Isu Kerajaan Sementara
PENULIS perasan, sejak
2008, pembangkang cuba membangkitkan tentang soal ‘kerajaan sementara’
yang memerintah negara ini sepanjang tempoh Parlimen dibubarkan,
sehingga ke tarikh kerajaan baru diwujudkan.
Jadi sedikit pelik sebab isu ini tak
pernah timbul sepanjang 11 pilihanraya sebelum itu atas sebab yang jelas
- barisan kabinet dilantik DYMM Yang Dipertuan Agung berdasarkan
kedudukkan parti masing-masing di Parlimen selepas pilihanraya berakhir.
Ada 2 cerita berbeza disitu, kedudukkan
dalam parlimen hanya kriteria untuk perlantikan. Pemegang jawatan akan
kekal dalam jawatan masing sehingga DYMM Yang Dipertuan Agung melantik
pihak mana pula sebagai kerajaan baru berdasarkan kedudukan kerusi
Parlimen terkini selepas pilihanraya terakhir berlangsung.
Pendek kata tidak wujud soal ‘kerajaan
sementara’ kerana barisan kabinet yang memerintah negara ini adalah yang
sah, dilantik atas perkenan DYMM Yang Dipertuan Agung – institusi yang
tidak terusik, walaupun parlimen bubar.
Ini yang kita semua faham dan agak pelik
kenapa pakatan pembangkang (waktu itu dikenali sebagai Barisan
Alternatif) menjadikan isu ini kecoh?
Tapi ketika itu persoalan ini
begitu kurang diberi perhatian, termasuk dari dalam BN sendiri kerana
ada isu yang lebih besar iaitu bagaimana nak menjatuhkan anak beranak
& co tapi dalam masa yang sama memastikan BN masih kekal berkuasa.
Sebaik pembangkang menang di beberapa
negeri dan menambah kerusi di Parlimen, langsunglah isu ini tenggelam
terus, sehinggalah dibangkitkan baru-baru ini lanjutan dari syor oleh
Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya.
Jawatankuasa yang didesak penubuhannya
oleh pembangkang setelah melihat mereka kalah 8 kali pilihanraya kecil
berturut-turut (kecuali Sibu) sejak pilihanraya kecil Bagan Pinang 2009.
Masa depa menang 8 kali pilihanraya kecil berturut-turut (kecuali
Batang Air) sebelum itu, tak pulak bising pasal pilihanraya tak adil dan
sebagainya.
Pendek kata, penubuhan jawatankuasa ini
seperti yang kita semua tahu adalah hasil desakan pakatan pembangkang
(kini dikenali sebagai Pakatan Rakyat) kerana kononnya sistem
pilihanraya negara ini tidak adil apa segala. Yang berpuluh-puluh orang
wakil pembangkang jadi Ahli Parlimen tu dan perintah beberapa negeri,
tak tahu sistem mana yang dipakai, sistem Papua New Guinea agaknya.
Oppss..Papua tak boleh sebut, nanti PAS Kedah semput.
Baiklah, persoalannya sekarang, apa
penting dengan isu ‘kerajaan sementara’ ini sehingga nak dipaksa
Suruhanjaya Pilihanraya mengeluarkan buku panduan? Adakah 12 ‘kerajaan
sementara’ yang ada sebelum ini tidak sah kerana tidak ada buku panduan?
Penulis nampak pembangkang ada
kepentingan dan cuba ambil kesempatan sepanjang ‘kerajaan sementara’
memerintah terutama dari segi perundangan. Di akhirnya nanti, mereka
hanya mahu kata ‘kerajaan sementara’ ini tidak sah, apa pun keputusan
yang dibuatnya tidak boleh dipakai dan sebagainya.
Ini termasuklah soal perlaksanaan bajet
2013 yang terkandung di dalamnya pelbagai faedah dan manfaat terhadap
rakyat seperti BR1M, BB1M dan sebagainya.
Jadi harapnya kerajaan berhati-hati
dengan strategi pihak pembangkang ini dan SPR sendiri berhati-hati dalam
merangka buku panduan tersebut kerana kita tidak mahu ia dijadikan
sebab untuk pembangkang ‘mencari pasal’ sepanjang tempoh dari parlimen
dibubarkan sehingga keputusan PRU13 diumumkan.
amukanmelayu - Cerita 1.
Dua peragut telah di bunuh(Di Sembelih)oleh orang kampung di kawasan masjid kerana..........
Cerita 2.
Dua "ORANG" peragut di bunuh oleh orang kampung di kawasan masjid kerana .........
Dua cerita di atas adalah 2 cerita yang berbeza.....cerita pertama kekawan buat cerita saspen lucu, menceritakan 2 ekor lembu(peragut rumput) di sembelih kerana Ibadat Korban sementara cerita kedua adalah cerita manusia yang jahat yang menjadi peragut di ceritakan dalam suasana jelas dan serius....... inilah perangai Orang yang gilakan KUASA dan akan menggunakan tipu muslihat hanya kerana KEDUDUKAN dan KUASA.....penentu kepada kejayaan mereka yang suka menipu ini terletak kepada AKAL mangsanya. Jika mangsanya orang yang bijak dan BERHATI-HATI....mereka akan gagal dalam MISSI mereka....hanya mereka yang DUNGU dan Kurang Bijak akan berterusan menjadi mangsa mereka ini......