,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 18 June 2014

MELAYU BANYAK MELAHIRKAN SUNDAL POLITIK DAN BERSEPAH DI PARLIMENT


 

Sundal


Erti sundal (Indonesia - Inggris): 
 
/sundel/ 1 prostitute. sundal-bolong k.o. evil female spirit (with a hole in her back). 2 lewd, immoral. 3 (Vul.) Whore !, a strong exclamation of disapproval.
Definisi

Sundal

1a buruk kelakuan (tt perempuan); lacur; jalang; 2 n perempuan jalang; pelacur; menyundal v menjadi sundal (pelacur dsb); bersundal v menyundal; persundalan n perihal bersundal (menyundal); pelacuran

OLAK LEMPIT - Rabu 20 Saaban, penulis banyak menjumpai beberapa gelaran dalam politik. Antaranya Politik Jalang atau Sundal. Pada mulanya penulis kurang mengerti, selepas membuat beberapa pencarian.....memang betul....banyak JALANG dan SUNDAL dalam politik Malaysia dan yang lebih malangnya adalah Islamelayu yang banyak menjadi Jalang dan Sundal dalam Politik. Kini ianya merebak kepada PENRBITAN......terutamanya TABLOID-TABLOID politik yang bersepah di pasaran. Kalau anda rajin membuat sedikit kajian....tabloid-tabloid ini hanya di lahirkan dari beberapa orang penulis yang melepaskan GERAM kerana tidak setuju atau tidak sependapat dengan orang lain atau Penulis itu menganuti fahaman dari politik yang bertentangan.

Bagi penulis walau apa pun politik yang di ceburi atau menganuti apa-apa fahaman politik, ianya mesti ada MATLAMAT dan HALA TUJU. Asas politik di Negara MAJMUK seperti Malaysia ini ada dua jenis PARTI POLITIK. 1. POLITIK BETERASKAN KEBANGSAAN atau KAUM . 2. POLITIK YANG BETERASKAN 1 MALAYSIA.

Sundal-sundal Politik ini hanya tahu MENIPU dan BERBOHONG. Setiap parti politik ada pakar-pakar strategi dan Perancang, yang kerja mereka hanyalah MENAWAN hati pengundi dengan KEPETAHA hujah mereka dan sedikit FAKTA dalam bentuk ANGKA supaya menampakkan mereka itu Pintar atau berkebolehan.

Cuba anda perhatikan. Betapa ruginya Islamelayu dengan PERPECAHAN antara kita dan kita membiarkan diri kita di pergunakan oleh mereka yang TAMAK dan HALOBA ini. Mereka tidak membincangkan apa FAEDAHnya yang Rakyat akan dapat dari satu-satu PROJEK tapi mereka lebih mengutamakan perbincangan mereka kepada siapa yang dapat Projek itu.

Ini jelas kelihatan mereka ini sama sahaja dari Parti mana sekali pun. Kalau dapat DIAM dan jika dapat kepada PUAK lain mereka akan bising. Dan kita di pergunakan untuk mereka melahirkan perasaan mereka kerana Projek idaman dapar kepada orang lain. Mereka membahagi-bahagikan HARTA NEGARA ini seperti HARTA mereka.

Asas PENIPUAN bermula dengan berletakkan calon. Jika kawasan tersebut Banyak Melayu, Kawasan ini akan di letakkan Calon dari PAS atau UMNO. Jika kawasan itu banyak Cina, maka calon yang di tempatkan di situ adalah dari MCA atau DAP dan jika kawasan itu bercampor-campor, kawasan ini selalunya akan di tempatkan calon dari PKR. Ini pilihan pertama. Selepas itu penempatan calon seterusnya adalah di ambil kira dari PENYOKONG KUAT. Kawsan ini akan di tempatkan apa-apa calon juga menyikut PENYOKONG TEGAR, sama ada PR atau BN.

