,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday 20 June 2014

KENAPA RAMAI SANGAT PEMIMPIN MELAYU YANG BERCAKAP BAGI PIHAK KRISTIAN?








Sultan Selangor Enggan Layan Kehendak Pengkhianat Islam


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah enggan melayan puak-puak Islam yang berkepentingan yang ingin menjadi hero kepada kafir kristian sebaliknya telah menitahkan agar Jabatan Agama Islam selangor (Jais) merujuk isu rampasan Bible Melayu kepada prosedur undang-undang dan proses perundangan sedia ada.

Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan langkah itu perlu untuk melindungi kemurnian undang-undang dan sensitiviti semua pihak yang terlibat dalam isu tersebut.

"Baginda juga menyeru semua pihak terutamanya ahli politik yang berkepentingan atau pemimpin Islam yang bercakap bagi pihak Kristian" supaya menghentikan kerja-kerja mengeliru orang ramai dengan mengemukakan jalan penyelesaian yang tidak mengikut lunas undang-undang serta sebarang cadangan yang tidak wajar.

Sultan Selangor menegaskan bahawa anggota politik tidak menggunakan isu tersebut untuk kepentingan parti masing-masing.

“Biarlah perkara ini diselesaikan oleh pihak-pihak yang diberikan kuasa untuk menyelesaikannya.

“Perkara berkaitan agama adalah isu yang sensitif. Oleh yang demikian, Tuanku Sultan menasihati mana-mana pihak yang tidak terlibat secara langsung dalam isu tersebut berhenti daripada mengeluarkan kenyataan dan menambah rumitkan keadaan

Sultan Sharafuddin bagaimanapun menegaskan, sama ada Bibles berkenaan wajar dipulang atau dimusnahkan haruslah dilakukan mengikut lunas dan proses perundangan dan prosedur undang-undang.




"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian ketika menjawab soalan peserta forum Negara Islam : Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? Seterusnya : Budakbenteng



Edmund Bon Mengakui 12 Melayu Murtad Dan Ada Hak. Bukti Kukuh Khalid Merancang Menyelamatkan Gereja.

Oleh : HHalem. 23/08/2011
1- Kes Jais-Gereja hangat diperkatakan semenjak seminggu lepas dimana pihak Pas tidak tentu haruan kedudukan mereka pada peringkat awalnya disebabkan Pas mengimbangi kedudukan politik mereka.
2- Malah kedudukan 12 individu Melayu yang terlibat sehingga kini masih menjadi tandatanya dan dirasakan ia akan berlalu begitu sahaja dengan pihak Gereja terlepas dari segala kesalahan dimana Hak Asasi dan Kebebasan ciptaan manusia mengatasi dan mengalahkan undang-undang Islam.
3- Dengan kehendak dan arahan Baginda Sultan Selangor, seperti yang dijaja oleh MB Khalid, maka di tubuhkan Majlis Syura  — yang dianggotai MB Khalid Ibrahim sendiri, Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid dan timbalannya Datuk Abd Majid Omar, untuk menyelesaikan kes kemelut Jais-Gereja.
4- Perkembangan menarik disini ialah Peguam Hak Asasi, Edmund Bon Tai Soon pada 4 Ogos 2011, yang mewakili 10 daripada 12 individu Melayu terbabit, telah membuat pengakuan yang amat jelas iaitu Melayu tadi mempunyai hak dan kebebasan memeluk kepercayaan Kristian. Lihat dengan jelas tweet beliau. Terdapat 3 isu/tajuk utama disitu.



5- Malah pengakuan Edmund Bon menjadi lebih kukuh apabila beliau cuba berunding dengan kerajaan Selangor supaya tidak menghalang hak untuk meninggalkan agama Islam. Memang kerajaan Selangor (siapa?) mengetahui bahawa 12 Melayu terbabit telah murtad hasil maklumat dan perbincangan dengan Edmund Bon. Siapa kah wakil kerajaan Selangor tersebut yang berbincang dengan Edmund?

6- Dengan pengakuan peguam yang mewakili mereka, jelas 12 Melayu tadi memang berhasrat atau telah pun meninggalkan Islam. Samada Jais/Mais dibawah State Exco atau tidak, ia adalah tajuk berasingan yang cukup menarik dibincang.

