,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday, 24 July 2012

MENANG JADI ARANG....YANG KALAH MENJADI ABU.....


APAKAH TAKSUB KITA KEPADA PARTI MEMBAWA MAKSUD KITA TELAH BEKORBAN UNTUK UGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR?

Sokongan kepada parti sehingga menjadikan parti itu kuat dan 
kebal dari pihak lawan kadang kadang telah menjadikan parti itu
 leka dan angkuh sehingga mengabaikan ahli-ahli parti dan 
seterusnya rakyat yang menyokong dan mengundi parti tersebut.
 Ini yang telah berlaku pada BN. Dek terlalu lama memerintah 
dan terlalu lama BERSEKONGKOL.... sehingga BN di anggap 
UMNO dan UMNO di anggap BN. Samalah dengan MCA dan MIC.

Hanya satu contoh....Pada satu ketika....jika anda melalui jalan 
bawah (antara Kuala Kedah dan Yan)....anda akan melalui 
pemandangan sawah yang indah dan mengasyikkan. Sehingga
 tidak terasa jalan yang berlopak dan berlubang dan 
semestinyalah Kawasan itu adalah kawasan Penyokong
 PAS dan jalan yang tar berkilat semestinyalah kawasan UMNO.
 Sedangkan semua kawasan ini majoritinya adalah Islamelayu.

Selepas zaman ini....maka timbul pula zaman manja BERLEBIHAN.
 Apa jua projek kerajaan dan bantuan kerajaan semuanya 
di bolot "Orang Depa" saja. Dari beras, pukat, baja, PPRT dan
 segalanya di suap kepada "Orang Depa". Masa terus berubah....
yang manja telah menjadi "Anak Durhaka". Kalu tak bagi "Kami
 akan Menyeberang" sebelah sana......inilah penyakit dan barah
 yang telah merebak di dalam UMNO dan BN, kemudian dia 
berjangkit pula kepada NGO-NGO....ini termasuklah Dong Zhong. 

Sedangkan penyokong BN menggunakan Konsep Mengugut 
untuk mencapai maksud tersirat....PAS pula "MENGASUH" 
setiap ahlinya di setiap ceramah dengan menanamkan sifat-sifat
 "SABAR, Taat, IKLAS, REDHO, DUGAAN dan Ujian mengukur
 keimanan kita". Walau pun sakit di hati masih terasa di anak 
tirikan di Negara sendiri sekian lama...."Orang Depa" semuanya
 dapat ....sedangkan "Orang Sebelah Sana" di bantu alakadar 
sahaja. Inilah yang terbuku didalam hati, bertahun lamanya....
maka bila ianya pecah....suasana sudah tidak dapat di bendun
lagi. Perasaan CEMBURU telah bertukar BENCI.....sudah tidak
 terubat lagi..... hati telah menjadi BATU dan BEJAL dengan 
UMNO dan BN. Walau pun mereka tahu yang Orang Sebelah 
Sana tak mampu dan berjanji palsu....asalkan hati puas......
seperti sebuah cerita dari Korea.

.......di mana seorang pekerja kilang yang amat benci dengan
 Presidentnya. Satu hari President Korea telah melawat 
kilang tempat ia bekerja....semasa menyambut kedatangan
 President, semua pekerja di kehendaki berbaris sambil 
bersalam dengan President...."inilah peluang" katanya...
lalu dia menyeluk dan mengorek lubang duburnya...tangan
 yang kotor itu telah bersedia untuk bersalam dengan 


President....dia bersalam sambil tersenyum.... dan selepas
 itu dia menceritakan kepada keseluruhan kawan-kawanya
 yang dia merasa amat puas setelah dapat mengenakan 
Presidentnya.....

Sekarang....perangai macam inilah yang ada pada hampir
 keseluruhan penyokong-penyokong PR.....mereka buka 
tidak mengakui kebaikan Kerajaan... tapi mereka telah terlalu
 lama terluka dan mereka tak mahu memaafkannya....dan
 mereka tidak akan puas hati selagi UMNO dan BN tidak  
kecundang......

Adakah benar pendapat seorang ahli pemikir yang  sayangkan

 anak tangan-tangankan dan sayangkan isteri tinggal-tinggalkan?
 Adakah hukuman boleh memberi peringatan kepada kita 
supaya kesalahan lampau dijadikan sempadan dan yang 
baik dijadikan tauladan. Maka apakah hukuman yang terbaik 
kepada parti yang telah melakukan kesalahan tapi masih tidak 
mahu serik dan berubah?

Ada yang berpendapat UMNO/BN perlu kalah didalam 

pilihanraya untuk memberi sedikit kesedaran. Ada sedikit 
persoalan yang belum terjawab, sekiranya pengganti nanti 
PAS/PR juga melakukan kesalahan yang sama malah lebih 
dahsyat lagi apa pula tindakan kita selepas itu? Tidakkah bena
r kata pepatah nanti ada yang seperti "Si Kudung yang mendapat 
Cincin". Kita memberi Jawatan Kepada Mereka ....sedangkan 
mereka bukannya Ahli dalam bidang tersebut.....

Ada yang menjawab, itu adalah ketentuan takdir nak buat macam
 mana....

Kalau lah begitu kesudahannya kenapa rakyat perlu bersusah 

payah memikirkan siapa yang patut memerintah? Bukan kah 
lebih baik rakyat meneruskan kehidupan sehari harian mereka
 dan mendahulukan 
amal ibadat disamping kuatkan usaha untuk mencari rezeki.

Apa perlunya rakyat membuang masa berdemonstrasi untuk

 menjatuhkan satu pihak dan mahu pula menggantikannya 
dengan pihak yang satu lagi yang terang terangan akan melakukan kerosakan. Adakah kerana sentimen kebencian yang diterap 
saban hari didalam ceramah ceramah membuatkan rakyat
 tidak lagi rasional?

Percaya atau tidak, walau siapapun yang memerintah, rakyat 

tetap seperti sediakala, iaitu perlu berusaha untuk mencari 
rezeki dan tetap juga perlu berdikari dalam meneruskan 
kehidupan seharian mereka. Yang kaya raya tetap kroni 
kepada pemimpin parti, tidak kira dari parti mana pun mereka
 berada. Lihatlah mereka yang terdahulu...ada habis wang dan 
ringgit dan ada juga yang tergadai harta benda....ada juga habis
 terlingkup perniagaan "Kecil"nya hanya kerana "Bekorban" 
fisabilillah walhal sebenarnya adalah bekorban kerana PARTI.......

Lihatlah di Libya, Mesir dan kini di Syiria.... pemimpin
 "PERGUNAKAN" raayat hanya untuk berkuasa.....mengharapkan "SAUDAGAR MIMPI" memakmurkan Negara katanya KERAJAAN
 RAAYATdan akhirnya....semua yang ada telah musnah dan 
mereka terpaksa memulakan dari "O".........

Ini yang perlu kita fikirkan sebelum mahu membuang masa

 dan menyusahkan diri dalam mana kita menjadi pentaksub
 kepada satu satu parti.

amukanmelayu - mendoakan pemimpin supaya berlaku adil 

adalah lebih baik dari menukar kepada KEPIMPINAN BARU 
YANG LEBIH JELAS NAMPAK KERAKUSANNYA......kita 
adalah bangsa yang paling berani.....mengalahkan Raja Pasai
 dalam Nujum Pak Belalang.........