Proses melemahkan lawan akan di ator sepanjang tahun dan MP atau ADUN ini sudah tidak membuat kerja Pembangunan lagi. Ini menjadikan KERAJAAN menjadi LETIH kerana PEMBANGKANG hanya tunggu dan lihat apa kesalahan yang KERAJAAN buat dan mereka akan MENGHENTAMnya hingga tak terdaya lagi nak bangun. Dan jika kawasan ini mereka menang dan menjadi MUNDUR, mereka akan SERAHKAN semula kepada KERAJAAN dan dengan JANJI PILIHAN RAYA, kerajaan akan membangunkan kawasan ini dan bila sempurna mereka akan mengambilnya semuala......POLITIK JENIS APA kalu seperti ini? Dan rakyat terus di momokkan dengan PENYELEWENGAN KERAJAAN dan mereka tak perlu buat apa-apa.

Lihat apa yang merka sedang merancang dan MENYERANG ini.

RAFIZI KANTOI MENIPU , SHARIFUL BELUM JADI ADUN UMNO KETIKA DAPAT PROJEK UITM !! 






Merujuk kepada kenyataan Rafizi Jambu ( klik di sini )  yang menyerang UITM dengan mengaitkan pemimpin UMNO mendapat projek ternyata berniat jahat .

Memang syarikat yang mendapat projek  dengan merujuk fakta  di SSM memang betul  milik individu itu   tetapi SPIN & PUTAR BELIT   oleh Rafizi sebenarnya dalam isu projek UITM ini hanyalah semata-mata   mahu mengaitkan pemimpin UMNO dengan projek UITM .

Tender projek membina UITM Pasir Gudang ini keluarkan pada 2010 & ia berjaya  disiapkan  mengikut prosedur &  tempoh ditetapkan  oleh COSMIC Dimension Sdn Bhd .

Jadi , apa masalahnya buat RAFIZI ??  Sebab syarikat itu milik ADUN BERTAM Shariful Azhar  daripada UMNO & mahu disensasikan   ??

Sebenar  Rafizi berbohong kerana semasa pemberian tender itu 2010,  YB  Shariful hanya ahli biasa parti  yang tidak mempunyai jawatan di bahagian UMNO Kepala Batas & negeri.

Ini disahkan sendiri status keahlian Shariful  oleh Dato Zainal Abidin Osman, Pengerusi UMNO negeri Pulau Pinang.

Beliau  adalah ahli perniagaan profesional  yang layak untuk menjalankan perniagaan  seperti ADUN-ADUN lain termasuk Pakatan di negeri ditadbir mereka  .

Tuduhan Rafizi menyatakan  syarikat berkenaan tidak menunjukkan kewangan yang kukuh adalah DANGKAL !!

Kalau syarikat berkenaan tidak stabil dari segi kewangan , bagaimana BANK boleh luluskan pinjaman untuk menyiapkan projek ini sehingga siap ???


Daripada menyibuk menjaga tepi kain pihak lawan, Rafizi dicabar untuk mempersoalkan isu pemberian tender terowong lim guan eng di pulau pinang yang tidak telus  !!



Rafizi  Jangan terkejut   syarikat yang mendapat kontrak bagi projek mega  terowong LGE   berbilion ringgit ini, iaitu Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd (CZB), merupakan syarikat RM2 yang baru sahaja ditubuhkan pada 5 Julai 2012, iaitu sebulan selepas tarikh tutup penyerahan tender bagi projek tersebut pada Jun 2012.KLIK DI SINI

Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang


Syarikat Hanya Wujud Selepas Tender Ditutup, Pengerusi Adalah Penjenayah
Projek mega DAP Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 billion mendapat kritikan hebat dari berbagai pihak.  Projek-projek tersebut, termasuklah Lebuhraya Gurney Drive–Tun Dr. Lim Chong Eu sepanjang 4.2km., Lebuhraya 4 lorong dari Tun Dr. Lim Chong Eu–Bandar Baru Air Itam sepanjang 4.6km., Terowong bawah laut antara Pulau Pinang–Butterworth sepanjang 6.5km dan Jalan 4 lorong dari Tanjung Bungah-Teluk Bahang sepanjang 12km.

