10 TAHUN ANWAR DIBEBASKAN (2004-2014) & KEHILANGAN MH370
Nampaknya ramai yang membaca analisa ini . Kajian
saya mendapati, sebenarnya beberapa NGO dari Amerika Syarikat dan
negara-negara barat sudah mula bertapak secara perlahan-lahan di
Malaysia sejak awal 1970 lagi, tetapi di negara-negara jiran ianya lebih
awal sedikit.
Parti Keadilan Rakyat
(PKR) agaknya sudah terlupa untuk menyambut ulang tahun yang ke-10
(2004-2014) pembebasan DS Anwar Ibrahim (Anwar) dari penjara Sg. Buloh.
Oleh kerana saya amat
meminati mengkaji pemikiran tokoh-tokoh politik era awal 1900an seperti
Dato' Onn Jaafar, Tunku Abd. Rahman, Lee Kuan Yew, Sukarno, Mahatma
Ghandi, Jawaharlal Nehru, Mao Ze Dong termasuklah Anwar Ibrahim.
Saya yakin ramai
ahli-ahli PKR sendiri hatta Rafizi belum membaca buku kompilasi ucapan
Anwar bertajuk "Menangani Perubahan" (1985) dan "Asia Renaissance"
(1995). Saya juga yakin tidak semua orang PKR tahu bahawa Anwar semasa
awal 1970 pernah dilatih di negara jiran.
November, 1998 - Al-Gore,
Naib Presiden Amerika Syarikat datang ke Malaysia memberi sokongan
terbuka kepada DS Anwar Ibrahim (Anwar), sebenarnya selepas diminta
oleh pihak Wall
Street dan IMF. Ketika itu, Paul Schiff adalah Presiden Wall Street dan
suami kepada anak Al-Gore. Beliau adalah keturunan Jacob Schiff orang
penting dalam Revolusi Bolshevik. Manakala Michael Camdessus adalah
Pengerusi IMF.
8.8.2000 - Anwar dihukum penjara oleh Mahkamah Persekutuan.
11.8.2001 - Anwar
menulis dalam penjara Sg. Buloh dan mengeluarkan kecaman ke atas Mohd.
Atta dan Osama ben Laden serta Saddam Hussien dalam majalah Time dan
International Herald Tribune, New York. Kecaman Anwar sangat mengejutkan
dunia Islam ketika itu.
2.9.2004 - Anwar dibebaskan daripada penjara Sg. Buloh.
Oktober, 2004 - Pertemuan penting dengan Paul Wolfowitz di Jerman, Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat. Gus Dur turut hadir.
2005 - Apabila Anwar
berhijrah ke United Kingdom, Anwar dilantik sebagai Ahli Lembaga
Penasihat Investment Management Group (IMG) yang dipengerusikan oleh
Al-Gore.
George Soros pula melobi Anwar sebagai pensyarah pelawat di St Anthony's College di United Kingdom. Christopher Patten adalah Pengerusi St. Anthony's College dan beliau adalah kroni George Soros.
Soros juga turut melobi
perlantikan Anwar sebagai Ahli Jawatakuasa ICG (International Crisis
Group) sebuah NGO yang mendapat suntikan kewangan dari Soros.
2006 - NGO Foundation For The Future (FFF) yang diketuai oleh Dick Cheney dan anak peremuannya Liz adalah bertujuan mempromosi Regime Change di negara-negara Asia Tenggara. Wikileaks mendedahkan Anwar memohon bantuan dana dari NGO Amerika kononnya untuk perubahan di Malaysia.
Julai, 2006 - Anwar dilantik Pengerusi FFF, apabila kontraknya sebagai konsultan di bahagian governance and accountability, Bank Dunia tamat.
GAMBAR ANWAR DIGANTUNG DI DALAM PEJABAT ANWAR DI AMERIKA |
1.10.2006 - Sebagai
Pengerusi FFF, Anwar menulis surat kepada Robin Cleveland supaya Shaha
Ali Riza dipindahkan dari Bank Dunia ke FFF. Riza dikenali dengan cerita
skandal dengan Paul Wolfowitz.
