AMBIGA DAN ANREW KHOO, KENA TENDANG DENGAN KANGGAROO.
Semakin
hampir kepada Pilihanraya Umum, semakin kalutlah rangkaian talibarut
Yahudi termasuk Pakatan Rakyat, SUARAM dan juga BERSIH. Walaupun
setelah habis segala penipuan dan fitnah ditabur terhadap BN, masih
belum membawa apa-apa kesan yang signifikan kepada perjuangan mereka,
malah sebaliknya asyik terkantoi, terperangkap dan terbabas di sana
sini.
Beberapa
siri demonstrasi yang disusun juga menunjukkan kemerosotan dari segi
sambutan dan bukannya peningkatan seperti yang dijangka. Walaupun tema
demonstrasi dipelbagaikan dari isu sistem pilihanraya kepada isu alam
sekitar sehinggalah ke tema umum seperti demokrasi atau kebangkitan
rakyat, namun keadaan masih tidak kelihatan begitu meyakinkan di pihak
mereka.
Malah,
rakyat semakin meluat, menyampah, ragu-ragu hatta takut melihat gelagat
mereka yang sanggup berbuat apa saja untuk mengambil alih negara.
Perkembangan
ini memaksa rangkaian pengkhianat ini untuk mencari alternatif lain
bagi menyemarakkan kembali semangat untuk memusnahkan negara sendiri di
kalangan penyokong mereka.
Untuk
ini, mereka bergantung kepada ‘jiwa hamba’ yang menyelubungi penyokong
mereka iaitu dengan menghantar Ambiga Sreenavesan, Pengerusi BERSIH
untuk mengadap menyembah bangsa penjajah, iaitu Nick Xenophon, seorang
Senator Bebas dalam Parlimen Australia. Ambiga ditugaskan secara rasmi
untuk mengulangi sejarah dengan meminta bangsa penjajah membantu Pakatan
Rakyat mengambil-alih kuasa dari kerajaan yang sah, yang dipilih oleh
rakyat.
Caranya
ialah dengan meminta kerajaan Australia mencampuri proses pilihanraya
Malaysia atas alasan ianya tidak dijalankan dengan bersih.
Pastinya,
untuk bantuan seperti itu, Malaysia akan perlu membayar sama ada dengan
menggadaikan sebahagian, atau keseluruhan kek ekonomi kepada asing,
atau menggadaikan agama, bangsa atau kesemuanya sekali.
Namun,
ternyata Nick Xenophone telah gagal meyakinkan parlimen Australia untuk
menyempurnakan hajat Ambiga. Melalui transkrip debat antara Nick
dengan Menteri Luar Australia, Bob Carr, jelas hujah Nick amat lemah
apabila mengusulkan kenyataan Ambiga dan Andrew Khoo, iaitu ahli
jawatankuasa BERSIH bahawa Pilihanraya Umum Malaysia yang akan datang
tidak akan adil dan bersih.
Hujah
ini diasaskan kepada sistem pendaftaran undi, proses pengiraan undi,
keraguan mengenai undi pos serta larangan terhadap demonstrasi jalanan.
Beliau juga membangkitkankan isu semburan gas pemedih mata terhadap
peserta demonstrasi sebagai faktor untuk meragui sistem pilihanraya
negara ini. Dengan itu, Nick meminta agar Australia memantau
pilihanraya Malaysia.
Bob
Carr kemudian menyangkal usul Nick dengan hujah yang berdasarkan fakta
jelas iaitu kerajaan Malaysia pastinya telah melalui pilihanraya yang
adil di mana parti memerintah telah kehilangan majoriti 2/3 dalam PRU
yang lalu. Lebih-lebih lagi apabila keputusan ini dicapai dengan
kekalahan di lima negeri yang membawa kepada perletakan jawatan Perdana
Menteri, Tun Abdullah Badawi. Beliau juga menyatakan bahawa mengikut
makluman, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia sendiri juga dalam
pertimbangan serius untuk menjemput pemerhati luar untuk pemantauan
proses pilihanraya.
Dengan
hujah Bob Carr yang bernas dan tidak dapat disangkal lagi, maka
parlimen Australia langsung membakul-sampahkan hajat Ambiga atau usul
Nick sebagai tidak berasas. Malah Bob Carr juga menegaskan bahawa hal
ehwal dalam negeri Malaysia, adalah di bawah bidang kuasa kerajaan
Malaysia dan Australia tidak perlu campurtangan.
Justeru,
di manakah kedudukan Ambiga sebagai warganegara, sebagai pemimpin atau
sebagai manusia dalam tindakan ini? Tiada yang lebih keji dari seorang
pengkhianat yang memburukkan negara sendiri, meminta kerajaan asing
campurtangan tetapi kemudian hajatnya ditolak oleh kerajaan asing
tersebut atas alasan usul yang dibawanya tidak berasas kerana tidak
konsisten dengan fakta, angka dan rekod sejarah?
Jika
benar Ambiga masih waras, beliau tentu merasa malu yang amat sangat.
Selepas peristiwa yang memalukan ini, wajarlah beliau belajar mengutip
cebisan-cebisan maruah yang tinggal dan bersara terus dari menjadi
pengkhianat negara.
amukanmelayu - apa juga issu yang di timbulkan di Tanah Melayu ni.....perhatikanlah, semua mereka ini adalah KAFIRUN Puteh dan Hitam.....Melayu yang menyokong mereka adalah Pak Turut dan pengamal POITIK SESAT......