,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday 8 March 2014

SODOMI 11 - ANUAR SANGKUT, SAIFUL TERLEPAS DAN KENAPA PULA KHALID YANG SYOK?

KHALID - Syukur, selamat
OLAK LEMPIT, Sabtu 8hb. March 2014 -.Semoga MALAYSIA lebih aman tanpa ada "RUSUHAN JALANAN" seperti yang di inginkan oleh Tian Chua. Sementara Khalid pula tersenyum lebar sambil "MINUM KOPI DENGAN KARIPAP PANAS". Malaysia ku meriah. Kes air pun dah hampir selesai. Lori SYABAS yang tak SYABAS lagi dah kurang kelihatan di jalanan.

TERBAIK DARI LADANG


PRK Kajang macam tenggelam dengan KES LIWAT 11. Beruntung sungguh pada mereka yang berduit dan berkuasa atau berpengaruh. Tapi siapah yang pedulikan berapa banyak lagi kes liwat yang berlaku dengan PAKSAAN. Ada sehingga di bunuh selepas di ROGOL atau di liwat. Rasanya tiada lagi kes yang di tangguh sehingga 61 kali.

Bagi penulis ini adalah KES INDIVIDU dan bukannya kes Negara. Seperti kata Karpal Singh:
 " Karpal turut mempertikaikan Shaiful kerana tidak lari semasa bilik tidak berkunci". Mahkamah telah memberi keadilan yang secukupnya kepada Anwar. Sehingga penulis nampak seperti MAHKAMAH di perbudakkan oleh Kem Anwar. Tapi kenapa hanya Anwar sahaja yang di HUKUM? Kenapa tidak kepada Saiful? Kenapa perlu hukuman hanya di jatuhkan kepada Anwar, sedangkan ada ungkapan "MEMINTA" dari Anwar seperti yang di HEBOHKAN? Lihat petikan dari apa yang berlaku dalam Mahkamah pada 3.2.10 oleh McTheorydi bawah ini. Apakah KES LIWAT ini SUKA SAMA SUKA? Walau apa pun, jika perkara ini benar-benar belaku, ianya adalah satu kesalahan, sama ada dari sudut Ugama atau pun Hukum manusia. LGBT hanya pada mereka yang menglami masaalah MENTAL yang perlu di rawat.

ANWAR: CAN I FUCK YOU TODAY!


Mc baru membaca lintas langsung dari Blog Bro House PK Geli-geleman Mc mengikuti pembicaraan kes liwat Anwar ni. 'CAN I FUCK YOU TODAY?!' Ya Allah. . bertaubat la brader Anwar weii. .
Korang baca bawah ni:

update 5.05pm - Baru je Saiful nak cerita pasal LIWAT, benggali gila tua nak mampos si Karpal kata kena ambik keterangan ini pakai Video Kamera la pulak, memang anti klimaks betul benggali gila ni, perbicaraan bersambung esok pagi jam 9.30 pagi!

4.52PM - Ini berita dasyat punya, korang dengar baik-baik ya, bila Saful tiba kat kondo tu Anwar tanya saiful, Can I Fuck you Today! Wah, anwar harami, gelinya aku dengan kau ni nuar al juburi oi....eeee

Mohd Saiful Bukhari Azlan selepas mengangkat sumpah di dalam mahkamah mendedahkan beliau pernah mendapat tips sebanyak 10 000 dollar Hong Kong ketika mengikut Datuk Seri Anwar Ibrahim ke luar negara.
- 3.2.2010 McTheory

-Pembicaraan bersambung esok.

Penulis berpendapat, Saiful juga harus di bicarakan bersama Anwar dalam KES ini. Perkara ini sebenarkanya dapat di elak jika SAIFUL MENYELAMATKAN diri. Tapi seperti apa yang di hujahkan di dalam Mahkamah: "Karpal turut mempertikaikan Shaiful kerana tidak lari semasa bilik tidak berkunci?"

Sodomi II: Air Mani Terbiar Selama 13 Tahunpun Boleh Dikesan DNA:Tan Sri Shafee Abdullah

Shafee cites a murder case in Queensland, Australia, where the murder took place in 1984 and the body was covered with a red towel and buried in a shallow grave.

He says the grave was uncovered and tests conducted on the towel showed there was semen and using DNA tests, the assailant was found.

"A 13-year period, still the DNA sample can be found. The assailant was later convicted in 2001."

  Shafee says the prosecution has answered clearly about the degradation and contamination issue.

He cites a case, saying, "We are talking about degrees of degradation. You need a minuscule amount. Seah (chemist) says degradation begins once the fluid leaves the body."

