,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday 14 March 2014

MH 370 - US DAN CHINA TERPERANGKAP DENGAN "PENCAT SILAT" HISSHAMUDDIN


Melayu itu orang yang bijaksana

TERKINI:Satelit berjaya kesan isyarat pesawat #MH370.

WASHINGTON 14 Mac - Satelit mengesan isyarat daripada pesawat Malaysia Airlines selepas hilang Sabtu lalu, namun tanda tersebut tidak memberi maklumat mengenai lokasi atau arahnya, kata dua sumber rapat dalam siasatan tersebut semalam.

Bunyi `ping’ itu menunjukkan sistem penyelesai masalahnya dihidupkan dan bersedia untuk berkomunikasi dengan satelit dan bermakna pesawat membawa 239 orang tersebut sekurang-kurangnya mampu berkomunikasi selepas hilang daripada radar pusat kawalan trafik udara.

Sumber itu berkata, sistem itu mengeluarkan bunyi ping kira-kira sekali dalam tempoh sejam. Bagaimanapun, bunyi itu tidak menunjukkan pesawat berada di udara atau di darat. - Reuters

MH370: Kapal AS, Termasuk Uss Kidd Digerak Ke Lautan Hindi

PENGKALAN UDARA US - Diego Garcia dilihat dari udara. 

WASHINGTON: Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) pada hari Khamis mengerahkan kapalnya bergerak ke Lautan Hindi untuk mencari pesawat Malaysia yang hilang ekoran laporan pesawat tidak henti-henti menghantar isyarat bunyi (ping) kepada satelit selepas terputus hubungan radar.
Usaha dan fokus pencarian beralih dari Laut China Selatan selepas Rumah Putih berkata ‘maklumat baharu’ menunjukkan pesawat itu mungkin telah menjunam di Lautan Hindi.

“USS Kidd akan melakukan transit di Selat Melaka dalam perjalanan ke Lautan Hindi,” kata seorang pegawai tentera laut kepada AFP, merujuk kepada kapal pemusnah berpelurunya.
Pesawat tambahan AS, P-8A Poseidon juga sedang menuju ke kawasan itu, di mana P-3 Orion telah pun membantu dalam usaha pencarian, kata pegawai itu yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Langkah itu dibuat selepas adanya laporan bahawa sistem komunikasi Boeing 777 Malaysia Airlines berterusan memberi isyarat bunyi kepada satelit dalam tempoh beberapa jam selepas pesawat hilang dari radar.

Isyarat itu diperolehi dari sistem pengurusan kapal terbang yang menyediakan aliran data atas operasi pesawat itu, menurut laporan Wall Street Journal dan ABC News.
-AFP

Kini Amerika TERPERANGKAP dengan PEMIMPIN MELAYU, MH370 Di Katakan "Terhempas" di Lautan Hindi.



Amerika Syarikat (AS) mendedahkan mempunyai "petunjuk" pesawat MH370 mungkin terhempas di Lautan Hindi dan sedang menggerakkan kapal USS Kidd ke kawasan tersebut untuk mencarinya, lapor stesen televisyen ABC News awal hari ini.



Pegawai kanan Pentagon memberitahu stesen televisyen AS itu pihaknya memerlukan masa 24 jam untuk menggerakkan kapalnya ke kawasan itu. "Kami ada petunjuk pesawat itu terhempas di Lautan Hindi," kata pegawai kanan berkenaan dipetik berkata mengenai pencarian pesawat Malaysia Airlines yang hilang pada Sabtu.



Pegawai itu berkata, mereka ada petunjuk pesawat itu terbang empat atau lima jam selepas hilang daripada radar dan mereka percaya ia terhempas ke dalam laut. Tetapi pihak berkuasa Malaysia menolak teori itu semalam dengan kedua-dua Malaysia Airlines dan Rolls Royce berkata, data mengenai enjin berakhir pada 1:07 pagi pada Sabtu, kira-kira 20 minit sebelum hilang daripada sistem radar awam. AS mempunyai pangkalan tentera di Diego Garcia yang terletak di Lautan Hindi.


Tindakan AS dilakukan beberapa jam selepas pegawai tertinggi Malaysia berkata mereka memperluaskan misi mencari dan menyelamat ke Laut Andaman dan meminta bantuan India untuk mencari Boeing 777-200ER dan 239 penumpangnya yang hilang. Penyiasat juga berkata pegawai AS memberikan sebab untuk terus mencari di kawasan perairan di sebelah barat Malaysia, lebih jauh daripada laluan pesawat Malaysia Airlines itu.



Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata “tumpuan utama pencarian adalah Laut China Selatan” di sebelah timur Malaysia yang merupakan laluan pesawat dari Kuala Lumpur ke Beijing itu. Tetapi misi pencarian diperluaskan awal minggu ini ke kawasan perairan sebelah barat Malaysia selepas radar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merekodkan pesawat berpatah balik ke semenanjung Malaysia ke arah Laut Andaman.



Tetapi sehingga kini masih belum disahkan sama ada pesawat yang dikesan itu merupakan MH370 yang hilang pada 8 Mac. "Kita sedang bekerjasama rapat dengan FAA dan NTSB tentang isu kemungkinan patah balik itu," kata Hishammuddin, merujuk kepada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan AS.

Dalam sidang media pada Khamis, Hishammuddin menafikan laporan awal rakaman satelit dari China yang menunjukkan objek di Laut China Selatan yang berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat MH370. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang membuat tinjauan ke kawasan berkenaan kemudian mendapati laporan itu tidak benar. Kedutaan China juga kemudiannya memaklumkan imej satelit itu dikeluarkan tanpa kebenaran serta tidak menunjukkan serpihan daripada MH370.

Malaysia turut menyangkal dakwaan media asing bahawa pesawat MH370 yang masih hilang, terbang untuk beberapa jam selepas lenyap daripada radar pada awal pagi 8 Mac, yang menyarankan kemungkinan adanya cubaan rampasan. Sambil menyatakan laporan-laporan itu tidak tepat, Hishammuddin berkata, transmisi terakhir daripada pesawat itu adalah pada 1.07 pagi dan ia menunjukkan bahawa semuanya normal.

The Wall Street Journal melaporkan pegawai mencegah keganasan AS sedang memeriksa sama ada MH370 "secara sengaja mengubah haluan" daripada laluan yang dirancang dengan "hasrat untuk menggunakannya kemudian bagi tujuan lain."

Laporan itu juga dipetik sebagai menyatakan bahawa transponder pesawat itu sengaja ditutup untuk mengelak daripada dikesan radar. Hishammuddin berkata, berikutan laporan mengenai dakwaan itu, MAS bertanya kepada Rolls Royce dan Boeing Company secara khusus mengenai data itu, dan syarikat itu berkata laporan itu tidak tepat.

Hishammuddin berkata, isu itu juga tidak pernah dibangkitkan oleh pasukan Rolls Royce dan Boeing, yang berada di Kuala Lumpur sejak Ahad lalu untuk membantu penyiasatan itu.          



AMUKANMELAYU - HISSHAMUDDIN mengekori MH 370  setapak di belakang. US akan terus berhelah untuk mencuri masa.....kebijaksanaan HISSHAMUDDIN dan Pegawai-pegawai Islamelayu menganalisa setiap objek di MAKMAL dan mengkaji setiap klu dengan analisis awam, ini telah mengunci PERMAINAN US dan CHINA.