,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 25 June 2014

6 Faktor Untuk ORANG ISLAMELAYU MENERUSKAN KESINAMBUNGAN KUASA



6 PERKARA perlu di taati demi PERPADUAN KITA
Najib menggariskan enam faktor yang UMNO dan para pemimpin serta ahli-ah­linya perlu ada untuk memastikan kesinambungan parti itu dan kuasa Melayu.
Faktor pertama adalah ketaatan kepada Allah SWT dan Rasul serta mematuhi arahan pemerintah dalam apa sahaja keputusan demi kebaikan setiap lapisan rakyat Malaysia.
Faktor kedua adalah kesetiaan kepada negara dan parti yang perlu diterjemahkan pada setiap pilihan raya dengan memberi kemenangan kepada calon yang telah dipilih.
Perkara ketiga adalah keberanian dalam perjuangan iaitu kita tanamkan sifat berani semasa berjuang kerana lawan akan takut pada orang yang berani dan itulah sebenarnya karakter orang Melayu.
Yang keempat adalah kesetiakawanan sama ada susah atau senang. Bila ada pilihan raya pastikan parti kita berjaya tapi kalau tahu kalah, kita bantu rakan lain untuk memastikan mereka menang.
Dua faktor seterusnya adalah kebijak­sanaan dan keikhlasan yang bagi orang Melayu, sifat ikhlas itu telah dipupuk melalui amal ibadat kepada Allah SWT yang menjanjikan ganjaran pahala.
Bagi saya faktor kedua dan keempat - kesetiaan dan kesetiakawanan - amat pen­ting dalam sesuatu perjuangan. Jika hilang kedua-dua itu maka pincanglah sebuah persatuan dan rosaklah sebuah kesatuan.
Dalam suasana politik Melayu kini yang berpecah-belah, mesej itu jelas amat pen­ting sekali.
Kita tidak boleh lagi berpecah-belah. Melayu harus bertaut kembali. Belajarlah daripada kesilapan pemimpin dan orang Melayu sejak zaman kesultanan silam dahulu. Bacalah Sejarah Melayu dan renungilah kutub-khanah bangsa itu.
Hasad dengki, tamak haloba, angkuh, bongkak, taksub, jahil, suka berkelahi membawa kelemahan dan kehancuran kepada Melayu.
Oleh itu jangan ada jugalah adu-domba oleh mana-mana pihak ke atas perhubu­ngan Najib dan Muhyiddin. Perlukah dilaga-lagakan antara kedua-duanya....? - SUMBER 


AMUKANMELAYU - Hanya pengkhianat UGAMA, BANGSA dan TANAH AIR sahaja yang akan menolak semua ini.