,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday, 13 March 2014

MAS FLIGHT MH370 6 DAY'S MISSING - KRONOLOGI HINGGA HARI INI.

kronologi MH370-777

Chinese search and rescue workers scour part of the South China Sea for any evidence of the missing plane.
Chinese search and rescue workers scour part of the South China Sea for any evidence of the missing plane. Photograph: Xinhua/Landov/Barcroft Media

Sabtu 8 Mac 2014
12.41 pagi
MH370-777 berlepas dari KLIA
Jenis Pesawat :B777-200
Pesawat berkongsi kod China Southern Airlines

1.30 pagi
MH370 Terputus hubungan denga radar
Lokasi Terakhir : 120 batu notika timur kota Bharu
Sekitar Laut china selatan

Mh370 Perbualan Terakhir Dgn Pihak Vietnam Disebarkan >> wangolds.com
Pilot yg terbang setengah jam lebih awal berjaya berhubung dgn MH370 setelah diminta oleh vietnam..perbualan terakhir tu banyak zzzttt mumbling dan ganguan..itu contact terakhir MH370..

"Kami berjaya menjalin hubungan dengan MH370 hanya selepas 1.30 pagi dan meminta mereka jika mereka telah dipindahkan ke dalam ruang udara Vietnam.

missing Malaysia Airlines**** aircraft, said he established contact with*** MH370* minutes* after* he** was*** asked to do so by* Vietnamese air traffic control.

The captain, who asked to not be named, said his plane, which was bound for Narita, Japan, was far into Vietnamese airspace when he was asked to relay, using his plane's emergency frequency, to MH370 for the latter to establish its position, as the authorities could not contact the aircraft.

"We managed to establish contact with MH370 just after 1.30am and asked them if they have transferred into Vietnamese airspace.

"The voice on the other side could have been either Captain Zaharie (Ahmad Shah, 53,) or Fariq (Abdul Hamid, 27), but I was sure it was the co-pilot.

"There were a lot of interference... static... but I heard mumbling from the other end.
"That was the last time we heard from them, as we lost the connection," he told the New Sunday Times.

He said those on the same frequency at the time would have heard the exchange.
This, he said, would include vessels on the waters below.

He said he thought nothing of it, as the occurrence (of losing contact) was normal, until it was established that MH370 never landed.

"If the plane was in trouble, we would have heard the pilot making the Mayday distress call. But I am sure that, like me, no one else up there heard it.

"Following the silence, a repeat request was made by the Vietnamese authorities to try establishing contact with them."sumber 

Rentetan dari perbualan pesawat dengan pesawat sebelum kehilangan MH 370 dari radar DCA pada jam 1.30 pagi. Sementara dalam RADAR TUDM memaparkan plot yang mewakili sesebuah pesawat dan merekodkan satu pergerakan yang kemudian hilang pada 2.15 pagi di kawasan 200 batu barat laut Pulau Pinang, pergerakan ini bermula dari LOKASI yang di laporkan MH 370 hilang dari RADAR DCA.
Apakah ini yang belaku?

Pakar penerbangan antarabangsa meneliti kedua-dua rekod radar ini. Adakah ianya penerbangan MH370 dalam RADAR DCA dan RADAR TUDM adalah Flight yang sama.

Malaysia bekerjasama dengan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional Amerika Syarikat, Lembaga Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat dan Syarikat Boeing dalam meneliti rekod kedua-dua radar ini.
"Memandangkan terdapat perbezaan maklumat antara kedua-dua radar, kini Kerajaan Malaysia dengan bantuan Pakar dari Luar Negara cuba menentukan sama ada penerbangan yang ditunjuk dalam radar berkenaan ialah MH370," katanya.
Sementara itu, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Jeneral Tan Sri Rodzali Daud Mohd Zin berkata kali terakhir isyarat pesawat itu hilang dari radar DCA ialah pada 1.30 pagi di utara pantai timur pada 8 Mac.
Beliau berkata radar militari pula mengesan sebuah pesawat yang didapati menuju ke kawasan pantai barat dari Laut China Selatan dipercayai mungkin penerbangan MH370 kerana radar berkenaan tidak dapat mengenal pasti pesawat itu.