7- Majlis Syura yang amat kontrovesi ketika ini, jika berhasil dilaksanakan, perlu lah mengambil kira pengakuan Edmund Bon kepada kerajaan Selangor didalam siasatan mereka. Majlis Syura perlu membuat keputusan bukan sahaja kepada 12 Melayu terbabit, malah kedudukan Geraja juga kerana kita tidak mahu Gereja terlepas begitu sahaja dari sebarang kesalahan.

8- Jika Khalid Gagap waras beliau tidak akan membuat keputusan berdasarkan kepentingan politik semata-mata kerana keputusan kes ini akan menjadi batu pengukur kepada kes-kes akan datang dan supaya ia dijadikan penghindar kepada Gereja yang cuba memesong aqidah anak-anak Melayu disebalik bantuan kemanusian yang mereka berikan. 
Sumber charta dan tweet di perolehi dari The Unspinners>

Edmund Bon Tai Soon
Chairperson, Human Rights Committee,Bar Council


9- Siapa kah diantara Exco Selangor yang pernah berunding dan tawaran dibuat oleh Edmund Bon dan mereka mengetahui Melayu terbabit telah murtad seperti yang dimaklumkan oleh Edmund didalam tweet beliau?

10- Di sini nampak dengan jelas Khalid membuat satu perancangan teliti supaya setiap keputusan pertelingkahan diantara Jais-Gereja akan diletakkan dibahu Majlis Syura. Dan Majlis Syura telah dihebohkan oleh Khalid diiktiraf oleh Baginda Sultan. Siapakah yang akan mempertikaikan keputusan Baginda Sultan sebagai ketua agama negeri?

11- Permainan taktik kotor Khalid ini membuat kita merumuskan bahawa Khalid akan membuat keputusan politik yang akan memihak kepada Gereja Methodist dan dilepaskan begitu sahaja tanpa salah. Kesalahan akan diletakkan dibahu 12 Melayu tadi yang dikatakan murtad. Khalid memang merancang untuk menyelamatkan pihak Gereja atas desakan Dap dan manusia-manusia seperti Edmund Bon dan Khalid Samad Gereja.

12- Dengan kekecohan Majlis Syura hari ini, dimana dikatakan MB Khalid berjaya membuat Baginda Sultan murka, kedudukan Khalid amat terancam. Beliau amat terdesak dan tersepit sekarang sehingga berani menjual nama Baginda Sultan di sini>. Khalid perlu memberi penjelasan segera besuk kerana ia akan menjadi perbualan pada cuti Hari Raya nanti jika beliau gagal berbuat demikian.

13 – Kes ini sahaja akan boleh meruntuhkan kerajaan Pakatan di Selangor seperti mana keruntuhan kerajaan BN dibawah kes penyapu Khir Toyo.

14- Kepada penganut-penganut Pas dan pentaksub Pkr, adakah ini yang anda mahu dan sesuai dengan jiwa dan naluri anda? Ini kah keputusan yang anda mahu mereka lakukan, kerana apa yang wakil anda lakukan melambangkan jiwa naluri anda? Kerana mereka adalah wakil anda.


KALIMAH ALLAH DI PERKOTAK-KATIKKAN PAS
 


  



 





 
 



HUDUD DI PERMAINKAN


  


Saya melayu..saya juga islam,tetapi kenapa saya sokong DAP.


Open ArtikelOleh keraspedal

"Parti tindakan damoratik, (dap) adalah sebuah parti majoriti cina, dan mereka punyai masalah dengan islam, semua tahu,tapi kenapa saya tetap sokong dap, kerana dap anti islam tu dulu, sekarang dah berubah. tepat dengan cogannya Just Change..berubah.. ya dap kini dah semakin menerima islam..

hari ini ramai pemimpin dap yang sudah tidak bermasalah dengan islam,(walaupun masih ada segelintir),tetapi tidak semua,buktinya..bermula dengan setiausha agung dap YB Lim guan eng yang pernah mengunakan istilah islam iaitu amar maaruf nahi mungkar dalam pidatonya serta dalam dewan undangan negeri.nak dengar pemimpin umno sebut,payah..beliau juga sering perkatakan tentang seorang pemerintah islam iaitu khalifah umar bin abdul aziz,seorang yang beliau ingin teladani..

