SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menuntut permohonan maaf daripada seorang penulis blog kerana menerbitkan rencana mendakwa beliau terbabit dalam rasuah.

Peguam beliau, Davinder Singh dalam suratnya kepada Roy Ngerng Yi Ling kelmarin menuntut beliau memadamkan rencanaasal serta pautan yang diterbitkan dalam laman Facebook beliau dan menerbitkan permohonan maaf menjelang hari Rabu.
Singh berkata, tuduhan Ngerng dalam rencana 15 Mei adalah “salah dan tidak berasas”.
Rencana itu bermaksud dan difahami bahawa Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong melakukan jenayah terhadap wang yang dibayar rakyat Singapura kepada Dana Simpanan Pekerja Pusat (CPF),” menurut surat tuntutan Singh.

Singh berkata, rencana itu adalah fitnah terhadap Lee, “merosakkan, menjejaskan watak, kredibiliti serta integriti”.

Pekerja perkhidmatan kesihatan Ngerny, 33 , sering menerbitkan komen terhadap Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam laman blognya, The Heart Truths.

Terbitan terbaru menggesa lebih banyak ketelusan bagaimana dana CPF dilaburkan kerajaan menerusi Perbadanan Pelaburan Kerajaan (GIC) dan firma pelaburan kerajaan Temasek Holdings.
“Rencana saya menuntut sifat tanggungjawab dan ketelusan tetapi beliau tidak mengiktiraf isu itu dan bertindak untuk menyaman saya.

“Saya kecewa dan kini masih berbincang dengan peguam untuk tindakan lanjut.” Singapura dalam banyak tinjauan meraih kedudukan negara paling kurang rasuah,” kata Ngerng kepada AFP.

Kumpulan hak asasi manusia antarabangsa sering menuduh pemimpinnya, termasuk bapa Lee dan bekas perdana menteri Lee Kuan Yew menggunakan saman fitnah yang membabitkan kos tinggi untuk membendung kritikan dan pembangkang.

Pemimpin Singapura memberikan maklum balas bahawa saman adalah perlu untuk melindungi reputasi mereka. dengan media arus perdana yang dianggap pro-kerajaan, blog menjadi ruang utama rakyat negara itu menyuarakan kemarahan mereka. - AFP


AMUKANMELAYU - Orang lain semua boleh saman orang yang buat FITNAH, tp  Orang Melayu khususnya Pemimpin UMNO di larang keras menyaman pihak lain.... kecuali Pak Syeh.....