,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday 11 October 2012

SCORPENE - ADAKAH PENGKHIANAT KEPADA NEGARA AKAN TERLEPAS JIKA HUDUD DI JALANKAN?

MEJORITI MEREKA INI ADALAH RAAYAT MALAYSIA DARI KETURUNAN PENDATANG DAN KAFIRUN..... APA AGENDA MEREKA dan APA TINDAKAN KITA?

 
HUDUD - Bersediakah Pengkhianat Kepada Negara Untuk Di Hukum Pancung?


SUARAM, IKD & MalaysiaKini Merupakan Antara Penerima Dana George Soros – Lokman Noor Adam


Pendedahan yang dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini berhubung penerimaan dana asing oleh sebuah syarikat, Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) bagi pihak Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) tidak harus dipandang remeh sebaliknya harus ditangani segera.
Mantan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Parti Keadilan Nasional, Lokman Noor Adam berkata, pendedahan tersebut cukup mempunyai kaitan rapat dengan dirinya kerana ianya merupakan salah satu sebab beliau dipecat daripada Parti Keadilan Nasional pada tahun 2004.
“Pada bulan Februari 2004, saya telah membuat pendedahan berhubung penyelewengan dana yang diterima oleh pemimpin-pemimpin kanan Parti Keadilan.

Pada masa itu juga saya telah mendedahkan bagaimana Tian Chua yang merupakan pengarah SUARAM ketika itu telah megaturkan pertemuan di antara George Soros dengan Presiden Keadilan, Datin Seri wan Azizah, Azmin Ali, Khalid Jaafar dan wakil Tian Chua, iaitu Elizabeth Wong penghujung tahun 2003.
Saya telah mempertikaikan bagaimana Presiden PKR boleh memohon dana daripada seorang berbangsa Yahudi yang telah memanipulasikan mata wang Malaysia pada tahun 1997 tanpa merujuk Majlis Pimpinan Tertinggi terlebih dahulu,” ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Tambahnya, sebelum beliau dipecat, beliau telah menghadiri mesyuarat Jawatan Kuasa Pilihan Raya Parti Keadilan Nasional yang mana Azmin Ali merupakan pengarahnya, telah memaklumkan bahawa RM3juta pertama telah mereka terima dan dana tersebut telah digunakan untuk menempah t-shirt, topi dan bendera di Negara China.
“Saudara Ezam Mohd Noor yang merupakan Ketua Pemuda Keadilan pada ketika itu telah mengesahkan kepada saya bahawa dana itu adalah sebahagian kecil daripada wang yang bakal disalurkan oleh George Soros untuk membantu Parti Keadilan pada Pilihan Raya Umum 2004.
Melalui maklumat yang diperolehi dari kawan-kawan yang masih bersama PKR, dana yang disumbang George Soros ini masih berterusan sehingga kini,” tambahnya lagi.
Menurutnya, George Soros bukan sekadar membantu SUARAM, tetapi turut membantu Institut Kajian Dasar (IKD) melalui dana yang disalurkan melalui Conrade Adeneur, sebuah yayasan Kristian dari Jerman.
“Tian Chua yang merupakan rakan selokap saya semasa kami ditahan di bawah ISA, pernah mengaku kepada saya bahawa SUARAM dibiayai oleh Soros melalui sebuah yayasan dari Belanda dan beliau turut mengesahkan menerima bantuan dana dari George Soros bagi membolehkan beliau dan Steven Gan mengasaskan portal berita MalaysiaKini.
Sehubungan dengan itu, saya menyokong penuh sebarang usaha untuk mewujudkan undang-undang bagi menghalang penyaluran dana asing bagi membiayai parti politik atau NGO bagi tujuan menghuru-harakan Negara ini.
Sekiranya dana asing dibiarkan untuk masuk mencaturkan politik Negara, sudah pasti sekiranya berlaku perubahan terhadap kepimpinan Negara kepada pakatan pembangkang, Negara ini tidak boleh diperintah oleh pembangkang mengikut acuannya sendiri.  Sebaliknya kita akan menjadi ‘lembu dicucuk hidung’ dan kita akan terpaksa akur dengan segala kehendak dan dasar luar Amerika serta Yahudi,” tambahnya lagi.


