PUTRAJAYA:
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak berniat mengeluarkan lebih
banyak saman kepada pesalah lalu lintas dengan memperkenalkan penggunaan
Sistem Penguatkuasaan Saman Automatik (AES) sebaliknya mahu pemandu
lebih berwaspada ketika memandu.
Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan, berkata
penggunaan AES di 831 lokasi seluruh negara bermula Mei depan bertujuan mendidik pemandu supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya.
“Apa yang biasa kita lihat, sekiranya pemandu ternampak sekatan jalan
raya mereka akan memandu dalam had yang ditetapkan, namun selepas itu
mereka akan memecut tanpa menghiraukan had laju dibenarkan,” katanya.
Menurutnya, berikutan itu, sistem AES dijangka dapat memberi peringatan
kepada pemandu bahawa mereka sentiasa diperhatikan dan segala kesalahan
boleh dirakam menggunakan kamera yang dipasang di lokasi terbabit.
“Sistem
ini dijangka mampu berfungsi dengan baik kerana ia beroperasi 24 jam
tanpa mengira apa juga keadaan sama ada pada waktu malam atau siang.
high value jobs
“Setiap kesalahan yang dilakukan pemandu akan dirakam kamera dan
kemudian diproses di pusat kawalan. Pemandu dijangka mendapat surat
saman dalam tempoh tujuh hari,” katanya pada sesi taklimat mengenai
pelaksanaan AES di pejabatnya di sini, semalam.
Menurut Solah, selain mengenal pasti kesalahan trafik, sistem AES boleh
membantu polis mengesan penjenayah yang melarikan diri menggunakan
kenderaan.
“Sekurang-kurangnya sistem ini dapat membantu polis menjejak arah
penjenayah yang melarikan diri kerana ada banyak kamera di seluruh
negara,” katanya.
Menurutnya, penggunaan sistem AES juga dapat menjimatkan penggunaan
masa, wang dan tenaga kerana semua maklumat kesalahan pemandu boleh
didapati terus dari pusat kawalan termasuk ketika perbicaraan di
mahkamah.
KOS
RedFlex dr Australia mendapat kontrak bernilai RM151,544,578.33 utk bekalkan kamera kpd Beta Tegap Sdn Bhd.
Jenoptik Robot dr Jerman mendapat kontrak bernilai RM160,656,496.72 untuk bekalkan kamera kpd ATES Sdn Bhd...
Nilai kedua2nya RM312,201,075.05 tetapi Kerajaan umumkan jumlah
pelaburan dua syarikat pengendali AES ialah bernilai anggaran RM717
juta..... beza = RM404,798,925
AES Mula Mengumpul Saman
Melayukini.net - Benarkah Sistem AES Mengumpul Saman RM885,600.00 Dalam Tempoh 48 Jam? | Kami tidak pasti sama ada maklumat ini benar atau pun tidak, tetapi menurut sumber yang boleh dipercayai,
Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) fasa pertama yang dipasang di 14 lokasi panas di negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya
telah berjaya mengutip saman
berjumlah RM885,600.00 dalam tempoh masa hanya 2 hari, dengan andaian
setiap saman dikenakan jumlah bayaran RM300.00 (2952 saman X RM300).
Dikatakan sebanyak 2,952 keping imej
pesalah lalu lintas telah berjaya dirakamkan di 14 lokasi tersebut dalam
tempoh dua hari, termasuk di lokasi yang mempunyai laluan lurus dengan
kelajuan maksimum ditetapkan 60 km/j.
Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan baru-baru ini, sejumlah 817 unit kamera AES akan dipasang di seluruh negara dalam fasa kedua tidak lama lagi.
Apa yang mengejutkan berkenaan keberkesanan penggunaan
sistem AES ini ialah kemampuannya untuk merakamkan begitu banyak gambar
kenderaan yang melakukan kesalahan trafik lalu lintas dalam tempoh yang
begitu singkat. Ini memberikan gambaran awal bahawa lebih
banyak pemandu kenderaan akan menerima saman selepas ini apabila 817
lokasi lagi di seluruh negara di pasang kamera AES.
Antara lokasi panas yang dijangka akan
mengeluarkan banyak saman kepada pemandu ialah di laluan lurus dengan
had maksimum kelajuan 60 km/j dan 80 km/j. Kebanyakan pemandu menghadapi
kesukaran untuk mematuhi had laju di bawah kedua-dua had maksimum
tersebut, terutamanya di laluan lurus, apatah lagi apabila
memandu kenderaan berkuasa tinggi seperti Proton Preve CFE dan Ford
Focus hatchback serba baru.
Melayukini.net -
Kita datangkan satu persoalan di sini. Jika sebuah kereta berkelajuan
100 KM/J dilorong tengah, terdapat sebuah kereta berkelajuan 100KM/J
juga turut berada di belakang kereta tersebut. Lalu dia mengambil
keputusan untuk memotong kereta tersebut di lorong kanan, namun kelajuan
terpaksa ditambah dan tidak sengaja menekan sehingga 120 KM/J. Jadi
tidak boleh tidak, kereta yang memotong tersebut terpaksa membayar saman
hampir RM300. Jadi bagaimana cara untuk kita memotong, atau memilih
untuk memandu sambil mencucuk angin di belakang kereta lain? Orang yang
memandu kereta jenis 1.6 hingga 2.0 tahu betapa ‘lemahnya’ kereta jika
memandu 100 KM/J.
amukanmelayu - melanggari sesuatu yang telah di tetapkan dengan PERATURANnya....perlulah berbayar. Sudahkah anda menggantikan PUASA yang di tinggalkan pada RAMADHAN yang lalu?