,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 25 June 2014

HIMPUNAN KAFIRUN DI DATARAN MERDEKA MENDATANGKAN PEPERANGAN KEPADA KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUANG AGUNG


ADAKAH PEGUAM NEGARA AKAN MEMBENARKAN PERHIMPUNAN ENGKAR KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN PADA 29 JUN NANTI  INI BEERTI ISLAMELAYU PERLU BERSEDIA  DENGAN TUNTUTAN FISABILLILLAH?

 
Banyak tindak-tanduk membabitkan Peguam Negara yang mula diperkatakan sekarang. Media-media sosial menjadi pentas terbuka untuk mempertikaikan Peguam Negara terutama sekali apabila RSN Rayer, ADUN Seri Delima tidak didakwa kerana melakukan hasutan dan cubaan menimbulkan kekacauan sebaliknya, 13 orang Pemuda UMNO pula dilokap dan dibicarakan. Begitu juga dengan arahan Peguam Negara agar Bible Bahasa Melayu dan Iban yang dirampas oleh JAIS dipulangkan kepada Persatuan Bible Malaysia sedangkan JAIS bertindak atas klausa dan akta yang termaktub dalam Perlembagaan Negeri.

Kini, kelompok Katholik yang didalangi oleh peguam-peguam DAP dan PKR yang diketuai oleh Sudhagaran Stanley sedang mencabar undang-undang negara. Mereka mencabar umat Islam dan mereka sedang mencabar badan-badan perundangan Malaysia.

Apakah langkah yang akan diambil oleh Pejabat Peguam Negara? Adakah Pejabat Peguam Negara dan Kerajaan berasakan, demonstrasi yang dirancang bakal diadakan pada hari pertama Ramadhan tahun ini, hanya sekadar perhimpunan biasa?

Bagaimana sekiranya umat Islam bertindak balas?

Bagaimana pula sekiranya ada campurtangan asing selepas itu?

Keadaan semakin meruncing namun sehingga ke hari ini, belum ada sebarang tindakan atau respons dari pihak berkuasa.

Walaupun cuba didiamkan, tetapi semakin ramai yang resah dan tidak senang dengan perkembangan terbaharu ini. Undang-undang negara tidak lagi dihormati. Keputusan Mahkamah Persekutuan yang melarang penerbitan Katholik dan agama Katholik di Semenanjung menggunakan kalimah ALLAH, cuba dilanggar dan tidak dihormati langsung.

Apakah toleransi yang diamalkan oleh negara ini sepanjang 57 tahun kemerdekaan, berakhir pada 29 Jun nanti lantaran kelemahan pihak berkuasa dan kerajaan mengawal, serta menguatkuasakan undang-undang?

Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan masih melihat Malaysia sebagai sebuah negara aman damai, menanti-nanti tindakan pihak berkuasa seterusnya!!! 
 

KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN Dipersendakan, DAP Mahu Buat Perhimpunan KAFIRUN mencabar Islam supaya Tunduk Kepada Mereka!!

Seperti yang diduga, DAP dan konco-konco parti tersebut yang mahu memastikan undi Katholik dan Kristian berpihak kepada mereka, menggunakan kesempatan daripada kelonggaran dan ketiadaan undang-undang pencegahan darurat di negara ini dengan berikrar untuk mengadakan perhimpunan yang mendesak dan memaksa Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor tunduk kepada mereka.

Penyelaras Nasional Belia untuk Keadilan dan Keamanan, K.Sudhagaran Stanley berkata, dia merancang untuk mengadakan satu perhimpunan besar-besaran di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Perhimpunan itu akan mengumpulkan orang Kristian, Buddha, Sikh, Hindu dan lain-lain rakyat Malaysia yang menyokong Bible berbahasa Melayu disebarluaskan dan Melayu-Islam dibenarkan murtad di Malaysia.

Respons ini diberikan terhadap keengganan MAIS dan JAIS yang enggan menyerahkan semula Bible berbahasa Melayu yang mengandungi kalimah ALLAH yang telah dirampas ketika kitab tersebut sedang siap untuk diedar-edarkan.

Pagi tadi, Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan menolak rayuan Gereja Katholik untuk menggunapakai kalimah ALLAH dalam penerbitan berbahasa Melayu mereka, sekaligus memberi isyarat, bersetuju dengan tindakan MAIS dan JAIS dalam hal kitab Bible berbahasa Melayu yang dirampas itu.

K.Sudhagaran Stanley yang jelas telah dipergunakan oleh pemimpin-pemimpin Cina DAP untuk menyemarakkan permusuhan dengan orang Melayu-Islam, memberitahu, dia akan memujuk para pemimpin PAS mengeluarkan ahli-ahli parti tersebut ke jalan-jalanraya bagi menyertai 'berjalan untuk keamanan dan kasih sayang'.

Manakala Pengerusi Persekutuan Katholik Malaysia (CFM), Dr. Eu Hong Seng dalam satu kenyataan berasingan hari ini pula berkata, kalimah ALLAH tetap akan digunakan dalam semua perkhidmatan dan aktiviti Kristian di negara ini sekalipun Mahkamah Persekutuan telah melarangnya.

Perintah mahkamah bagi puak-puak ini, tidak mendatangkan sebarang kesan kerana mereka juga tahu, tiada sebarang penguatkuaan dan tiada sebarang pemantauan undang-undang yang boleh dilakukan ke atas mereka.

Militan Islamelayu di Syria Dikena Tindakan Atau Akan Meneruskan MISI JIHAD Di Malaysia Jika pulang Nanti.
 

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia yang menyertai pasukan militan di Syria akan dikenakan tindakan undang-undang jika pulang ke negara ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Maklumat diperolehi dan jika mereka menjejakkan kaki di Malaysia, pasti tangkapan akan dilakukan dan tindakan undang-undang dijalankan," katanya selepas menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat di Malaysia, Joseph Y.Yun di sini hari ini.

Beliau berkata kementerian, khususnya Polis Diraja Malaysia kini bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia bagi memantau kegiatan merekrut anggota baharu menerusi laman sosial.

Mengulas penglibatan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sandakan, Sabah yang disyaki terbabit dalam kegiatan militan, Ahmad Zahid berkata kerajaan tidak akan bertolak ansur jika dia terbukti terlibat.

"Aspek kajian kita bukan hanya dalam kalangan orang asing dan rakyat Malaysia, malah personel dalam penguatkuasaan juga harus diselidiki.

"Kita tak syaki semua, tapi dapat menghidu jika mereka terlibat, iaitu hasil kerjasama dengan Kementerian Pertahanan khususnya Angkatan Tentera Malaysia," katanya.

Mengenai perjumpaan dengan duta Amerika itu, beliau berkata Amerika memuji cara Malaysia menangani masalah militan di negara ini dan meminta usaha berterusan dilakukan bagi membanteras kegiatan berkenaan.

"Saya bincang perkara ini dengan mereka. Ia adalah suatu makumat yang harus diperincikan, usaha pembendungan turut dijalankan kerana kita tidak mahu usaha (militan) ini mendapat dokongan militan antarabangsa," katanya. - Bernama.
 
 
AMUKANMELAYU  -  Ini perhimpunan KAIRUN yang sedang mencabar ISLAM di Negara Islam.....ini bukan lagi soal Rampasan Buku Injil, tapi ini HIMPUNAN untuk mencabar dan ANCAMAN PEPEANGAN KEPADA ISLAMELAYU