EPISOD 1: MENCARI RUANG UNTUK BERBOHONG
Najib mungkin disepina ke mahkamah Perancis


  • Susan Loone
  • 8:29AM Okt 4 2011
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin boleh disepina untuk hadir di mahkamah Paris berhubung kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan jutaan ringgit dalam bentuk komisen kepada pemimpin negara dan pegawai tentera.

military malaysia navy french built submarine scorpene classNajib adalah menteri pertahanan semasa urus niaga RM7.3 bilion bagi membeli dua buah kapal selam itu dijalankan.

Perjanjian pembelian senjata itu, yang juga termasuk jualan yang serupa kepada Pakistan dan Taiwan, telah memalukan Perancis di mana pegawai-pegawainya didakwa telah menerima 'komisen' jutaan dolar dari firma pembuat kapal selam Perancis, DCN.

Jika Najib disepina, dia terpaksa pergi ke Paris dalam tempoh satu atau dua bulan apabila kes ini didengar di mahkamah terbuka. Perkara ini pasti tidak akan menyenangkan perdana menteri.

NONEBagaimanapun ditanya jika Najib boleh diseret ke mahkamah, Joseph Breham (kiri), peguam yang mewakili NGO hak asasi manusia - Suaram -  yang memfailkan kes terhadap pembuat kapal selam Perancis itu pada tahun 2009, berkata idea itu mungkin "sukar dilaksanakan".

"Najib boleh disepina, tetapi ia hanya satu kemungkinan pada masa ini," katanya kepada Malaysiakini dalam satu temu bual e-mel dari Paris.

"Sebaik sahaja ‘hakim arahan’ dicalonkan, kita boleh mempertimbangkan ini," kata peguam itu yang pernah melawat Kuala Lumpur pada tahun lalu untuk mengumpul keterangan dan bukti berhubung kes berkenaan.

Di bawah undang-undang Perancis, ‘hakim arahan’ adalah majistret yang bertanggungjawab untuk mengendalikan siasatan untuk menentukan sama ada sesuatu kes itu diteruskan menjalani perbicaraan jenayah.

Kes berkenaan dibuang jika hakim mendapati bukti yang tidak mencukupi.


 EPISOD KE 2 : MULA BERBOHONG

 21 June 2012
KeadilanDaily
Sapina untuk saksi pertama kes skandal penyelewengan kapal selam Scorpene – Jasbir Singh Chahl sudah diperolehi dari Mahkamah Perancis dan dalam proses penyerahan.
Sekretariat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam satu kenyataan hari ini berkata, penghantaran sapina tersebut dalam proses dan memerlukan beberapa hari untuk dilaksanakan.
â€Å“Kami tidak ada maklumat yang tepat bila jangka masa sapina itu akan diserahkan,” kata kenyataan itu dipetik Harakah Daily.
Suaram mengulas kenyataan Jasbir yang merupakan pembantu kanan Abdul Razak Baginda sebelum ini yang menafikan kaitannya dengan kes pembelian Scorpene.
Jasbir berkata, sehingga kini beliau tidak menerima sebarang sapina dari mana-mana mahkamah.
Menurut Suaram, peguam mereka di Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham mengesahkan Jasbir adalah salah seorang saksi kes ini dan mahkamah telah mengeluarkan sapina untuknya.
Suaram adalah pihak pelapor dalam kes rasuah pembelian Scorpene kepada mahkamah Perancis kerana ia melibatkan syarikat negara itu.
Sebelum ini, Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel telah memaklumkan saksi pertama kes skandal penyelewengan kapal selam Scorpene akan hadir ke mahkamah Perancis kerana sapina terhadapnya telah dikeluarkan.
Saksi berkenaan katanya, adalah Jasbir Singh Chal, bekas Pengarah Perimekar Sdn Bhd yang juga pembantu kanan Abdul Razak Baginda.
Cynthia mengumumkan perkara itu di akhir Majlis Makan Malam Kutipan Dana Ops Scorpene anjuran Suaram yang dihadiri kira-kira 1,000 orang, 16 Jun lalu.
â€Å“Kita patut merasa gembira dengan perkembangan kes ini kerana saksi pertama iaitu Jasbir Singh, saksi yang terlibat dan mengetahui banyak maklumat akan dipanggil ke mahkamah (Perancis) kerana sapina sedang dalam perjalanan ke rumahnya,” kata Chynthia.
Selain Jasbir, individu lain yang akan turut dipanggil sebagai saksi termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; pemilik Perimekar Sdn Bhd dan Terasasi (HK) Limited, Abdul Razak Baginda serta isterinya, Mazlinda dan bapanya.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi juga dinamakan sebagai saksi oleh peguam Suaram.