7.42 pagi
Mas keluar kenyataan pertama kehilangan pesawat

11.00 pagi
Sidang Media Pertama

7.05 malam
Najib umum MH370 masih belum dijumpai
Operasi diperluaskan membabitkan Kerjasama Vietnam, China, Singapura, Amerika Syarikat dan 10 lagi negara asing.

APAKAH ini sebahagian dari MH370?


Imej satellite negara China sebenarnya telah lama mendapat imej kemungkinan besar pesawat malang Mas B777-200ER MH370, namun menyimpannya, sementara apakah pasukan Penyelamat dan Mencari (SAR) yang melibatkan Amerika Serikat boleh menjumpai pesawat malang itu secara langsung.

Imej yang berkemungkinan MH370, sebenarnya telah dirakam pada 9 Mac, di lokasi awal liputan mencari dan penyelemat. Namun, pihak peguasa China tidak mengeluarkan imej itu, berhubung ada perkembangan bahawa kononnya pesawat berpatah balik.

Pesawat MH370 hilang daripada radar kawalan menara subang pada 1.30 atau 2.40 pagi Sabtu, selepas berlepas daripada KLIA menuju Beijing destinasi akhirnya. Pesawat itu sepatutnya mendarat pada 6.30 pagi hari yang sama, namun hingga kini tidak pernah mendarat.

Imej yang ditemui satellite China itu disokong oleh seorang warga New Zealand yang berkerja di sebuah pelantar minyak di kawasan itu. Pekerja itu mendakwa melihat satu kebakaran berlaku di udara bersamaan pesawat itu hilang.

Walau bagaimanapun, pihak SAR sedang menuju lokasi, setakat ini, belum ada kepastian, apa kah tumpukan di laut itu adalah MH370.
Tiga objek besar terapung dikesan oleh satelit china di kawasan terakhir pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dilaporkan terputus hubungan sebellum hilang Sabtu lalu, kata Pentadbiran Sains dan Teknologi China pada lewat malam Rabu. Bagaimanapun harapan untuk menemui petunjuk baru dalam Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) yang masuk hari keenam agak pudar apabila Ketua Jabatan Penerbangan Awam (DCA) China Li Jiaxiang berkata, tiada sebarang bukti objek terapung berkenaan mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang.
“Satelit China mengesan asap dan objek terapung (bagaimanapun) ketika ini kami tidak dapat mengesahkan sama ada ia mempunyai kaitan dengan pesawat yang hilang itu,” kata Li selepas menghadiri mesyuarat Parlimen negara itu, Khamis.
Pihak Pentadbiran Sains dan Teknologi China bagaimanapun sedang menganalisis imej satelit berkenaan.

malaysia-airlines-mh370-search-area 
Tiga objek besar itu dikesan di 105.63 darjah longitude Timur dan 6.7 darjah latitude Utara, demikian menurut pusat pentadbiran itu dalam laman web rasminya. Objek didapati bertaburan di kawasan seluas kira-kira 20 kilometer dengan masing–masing bersaiz 13 x 18 meter, 14 x 19 meter dan 24 x 22 meter, lapor agensi berita AFP.

Sementara itu di Pulau Phu  Quoc, pihak berkuasa Vietnam sudah melancarkan pencarian di kawasan di mana satelit China dilapor mengesan tiga objek yang mungkin serpihan pesawat MH370 yang hilang. Namun sebuah pesawat akan dihantar lagi untuk memeriksa semula kawasan itu, kata pegawai tentera Vietnam.

“Kami sedia maklum dan kami sudah menghantar pesawat untuk memeriksa kawasan berkenaan sejak tiga hari lalu.
“Hari ini pesawat (tentera) akan mencari di kawasan itu,” kata Timbalan Menteri Pengangkutan Vietnam, Pham Quy Tieu.
Agensi berita AP melaporkan seorang pegawai tentera berkata, Vietnam juga sedang menunggu gambar yang diambil oleh satelit China pada Ahad lalu bagi mengenal pasti lokasi sebenar untuk tindakkan lanjut.-bnbbc.my

Pekerja pelantar minyak New Zealand dakwa nampak pesawat terbakar


KUALA LUMPUR: Seorang pekerja pelantar minyak New Zealand mendakwa melihat sebuah pesawat terbakar dan terjunam, dan percaya objek tersebut adalah pesawat MH370 yang hilang.
Maklumat itu didedahkan wartawan Australia, selepas mendapat surat yang dikirim Michael Mckay.
Mckay adalah pekerja pelantar minyak di Sonha Mercur, Tenggara Vietnam.