Secara umumnya, projek-projek ini dilihat sebagai kenyataan keangkuhan Lim Guan Eng dalam mempamerkan kuasanya dan langsung tidak mempunyai objektif untuk kesejahteraan rakyat.   Terutamanya apabila merujuk kepada projek terowong bawah laut yang dilihat sebagai ‘redundant’ atau berulang, kerana ia membawa objektif yang sama dengan projek jambatan kedua yang belum lagi siap.
Sumber dalaman DAP mendedahkan pihak-pihak yang terlibat dengan projek-projek ini seperti berikut:

1.      CZB: Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd
  • ·BUCG: Beijing Urban Construction Group – 10%
  • ·ST: Sri Tinggi Sdn Bhd – 10%
§  Davy – 5%
§  Leslie&Co – 5%
  • ·JU: Juteras Sdn Bhd (Annie & Party) – 10%
  • ·ZC-CRC: Zenith Construction Sdn Bhd JV with China Railway Construction Ltd (CRCL) – 70%
§  Pinny – 5%
§  Jimmy & Party – 10%
§  Terry – 3%
§  TBD – 2%

Blog DAP Insider membayangkan nama-nama ringkas yang digunakan merupakan ‘kod panggilan’ bagi menyembunyikan identiti sebenar mereka.  Namun, ramai yang dapat mengagak bahawa ‘Annie & Party’ bermaksud Anwar dan PKR, manakala ‘Davy’ ialah ‘Daddy’ atau Lim Kit Siang sendiri.

Tindakan Lim Guan Eng memberi ‘habuan’ kepada kroni melalui projek ini tidaklah mengejutkan kerana semua orang tahu bahawa slogan ‘Cekap, Amanah dan Telus’ DAP hanyalah alat pemasaran yang tidak membawa makna apa-apa kepada DAP, tetapi sekadar untuk memperbodohkan penyokong mereka.

Namun, apa yang mengejutkan ialah ‘tahap’ korupsi yang dilakukan nampaknya hampir menyaingi rekod kebodohan PAS Kedah kerana ia terlalu jelas dan terang-terangan.

Mana tidaknya, jika syarikat yang mendapat kontrak bagi projek mega berbilion ringgit ini, iaitu Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd (CZB), merupakan syarikat RM2 yang baru sahaja ditubuhkan pada 5 Julai 2012, iaitu sebulan selepas tarikh tutup penyerahan tender bagi projek tersebut pada Jun 2012.

Perkara ini didedahkan oleh blog Stop The Lies pada 16 Mac lalu.

Jika pendedahan ini benar, kita agak ‘kagum’ memikirkan bagaimana Lim Guan Eng boleh mempunyai kuasa ajaib untuk menganugerahkan projek kepada syarikat yang belum lagi ditubuhkan?   Bagaimana dan dari segi apa syarikat tersebut dinilai?

Jika CZB hanya bertindak sebagai orang tengah sekalipun dan tidak perlu menyediakan kepakaran, kita tidak faham bagaimana ia boleh terpilih sedangkan ia belum wujud sewaktu tender ditutup?

Apa yang lebih ‘menakutkan’ ialah Pengerusi CZB, Zarul Ahmad Mohamad Zulkifli didapati pernah disabitkan di bawah kesalahan jenayah di mana beliau terlibat dalam skandal pinjaman bersama dengan tiga lagi bekas pekerja Rakyat Merchant Bankers Berhad (RMB), dan telah dikenakan penjara sehari serta denda berjumlah RM10,000-RM50,000 pada tahun 1994.

Kesalahan mereka melibatkan Akta Bank dan Institusi Kewangan, di mana mereka telah meluluskan pinjaman melebihi had berjumlah RM127 juta.  Zarul secara peribadi telah didapati bersalah memberi pinjaman RM10.6 juta dan telah mengaku bersalah memindahkan RM67.5 juta lagi kepada pelanggan RMB.

Selain soal kredibiliti syarikat yang menerima projek dan pemberian tender yang tidak telus, termasuk amalan kronisme dan nepotisme, seperkara lagi yang perlu diberi perhatian adalah soal kesannya kepada rakyat memandangkan CZB akan turut menerima bayaran dalam bentuk ambil-alih tanah seluas 44.51 hektar atau 110 ekar di Tanjung Pinang.