EPISOD KE 3 : PEMBOHONGAN

Khamis, 31 Mei 2012


Skandal Scorpene: Notis Merah INTERPOL Kini Menggamit Najib Altantuya!


Kini segalanya berkemungkinan buat Perdana Menteri, Najib Altantuya dan Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi dikeluarkan waran tangkap antarabangsa jika mereka gagal mematuhi arahan sepina (subpoena) Perancis untuk membantu siasatan rasuah dalam skandal kapal selam kelas Scorpene.

Peguam SUARAM dari Perancis, Joseph Brehem memberitahu satu sidang akhbar di Bangkok, Thailand bahawa hakim-hakim Perancis mendengar siasatan itu mempunyai kuasa budi bicara mereka untuk meminta Interpol mengeluarkan notis merah (waran tangkap antarabangsa) terhadap saksi yang gagal untuk hadir ke mahkamah Perancis.

Walau bagaimanapun ini akan menjadi pilihan terakhir yang akan diambil untuk memaksa saksi-saksi untuk memberi keterangan di Paris.

Breham menjelaskan bahawa mahkamah Perancis boleh mengambil beberapa kaedah tindakan, dalam usaha memaksa saksi Malaysia yang dinamakan dalam kertas siasatan pendakwaan supaya hadir.

Beliau berkata bahawa, pertama; hakim-hakim akan mengeluarkan sepina secara bertulis terhadap seseorang saksi, dan sebaik sahaja sepina telah dikeluarkan, saksi itu diwajibkan untuk hadir di hadapan mahkamah dan untuk membantu mahkamah dalam mencatatkan keterangannya.

"Kedua, Jika saksi itu enggan mematuhi sepina itu, mahkamah boleh mengeluarkan 'mandate d amener', memaksa saksi untuk hadir di hadapan hakim.

"Jika saksi itu gagal untuk patuh, waran tangkap boleh dikeluarkan. Waran tangkap berkenaan pada asalnya tertakluk dalam sempadan wilayah jajahan Perancis, dan mungkin diantarabangsakan, jika hakim memikirkan perlu untuk memperluaskannya.

"Berdasarkan kuasa budi bicara hakim, mereka boleh meminta Interpol untuk mengeluarkan notis merah iaitu waran tangkap antarabangsa," katanya.

Beliau juga berkata bahawa hakim Roger Le Loire, salah seorang daripada dua orang hakim yang yang ditugaskan untuk menyelia kes itu, secara prinspnya telah menerima terutamanya senarai SUARAM tujuh orang saksi yang dicadangkan, termasuk Najib Altantuya, Zahid Hamidi dan Razak Baginda.

"Hakim Le Loire selepas mendengar testimoni yang rumit dari SUARAM pada 20 April lalu selama tiga jam, telah menerima kenyataan kami, dan berjanji untuk meneruskan siasatan dengan tidak akan berpatah balik lagi," kata Breham.

Beliau menambah bahawa pada penerimaan tujuh orang saksi yang dicadangkan oleh SUARAM, hakim Perancis telah meminta butir-butir penuh identiti saksi yang terlibat, untuk memulakan mengeluarkan sepina kerana dengan budi bicaranya merasakan perlu untuk berbuat demikian.

Kewajipan undang-undang

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh SUARAM selepas sidang akhbar di Bangkok, NGO hak asasi manusia itu berkata bahawa Malaysia mempunyai obligasi undang-undang di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Menentang Rasuah (United Nations for Counter-Anti-Corruption - UNCAC) untuk bekerjasama dengan negara bangsa lain dalam mencegah, menyiasat dan mendakwa pesalah rasuah.

Ia menambah bahawa kerajaan negara yang terbabit (Perancis dan Malaysia) tertakluk untuk memberikan bentuk bantuan undang-undang bersama yang khusus dalam mengumpul dan memindahkan keterangan untuk kegunaan di mahkamah dan mengekstradisi pesalah.

