NEGARA ISLAMELAYU PATTANI DARUSSALAM
Struktur dan Pentadbiran Ketenteraan Islam Pattani
Melihat kepada
struktur kepimpinan ketenteraan Islam Pattani, ia dipimpin oleh ketua
pemerintah atau kerajaan negara tersebut iaitu sultan atau raja.Pada
tahun 1563, sewaktu pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, baginda telah
mengetuai angkatan tentera dengan kelengkapan 200 buah kapal dengan
disertai oleh ribuan soldadu untuk menyerang Siam bagi tujuan membalas
dendam raja Siam terhadap baginda.Menurut Ibrahim Syukri dalam bukunya, History of the Malay Kingdom of Pattani menyatakan:
In the year A.D. 1563 there came to sultan Muzaffar Shah the news that the country of Siam was under attack by the burnese.His Majesty remembered the proud nature of the Siam-Thai which had been show during the time of His Majesty's visit to the city of Ayuthia.
Pada
zaman pemerintahan ratu-ratu seperti Ratu Biru, Ratu Hijau, Ratu Ungu
dan Ratu Kuning pula dapat dilihat bahawa kepimpinan ketenteraan juga
terserlah demi menghadapi serangan Siam.Pada tahun 1616, semasa
pemerintahan Ratu Biru, baginda telah mendapat berita bahawa angkatan
perang Siam akan menyerang Pattani.Oleh itu, baginda dengan segera telah
memerintahkan supaya angkatan perang bersiap sedia.Malah Raja Ungu
yang memerintah sekitar 1624-1635 telah dianggap raja perempuan Pattani
yang paling handal dan paling ambisius.Ini kerana, walaupun
pemerintahannya tidak lama tetapi baginda telah mengetuai dua kali
peperangan besar dengan musuh tradisi Pattani iaitu Siam.Baginda juga
menyifatkan Prasat Thong (raja Siam) sebagai "berperangai buruk,
pembunuh dan pengkhianat" telah tidak mengiktiraf raja Siam yang
baru ini, dan di samping menolak penghantaran ufti bunga emas kepada
Siam, baginda telah bertindak lebih berani dengan mengisytiharkan
pembebasan Pattani daripada naungan Siam.
Dalam aspek komposisi ketenteraan pula, ketenteraan Pattani adalah agak
unik kerana ia selain diketuai oleh pemimpin Ratu, anggota tenteranya
juga terdiri daripada golongan perempuan.Sebagaimana menurut Ibrahim
Syukri menerusi bukunya pada masa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah
beliau menyatakan:
Then His Majesty commanded the preparation of 200 warships, one thousand soldiers, and one hundred women as a combined force led by his majesty to attack Siam. Several days later the army departed (berangkat) from Pattani and headed for the country of the Siam-Thai, while the government of the country was left to one of His Majesty's chiefs.Then His Majesty sailed with his army to Siam-Thai.
Selain
itu, tentera Pattani seperti juga tentera Islam Filipina yang terdiri
daripada rakyat jelata iaitu pengikut raja, petani, nelayan dan penjaga.
Di samping itu, ada juga Pattani menerima angkatan tentera bantuan
dalam siri peperangannya dengan Siam. Suatu ketika kebetulan Putera
Mahkota Johor yang datang ke Pattani bersama pengikutnya untuk berkahwin
dengan Puteri Kuning telah turut sama dan membantu tentera Pattani pada
masa yang sama diserang oleh Siam.Suatu peristiwa lagi ialah pada zaman
pemerintahan Raja Ungu, baginda telah membantu tentera-tentera dari
Kelantan, Pahang dan Juhor yang berjumlah sekitar 30.000 orang bagi
menghadapi serangan terbesar Siam sekitar tahun 1632-1633.
Ditinjau
dari sudut pentadbiran teknik ketenteraan Islam Pattani pula, nyata
sekali teknik bertahan, menyerang, pengintipan, penyamaran dan pembinaan
benteng atau kubu ada digunakan dengan berkesan sekali. Malah teknik
pergabungan ketenteraan juga berperanan besar dalam membantu Pattani
untuk menghadapi serangan atau menyerang Siam.Pembinaan benteng sebagai satu teknik peperangan ada dijelaskan dalam buku Pengantar Sejarah Pattani oleh Ahmad Fathy al-Fatani, beliau menyatakan bahawa:
...terdapat dua buah benteng yang terkenal kebal, satu terletak ke arah barat laut ibu kota pada kuala besar, mampu menghalang musuh daripada mara ke ibu kota dari sebelah barat hngga sampai ke tebing Sungai Pattani di seberang ibu kota, dan satu lagi terletak ke arah timur laut ibu kota pada Kuala Ra, mampu menyekat musuh daripada mara ke ibu kota dari arah timur.Manakala itu, ibu kota Pattani sendiri dilindungi dari timurnya oleh suatu benteng yang terkenal dengan gelaran 'Benteng Raja Biru'
Dalam Hikayat Pattani
ada dinyatakan bahawa teknik penyamaran telah dilakukan sewaktu tentera
Siam berada di Pattani.Pihak Pattani telah menghantar tenteranya
menyamar diri sebagai tentera Siam.Ini dilakukan semata-mata demi untuk
menghabiskan bekalan makanan tentera Siam.Sehingga akhirnya tentera Siam
telah kehabisan bekalannya dengan cepat.Perbuatan tentera Pattani ini
disifatkan oleh seorang Putera Manji Chumsai, seorang ahli sejarah Siam
sebagaisatu teknik peperangan yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana
angkatan perang.