Propaganda PR,  Soalan dijawab
Story board Pakatan Rakyat mengenai keputusan mahkamah yang menghukum Anwar bersalah. Mereka mempropagandakan:
1. Mengapa mahkamah memilih tarikh bicara pada masa PRK Kajang.
JAWAB: Siapa yang mengarah dan menyusun jalan cerita supaya bekas wakil rakyat Kajang letak jawatan pada tarikh yang sudah dimaklumkan mahkamah yang akan bersidang?. Dont tell me you do not know the court prosiding dates, its an open knowledge. Unless... Ahha..
2. Najib berkonspirasi bersama hakim untuk menghukum Anwar bersalah.
JAWAB: Mengapakah menilai keputusan hakim secara berpilih?. Adakah Anwar berkonspirasi bersama hakim yang terdahulu semasa beliau dibebaskan?. Waktu tu kenapa tak jadi isu? Harus diingat keputusan kali ini diputuskan oleh 3 orang hakim. Dan semuanya menjatuhkan hukuman Anwar bersalah, 3 - 0.
3. TS Mohamad Shafee Abdullah merupakan peguam upahan UMNO.
JAWAB: Semua peguam mengambil upah diatas khidmat yang diberikan, namun belum terbukti TS Mohamad Shafee merupakan ahli UMNO. Bukti yang jelas semua peguam bela Anwar adalah ahli parti DAP, PKR mahupun PAS. Apakah ia menjadi satu kesalahan? Tentunya tidak. Yang penting ialah khidmat profesional mereka yang cemerlang.
4. Permintaan rayuan penangguhan Karpal Singh ditolak.
JAWAB: Sudah 61 kali kes ini tertangguh, berapa kali mereka nak tangguh. Keadilan bukan hanya menyebelahi pemimpin besar tetapi juga kepada anak kecil yang mengadu dan memohon pembelaan. Ada faham?
5. Najib dikatakan isytihar perang pada Pakatan Rakyat.
JAWAB: Yang ini suka hati kau orang la nak cakap. Kau punya maki hamun siang malam kat Kajang sehingga seorang pemimpin negara tidak dihormati oleh segelintir rakyatnya kau tak kira.. Berani buat berani tanggung la.. Kau ambil sedapnya, buruknya nak pas pada orang lain.

"Benar janji Allah, Yang Hak pasti mengatasi Yang Bathil

"Karpal turut mempertikaikan Shaiful kerana tidak lari semasa bilik tidak berkunci".  

Syaiful

PETALING JAYA: Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Jumaat bersyukur terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati Ketua Pembangkang itu bersalah di atas tuduhan meliwatnya pada 2008.

Beliau menyifatkan keputusan tersebut sebagai satu kebenaran yang amat penting dan bermakna untuk dirinya dan keluarga.

"Benar janji Allah, Yang Hak pasti mengatasi Yang Bathil. Berkat doa, istiqamah dan sabar selama 6 tahun, saya bersyukur ke hadrat Ilahi dengan keputusan Mahkamah pada Jumaat yang memihak pada saya.

"Saya dan keluarga menghormati keputusan Mahkamah pada Jumaat. Kebenaran ini penting dan amat bermakna buat saya dan seluruh keluarga saya. Yang pasti, saya dan keluarga kehadapan.

"Saya berdoa semoga Allah SWT terus memberi perlindungan dan kemudahan dalam segala urusan saya," katanya dalam entri bertajuk 'Benar Janji Allah' di laman blognya, http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com.

Saiful turut mengucapkan terima kasih kepada pihak yang bersama beliau selama ini.

"Allah sahaja mampu membalasnya. Akan terus Istiqamah. Kepada Allah saya berserah," katanya.

Pada petang Jumaat, Mahkamah Rayuan di Putrajaya menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar selepas didapati bersalah meliwat Saiful, enam tahun lalu.

Anwar dituduh meliwat Saiful, ketika kejadian berumur 23 tahun, di Kondominium Desa Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. 

Rakyat Dah Tak Punya Masa Untuk Anwar

 Apa dah jadi? Semakin hari sokongan terhadap Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim ternyata semakin berkurangan. Sedikit demi sedikit semakin ramai yang meninggalkan walaupun baru-baru ini 'anak emasnya', Azmin Ali menyifatkan Anwar sebagai 'Pemimpin Yang Bertaraf Dunia'.

Terbaru, dianggarkan hanya sekitar 20 orang sahaja para penyokong Anwar yang hadir di perbicaraan kes liwat II Anwar, di Mahkamah Rayuan pagi tadi. Walaupun sebelum ini ramai di kalangan pimpinan pembangkang khususnya PKR yang meminta agar para penyokong Anwar hadir bagi memberikan sokongan moral.

Antaranya anak kesayangan Anwar yang juga merupakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang merayu kepada para penyokongnya agar menyebarkan maklumat mengenai tarikh perbicaraan.

