,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday 20 June 2014

AHLI POLITIK - 4 MP PAS INI PEJUANG ATAU PENGKHIANAT?


Pengkhianat Islam Di Akhir Zaman


Desakan empat Ahli Parlimen Pas supaya kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu dikurangkan merupakan satu penghinaan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan rakyat negeri berkenaan.
    
   Isu MAIS ini di bawah Sultan Selangor jadi kalau mempertikai kuasa MAIS bermakna mempersoal kuasa baginda. Memang betul mereka ada dua pertiga suara dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan boleh pinda Perlembagaan tetapi kena ingat bahawa MAIS di bawah baginda kalau mahu kurangkan kuasa itu maka kuranglah juga kuasa baginda.
Empat pemimpin Pas Selangor kelmarin mendesak MAIS tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu dengan meminda enakmen yang selama ini memberi tanggungjawab kepada badan agama berkenaan.
    
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dilaporkan menjadi ketua pembela kepada Agama Kristian dan mahu MAIS dikenakan tindakan berat kerana enggan memulangkan bible berbahasa Melayu kepada Persatuan Bible Malaysia(BSM).



Khalid kata inilah masa yang sesuai penghapusan kuasa MAIS itu boleh dilakukan kerana Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mempunyai suara majoriti dua pertiga DUN Selangor untuk memberi sokongan terhadap sebarang pindaan pada enakmen berkaitan.



 

Turut bersama menyokong kafir laknatullah ialah tiga Ahli Parlimen Pas iaitu Dr. Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr. Che Rosli Che Mat (Hulu Langat) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang).


Ini adalah 4 orang Wakil Rakyat dari PAS dan mereka adalah MP yang tinggal di SELANGOR. Sebenarnya apa yang mereka ini perjuangkan?
















Ada Pihak Tikam Dari Belakang’ – Pesuruhjaya PAS Selangor

 


AIDCNews – 20/6/14 – Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Ir. Iskandar Abdul Samad mendakwa ada pihak tertentu yang sedang berusaha menikamnya dari belakang.
“Sekurang-kurangnya BN menikam dari depan, lebih baik dari menikam dari belakang,” kata beliau dalam laman sosial, iasamad, semalam.


Namun, Iskandar yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Chempaka dan juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar kerajaan negeri Selangor tidak menjelaskan lanjut siapakah individu dan berkaitan dengan isu apa yang dimaksudkannya itu.

Sebelum itu, Iskandar turut menyiarkan kenyataannya kepada Antarapos berkaitan isu empat Ahli Parlimen PAS yang menggesa kerajaan negeri mengkaji semula enakmen dalam peruntukan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) supaya kuasa eksekutif dapat dikurangkan.

“Kenyataan akhbar tentang MAIS pada Selasa adalah pandangan peribadi empat ahli Parlimen itu bukan pandangan rasmi PAS Selangor.
“Ia dilakukan tanpa perbincangan di peringkat PAS negeri,” katanya menerusi aplikasi Whatsapp
Iskandar menegaskan, PAS Selangor akan membuat ketetapan bersabit isu itu selaras dengan keputusan yang dibuat kerajaan negeri.

“Penyelesaian di peringkat exco juga masih belum selesai. MB akan mengadap Tuanku (Sultan Selangor) ini. Sebagai parti kerajaan, kita tidak boleh bertindak bertentangan dengan keputusan-keputusan kerajaan.
“PAS perlu bersama dengan tindakan-tindakan tersebut,” ujar Iskandar lagi.

Dalam sidang media di lobi Parlimen pada Selasa, empat Ahli Parlimen PAS telah membuat desakan yang menggemparkan apabila mendesak kerajaan negeri mengurangkan kuasa MAIS dalam mengawal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkaitan dengan isu rampasan Bible berbahasa Melayu di negeri itu.
Ahli Parlimen PAS yang membuat desakan itu, diketuai oleh Khalid Samad (Shah Alam), individu yang sebelum ini pernah dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan Pesuruhjaya III Negeri Selangor.
Namun, Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen PAS Kota Raja yang juga pemegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya III Negeri Selangor sekarang juga turut hadir bersama Khalid.
Selain itu, dua lagi Ahli Parlimen PAS dari Selangor turut memberi sokongan terhadap Khalid. Mereka adalah Hanipa Maidin (Sepang) dan Che Rosli Che Mat (Hulu Langat).

Dari kiri; Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Che Rosli Che Mat (Hulu Langat), Khalid Samad (Shah Alam), dan Hanipa Maidin (Sepang)
“Kami Ahli Parlimen PAS harapkan kerajaan Selangor kaji balik persoalan peranan dan kuasa yang ada pada MAIS dan kembali kepada dasar kerajaan atau raja berpelembagaan.
 
“Kaji semula fungsi eksekutif supaya MAIS tidak akan celarukan pentadbiran Selangor atau rosakkan imej kesultanan Selangor,” kata Khalid

MAIS ditubuhkan di bawah Seksyen 5, Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1952 bertujuan menasihatkan Sultan Selangor dalam hal ehwal Islam dan adat Melayu.

Mengulas lanjut, Iskandar seterusnya menolak ketidaksepakatan di dalam melontarkan pendapat berhubung konflik di antara kerajaan negeri, MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akibat kegagalan memahami konsep dan dasar yang diambil pimpinan kerajaan negeri.

“Pandangan PAS disalurkan melalui wakil-wakil PAS di dalam kerajaan, iaitu exco. Sudah tentu pandangan-pandangan itu tidak didedahkan kepada umum kerana kes ini belum selesai. Disiplin di dalam kerajaan itu perlu dipatuhi. Begitu juga kesemua ADUN PAS yang juga mematuhi disiplin ini,” ujar beliau.