SUARAM juga berkata bahawa ia telah mendapat keistimewaan akses penuh kepada kesemua 153 kertas siasatan dari pejabat Pendakwa Raya Perancis di Paris.

"Ini ialah satu langkah sangat besar ke hadapan, banyak maklumat yang sebelum ini dirahsiakan kini boleh diakses SUARAM sebagai plaintif sivil dalam kes jenayah terhadap DCNS (syarikat pembinaan kapal selam Perancis)," katanya.

Ia berkata bahawa dalam satu dokumen yang dinamakan Dokumen 97 - nota untuk Menteri Pertahanan Perancis bertarikh 2 Jun 1999 yang berkaitan dengan temu bual dengan Menteri Pertahanan Malaysia dan hubungan diplomatik Malaysia-Perancis dalam kerjasama pertahanan (tujuan pembelian kapal selam).

"Nota tersebut menyatakan bahawa menurut kontrak pertahanan utama antara Perancis dan Malaysia, terdapat keperluan bahawa pemindahan wang yang besar telah disalurkan kepada individu dan / atau organisasi politik.

"Nota tersebut secara khusus menyatakan bahawa selain daripada individu, parti pemerintah (Umno-APCO) adalah penerima terbesar. Perunding (agen syarikat) sering digunakan sebagai agen rangkaian politik untuk memudahkan pemindahan wang ini dan menerima komisen dari 'bos-bos' mereka, "kata kenyataan Suaram.

Rangkaian Isteri-Isteri

Mengulas lanjut, Brehem berkata bahawa nota yang disebut mengenai Mohd Ibrahim Mohd Noor dan Razak Baginda adalah sebagai 'tempat rujukan' untuk rangkaian politik, sambil menambah bahawa Mohd Ibrahim Mohd Noor adalah individu yang rapat dengan Menteri Kewangan Daim Zainuddin dan Razak Baginda ketika itu rapat dengan Menteri Pertahanan, Najib Altantuya.

"Nota tersebut juga menjelaskan bahawa menjelang awal tahun 2001, pengaruh Mohd Ibrahim Mohd Noor, mula menurun berikutan kejatuhan daripada kuasa Menteri Kewangan, Daim Zainuddin yang mengakibatkan kehilangan yang nama Mohd Ibrahim Mohd Noor, dari Perimekar Sdn Bhd, kedua-duanya bertindak sebagai pemegang saham dan pengarah yang kemudian digantikan oleh orang-orang rangkaian Razak Baginda.

"Razak Baginda akhirnya menjadi titik utama rujukan untuk rangkaian politik untuk memudahkan pemindahan wang," tambah SUARAM.

SUARAM berkata nota itu juga menunjukkan bahawa isteri Razak Baginda, Mazlinda Makhzan, adalah kawan rapat isteri Najib Altantuya, Rosmah Mansor.

SUARAM juga berkata bahawa ia terpaksa mengadakan sidang akhbar di Bangkok - dan tidak di Kuala Lumpur - berikutan pengusiran paksa salah seorang lagi peguam SUARAM, William Bourdon, pada Julai tahun lalu ketika beliau melawat Malaysia untuk bercakap mengenai kes tersebut.

Aduan SUARAM dengan mahkamah Perancis untuk semakan kehakiman kontrak Scorpene pada bulan November 2009 telah menyebabkan bermulanya siasatan kehakiman di Tribunal Grande de Instance di Paris.

Siasatan itu akan memfokuskan jenayah rasuah yang didakwa dan rasuah yang menyalahi undang-undang yang melibatkan pegawai tertinggi dari kedua-dua negara Malaysia dan Perancis dalam penjualan dua kapal selam Scorpene oleh DCNS, syarikat pembinaan kapal Perancis dan Kementerian Pertahanan Malaysia, yang diterajui oleh Najib Altantuya.