Bukankah tindakan seperti ini perlu melalui proses kajian dan analisa yang mendalam bagi memastikan pembayar cukai tidak perlu menanggung kerugian sekiranya projek tidak mampu dilaksanakan sepertimana sepatutnya?
Kita tahu yang Lim Guan Eng punya kuasa Veto, tetapi kita tidak pula tahu yang beliau turut mempunyai kuasa ajaib yang sehebat itu.   Harap, beliau juga dapat menggunakan kuasa ajaib itu untuk menyelamatkan keadaan termasuk nyawa manusia sekiranya terowong bawah lautnya mengalami masalah akibat melantik syarikat kontraktor yang tidak meragukan.

Jangan bersikap hipokrit.

Pekerja TNB dah tolak, Kini Guru bersuara batalkan Bestari.net YTL!!!



Amaran yang diberi oleh kesatuan sekerja TNB [baca Unspinners SINI] dikotakan dengan satu demo dua hari lepas.

YTL yang sering dituduh Anwar sebagai kroni kerajaan rupanya adaah kroni Anwar Ibrahim dan kini kuat dipertakankan oleh media pro PKR, The Edge, Baca ABITW SINI.

Semalam SInar Harian Online SINI menyiarkan seorang aktivis guru menyeru YTL dan sistem Bestari.net di batalkan.



1BestariNet: Servis YTL dipertikai
SHAH ALAM - Aktivis Pendidikan Negara, Mohd Nor Izzat Mohd Johari mendakwa projek 1BestariNet di bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan itu menyusahkan bukannya memudahkan guru seperti tujuan asal ia diperkenalkan.

Menurutnya, kuota Internet yang disediakan hanya 300Mb sahaja sebulan bagi setiap sekolah.

“Saya merasakan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjadi kambing hitam dalam isu masalah perkhidmatan 1BestariNet. Ia diperkenal oleh KPM bagi mempermudah segala urusan dalam talian untuk kegunaan para guru di Malaysia.

“Tetapi apa yang berlaku sekarang ialah perkhidmatan yang diberikan agak menyedihkan malah menyusahkan lebih 300,000 guru di seluruh Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Malah katanya, projek itu hanya menyediakan 1Mbps dengan bayaran melebihi RM200 yang merugikan kementerian.

“1BestariNet hanya menyediakan 1Mbps dengan bayaran melebihi RM200 atau mungkin lebih mahal dan merugikan kementerian. 1BestariNet hanya menyediakan kuota 300Mb sahaja untuk kegunaan satu sekolah setiap bulan.

“1BestariNet telah menyebabkan lebih 300,000 guru terbeban dengan sistem server yang lembap,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memohon pihak KPM mempertimbangkan semula perkhidmatan YTL Communications Sdn Bhd.

“Saya memohon kepada pihak KPM agar mempertimbangkan semula perkhidmatan YTL iaitu 1BestariNet yang lebih memalukan pihak KPM sendiri.

“Saya yakin, KPM mahu menyediakan kemudahan terbaik seiring dengan PPPM 2013-2025 iaitu penggunaan ICT ke tahap maksimum tetapi KPM wajar memilih syarikat perkhidmatan yang lebih baik daripada sedia ada,” katanya.


Kenyataan penuh berikut:

Perkhidmatan 1BestariNet tidak memuaskan malah menyusahkan guru seluruh Malaysia.

Tarikh: 17 Jun 2014

Saya merasakan bahawa KPM telah menjadi 'kambing hitam' dalam isu masalah perkhidmatan 1BestariNet.

1BestariNet diperkenal oleh KPM bagi mempermudahkan segala urusan dalam talian untuk kegunaan para guru di Malaysia. Akan tetapi apa yang berlaku sekarang ialah perkhidmatan yang diberikan agak menyedihkan malah menyusahkan lebih 300,000 guru di seluruh Malaysia.