15.12.2006 - Melalui NGO AccountAbility, Anwar yang dilantik sebagai Penasihat Kehormat memohon bantuan dana daripada Soros Fund Management.
2007 - Anwar Ibrahim & Associate (AIA) memohon bantuan National Endovment For Democry (NED) melalui Presiden NED Carl Geshman. Manakala Pengerusi NED, Madeline Albgriht melantik Anwar sebagai Panel Pemikir NED dan CFR (Council on Foriegn Relations). James Wolfonson pula melantik Anwar sebagai Penasihat Antarabangsa, Institut Brookings.
7.8.2008 - Anwar
didakwa di Mahkamah kerana meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful
Bukhari yang difailkan sendiri oleh bekas pembantunya itu.
1.9.2009 - Pak Lah meletak jawatan dan Anwar menjangka Pilihanraya Umum Ke-13 akan diadakan bila-bila masa.
25.9.2009 - Anwar
bertemu Richrad Haass di New York. Richard Haas adalah Pengarah
Perancangan Dasar Luar Negara yang turut bertanggungjawab menasihati
Presiden Amerika menyerang Iraq.
2010 : ANWAR IBRAHIM MAY WELL BECOME PRIME MINISTER |
2010 - Di
New York, Anwar diuar-uarkan sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.
Kempen "mengkehadapankan" Anwar sebagai Perdana Menteri diperbesarkan di
New York dan Washigton DC.
2011 - Anwar
dalam satu majlis di University College of London mewakili Al-Gore
(Al-Gore Foundation) sebuah foundation yang sangat-sangat pro-Israel.
9.1.2012 - Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar daripada tuduhan liwat. Namun Mohd. Saiful Bukhari mengemukakan rayuan.
24.1.2012 - "I support all efforts to protect the security of Israeli " (TWSJ)
5.5.2013 - Anwar dan PR tewas dalam PRU13. Anwar menyalahkan kerajaan Malaysia dengan tuduhan pengundi Bangladesh dan isu Dakwat Kekal.
28 Januari, 2014 - ADUN
Kajang meletak jawatan tanpa sebab dan Anwar Ibrahim bercadang
memenangi PRK Kajang untuk menjadi Menteri Besar Selangor, sebuah
jawatan Ekskutif tertinggi peringkat negeri.
28 Februari, 2014 - Anwar berusaha membatalkan pemilihan Peguam Kanan TS Shafee Abdulah kali ke-3 tetapi gagal.
7 Mac 2014 - Tiga panel hakim Mahkamah Rayuan memutuskan Anwar bersalah dalam kes sodomi-II. Anwar Ibrahim memohon rayuan.
8 Mac 2014 - Tidak sampai 24 jam, tiba-tiba berita yang amat mengejutkan MH 370 dilaporkan hilang.
PERSOALAN BESAR :
1. NGO-NGO di Amerika
Syarikat dan sekutunya telah melabur begitu banyak dana, selepas Anwar
dibebaskan dari penjara pada 2004-2014.
2. Persoalannya, dengan
begitu banyak pelaburan NGO-NGO di Amerika dan sekutunya membina semula
imej Anwar, apakah tuntutan penaja-penaja itu selepas Anwar gagal
menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2008 dan selepas PRU13 pada
tahun lepas?
3. Kini dengan keputusan
3 panel Hakim yang memutuskan sebulat suara Anwar bersalah dan
dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara, apakah Anwar hanya akan berdiam diri
dan merelakan dirinya memasuki penjara lagi?
4. Secara peribadi saya
ingin ulangi seruan saya sebelum ini, bahawa, “marilah kita rakyat
Malaysia bersatu hati melawan kejahatan, kerana dengan izin Allah SWT,
kejahatan itu akan tewas”. Insyaalah penumpang MH370 mudah-mudahan
semuanya akan selamat. Yakinlah dengan Allah dan khadaq dan khadar....percayalah dengan Tanah Melayu!
AMUKANMELAYU - Allahhuakbar......astarafirullahalazim...........