"Ini merupakan lokasi terpencil, jauh dari mana-mana kawasan landasan". Tambahnya lagi,.
"Dengan penuh rasa sedih dan kesal, saya ingin memaklumkan kepada anda, bahawa berdasarkan data baru ini, penerbangan MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi," - Najib.
Ayat di atas dengan jelas Najib tidak menyatakan Pesawat Terhempas dan dengan ini Najib membiarkan Australia, England dan US bermain dengan KEPERCAYAAN dunia. Apakah selain dunia barat, semua negara lain di anggap dunia ketiga dan menelan semua yang mereka berikan?
Dunia tanpa sempadan telah menjadikan seseorang di Hutan Amazom pun kini boleh mengentahui hal dunia hanya di hujung jari. Dunia Barat terlalu takut dengan Kebangkitan dari sebelah Timur dan STRATEGI untuk menimbulkan ketegangan antara Malaysia dan China tidak akan berjaya. Mungkin rasa tidak puas hati rakyat China hanya bersifat sementara. Hubungan Perdagangan dan Politik akan terus terpelihara.
Sementara Kerisauan China tentang Malaysia yang sudah terlalu lama berbaik-baik dengan US telah mematikan langkah China. Kebijaksanaan Kerajaan mengekalkan Malaysia sebagai Negara BERKECUALI telah membawa Malaysia kehadapan, kerana US dan China masing-masing memberi PERINGATAN antara mereka supaya jangan cuba membawa Pengkalan Armada mereka ke kawasan ini.
Kenyataan Najib seperti di atas(bertulisan biru),termasuk Penulis masih ramai yang menaruh harapan, pengumuman Perdana Menteri bahawa pesawat berkenaan berakhir di perairan dalam dan sejuk Lautan Hindi, hampir 3000 kilometer ke selatan Perth, hanyalah satu spekulasi semata-mata. Bahkan ramai pula yang beranggapan, ia sekadar satu cerita yang diumumkan untuk mengurangkan tekanan setelah pihak berkuasa Malaysia dan MAS gagal memberikan kata putus berhubung nasib pesawat, anak-anak kapal serta penumpangnya.
Menteri Pertahanan Australia, David Johnston |
Di Australia, Menteri Pertahanan Australia, David Johnston juga nampaknya tidak dapat menerima pengumuman tersebut dan memberitahu, sebarang pengumuman selagi tidak ditemui serpihan atau mayat, akan dianggap sebagai SATU SPEKULASI semata-mata.
Seperti yang diketahui, Australia walaupun merupakan sebahagian daripada anggota FDA (Pertahanan Lima Negara yang turut melibatkan Malaysia), sentiasa mencari musuh dengan Malaysia. Australia pernah menjadi barua Amerika Syarikat dalam kempen memburuk-burukkan minyak sawit Malaysia. Malah Australia juga pernah menjalankan kempen menghalau keturunan Asia terutama sekali dari Malaysia kerana beranggapan mereka membawa penyakit, mengedar dadah, membanjiri Australia dengan rumah urut dan pelacuran, kongsi gelap, bahkan menjalankan pemerdagangan manusia.
Salah satu parti politik Australia, One Nation yang dipimpin oleh Pauline Hanson secara jelas merujuk kepada warganegara Malaysia berketurunan Cina sebagai tidak dikehendaki oleh Australia!
Australia setakat ini telah membuat dua penafian. Penafian pertama ialah apabila radar tentera Malaysia mengesan pesawat tersebut menghala ke Australia yang kemudian terpaksa diperakuinya setelah Malaysia memutuskan untuk mencari di Koridor Selatan setelah pencarian di Laut China Selatan yang turut disertai oleh Amerika Syarikat dan China, selain Vietnam, dan Thailand tidak menemui sebarang hasil.
Manakala penafian kedua pula adalah pada ketika China mula menggerakkan pesawat, kapal dan 21 buah satelitnya ke selatan Perth setelah Australia mengumumkan penemuan dua objek terapung di kawasan berkenaan. Australia yang diketahui sentiasa menjadi benteng kepada pangkalan tentera Amerika yang penuh rahsia di Diego Garcia di tengah-tengah Lautan Hindi, cuba menghalang China daripada mengintip di kawasan berkenaan.
Penulis amat tertarik dengan komen ini yang penulis petik dari sebuah blog:
Namun INMARSAT yang dimiliki oleh British pula telah menemui objek yang kemudian dirumuskan sebagai bukti kukuh pengakhiran hayat MH370 di situ.
Perdana Menteri Malaysia telah membuat pengumuman malam tadi tentang hal tersebut berpandukan kepada imej satelit dan nasihat pakar-pakar satelit biarpun tiada sebarang bukti ditemui.
Di China, keluarga mangsa tragedi mengutuk dan menuduh Malaysia sebagai pembunuh manakala tentera Malaysia sebagai algojo kerana tidak memintas pesawat tersebut walaupun telah berjaya mengesannya seolah-olah Malaysia mengamalkan sistem yang sama dengan Negara Tembok Besar itu.
Pengumuman yang dibuat oleh Menteri Pertahanan Australia itu, kembali membuka spekulasi terbaru terutama sekali membabitkan Australia sebagai benteng Diego Garcia dan 'kegagalan' Amerika Syarikat mengesan pesawat terbabit yang melalui kawasan pangkalannya sedangkan semua orang di dunia tahu, Amerika Syarikat sangat peduli dengan sebarang objek terbang di kawasannya selepas kejadian 11 September 2001.
Adakah benar Perdana Menteri Malaysia sekadar mengumumkan spekulasi? Adakah sebenarnya pesawat itu masih selamat? Adakah sebenarnya anak-anak kapal dan penumpang MH370 itu masih hidup sebagaimana yang dipercayai oleh sebahagian besar orang? Atau adakah sebenarnya satu sandiwara besar sedang dimainkan kerana gejolak politik Asia Timur terutama sekali menerusi persaingan Amerika Syarikat-China?
Kotak Hitam pesawat tersebut belum lagi ditemui!
AMUKANMELAYU - Plan A, dunia barat telah gagal, maka plan B terpaksa di gunakan. Dengan perbelanjaan melebihi 10 juta ringgit, adakah masih ada harapan untuk anak-anak kapal dan penumpang kembali ke pangkuan keluarga mereka?