AWAS - Jangan JILAT.....KOTOR. |
Redzuan berkat a, kenyataan Zaid yang mengatakan beliau seangkatan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) adalah tidak benar kerana semasa beliau bersama pertubuhan itu pada 1982, Anwar sudah pun menyertai Umno.
“Beza saya dengan Zaid, dia pernah `jilat’ Anwar dulu, saya tak pernah.
“Anwar pun tak tahu kami buat kajian tentang Kajang dan bakal menteri
besar Selangor. Semua soalan kami sediakan sendiri,” kata Redzuan kepada
The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.
Dalam kajian Umcedel yang dibentangkan minggu lalu, 59% daripada 576 responden ditinjau mengatakan “ya” apabila ditanya sama ada munasabah mengadakan pilihan raya untuk membolehkan Anwar menjadi menteri besar Selangor.
“Saya tidak pernah hina Anwar, kalau saya hina mungkin sudah jadi timbalan menteri sekarang,” kata Redzuan sambil tertawa.
PRK Kajang akan diadakan pada 23 Mac ini manakala penamaan calonnya dijadualkan pada 11 Mac selepas penyandangnya Lee Chin Cheh meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding di kawasan itu.
Peletakan Anwar sebagai calon DUN Kajang dikatakan untuk meredakan ketegangan di antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
Dalam kajian yang dibentangkan minggu lalu, Redzuan berkata, pengundi di Kajang berpendapat PRK pada 23 Mac ini bukan pembaziran apabila majoriti responden iaitu 53% berpendapat sedemikian dengan kaum India mewakili 60%, Cina (54%) dan Melayu (50%).
Katanya, pengundi di Kajang juga melihat tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melengahkan hari pengundian mencalarkan reputasi suruhanjaya itu apabila 48% responden mengakuinya dengan sokongan pecahan Cina (57%), India (42%) dan Melayu 41%.
Dalam tulisan di blognya semalam, Zaid yang juga bekas ahli PKR berkata, Anwar dan Redzuan seangkatan dalam Abim.
"Redzuan pengarah Umcedel. Beliau juga kawan Anwar ketika zaman Abim,” kata Zaid dalam blognya.
Mengulas kenyataan menteri besar Selangor yang tidak bersetuju dengan kajian Umcedel berhubung sokongan pengundi Kajang terhadap Anwar sebagai menteri besar Selangor, Redzuan berkata: “Khalid mungkin tidak faham metodologi kajian, 59% bukanlah angka yang besar, lainlah 80%.” – OLEH AMIN ISKANDAR, PENGARANG BERITA 25 Februari, 2014.
PROF. UNIVERSITI MALAYA : SAYA TIDAK PERNAH JILAT
Add caption |
Dalam bidang psikologi
ada disebutkan tentang istilah defense mechanisme bernama “projection”
iaitu kita meletakkan pada orang lain sifat yang ada pada kita bagi
mengelak orang tahu kita ada sifat itu.
Saya hairan kenapa
Profesor Redzuan terlalu obsess dengan Anwar. Hampir semua kajian utama
UMCEDEL akan difokus kepada Anwar seolah-olah politik Malaysia ini
berkait dengan Anwar semata-mata.
Mengapa kajian UMCEDEL tidak focus sama kepada Datuk Nik Aziz, Datuk Seri Hadi, Tun Mahathir Mohamad atau Lim Kit Siang?
Mari kita ambil contoh kajian UMCEDEL ini:
Kajian UMCEDEL dari 26
Disember 2012 hingga 11 Januari 2013 mendapati 44 peratus responden yang
percaya Anwar lebih layak menjadi Perdana Menteri berbanding hanya 31
peratus responden yang percaya Najib lebih layak menjadi Perdana
Menteri.
Kajian UMCEDEL dari 3 April 2013 hingga 20 April 2013
mendapati hanya 18 peratus responden yang percaya video seks lelaki
mirip Anwar adalah tulen dan 62 peratus responden tidak terpengaruh
dengan video seks lelaki mirip Anwar.
Kajian UMCEDEL dari 15 Ogos 2013 hingga 10 September 2013 mendapati
hanya 28 peratus responden yang bersetuju Anwar melepaskan jawatan
kerana PR gagal menerajui Putrajaya berbanding 55 peratus responden yang
tidak bersetuju.
Tidakkah jelas perkaitan
Anwar dan UMCEDEL dalam semua kajian ini? Sebelum PRU 13, kajian
UMCEDEL cuba menggilap Anwar sebagai bakal Perdana Menteri. Bila Anwar
kalah dalam PRU 13, kajian UMCEDEL cuba baik pulih imej Anwar yang telah
berjanji letak jawatan jika kalah dengan kata pula rakyat tidak setuju
Anwar letak jawatan.
Saya menulis dalam blog
tentang kajian UMCEDEL sama ada orang Kajang boleh terima Anwar sebagai
Menteri Besar atau tidak. Saya merasa pelik bagaimana satu kajian dibuat
begitu cepat tentang perkara yang orang ramai tidak pun mengetahui
semasa kajian itu dibuat. Saya bayangkan kajian itu adalah memihak
kepada Anwar dan bertujuan memberi justifikasi mengapa pilihan raya
diperlukan, dan supaya orang terima Anwar sebagai Menteri Besar.