Glosari - Sapina

Sebuah sapina adalah sebuah writ dibuat oleh sebuah agensi kerajaan, kebanyakan selalunya sebuah mahkamah, yang mempunyai kuasa untuk mengarahkan testimoni oleh seorang saksi atau penghasilan bukti di bawah hukuman jika gagal. Terdapat dua jenis sapina:

a) subpoena ad testificandum

Mengarahkan seseorang untuk memberikan keterangan sebelum arahan pihak berkuasa atau menghadapi hukuman. Sapina juga boleh meminta keterangan diberi melalui panggilan telefon atau orang perseorangan.

b) subpoena duces tecum

Mengarahkan seseorang atau organisasi untuk membawa bukti jelas sebelum arahan pihak berkuasa atau menghadapi hukuman. Ini biasanya digunakan bagi permintaan-permintaan untuk mengeposkan dokumen-dokumen kepada pihak yang meminta atau secara terus ke mahkamah.



EPISOD KE 4 : PEMBOHONGAN

Selasa, Mei 22, 2012


Najib mesti hadir di mahkamah Perancis atau ...

Oleh Joseph Tawie -Free Malaysia Today
(Alih bahasa-alhusseyn)
| 22 MEI 2012


Mengabaikan sepina mahkamah Perancis ke atas siasatan perjanjian Scorpene akan menjadi bahaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata, Suaram.


KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan disapina untuk hadir di hadapan mahkamah Perancis untuk memberi keterangan dalam kes rasuah yang terlibat dalam pembelian kapal selam Scorpene.

Menurut peguam Suaram, Fadiah Nadwa Fikri, yang baru pulang dari Perancis di mana mereka bertemu hakim yang akan mempengerusikan pendengaran kes rasuah di mana RM500 juta yang didakwa dibayar sebagai komisyen kepada Perimekar, mahkamah Perancis mempunyai kuasa untuk supoena Najib untuk memberi keterangan.

Satu sepina juga akan dikeluarkan kepada Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi dan Abdul Razak Baginda untuk hadir di hadapan mahkamah Perancis, katanya.

Perimekar pada masa tersebut dimiliki sepenuhnya oleh Razak dan isterinya Mazalinda.

"Apabila kita bertemu hakim pada 16 Mac 2012, kami membekalkan senarai saksi yang akan disapina untuk memberikan keterangan di hadapan mahkamah.

"Kami telah memberikan kepadanya nama Datuk Seri Najib Tun Razak, Zahid Hamidi dan Razak Baginda," Fadiah berkata kepada tepukan lebih daripada 2,000 pada 'ceramah' di Bazaar Batu Tiga, Kuching pada malam Ahad.

Apabila kes itu telah difailkan di mahkamah di Perancis dua tahun lalu, Zahid berkata bahawa dia boleh pergi ke Perancis untuk memberi kenyataan dan akan memberi kerjasama.

Tetapi sejak kebelakangan ini, beliau berkata bahawa dia tidak mahu pergi kerana kekurangan dana dan bertanyakan siapa yang akan membayar untuk penerbangan dan penginapannya di Perancis.

Menurut Fadiah, rakyat Malaysia bersedia untuk membayar untuk penerbangan dan penginapan di Perancis selagi beliau bersedia untuk memberikan keterangan.

"Kenapa anda perlu takut jika anda tidak mempunyai apa-apa yang hendak disembunyikan?" Dia bertanya.

'Najib boleh ditangkap'

Fadiah berkata bahawa dalam kes rasuah ini mahkamah Perancis mempunyai kuasa untuk penyerahan sepina kepada saksi-saksi dan meminta mereka hadir di mahkamah untuk memberikan keterangan.

"Jika mereka gagal untuk menghadiri sepina yang telah dikeluarkan oleh mahkamah Perancis, mereka akan diberi notis sekali lagi untuk hadir untuk memberi kenyataan.

"Sekali lagi jika mereka gagal hadir lagi, mahkamah akan mengeluarkan waran tangkap untuk memaksa mereka hadir dan memberi kenyataan dan untuk membuktikan kebenaran bahawa kami sedang mencari.

"Dan jika mereka gagal lagi, Interpol (Polis Antarabangsa) boleh mengeluarkan amaran dan mereka boleh ditangkap dan diheret ke mahkamah Perancis," katanya.

Delegasi itu juga bertemu peguam Perancis mereka yang menunjukkan kepada mereka 153 dokumen yang polis Perancis telah dikumpulkan selepas dua tahun penyiasatan.

"Dokumen yang mereka tunjukkan kepada kami adalah bukti yang cukup untuk menunjukkan kerajaan Malaysia telah terlibat dalam pembayaran komisen kepada Perimekar, yang salah di sisi undang-undang," dakwanya.

