ڤمباوا ڤنجي-ڤنجي هيتم دري تيمور برمولا د ڤادڠ کوتا؟؟
Penulis nak ingatkan kepada mana-mana pihak yang cuba mempersendakan Islam, memperlekehkan Islam ataupun memainkan sentimen perkauman menghina orang melayu, jangan cuba bermain dengan api.
Orang Islam boleh bersatu apabila tiba masanya!
Harap pimpinan negeri Pulau Pinang dapat menerima dan melaksanakan 20 tuntutan JMPP ini tanpa kompromi.
Cuma sedih program sebaik ini kurang mendapat penglibatan ahli PAS yang mereka hanya lebih gemar bermain politik 24 jam serta lebih memikirkan program ini kononnya program UMNO lantas itu mereka boleh dikatakan 'memboikot' program ini! Walhal ini program NGO!
Mereka tidak mementingkan survival islam di P.Pinang! Pada mereka, Guan Eng dah cukup mulia di mata mereka.
Kepada Guan Eng, bilamana anda hina UMNO, anda juga telah menghina 3.4 juta orang melayu!
Ingat!!
JMPP merupakan badan NGO yang
menghimpun seluruh NGO-NGO Islam dalam negeri Pulau Pinang dan di pimpin
oleh Ustaz Hafiz Nordin bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang yang
meletakkan jawatannya dan kini bergerak aktif melalui NGO Islam.
Program yang cukup baik ini
berjaya menghimpunkan sekitar2000 orang-orang Islam di seluruh negeri
Pulau Pinang dan berjalan dengan aman.Malah program yang bermula
semenjak jam 6.00 petang itu turut melibatkan pembentangan 20 tuntutan
JMPP terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Guan Eng yang
mengambil kira kepentingan umat dan agama Islam.
20 Tuntutan JMPP :
1.Undang-undang Jenayah Syariah
yang mengandungi hudud,qisas,diyat dan ta'zir yang termasuk di dalamnya
pencegahan murtad hendaklah digubal dan di laksanakan dengan segera.
2.Mewujudkan Pusat Pemulihan Aqidah di negeri-negeri.
3.Menubuhkan unit khas menyelamatkan aqidah di Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.
4.Mewujudkan Polis Syar'ie untuk mengawal Islam sebagai Agama Negara.
5.Menyelamatkan orang-orang Islam
gelandangan dari terus menjadi sasaran pemurtadan dengan menyediakan
makan minum dan tempat tinggal untuk mereka.
6.Membatalkan Majlis Antara Agama yang ditubuhkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri sendiri.
7.Menarik balik larangan membaca Al-Quran sebelum subuh dengan menggunakan pembesar suara di masjid-masjid.
8.Mewujudkan rancangan Membaca
Kitab Aqidah yang memfokuskan kepada bahaya murtad dalam televisyen
untuk membendung gejala murtad dari berleluasa.
9.Menghalang dan jangan
membenarkan sama sekali 14 tuntutan IFC (Inter Faith Commission)
diterapkan dalam mana-mana undang-undang atau polisi kerajaan negeri
atau persekutuan.
10.Menghalang gerakan mana-mana kumpulan ke arah liberal Islam dan pluralisme agama demi menjaga kesucian agama Islam.
11.Menghalang semua usaha
menghalalkan homoseksual dan LGBT yang bercanggah sama sekali dengan
Islam , undang-undang dan Perlembagaan Negara.
12.Membendung judi dan mengurangkan pengeluaran arak ke arah membasmikan judi dan arak dalam negara.
13.Menuntut agar orang-orang
politik yang tidak Islam agar tidak mengusahakan ke arah merobek kontrak
sosial yang sekian lama termeterai demi menjaga keharmonian antara kaum
dan agama.
14.Menuntut agar wang zakat tidak
di simpan sebaliknya diberikan kepada asnaf yang berhak menerima
seperti yang ditetapkan dalam Al-Quran serta menghalang sebarang usaha
orang-orang politik bukan Islam yang memperalatkan wang zakat untuk
kepentingan politik mereka.
15.Mendesak dan menuntut kerajaan
negeri menghormati dan mengutamakan bahasa kebangsaan dalam semua
urusan rasmi termasuk dalam penggunaan papan-papan tanda , nama-nama
jalan dan papan-papan tanda kedai.
16.Mendesak dan menuntut kerajaan
negeri Pulau Pinang agar meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri
Pulau Pinang 2004 berhubung dengan kuasa perlantikan Mufti dan YDP
Majlis Agama Islam dan 5 lagi yang berkaitan dengan agama Islam yang
memerlukan nasihat dari exco kerajaan negeri supaya diserahkan kepada
Yang DiPertuan Agong.
17.Menuntut supaya kerajaan
negeri melalui majlis agama mengkaji semula arahan pemilihan
Jawatankuasa Masjid agar pelaksanaannya tidak memecah belahkan umat
Islam dalam rumah-rumah ALLAH.
18.Membendung dan mencegah
hiburan melampau (hedonism) untuk mengurangkan kadar keruntuhan akhlak
terutamanya di kalangan remaja Islam di negeri ini.
19.Menuntut kerajaan negeri
menarik permit yang diberi majlis perbandaran sekiranya premis berkenaan
dikenal pasti gagal menghormati kesucian agama Islam serta tidak
mematuhi undang-undang negeri dan negara.
20.Menuntut agar umat Islam dapat
bersatu padu dengan mengenepikan fahaman serta ideologi politik
masing-masing dan mendesak PAS dan UMNO yang mewakili majoriti umat
Islam dalam negara agar dapat berunding , mencari titik persamaan ,
melupakan segala perselisihan dan perbalahan demi mengembalikan
perpaduan umat dengan menjadikan Al-Quran dan Al-Hadith sebagai panduan
perundingan.
Dalam masa yang sama rata-rata
barisan pemidato yang naik ke pentas utama berbicara soal kepentingan
Islam di bumi Pulau Pinang dan di seluruh negara selain daripada menyeru
supaya Isam di pertahankan dan mengharapkan satu penyatuan umat Islam
di Malaysia mampu di jayakan.
Sekalung penghargaan dari MMI buat JMPP kerana berjaya menganjurkan program sebaik ini .
Berikut adalah sebahagian daripada gambar sepanjang program berlangsung :
amukanmelayu - kayu di sambung dengan kayu, batu di sambung dengan batu(simen) ukhwah islamiah hanya akan di sambung dengan Iman......