Dalam suratnya dia mendakwa pesawat yang dilihatnya adalah MH370. Ini adalah berdasarkan waktu pesawat itu dilaporkan hilang. Pesawat itu dilihat dari kawasan pelantar minyak di kedudukan 8.9 darjah utara dan 108 darjah timur. Pesawat itu dilaporkan bergerak dari arah barat daya dalam keadaan terbakar pada altitud tinggi. Susulan itu, Mckay menjelaskan beliau telah cuba menghubungi pihak berkuasa Malaysia dan Vietnam beberapa hari lalu.

Adakah pengurus IT dari Chicago dapat menemui MH370 dengan ‘crowdsourcing’?


March 13, 2014
Anggota Penguatkuasa Maritim Malaysia menunjuk kepada skrin radar kawasan kemungkinan pesawat MH370 terhempas sebelum bertolak dari pangkalan untuk misi mencari dan menyelamat di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan semalam. Kini rakyat biasa juga berusaha mencari pesawat tersebut dengan kaedah crowdsourcing yang meneliti imej dari satelit dalam sebuah laman web khas. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 13 Mac, 2014.

Anggota Penguatkuasa Maritim Malaysia menunjuk kepada skrin radar kawasan kemungkinan pesawat MH370 terhempas sebelum bertolak dari pangkalan untuk misi mencari dan menyelamat di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan semalam. Kini rakyat biasa juga berusaha mencari pesawat tersebut dengan kaedah crowdsourcing yang meneliti imej dari satelit dalam sebuah laman web khas. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 13 Mac, 2014. Seorang pengurus IT dari Chicago, Amerika Syarikat, mungkin sudah dapat mengesan pesawat penerbangan Malaysia MH370 yang hilang – hanya dengan melayari Internet.
Laporan dalam akhbar Mirror berkata Mike Seberger mungkin menemui lokasi pesawat yang hilang itu selepas meneliti imej satelit beresolusi tinggi yang diambil dari atas laut di mana pesawat tersebut hilang pada pagi Sabtu.
Imej yang dijumpai Mike menunjukkan objek berupa kapal terbang di bawah gumpalan awan di Teluk Thailand.
 
Seberger, 47 tahun, terjumpa objek itu selepas memasuki laman Tomnod yang memuat naik imej satelit seluas 1,000 batu persegi sehari selepas pesawat itu hilang.
Lebih kurang setengah juta sukarelawan mendaftar untuk misi dalam talian itu pada hari pertama, dan sebanyak 100,000 orang menggunakan laman web itu dalam masa seminit. Laman web ini juga sering tergendala kerana trafik yang sesak.
Laman web ini berfungsi dengan memberi setiap pengguna sepetak kecil daripada kawasan pencarian itu.

Pengguna kemudiannya meneliti imej tersebut dengan terperinci – dalam kaedah ini yang dinamakan sebagai 'crowdsourcing'.
Gambar satelit tersebut diambil dari 400 batu dari atas bumi pada 9 Mac dan berupaya merakam butiran sekecil kawasan penalti di padang bola sepak, kata laporan Mirror.
Jika pengguna dapat melihat sesuatu yang penting, mereka akan menanda butiran itu untuk pengurus laman web tersebut.

The Mirror memetik Seberger berkata ia hanya mengambil masa beberapa minit untuk menjumpai imej itu, yang ukuran dan dimensinya konsisten dengan sebuah Boeing 777.
"Pada mulanya saya selang sahaja objek itu kerana saya terfikir tidak mungkin saya dapat menjumpainya begitu cepat.

"Tetapi saya asyik kembali melihat objek itu dan terfikir, 'Memang nampak seperti pesawat.'"
Pencarian pesawat MH370 kini semakin bertambah sejak ia hilang Sabtu lepas.
Sebanyak sembilan orang mengatakan mereka nampak pesawat itu sebelum ia hilang.
Satu daripada mereka berasal dari New Zealand di pelantar minyak sekitar Vung Tau di selatan Vietnam yang berkata dia terlihat sebuah 'objek terbakar' kira-kira 200 batu dari lautan.
Pekerja pelantar minyak, Michael McKay mendakwa melihatnya berlaku dan menghantar emel tentangnya kepada majikannya.

