,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday 20 March 2014

MH370 DAY 12 MISSING - SATELIT AUSTRALIA MENGESAN DUA OBJEK DI KAWASAN KORIDOR SELATAN


mh-australiaobjek 

DI PETIK dari Agenda Daily - KEMASKINI 1.00 PM Salah satu objek yang dikesan satelit Autralia adalah sepanjang 24 meter, kata pengawai maritim negara itu John Young dalam sidang akhbar khas sebentar tadi. Bagaimanapun pihaknya belum mengesahkan bahawa objek itu milik MH370 dan akan berbuat demikian sebaik ianya dikesan dan diperiksa dengan lebih teliti.
Sementara itu, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dalam satu kenyataan media mengesahkan Perdana Menteri Australia telah menghubungi Datuk Seri Najib Tun Razak pukul 10.00 pagi tadi memberitahu mengenai penemuan dua objek itu.
Jelas Hishamuddin, beliau sendiri diberi penerangan lanjut oleh Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia berhubung penemuan objek itu sebentar tadi.

 APAKAH INI BENAR? - Satelit milik Australia mengesan dua objek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pesawat yang hilang MH370 kata Perdana Menteri negara itu Tony Abbott ketika sidang parlimen sebentar tadi.
Serentak dengan itu, pesawat udara jenis Orion telah dihantar ke tempat objek itu dilihat satelit dan akan tiba tidak lama lagi (petang ini).


Imej terbaru objek yang dijumpai di Lautan Hindi berukuran lebih kurang 75 kaki yang diperolehi menerusi Satelit milik Australia. 
Imej ini mungkin merupakan petunjuk terbaru dalam usaha Kerajaan kita yang dibantu oleh negara-negara lain dalam mencari pesawat MH370 milik Malaysia Airline yang hilang  secara misteri.
 


"Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) telah menerima maklumat satelit mengenai objek mungkin berkaitan," kata Abbott, sambil menambah bahawa dia telah memberitahu Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Berikutan analisis pakar imej satelit ini, dua objek dipercayai mempunyai kaitan dengan apa yang kita cari..."
Tetapi beliau memberi amaran supaya jangan membuat kesimpulan awal.
"Kita mesti ingat tugas mencari objek ini  sangat sukar dan ia mungkin berubah (objek itu) tiada kaitan dengan penerbangan MH370," katanya.

mh-keypoint


Satelit milik Australia mengesan dua objek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pesawat yang hilang MH370 kata Perdana Menteri negara itu Tony Abbott ketika sidang parlimen sebentar tadi.
Serentak dengan itu, pesawat udara jenis Orion telah dihantar ke tempat objek itu dilihat satelit dan akan tiba tidak lama lagi (petang ini).

  

"Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) telah menerima maklumat satelit mengenai objek mungkin berkaitan," kata Abbott, sambil menambah bahawa dia telah memberitahu Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

abbott
PM Autralia

"Berikutan analisis pakar imej satelit ini, dua objek dipercayai mempunyai kaitan dengan apa yang kita cari..."
Tetapi beliau memberi amaran supaya jangan membuat kesimpulan awal.
"Kita mesti ingat tugas mencari objek ini  sangat sukar dan ia mungkin berubah (objek itu) tiada kaitan dengan penerbangan MH370," katanya.

Menyelesaikan misteri MH370 jadi keutamaan pemimpin dunia...

mh-david-cameron-and-barack513 

Hari yang ke dua belas. Ramai yang geleng kepala memikirkan macam mana MH370 masih tidak boleh dikesan. Satu dunia cari. Jejaknya bagai hilang begitu sahaja. Ini bukan kes biasa, sehingga pemimpin dari negara kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, British, China buat apa saja untuk tolong cari... tetap masuk hari kedua belas tapi belum jumpa.

Di White House Presiden Barack Obama berkata pencarian pesawat MH370 yang hilang adalah satu keutamaan kepada Amerika Syarikat dan menawarkan apa saja sumber termasuk FBI.
Dalam ulasan pertamanya di depan kamera berhubung misteri kehilangan penerbangan MH370, Obama turut menyampaikan rasa simpati serta doa kepada keluarga dan penumpang yang hilang.
“Saya ingin memberi jaminan kepada mereka bahawa kami menganggap perkara ini sebagai keutamaan tertinggi," Obama memberitahu stesen televisyen Dallas, KDFW dalam temubual di Rumah Putih.

“Kami sudah menyediakan setiap sumber yang ada untuk membantu proses pencarian itu. Wujud kerjasama erat dengan kerajaan Malaysia," katanya.
Obama berkata, FBI, NTSB dan agensi serta pegawai yang berkaitan penerbangan bersedia membantu siasatan itu.

Sementara itu, Perdana Menteri Britain, David Cameron menerusi panggilan telefon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji akan terus membantu Malaysia mengesan MH370.
Cameron melahirkan rasa simpatinya terhadap keluarga dan rakan-rakan penumpang dan anak kapal pesawat itu.

Cameron menghantar perutusan simpati secara peribadi kepada Najib sehari selepas kehilangan pesawat berkenaan," menurut Suruhanjaya Tinggi Britain dalam kenyataan di Kuala Lumpur Rabu.
Kenyataan itu menarik perhatian bahawa Najib menghargai sokongan oleh kerajaan United Kingdom untuk menghantar pasukan dari Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB) dan data satelit daripada Inmarsat untuk menyertai operasi mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara.
"Pasukan AAIB bersama pakar enjin Rolls Royce dihantar ke Malaysia pada 13 Mac untuk membantu Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia menjalankan siasatan
dan menganalisis data," menurut kenyataan itu dan kedua-dua pemimpin bersetuju untuk terus berhubung mengenai insiden ini.
Pesawat Boeing 777-200ER itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL, 12.41 tengah malam.-20/3/2014.


AMUKANMELAYU - Semoga kemelut MH 370 dapat di selesaikan dengan kadar segera. Segala apa yang berlaku adalah ketentuan Allah. Bersedialah menerima apa jua keadaan.