DAMAIKAH AKHIRNYA?: Foto fail
September 2011 ini menunjukkan para anggota MILF meronda di Mindanao,
selatan Filipina. Kini, Presiden Aquino bersetuju supaya rantau selatan
Filipina yang meliputi Mindanao diberi kuasa autonomi dan akan dikenali
dengan nama Bangsamoro.
- Foto AFP 9 Oct 2012
Sinar damai di selatan Filipina
Apa yang Najib bincangkan?.....Do'a ULAMAK di makbulkan ALLAH...."Perjanjian Damai" ISLAMELAYU MORO di metrai.....
TAMPAKNYA
semua pihak gembira dan menyambut baik perjanjian damai peringkat awal
yang dicapai antara pemerintah Filipina dengan para pemberontak Islam
yang diwakili Pertubuhan Pembebasan Islam Moro (MILF).
Sengketa yang berlarutan selama 40 tahun itu telah meragut lebih 120,000 jiwa terutama orang awam.
Tentulah orang yang paling gembira ialah Presiden Benigno Aquino III. Sejak dipilih dan mengambil alih kuasa selaku ketua negara Filipina dua tahun lalu, beliau kian mengisi ikrarnya menghasilkan satu perjanjian damai bagi Bangsa Moro (Muslim Filipina).
Beliau menegaskan, perjanjian itu adalah baik bagi semua rakyat Filipina termasuk golongan minoriti Islam yang kebanyakannya diam di selatan negara kepulauan itu.
Beliau bersetuju agar rantau selatan Filipina yang meliputi Mindanao dan didiami ramai penduduk Islam diberi kuasa autonomi dan akan dikenali dengan nama Bangsamoro.
Katanya, langkah itu sejajar dengan perjuangan rakyat di rantau itu agar hidup bebas sebagai sebahagian rakyat negara Filipina yang berjumlah 96 juta orang.
Bagaimanapun, para pengamat politik berpendapat lebih banyak perlu dilakukan untuk memberi erti dan isi pada perjanjian yang dicapai selepas lama berunding dan berbincang.
Perjanjian itu akan dikuatkuasakan sebelum tempoh perkhidmatan Presiden Aquino berakhir pada 2016.
Wakil pemerintah Filipina dalam rundingan itu, Encik Marvic Leonen, memberitahu para wartawan di Kuala Lumpur, banyak rintangan yang perlu diatasi. Perjanjian yang dicapai itu hanya merupakan satu langkah permulaan dan tidak lebih daripada itu.
Perlu diingatkan bahawa pada 2008, satu perjanjian antara kekedua pihak telah dicapai.
Namun, Mahkamah Agung Manila memutuskan perjanjian itu patut ditolak kerana ia tidak mengikut perlembagaan.
Sejak itu, beberapa pertempuran baru telah meletus antara pemberontak Moro dengan pasukan keselamatan Filipina yang mengakibatkan lebih 750,000 penduduk awam terpaksa dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.
Rintangan seperti ini, menurut para pengamat politik, tidak boleh dianggap sepi.
Ada kemungkinan perjanjian damai itu akan diluluskan dan diterima Kongres Filipina. Ini kerana Presiden Aquino mempunyai sokongan dan kedudukan politik yang kuat. Beliau dikatakan begitu komited menghasilkan perjanjian damai sebelum tempoh perkhidmatannya berakhir, dalam masa empat bulan lagi.
Untuk tujuan itu, pemerintah Filipina dan MILF perlu membincangkan butir-butir tentang perjanjian baru tersebut dalam masa beberapa bulan akan datang.
Sementara itu, 15 suruhanjaya yang dibentuk akan cuba menggubal satu undang-undang menjelang 2015 untuk dibentangkan kepada Kongres.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, turut berasa gembira dengan perkembangan baru ini. Beliau mengucapkan tahniah kepada kededua pihak yang terlibat dalam rundingan damai itu.
Katanya, daripada perjanjian yang dicapai itu adalah nyata bahawa hak dan perjuangan rakyat Bangsamoro dihormati dan pada masa yang sama kedaulatan dan perlembagaan negara Filipina akan dipelihara dengan baik.
Malaysia bertindak sebagai perantara dalam rundingan yang diadakan di Kuala Lumpur sejak beberapa bulan yang lalu.
amukanmelayu - ISLAMELAYU MORO,......buatlah persiapan untuk membawa "PANJI_PANJI HITAM DARI TIMUR".....ramai yang akan BERBAIAH dengan kamu......