"Tolong sebarkan maklumat ini dan mari kita TURUN" katanya

Sedangkan kalau kita rujuk kepada kes liwat pertama Anwar, ribuan orang yang sanggup hadir ke mahkamah. Malah ada ketikanya ramai yang tidak dapat masuk ke bilik mahkamah kerana ruang yang terhad.

Malah ada di kalangan mereka yang sanggup tidur di perkarangan mahkamah semata-mata untuk masuk pada keesokan harinya. Tidak kurang juga yang bermandi peluh di luar perkarangan mahkamah hanya kerana ingin memberikan lambaian dan menjerit 'reformasi' bagi memberikan sokongan moral kepada Anwar yang kononnya teraniaya.

Persoalannya mengapa ini terjadi? Mengapa rakyat semakin menjauhkan diri daripada Anwar? Sedangkan Anwar yang pernah mendapat sokongan puluhan ribu (ada yang mengatakan ratusan ribu) rakyat suatu ketika dahulu, masih merupakan individu yang sama.

Jawapannya mudah. Rakyat sudah semakin sedar dan dapat menilai perkara yang sebenarnya. Ditambah dengan kenyataan Anwar yang sering berubah dan saling bercanggah, telah menyebabkan tembelangnya pecah satu demi satu.

Tambah menghairankan, apabila situasi itu bukan hanya dilalui oleh Anwar, namun ia turut dirasai oleh rakan-rakan sekutunya di dalam pakatan pembangkang. Sebagai contoh, program 'Suara Orang Kampung' anjuran Pemuda Pas pusat siang tadi turut menerima sambutan hambar.

Dianggarkan hanya sekitar 50 orang sahaja yang hadir memberikan sokongan terhadap himpunan tersebut. Himpunan yang diadakan di hadapan bangunan gaetah Asli itu kononnya untuk memperjuangkan nasib golongan petani yang dikatakan tertindas.

Persoalannya sekiranya benar golongan tersebut ditindas, masakan hanya 50 orang sahaja yang sanggup hadir. Tambah melucukan majoriti yang hadir pada petang itu adalah merupakan ahli Pemuda Pas yang rata-rata tinggal di Lembah Klang.
Apa pun, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada majoriti rakyat Malaysia yang telah mula dapat menilai antara kaca dan permata. Benarlah kata pujangga, 'mana mungkin penipu, dapat menipu orang buat selamanya. Lambat laun sudah pasti rakyat akan tahu siapa sebenarnya yang bersalah.

Ulasan kes liwat Anwar oleh musuh no 1 papagomo

DARI KAJANG KE SUNGAI BULOH....
Perkara pertama yang mahu saya bawa balik semua ke kes liwat Anwar Ibrahim vs Shaiful adalah dalam perbicaraan kes terawal iaitu keengganan Anwar berada di kandang saksi dan di soal oleh pendakwa.

Soalan nya kenapa dia enggan di soal siasat dan apa yang di takuti nya sedangkan dalam ceramah dia berapi-api menghentam semua orang termasuk Shaiful dlm kes liwat dan menuduhnya sebagai 1 konspirasi konon nya..

2. Kenapa Anwar bermati2an menolak dan cuba menggugurkan Shafee Abdullah dari penjadi peguam pihak kerajaan ? apa yang di takuti nya sedangkan dia menang pusingan pertama dan mempunyai Karpal Singh..

Untuk menjawab soalan ini dan kupasan berikut nya saya tertarik dgn tweet Rafizi Ramli yang seoalah sedar akan keputusan dan redha dgn apa yang berlaku.
Dari daya maksud Rafizi dan 2 kenyataan di atas maka jelas mereka sedar bahawa peluang mereka dalam kes liwat ini adalah tipis apa lagi jika di bicara semula dan dengan kehadiran peguam Shafee Abdullah yang mempunyai ranking lebih tinggi dari singa berkerusi roda Karpal Singh.
Sebenarnya dlm pusingan pertama Anwar boleh kalah tetapi hanya kerana sebab2 teknikal saja dimana Saiful kalah dlm perbicaraan awal dan bukan nya kerana Anwar tidak bersalah dan ini perlu di fahami dengan jelas.

Oleh itu kedatangan Muhammad Shafee Abdullah yang sangat kenal Anwar dengan mengemaskini semula kelemahan kes awal memang tidak di senangi oleh kem Anwar sebenarnya kerana mereka telah menjangka apa yang akan berlaku.

Dalam perbicaraan yang mengambil masa 2 hari ini cuma lah 1 ulangan untuk mengukuhkan semula perbicaraan asal kerana soalan ,jawapan dan hujahan berkisar pada hal-hal yang sama.
Karpal Singh dalam hujah awal nya mempertikaikan waktu yg di ambil untuk menyimpan DNA di dalam peti sejuk adalah terlalu lama di mana DNA mungkin tercemar kerana suhu dan bakteria atau di sabotaj.