"Apabila kita melihat ke dalam bukti kami mendapati ada banyak pembayaran telah dibuat dan kes rasuah ini adalah lebih besar daripada apa yang telah kita fikirkan," katanya, termasuk USD1 bilion (RM3 bilion) yang hendaklah dibayar sebagai syarat sebelum perbincangan mengenai pembelian kapal selam boleh berlaku.

Fadiah berkata bahawa mereka terpaksa pergi ke Perancis untuk membuka kes itu untuk mendapatkan kebenaran kerana mahkamah di Malaysia tidak bebas ; mereka (mahkamah) digunakan oleh kerajaan sebagai alat dan rakyat tidak mempunyai suara untuk menuntut kebenaran.

"Kita tidak boleh mendapatkan keadilan dan kesaksamaan kerana kerajaan begitu banyak terlibat dalam rasuah dan juga kerana Akta Rahsia Rasmi.

"Tetapi ini adalah wang kita, wang rakyat. Kami ingin tahu bagaimana wang kita dibelanjakan.

"Berapa banyak yang sedang digunakan? Berapa banyak wang rasuah masuk ke dalam poket menteri dan kroni-kroni mereka?" Dia bertanya, menyeru kepada rakyat untuk berdiri dan bersama mereka.

"Marilah kita mencari kebenaran dan kebenaran akan muncul tidak lama lagi.

"Marilah kita berdoa bahawa sepina itu akan dikeluarkan tidak lama lagi supaya mereka boleh diheret ke mahkamah untuk memberi kenyataan mereka," katanya.


 EPISOD KE 5 : KANTOI
Tiada Perbicaraan Berhubung Scorpene Di Perancis - Yves Charpenel 
 
KUALA LUMPUR: Seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal menafikan laporan-laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002.
Yves Charpenel berkata media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin dan fakta dan antara siasatan dan perbicaraan.
"Saya sedar mengenai semua kekecohan yang dibangkitkan media tertentu (organisasi) di Malaysia berhubung perkara ini tapi apa yang saya boleh kata ini adalah tidak lebih daripada satu perbicaraan oleh media," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.
Charpenel, yang juga bekas ketua pendakwaan di Perancis dan kini seorang pendakwa negeri dan anggota eksekutif Persatuan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA), berada di sini untuk menghadiri persidangan dan mesyuarat agung tahunan IAACA yang berakhir semalam.
Berikutan satu aduan Suaram, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mengenai hak asasi manusia, yang difailkan pada 2009 mengenai sebuah syarikat Perancis yang didakwa memberi rasuah kepada sebuah firma Malaysia untuk urus niaga kapal selam itu, beliau mendedahkan bahawa dua "hakim siasatan" bebas memulakan siasatan mereka awal tahun ini.
Charpenel berkata di Perancis, seperti negara-negara yang mengamalkan kedaulatan undang-undang, semua siasatan dibuat sepenuhnya secara rahsia.
Beliau berkata adalah hak bagi sesiapapun untuk memfailkan aduan dan berikutan sifat rahsia siasatan itu, sesetengahnya beralih untuk mengadu kepada media.
Beliau menjelaskan bahawa untuk kes-kes tertentu di Perancis, Kementerian Keadilan akan meminta seorang hakim bebas, meminta "hakim siasatan" untuk menyiasat.
"Dia hanya seorang penyiasat. Ini adalah sistem lama yang bermula sejak era Napolean. Jika hakim siasatan mahu seseorang pergi ke Malaysia, dia perlu memohon dengan kerajaan anda kerana kami ada apa yang dipanggil Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama. Kerajaan Malaysia boleh kata 'ya' atau 'tidak'. Ia perlu diputuskan oleh pihak berkuasa Malaysia. "Seorang hakim siasatan Perancis tidak boleh membawa bagasinya, menaiki kapal terbang dan pergi ke Malaysia dan meminta seseorang menjawab soalan-soalannya.
"Ini adalah mustahil, ianya bertentangan dengan undang-undang Perancis dan ia juga bertentangan dengan undang-undang antarabangsa," kata Charpenel. Beliau menjelaskan di Perancis, seperti di tempat-tempat lain, perjalanan undang-undang tidak boleh ditentukan oleh media.Seperti yang dikatakannya, "Di Perancis, masa keadilan berbeza daripada masa media.
"Sudah tentu, media perlu data-data, maklumat, berita. Ia adalah semula jadi tetapi siasatan itu agak berbeza. Ia adalah sama, sama ada di Perancis atau di Malaysia. "Dan ia menjadi rahsia. Kami kini dalam langkah pertama, mungkin, kami dapat satu lagi langkah, mungkin tidak, dan ia adalah terlalu awal untuk bercakap lagi.
Ditanya mengenai laporan media bahawa peguam-peguam Perancis yang mewakili Suaram dalam saman itu akan datang ke Malaysia untuk memberi taklimat kepada anak guamnya, Charpenel berkata mana-mana peguam dari mana-mana negara, bebas untuk berbuat demikian kerana dia dibayar oleh anak guamnya.
"Dia bebas bercakap dengan media, itu adalah kebebasan atau hak asasi manusia. Tetapi dia bukan seorang pendakwa. Dia juga bukan seorang hakim siasatan. Dia bukan seorang pegawai."
Pada April tahun ini, ahli-ahli politik pembangkang tempatan di sini malah telah meminta pegawai Malaysia untuk memberi keterangan di Paris atau berdepan pemulauan dalam Kesatuan Eropah.
"Perbicaraan adalah satu perbicaraan dengan semua peraturan. Siasatan adalah adalah satu perkara lain," kata Charpenel mengenai maklumat salah yang dijana oleh portal-portal berita tertentu berhubung dakwaan bahawa satu perbicaraan sudahpun berjalan.
Sabtu lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Ketua Audit Negara menjelaskan urus niaga Scorpene dijalankan mengikut prosedur perundangan.-BERNAMA


