,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 4 June 2014

Jujurlah Melayuku - Biar semuanya jelas Kita Berbeza Tapi Tidak Pada Yang SATU


 


Sandiwara Cinta – Melayu Kita
 
Aku tahu ini semua tak adil
Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Air mata pun tak lagi mau menetes

Alasannya seringkali ku dengar
Alasannya seringkali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Mungkin ini jalan yang engkau mau
Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati
Ku terima walau sakit hati

 

HADI AWANG DI ICU HOSPITAL ISTANBUL


Di atas adalah gambar terbaru Hadi Awang di unit ICU Medipol Universiteisi Hastanesi, Istanbul. Dikatakan beliau semakin pulih dari sakit dan sesak nafas yang beliau hadapi tempohari.
 

PM Arahkan Kedutaan Beri Bantuan Kepada Abdul Hadi




Susulan kejadian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikejarkan ke sebuah hospital di Istanbul, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pihak kedutaan memberikan bantuan sepenuhnya kepada beliau. Najib melalui akaun twitternya @NajibRazak memaklumkan beliau sudah pun menghubungi pihak kedutaan pagi tadi bagi memaklumkan perkara itu.

“Dimaklum Datuk Seri Hadi Awan diwadkan di hospital Istanbul. Pagi tadi saya hubungi kedutaan untuk pastikan Datuk Seri diberi sokongan sepatutnya,” katanya.

Sementara itu dalam laporan awal Mynewshub.my, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam satu kenyataan ringkas berkata, beliau telah menghubungi Setiausaha Politik Abdul Hadi.

“Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kini berada bersama ayahanda Tuan Guru Presiden di Istanbul, Turki

“Beliau dimasukkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas dan sekarang keadaan beliau stabil dan sedang berehat,” katanya.

Difahamkan Abdul Hadi berada di Istanbul untuk menghadiri Seminar Antarabangsa Esam anjuran Gerakan Islam Turki. Beliau dilaporkan berangkat ke Instanbul Selasa lepas dan dijadualkan pulang ke Malaysia pada 3 atau 4 Jun depan.
Sumber: Twitter Najib / Mynewshub

Najib ziarah Haron Din di IJN

 
KUALA LUMPUR 12 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarahi Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.
Najib yang tiba pada jam 1.30 tengah hari meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama Haron yang menerima rawatan di IJN sejak seminggu lalu.

Haron, 73, kelihatan ceria sambil ditemani anaknya Dr. Huda Haron dan menantu, Dr. Azlin Azzuddin. Turut serta pakar perunding kardiologi IJN Datuk Dr Amin Ariff Nuruddin. - BERNAMA

GEORGE TOWN 11 Mei - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melawat bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak di wad unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Pulau Pinang (HPP). Beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba pada kira-kira 1.30 tengah hari dan meluangkan masa bersama Azizan dan anggota keluarganya kira-kira 15 minit.
  
"Saya baru melawat Azizan dan Alhamdulillah pembedahan sudah berlangsung.Beliau dalam keadaan stabil dan sedang diberi rawatan terbaik," katanya kepada pemberita di sini.
  
Najib berdoa agar Azizan yang melalui pembedahan yang agak serius supaya cepat sembuh dan pulih.
  
"Sebagai pemimpin, walaupun Azizan dalam parti yang lain, saya hormati beliau sebagai sahabat. Terima kasih kepada ahli keluarganya kerana terima kedatangan saya dengan baik," katanya.
 
Najib berkata bantuan yang sepatutnya akan dihulurkan kepada Azizan untuk memastikan tidak ada masalah daripada segi perbelanjaan. Sementara itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut melawat Azizan pada kira-kira 11.20 pagi tadi bersama-sama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anaknya Datuk Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah yang baru.
  
Sementara itu, setiausaha akhbar kepada Azizan, Mohd Helmi Khalid meminta jasa baik kepada orang ramai yang ingin melawat Pesuruhjaya Pas Kedah itu tidak berbuat demikian bermula esok bagi memberi ruang kepada beliau untuk berehat.
  
"Saya mewakili ahli keluarga beliau (Azizan) meminta orang ramai memberi kerjasama kerana kita ingin memberi keselesaan kepada pesakit atas nasihat pihak hospital," katanya.

Beliau berkata keadaan kesihatan Azizan menunjukkan pekembangan positif dan beliau telah membuka mata sebanyak empat kali dari pukul 6.30 pagi hingga 8.30 pagi ini. Mohd Helmi turut melahirkan rasa kesal terhadap segelintir pengunjung yang  memuat naik gambar Azizan dalam keadaan sakit di laman sosial dan berharap kejadian itu tidak berulang lagi bagi menghormati anggota keluarga beliau.
  
Azizan, 69, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis pada Khamis lepas. Beliau dipindahkan ke HPP pada Rabu lepas dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya sejak Isnin lalu. 

Datuk Muhkriz menziarah bekas MB Azizan

DS mukhriz melawat Azizan  

MENTERI Besar Kedah, Datuk Muhkriz Mahathir telah diiringi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar  selepas melawat bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, hari ini.

Sebelum ini juga, Dato’ Mukhriz sempat ziarah Ustaz Azizan ketika mendapat tahu bahawa Ustaz Azizan dimasukkan ke KMC (Kedah Medical Center).

Beberapa pesanan dan nasihat Ustaz Azizan kepada Mukhriz sempat diberikan ketika Mukhriz melawat beliau disana. Keprihatinan beliau sebagai seorang MB kepada Ustaz Azizan sangatlah mulia walaupun kedua-duanya berbeza fahaman politik,ianya tidak membataskan beliau untuk menziarahi bekas MB Kedah tersebut.

Sikap sebeginilah yang perlu ada pada semua pemimpin politik terutamannya pemimpin politik Melayu    untuk menyemai semangat persaudaraan dan persahabatan yang seagama dan sebangsa dengan kita.

Mungkin ini antara pesanan yang dititipkan ayahandanya Tun Dr. Mahathir supaya bersikap baik kepada semua walaupun seteru politik sendiri kerana semua orang tahu bahawa Ustaz Azizan bersahabat baik dengan Tun dan Dato’ Seri Najib cuma mereka berlainan parti sahaja.

Politik Islam yang sebenar ialah politik merentasi ruang lingkup sempadan parti.


 AMUKANMELAYU - Kita tidak bersengketa......kita hanya meluah rasa.....