,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday, 2 October 2012

PERLUKAH LAGI ASKAR MELAYU DAN RAJA-RAJA ISLAMELAYU SEDANGKAN KITA BERSEKONGKOL DENGAN MEREKA YANG NAK REPUBLIKAN TANAH MELAYU INI?



Perancangan DAP untuk menawan Malaysia bukan kecik anak. Cerita DAP hendak merepublikkan Malaysia, bukan juga cerita kosong.

Ramai yang beranggapan contohnya para penyokong Pakatan Rakyat, DAP akan sama-sama mempertahankan Perlembagaan Malaysia, malah tidak akan mengubah apa-apa pun.

Namun daripada gerak kerja DAP yang dijalankan selama ini, memang jelas mereka sedang berusaha ke arah itu.

DAP tidak bertindak secara hadapan-hadapan. Contoh terbaik ialah bagaimana DAP berjaya melembukan Melayu-Melayu yang berpakaian PAS berbaring dan cubaan menghalang Sultan dan Raja Muda Perak dalam "PERISTIWA BUKIT CHANDAN" apabila Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin tidak dapat menerima kenyataan yang dia telah di GULINGKAN kerana 3 orang dari ADUN PR telah meninggalkan PARTI.

Tidak ada India, tidak ada Cina mahupun bangsa Yahudi yang menjadi tulang belakang operasi DAP di negara ini yang ada di hadapan semasa insiden berkenaan.

DAP tahu, untuk menentang raja-raja Melayu dan sistem raja berperlembagaan, ialah dengan menggunakan Melayu sendiri.

Rejimen Askar Melayu Diraja merupakan benteng terakhir kewujudan raja-raja Melayu di negara ini. DAP dalam beberapa kenyataan pernah mempersoalkan kewujudan RAMD dan bertanya mengapa perlu wujudnya rejimen berkenaan yang dilabelkan sebagai RASIS.

Untuk menghapuskan raja-raja Melayu, tidak memerlukan kehebatan ilmu perang konvensional yang disokong oleh kereta-kereta kebal Israel mahupun penasihat Zionis.

Cukup bagi kemenangan kepada DAP dan Pakatan Rakyat pada PRU13 nanti dan dalam tempoh dua tahun selepas itu, republik Malaysia dengan bendera dan lagu kebangsaan baru yang sudah pun ditunjukkan dan diperdengarkan di Sibu baru-baru ini, akan jadi kenyataan.

Apa jadi sekiranya tiada RAMD di negara ini sedangkan itulah tunjang kekuatan angkatan tentera Malaysia?

Dan tanpa RAMD, TIADALAH JUGA RAJA-RAJA MELAYU di negara ini!


amukanmelayu - antara UMNO, DAP, PAS, PKR, MIC, MCA dan Aki....siapa yang tepuk tangan lebih kuat selepas PRU ke 13 ni.