Pattani yang dapat terus berkuasa dan mempertahankan kemerdekaannya
daripada dicerobohi oleh kuasa-kuasa luar adalah disokong oleh kekuatan
ketenteraannya dan ini sekali gus melibatkan peralatan peperangan yang
digunakan.Alatan perang yang digunakan oleh tentera Pattani yang
paling masyhur ialah meriam, terdapat tiga pucuk meriam besar buatan
orang Pattani yang digunakan pada zaman Ratu Biru iaitu Seri Pattani,
Seri Negeri dan Mahalela.Dengan itu berkibar megah dan kukuhlah panji-panji bendera negeri Pattani Buluh Perindu.Malah A. Bangnara dalam bukunya Patani Dahulu dan Sekarang dengan terperinci menyebutkan bahawa:
Tukangnya ialah orang Cina suku Hokkien Sai Lim (Lim Toh Kian).Ketiga-tiga meriam itu yang pertama Seri Negara dan yang kedua bernama Seri Pattani, panjangnya tiga depa atau hasta 2 inci.Manakala yang ketiga iaitu yang kecil sekali bernama Mahalela panjangnya 5 hasta sejengkal 5 inci.
Selain
itu, beberapa peralatan perang lain juga digunakan seperti
peluru-peluru meriam, senapang, anak panah beracun, kapal dan pembinaan
kubu pertahanan serta senjata api.Orang melayu Pattani telah
mempelajari penggunaannya dan akhirnya telah mahir menggunakan senjata
api ini.Sebagaimana yang telah diterangkan oleh Ibrahim Syukri dalam
bukunya, History of the Malay Kingdom of Pattani:
One trade item that the portuguese brought, which was exceedingly (terlalu, amat) markable in the eyes of the Pattani Malays, was firearms, that is guns and thir bullets.the Pattani Malays were not yet acquainted (kenal terhadap.) with this weapons.Only when they were brought by the portuguese did they learn and master their use.
Ini tidak dapat disangkal lagi apabila Ahmad Fathy al-Fatani dalam bukunya berjudul Pengantar Sejarah Pattani menyebut bahawa:
Dikatakan bahawa pertahanan ibu kota Pattani pada zaman Ratu Ungu unggul sekali.Sungai Pattani, meskipun dalam tetapi agak sempit.Kapal-kapal musuh yang masuk melalui kualanya yang bernama Kuala Bekah, akan terdedah kepada peluru-peluru meriam, senapang dan anak panah beracun orang Pattani.
Kekuatan Pattani yang dikenali juga dengan cerita-cerita
pengliporlara dan hikayat sebagai Negeri Tanjung Bunga itu tertewas juga
akhirnya di tangan seteru tradisi dari utara.Serangan Siam kali yang
kelima baru berupaya menembusi pertahanan orang Melayu Pettani.Ia juga
memakan masa hampir setahun lamanya serangan itu dilancarkan dan dalam
keadaan serba kekurangan.Kota Kedi, iaitu kubu pertahanan Pattani telah
dapat diruntuhkan. Akhirnya pada November 1789, buat pertama kalinya
Empayar Islam Pattani telah dicerobohi oleh tentera Siam, akibatnya
banyak orang Melayu Pattani menjadi mangsa kezaliman tentera penjajah
yang merayakan kemenangan mereka. Biarpun negeri Pattani menjadi
padang jarak padang terkukur, namun semangat perjuangan dan menegakkan
syiar Islamiyah tidak hilang dengan begitu mudah daripada sanubari
Melayu Pettani yang masih terus kekal menganuti agama Islam.
amukanmelayu - Ya Allah....percepatkanlah "KEMERDEKAAN NEGARA ISLAMELAYU PATTANI DARUSSALAM seperti mana Engkau menukarkan malam kepada siang dan siang kepada malam............aminnnn..............