EPISOD KE 6 : TERLONDEH

KENYATAAN MENGEJUT SUARAM - PEMIMPIN PAKATAN RAAYAT PENIPU KEPADA RAAYAT



SUARAM, sebuah NGO yang didalangi pembangkang Malaysia dan ditaja oleh Zionis dan Soros, terkantoi lagi, dan lagi dan lagi, dalam isu pembelian kapal selam scorpene.  

Tetapi, walaupun telah berapa kali kantoi, setiap kali juga mereka akan menafikan, menebalkan muka serta tidak malu bersemuka dengan media, rakyat Malaysia serta dunia sambil meneruskan lakonan dan penipuan mereka.

Mungkin kerana dana yang diterima mereka terlalu banyak, maka SUARAM a.k.a pembangkang tidak punya pilihan selain meneruskan lakonan dan penipuan dengan harapan kerajaan Islam Malaysia akan jatuh jua akhirnya.  

Namun, dengan kenyataan pendakwa kerajaan Perancis yang tersohor, Yves Charpenel yang dikeluarkan beberapa hari lalu, bahawa tiada perbicaraan mengenai pembelian scorpene di Perancis dan bahawa apa yang berlaku hanyalah perbicaraan oleh media pembangkang Malaysia, dilihat sebagai titik noktah kepada siri penipuan SUARAM dan pembangkang itu.

Charpenel juga mengulangi penjelasan kerajaan sebelum ini, bahawa apa yang berlaku ialah dua ‘hakim penyiasat’ bebas telah menyiasat isu ini sejak awal tahun ini berdasarkan aduan oleh SUARAM.  

Ini kerana mengikut undang-undang, semua aduan perlu diberi perhatian dan disiasat sewajarnya secara tertutup dan rahsia.  

Walaubagaimanapun, hakim penyiasat ini tidak punya hak untuk menyiasat atau menyoal siasat merentasi sempadan negaranya tanpa mendapat kebenaran dari kerajaan negara terbabit sebagai menghormati Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama yang dipegang oleh semua negara di dunia.

Oleh itu, bagi SUARAM dan pembangkang untuk menegaskan bahawa perbicaraan sedang berjalan dan beberapa orang telah dikenalpasti untuk disapina serta mendedahkan dokumen kapal selam yang berbahasa Perancis kononnya sebahagian daripada bukti, menunjukkan betapa rendahnya akhlak para pendokong SUARAM yang memakai nama pejuang hak asasi manusia ini.