Menurut Karpal sampel yang tercemar tidak boleh di guna pakai mengikut undang-undang antarabangsa.
Karpal turut mempertikaikan Shaiful kerana tidak lari semasa bilik tidak berkunci.
Dalalm hujah Shafee Abdullah pula menekankan bahawa tiada gangguan pada sampel DNA dan mengemukakan bukti atau pengesahan 3 doktor di mana adanya air mani Anwar pada Saiful di mana bukti ini tidak di cabar oleh peguam Anwar.

Karpal pula membuat 1 kesalahan paling besar bila membuat andaian bahawa air mani Anwar di masukkan dalam du**r Shaiful oleh pihak yang mahu menganiaya Anwar.
Shafee turut mempertikaikan kenapa alasan Anwar yang konon nya sakit belakang dan tidak mampu membuat hubungan seks tidak di kemukakan kepada Shaiful dan menuduh ini cuma rekaan pihak pembela.

Point yan lain adalah pihak peguam Anwar tidak mencabar mengenai bukti bahawa Saiful dan Anwar berada dalam kondominium yang sama pada masa kejadian dan sebab kedatangan Shaiful untuk menghantar surat.
Shafee menegaskan atas sebab2 ini hakim terdahulu tersilap ketika membebaskan Anwar Ibrahim.


APA YANG AKAN BERLAKU ?
Anwar telah di dapati bersalah dan akan di hukum penjara 5 tahun tetapi masih mampu mengemukakan rayuan.
Dalam isu ini sejak awal2 lagi berlaku beberapa tanda pelik yang menyelubungi Anwar di mana Menteri Besar Selangor seakan dapat hidu awal nasib Anwar dan berani menandatangani MOU air dengan kerajaan pusat BN di mana ramai pemimpin PKR seperti Xavier Jayakumar,Rafizi Ramli dan Azmin berkata mereka tidak tahu apa2 malah Anwar juga berdiam diri dalam hal ini.Apa kah ini 1 protes dari Khalid Ibrahim dan sekutunya kepada Anwar ? jika benar maka Anwar telah mempunyai musuh dalam selimut dan adakah dia akan di sokong dalam kes rayuan liwat atau jika di penjara nanti.

Azmin yang 1 lagi musuh dalam sekam Anwar tentu terkilan dgn cara diktator Anwar yang bukan anak jati Selangor tetapi mahu sendiri mengambil jawatan Men Besar Selangor sedangkan Azmin mendakwa yang dia lebih laayk kerana mempunyai sokongan 17 dari 22 bahagian PKR di Selangor walau Azmin terlupa pada sokongan PAS dan DAP.

Misteri yang lain adalah ketiadaan Haji Hadi Awang dalam pelancaran jentera pilihanraya Kajang di mana ianya di kaitkan dengan keengganan PAS untuk mengiktirafkan Anwar sebagai bakal MB kerana dalam persetujuan asal mereka cuma iktiraf kepimpinan Khalid Ibrahim semasa menang PRU13.

Buat masa ini para juak2 menuduh hakim berpakat dengan kerajaan, mereka menuduh semua ni konspirasi dan lain2.
Mereka terlupa siapa sebenarnya Shaiful ..mereka terlupa siapa sebenarnya Shafee Abdullah..Mereka semua adalah orang2 Anwar Ibrahim sebenarnya.Shaiful adalah staff nya manakala Shafee Abdullah adalah rakan sejak kecil.

Puak2 ini juga terlupa siapa Karpal Singh yang menjadi peguam Anwar sekarang..Apakah mereka lupa bahawa Karpal pernah berkata di parlimen pada 22 Oktober 1997 bahawa dia mempunyai bukti liwat Anwar Ibrahim ! Apakah puak2 macai ini terlupa semua ini..Jika kata2 ini di guna pakai maka puak ini kena mengaku pada kebenaran bahawa Anwar memang bermasaalah dan terlibat dalam salah laku seks rambang.

Apakah mereka juga terlupa dan mahu menolak gelaran Sheikh Al Juburi yang di berikan oleh Mat Sabu kepada Anwar Ibrahim pada 1998 selepas berjumpa dengan Ummi Hafilda dulu.
Jika penyokong Anwar waras dan mahukan kebenaran mereka sepatutnya menuntut jawapan dari Karpal Singh dan Mat Sabu terlebih dulu samada mereka menfitnah Anwar atau ianya benar Anwar adalah seorang peliwat ? Ini lebih baik dari mereka mempertikai sana sini dan menuduh semuanya salah kerajaan seolah-olah Anwar adalah malaikat suci atau ANUgerak Tuhan seperti dakwaan isteri nya yang sering menjad[truncated by WhatsApp]


AMUKANMELAYU - Malaysia dah jadi cancamurba......