,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday 17 June 2014

KERJA-KERJA PENYEBARAN KRISTIAN MENJADI LEBIH MUDAH DENGAN ADANYA MELAYU SEPERTI INI


.
OLAK LEMPIT - Selasa 19 Saaban 1435, selepas PRU ke 13....amatlah malangnya nasib Ugama, Bangsa dan Tanah Airku. Ugama bagaikan tiada yang mempertahankannya walaupun Penganutnya memenuhi hampir setiapa Masjid.....Bangsa pula dah ramai yang malu untuk mengaku Melayu Bangsanya dan Tanah Air pula sudah di penghujung masa dan rasanya tak lama lagi ia bukannya Tanah Melayu lagi.

Kemanakah hala tuju Perjuangan Islamelayu sekarang ini? Apa yang UMNO perjuangkan? Apakah yang PAS perjuangankan, Perkasa, Isma, Jati, Persatuan Silat, Persatuan Imam, Veteran Askar dan pelbagai lagi Pertubuhan Melayu. Peringatan demi peringatan di ingatkan supaya kita jangan tersasar dari PERJUANGAN. tapi semuanya tak menjadi.....dan kini "MELAYU sendiri pula yang berusaha untuk memusnahkan MELYU itu sendiri dan nampaknya mereka berlumba-lumba untuk memusnahkan Ugama dan Bangsa sendiri, Kenapa jadi begini?


MELAYU DAH TAK SUKA DENGAN ISLAM


Tidak mengejutkan langsung apabila ada Melayu yang kononnya mereka berotak liberal dan terbuka selain kononnya mereka sangat menyokong rasisme, tidak suka dengan status Islam di negara ini.
Dan tidak mengejutkan juga apabila orang ini merupakan  penyokong kuat Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat yang kononnya akan menjunjung serta memelihara Islam di Malaysia berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
Inilah rupanya Malaysia apabila pemerintahan beralih tangan kepada Pakatan Rakyat nanti.
Jadi kepada yang mahu melihat Islam dihapuskanbdari Malaysia, silalah sokong Pakatan Rakyat dengan gembira.


  

 KAFRUN SEMEMANGNYA TAK SUKA DENGAN ISLAM



Seorang pengguna Facebook yang diketahui merupakan salah seorang tentera RBA sengaja melakukan provokasi dengan menghina Islam, Melayu dan pentadbiran negara ini, sedang menjadi perhatian seluruh negara. Beberapa pendedahan yang dibuat tentang 'CHOW JACK' akhirnya membuatkan beberapa orang individu mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.

Pagi tadi, dua laporan polis telah dibuat terhadap pemilik akaun Facebook tersebut. Kedua-dua laporan polis dibuat di Kota Tinggi, membabitkan Pengerusi Belia India Daerah Kota Tinggi, Subramaniam a/l Balakrishnan dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi, Muhammad Fadzil bin Hasan.

Dalam laporan mereka, kedua-dua pengadu tersebut yang mewakili pertubuhan dan parti masing-masing, mengutuk sekeras-kerasnya tindakn pemilik akaun Facebook yang menamankan dirinya sebagai CHOW JACK yang menghina ketibaan bulan Ramadhan dan sambutan perayaan Aidil Fitri di laman sosial Facebook.

Chow Jack dalam postingnya menyatakan, 'SELAMAT MENYAMBUT HARI SYAITAN AIDILFITRI PADA 28 JULY 2014 DAN SEBULAN PUASA MAKAN BABI HINGGA SEBULAN PADA 28 JUN 2014 - 27 JULY 2014 SELAMAT MENYAMBUT HARI SYAITAN DARIPADA FACEBOOK MALAYSIA'.

Kedua-dua pengadu tersebut menyifatkan Chow Jack menghancurkan impian rakyat Malaysia yang mahu bersatu sejajar dan hidup berharmoni dengan mengamalkan sikap saling hormat menghormati agama yang dianuti di negara ini.

Peminat Ajak Nabila Huda Keluar Agama Islam Masuk Agama Kristian


Sebut saja nama Nabila Huda, mesti teringat Amy Search.

Siapa tidak kenal lagi pelakon wanita hitam manis ini? Hampir setiap petang, ada saja kelibat lakonannya di drama petang hari di stesen TV tempatan

Umum tahu Nabila sangat aktif memuat naik gambar-gambar di Instagram. Tak kisahlah gambar dirinya, gambar anaknya atau gambar-gambar dia bersama dengan rakan-rakannya.

Apa yang menarik perhatian ialah ada sebuah komen yang dianggap amat berani dan tidak masuk akal. Tidak boleh disalahkan komentar kerana mungkin gambar-gambar yang dimuat naik oleh Nabila Huda yang membuatkan lelaki itu berprasangka buruk terhadap agama Islam.
Lelaki yang menggunakan ID Instagram, @darianchrist itu dengan selambanya mengajak Nabila keluar dari Islam dan memeluk agama Kristian.

Menurut lelaki itu, Agama Islam tidak baik untuk Nabila Huda. (astaghfirullahalazim..) Lelaki itu turut menyarankan Nabila membawa anaknya sekali convert ke agama Kristian.

 

AP MELAYU PUN DAH TAK SUKA DENGAN ISLAM

Empat Ahli Parlimen dari Selangor, Khalid Samad (PAS-Shah Alam),  Hanipa Maidin (PAS-Sepang), Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja), dan Che Rosli Che Mat (PAS-Hulu Langat) menggesa Kerajaan Pakatan Negeri agar meminda undang-undang untuk menghapus kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), agar Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak menerima arahan daripada majlis itu lagi.

Dalam sidang media bersama di lobi Parlimen hari ini, mereka berkata MAIS adalah institusi yang dilihat rapat dengan Sultan Selangor. 
"Institusi yang rapat dengan Sultan tidak boleh dilihat mempunyai kuasa eksekutif. Ia akan mencemarkan institusi itu sendiri," kata Khalid Samad.
Pada pandagan penulis ada yang tidak kena dengan Orang Pas sekarang ini. Banyak lagi kerja lain yang perlu di buat dan banyak lagi benda lain yang perlu di perjuangkan. Tidak terjawab dalam akal penulis apa sebenarnya yang mereka ini berkehendakan? Apakah mereka ini Agen Kuasa Asing atau mereka sendiri tidak tahu hala perjuangan mereka khususnya PAS sendiri.
Kenapa Ahli Parlimen Islam sendiri mahu kuasa eksekutif MAIS dihapuskan...?
Kenapa mereka takut institusi ini rapat dengan Baginda Sultan...? Apakah ini secara tidak langsung Ahli Parlimen berkenaan cuba menidakkan kuasa Baginda Sultan sebagai Ketua Agama Islam di Selangor...?
Bolehkah kerajaan negeri menyentuh soal Agama Islam...? British dulupun tak berani. Kalau rasa nak hapuskan kuasa eksekutif MAIS, lebih baik pinda Perlembagaan Negeri hapuskan kuasa Raja dalam soal Agama, bukankah lebih mudah?

 

 AMUKANMELAYU - Bersedialah untuk MEMERDEKAKAN sekali lagi tanah Melayu ini....jangan harapkan rang Politik.....mereka bukan Pejuang....