1. 1BestariNet hanya menyediakan 1 Mbps dengan bayaran melebihi rm200 atau mungkin lebih mahal dan merugikan kementerian.

2. 1BestariNet hanya menyediakan kuota 300mb sahaja untuk kegunaan satu sekolah setiap bulan.

3. 1BestariNet menumpang tiang anterna di dalam sekolah disamping untuk perkhidmatan Yes 4G untuk orang awam?

4. 1BestariNet telah menyebabkan lebih 300,000 guru terbeban dengan sistem server yang lembab. Buktinya ialah SPPBS yang telah dimansuhkan.

Saya memohon kepada pihak KPM agar mengkaji semula atau membatalkan terus perkhidmatan YTL iaitu 1BestariNet yang lebih memalukan pihak KPM sendiri.

Saya meminta semua kesatuan, persatuan guru untuk menyuarakan pendirian tentang kelemahan perkhidmatan 1BestariNet yang lebih menyusahkan para guru dan murid.

Saya yakin, KPM mahu menyediakan kemudahan terbaik seiring dengan PPPM 2013-2025 iaitu penggunaan ICT ke tahap maksimum tetapi KPM wajar memilih syarikat perkhidmatan yang lebih baik daripada sedia ada.

Mohd Nor Izzat bin Mohd Johari
Ketua Gerak Kerja
Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM)
 

Selepas gagal FELDA , Harakah serang UITM sebagai sasaran dibidas !



Mengulas laporan Harakah mengenai Uitm Kayakan UMNO

Pembangkang sekarang menggunakan lidah rasmi Harakah untuk menghentam UiTM selepas calon DAP Teluk Intan menyerang UiTM sebelum ini.

Persamaan Harakah dan Dyana ialah keduanya Melayu dan mereka dipergunakan untuk menyerang dan mempertikaikan institusi milik Melayu ini.

Ini adalah agenda tersusun Pakatan Pembangkang yang mahu rakyat melihat bukan Cina,bukan India tetapi Melayu yang pertikaikan Institusi Melayu sendiri.

Apa yang diperbesarkan oleh Harakah ini adalah untuk menutup permasalahan yang dihadapi oleh Institusi Pengajian Tinggi yang diurus tadbir Kerajaan Negeri Pakatan Pembangkang.

Saya adalah bekas pelajar UiTM dan cukup kesal dengan Harakah apabila berterusan menyerang UITM demi memenuhi agenda Bukan Islam.

Apa yang disiarkan oleh Harakah mengenai UiTM alat Kaya UMNO adalah suatu yang tidak berasas sama sekali dan mempunyai niat yang kurang baik.

Sebenarnya mereka bukan sahaja mahu serang UiTM tetapi mahu serang UMNO.

Apabila mereka melihat situasi sekarang UMNO semakin kuat,sokongan kepada UMNO semakin meningkat mereka mencari jalan macam mana mahu jatuhkan UMNO. Sebelum ini mereka menyerang FELDA kerana bagi mereka FELDA sumber kekuatan UMNO. Ternyata mereka gagal bahkan mereka memohon maaf diatas segala pertuduhan yang dibuat.

Sekarang mereka menjadikan UITM pula sasaran. Dan saya percaya rakyat bijak menilai niat sebenar Pakatan Pembangkang.

Tidak mustahil selepas ini mereka akan menyerang banyak lagi Institusi yang bagi mereka kubu kuat UMNO.

Saya mahu ingatkan semua. UiTM ini BUKAN MILIK UMNO, UITM adalah milik RAKYAT dan UMNO lah Parti yang memperjuangkannya.

UiTM bukan mengkayakan UMNO tetapi UMNO lah yang berjuang "mengkayakan" UITM.

Kaya disini ialah mengkayakan rakyat dengan Ilmu,mengkayakan rakyat dengan latihan keusahawanan,mengkayakan rakyat dengan latihan kemahiran.

Deen Qassim
Pengerusi Barisan Darul Naim Negeri Kelantan (BADAR)
AMUKANMELAYU - Kemana arah PERJUANGAN MELAYU sekiranya CINA menguasai KERAJAAN?