Profesor Redzuan berkata
Anwar sendiri tidak tahu kajiannya mengenai Kajang; Anwar tahu tak tahu
itu suatu yang tidak relevan. Soalan yang relevan ialah apakah Profesor
Redzuan tahu hasrat Anwar mahu jadi Menteri Besar sebelum kajian
dibuat? Sudah tentu Profesor Redzuan tahu, kalau tidak mengapa soalan
survey itu bertanya tentang penerimaan orang ramai mengenai pilihan raya
kecil dan sambutan orang ramai kepada Anwar sebagai Menteri Besar?
Kalau Profesor Redzuan
tahu hasrat Anwar, ini bererti Profesor orang dalam (inner circle)
Anwar; kerana waktu itu orang ramai termasuk PAS tidak mengetahui
rancangan untuk menukar Menteri Besar ini.
Saya mengemukakan
pendapat saya berasaskan pengetahuan saya. Kalau kajian itu dibuat
mengikut lunas dan metodologi yang biasa digunakan dalam survey lain
maka saya akur dengan keputusan survey itu. Tetapi bukan saya sahaja
sangsi dengan keputusan survey; Tan Sri Khalid, Menteri Besar juga turut
pertikai keputusan survey itu. Ramai yang anggap terlalu “coincidental”
keputusan survey disiapkan sebaik sahaja Anwar umum untuk bertanding di
Kajang.
Bagaimana Profesor
Redzuan boleh kata Tan Sri Khalid tidak faham metodologi kajian UMCEDEL
sedangkan Tan Sri Khalid pakar dalam aspek kuantitatif? Lagi pula,
Profesor Redzuan sendiri pakarkah dalam aspek kuantitatif sebab PhD-nya
guna metodologi kualitatif saja? Profesor Redzuan bercakap tentang
politik Malaysia berdegar-degar ini, beliau pakarkah tentang politik
Malaysia sedangkan PhD-nya adalah tentang politik Timur Tengah yang tak
ada orang tahu pun apa tajuknya dan tak ada orang jadikan rujukan pun?
Profesor Redzuan kata
dia tidak bersama-sama Anwar dalam ABIM kerana pada tahun 1982 Anwar
sudah masuk UMNO. Tuduhan saya ialah Profesor ini kawan rapat Anwar
melalui perkaitan dalam ABIM. Tak usahlah Profesor Redzuan nafikan. Bila
Anwar ditahan ISA tahun 1998 dia sebagai Naib Presiden ABIM antara
perancang utama gerakan membela Anwar, cuma hairannya dia tidak ditahan
ISA seperti rakan-rakan ABIM-nya. Rumah Profesor Redzuan di Sungai Ramal
Dalam, Kajang, lubuk bekas pemimpin ABIM. Profesor Redzuan adalah
Pengerusi SYURA, iaitu badan induk yang mengawasi, memandu dan
menasihati aktiviti semua bekas pemimpin ABIM. Profesor Redzuan sering
dijemput menjadi penasihat kepada aktiviti PKR. Dalam Rapat Temu
Pemimpin PKR di Kajang 16 dan 17 Februari lalu pun Profesor Redzuan
adalah salah seorang penceramah utamanya.
Tentang perkataan jilat
yang digunakan oleh Profesor Redzuan, saya anggap itu adalah kesilapan
besar. Dalam konteks Anwar, perkataan jilat ini ada macam-macam
konotasi. Saya tidak tahu maksud Profesor; sebagai seorang kenalan rapat
Anwar konteks mana perkataan jilat ini dimaksudkan oleh Profesor ini
perlu diperjelaskan. Kalau tidak, malulah pelajar-pelajar university
terkenal bila Profesor mereka menggunakan perkatan jilat ini
sewenang-wenangnya. Malulah Profesor-Profesor lain di Fakulti Sastera
dan Sains Sosial Universiti Malaya dan di Universiti Malaya seluruhnya
bila Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya guna
perkataan bodoh begitu.
Saya
memang masuk PKR dalam tahun 2009. Masa itu saya ingatkan khidmat saya
diperlukan oleh Anwar dan Pakatan Rakyat untuk mengukuhkan kedudukan
Pakatan Rakyat sebagai kuasa politik di negara ini. Malangnya saya tidak
kekal dalam parti itu setelah saya dapati PKR ini hanya indah khabar
dari rupa. Kerana saya masuk PKR setahun, tidaklah kena tempatnya
Profesor Redzuan menuduh saya jilat Anwar; kecuali Profesor kira saya
ini seorang homoseksual yang mungkin suka kapada kegiatan demikian.
Saya ingin jelaskan kepada Profesor bahawa saya bukan seorang
homoseksual dan tidak pernah dalam hidup saya saya menjilat Anwar atau
mana-mana lelaki lain.
Saya ingin sarankan
kapada semua Professor dalam Negara kita; jaga lah nama baik academia;
jangan keterlaluan sokongan mereka kapada orang politik kerana ini akan
membuat mereka hilang objectivity. Mereka tidak akan dihormati jika
mereka diperalatkan oleh politik partisan yang keterlaluan. Jaga nama
baik pelajar dan istitusi pendidIkan negara.- Zaid Ibrahim.
AMUKANMELAYU - Gelilah.........tolonglah cari benda lain kalu nak bincang pun...