SUARAM seolah-olah memperbodohkan dan meludah ke muka setiap manusia di dunia dengan sanggup berbohong bagi memenuhi agenda syaitan yang membawa kemusnahan melalui peperangan dan pembunuhan menggunakan bantuan satu lagi syaitan yang memanipulasi pasaran mata wang dunia.

Selaras dengan sikap angkuh Zionis dan Soros itu, SUARAM telah menunjukkan sikap tidak menghormati sesiapa dan mana-mana kerajaan di dunia termasuk Malaysia dan juga Perancis.   

Sudahlah kerajaan Malaysia difitnah dan diburuk-burukkan, kerajaan Perancis pula dipermainkan mereka.

Dalam usaha SUARAM ‘mengenakan’ kerajaan Malaysia, mereka telah menggambarkan yang mahkamah Perancis tidak telus kerana telah membocorkan maklumat siasatan termasuk bahan bukti kepada mereka yang kemudian didedahkan pula oleh mereka kepada umum.  

SUARAM juga memberi gambaran yang polis Perancis tidak cekap kerana tidak mampu mengesan kemasukan Altantuya ke negara itu dalam jangka masa urusniaga berlaku.

Dan kini, SUARAM dan pembangkang Malaysia masih lagi enggan mengaku yang semuanya sudah berakhir dan bahawa penipuan mereka sudah sampai ke penghujung.  

Sebaliknya, Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia telah berusaha membawa masuk peguam Perancis, William Bourdon untuk memberi keterangan bagi pihak SUARAM dalam isu menerima dana asing.  

Kedatangan Bourdon pastinya dibayar dan bayarannya pula pastinya bukan sedikit, sesuai dengan namanya yang tersohor sebagai peguam kepada George Soros.

Secara langsung, tindakan pembangkang membawa Bourdon bagi membantu SUARAM menguatkan lagi fakta bahawa SUARAM dan pembangkang Malaysia bukannya memperjuangkan hak asasi manusia mahupun rakyat jelata, sebaliknya sedang dalam proses melancarkan misi ‘pertukaran rejim’ di Malaysia demi kesejahteraan Soros dan Yahudi penakluk dunia melalui strategi berbohong atau menipu, tanpa had dan batasan.


EPISOD KE 7 - MAJORITINYA KAFIRUN, apa agenda mereka?

Friday, October 12, 2012

NGO sahkan SUARAM bohong isu Scorpene di Perancis

Sekumpulan NGO hari ini mendakwa NGO Suaram dan pembangkang "berbohong" berhubung isu yang berkaitan kapal selam Scorpene yang dibawa ke mahkamah di Perancis.

Mereka mendakwa, berdasarkan penyelidikan mereka, pada 13 Mac 2012 melalui sebuah dokumen "Ordonnace Constatant L'Irrecevabilite de la Constitution De La Partie Civilel" yang ditandatangani oleh dua orang hakim, NGO itu "ditolak bulat-bulat" oleh institusi pengadilan Perancis sebagai pihak plaintif (partie civile).
...

"Ini bermakna kes aduan Suaram berkenaan Scorpene telah dibuang oleh Mahkamah Perancis sejak Mac 2012. Kami ulangi kes aduan Suaram berkenaan Scorpene telah dibuang oleh mahkamah Perancis sejak Mac 2012.

"Namun pembangkang mahu menipu rakyat dengan mengatakan aduan Suaram telah diterima dan statusnya sebagai pengadu yang sah diiktiraf oleh mahkamah Perancis," kata Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) Dzulkarnain Taib.

Beliau dakwaan Suaram diterima atau diiktiraf sebagai plaintif "pembohongan paling besar dalam sejarah politik negara" untuk memburukkan Malaysia, kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dakwanya, pembangkang berbohong bahawa penyiasatan kehakiman jenayah di mahkamah Paris diteruskan bertujuan untuk "mengaburi rakyat dan menyembunyikan kenyataan" yang sebenarnya.

Dzulkarnain mendakwa, tiga hari selepas ditolak - 16 Mac 2012 - peguam Suaram Willian Bourdon memohon menjadi "plaintif bersekutu" yang didakwanya menggunakan alasan bahawa Suaram adalah badan yang bekerjasama dengan Persekutuan Antarabangsa Hak Asasi Manusia (FIDH).