Wartawan ABC News Bob Woodruff mendapat salinan emel yang dihantar itu. McKay menulis dia percaya apa yang dilihatnya adalah pesawat MAS sedang terhempas.
"Masanya juga tepat. Saya cuba menghubungi Malaysia dan pegawai dari Vietnam beberapa hari lalu, tetapi saya tidak tahu jika mesej saya diterima,"katanya.
McKay juga menggambarkan apa yang dipercayainya sebuah kapal terbang yang terbakar di altitud yang tinggi kira-kira 50-70 kilometer dari lokasinya di pelantar minyak Songa Mercur sekitar Vung Tau.

Dia berkata apabila "melihat objek terbakar itu, ia nampak seperti kapal terbang itu masih sempurna (bentuk)."
"Daripada pertama saya nampak kapal terbang terbakar itu sehingga api terpadam (di mana altitud masih tinggi) saya kira lebih kurang 10 ke 15 saat." tulisnya.
"Tiada pergerakan lateral dapat dilihat, jadi ia sama ada menuju ke arah lokasi kita, tidak bergerak (dan jatuh) atau menuju bertentangan dengan arah lokasi kita."
Pekerja pelantar minyak itu juga memberikan koordinat GPS lokasinya dan lokasi anggaran di mana dia terlihat pesawat itu.

Globalnews melaporkan bahawa Woodruff mengatakan pegawa Vietnam mengesahkan mereka menerima emel McKay. – 13 Mac, 2014.

mas-oil
Pekerja Plantar Minyak yang melihat "konon"nya pesawat terbakat
Misteri kepada tiba-tiba ada sidang media tersebut terjawab sebelas CNN menyiarkan imej satelit negara China mendakwa menemui tiga objek yang terapung di perairan Laut Cina Selatan.
Imej berkenaan dirakamkan pada 9 Mac lalu di selatan Vietnam atau timur laut Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada kedudukan longitud 105 perpuluhan 63 darjah timur, 6 perpuluhan 7 darjah utara pada latitud.

Bagaimanapun, Ketua Penerbangan Awam China berkata bahawa tiada bukti objek terapung di Laut China Selatan dari satelit itu berkaitan dengan pesawat MH370 Malaysia yang hilang.
"Satelit China menjumpai asap dan objek terapung.. pada masa ini kami tidak dapat mengesahkan ia berkaitan dengan pesawat Malaysia yang hilang," Li Jiaxiang memberitahu wartawan semasa mesyuarat tahunan Parlimen China.


Objek-objek  terabit dianggarkan berukuran sekitar 13 kali 18 meter, 14 kali 19 meter dan 24 kali 22 meter. Kementerian Sains, Teknologi dan Industri Pertahanan Kebangsaan China yakin penemuan ini adalah petunjuk baru kepada kes kehilangan MH370. Sementara itu pagi Khamis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menghantar pesawat pelbagai guna Bombardier ke Laut China Selatan, di mana tiga objek dikesan satelit China itu pagi ini Perkara ini disahkan melalui pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein melalui laman Twitternya hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan seorang pekerja pelantar minyak New Zealand mendakwa melihat sebuah pesawat terbakar dan terjunam, dan percaya objek tersebut adalah pesawat MH370 yang hilang. Maklumat itu didedahkan wartawan Australia, selepas mendapat surat yang dikirim Michael McKay. Menurut beliau dia melihat pesawat yang terbakar di di udara kira-kira 50 - 70km dari lokasi beliau.

"Saya percaya telah melihat kapal terbang Malaysia Airlines terjunam. Masa yang tepat ," kata Encik McKay dalam e-mel.
" Saya memerhatikan ia terbakar pada di udara,"ujar beliau.-13/3/2014

 AMUKANMELAYU - Hanya berdoa.....Ya Allah...kembalikanlah mereka ke pangkuan keluarga mereka dan berilah khabar gembira kepada kami Ya Allah....