi tulisan apatah lagi lisan?

Kita tengok, siapa di kalangan PAS dan Melayu PKR yang akan bersama-sama DAP dalam isu Don Zong ini. Kita akan boleh lihat, Melayu jenis mana yang suka jual tanahnya dan kemudian menjadi pengemis tidak berumah nanti!!!

Sumber: Kedahan69ers!

amukanmelayu - Islamelau di jajah sekali lagiiii.......................