kemudian,pilihan raya kecil kuala terengganu menguatkan lagi keyakinan saya terhadap dap apabila ramai pemimpin tertingginya turun padang untuk berkempen untuk seorang calon islam dari pas..betul ni..semua tahu..

dan terbaru,seorang pemimpin dap perak,YB nga kor ming telah mengemparkan ramai pihak apabila beliau menggunakan ayat quran sebagai penguat hujahnya di pentas ceramah semasa pilihan raya kecil bukit gantang..kalau mereka bermasalah dengan islam,pasti beliau tidak bertindak demikian..
berdasarkan 3 peristiwa ini,cukup untuk saya menerima dap,melainkan suatu hari nanti mereka berubah.......... "

  1. Sokong DAP ertinya umat Islam menyokong perjuangan DAP iaitu menentang negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud.
  2. PAS amat memerlukan sokongan DAP untuk ke Putrajaya (PAS bukan parti dominan - jumlah kerusi ditandingi oleh PAS pun tak banyak)
  3. PAS sudah banyak bertolak ansur dengan DAP dan PKR supaya perjuangan PAS boleh diterima PR (lahirlah negara berkebajikan)
  4. PAS bimbang DAP bertindak keluar pakatan pembangkang (Pernah berlaku suatu ketika dahulu).
  5. PAS tidak mampu memutuskan tali silaturahim dengan DAP kerana PAS menganggap DAP lebih Islam daripada UMNO (TGNA pernah berkata sedemikian).
Kita berharap seluruh umat Islam, baik menyokong PAS dan PR atau berada di atas pagar perlu berhati-hati dalam membuat keputusan. Kesilapan membuat keputusan akan membawa kecelakaan dunia dan akhirat. Jangan terlalu taksub hingga tidak dapat menilai yang mana baik dan yang mana buruk, yang mana salah dan yang mana benar. Berfikiran terbukalah untuk mencari kebenaran yang hakiki.  


KURANG AJAR - CHOWJACK MENGHINA MELAYU,ISLAM DAN SULTAN


kurang ajar !!! ini dah melampau !!! nampaknya kaum cina semakin berani menghina Islam dan juga raja.kepada Datuk Seri Shabery Cheek tolong arahkan SKMM buat siasatan !!! anda nak lagi status chow jack yang sempat saya ambil ??? lihat gambar di bawah




Kemelut politik PAS dan UMNO "TELAH" menjahanamkan umat Islam seMalaysia!



Prof Datuk Dr Hj Harun Din sepatutnya sudah lama menerajui parti PAS dan berusaha mentarbiyyah ahli ahlinya ke arah penegakkan Daulah Islam di bumi Tanah Melayu ini dengan mengajak UMNO bersatu di atas nama Allahu Ta'ala.

Sayangnya Prof Datuk Dr Hj Harun Din tidak dapat berbuat demikian sekian lama ini kerna partinya kemaruk untuk berkuasa walaupun terpaksa menggadaikan prinsip asal perjuangan mereka untuk mendirikan Negara Islam di Malaysia.

UMNO pula diterajui oleh mereka yang cuma meletakkan Islam sebagai kulit perhiasan pemerintahan mereka tetapi tidak di isi dengan pelaksanaan undang undang Syar'iyyah Islam yang sebenar benarnya.

Hasilnya kita semua menderita hari ini tersepit di antara kemelut dan kerenah dua parti Melayu yang masing masing mendakwa merekalah pejuang pejuang Islam padahal kedua parti ini membuka ruang dan peluang untuk kaffir kaffir didalam DAP, MCA, GERAKAN untuk menyucukkan jarum jarum halus sekularisma mereka ke dalam dunia politik tanahair kita.

Nik Aziz dan Hadi Awang tetap tidak akan berganjak dari apa yang sudah mereka terlanjur mengikat perjanjian dengan Laknatullah2 didalam DAP sebab seandainya mereka menarik diri dari Perjanjian dengan Syaitan2 tersebut mereka akan di cap sebagai pengkhianat dan saki baki integriti mereka jika masih ada akan hancur lebur menjadi debu.

Maka tinggal lah Harun Din keseorangan terkial kial didalam kepimpinan PAS Pusat tersangkut di antara yang Hak dan yang terang terangan Batil. Kemelut ini mungkin terurai hanya bila dirinya di lantik menggantikan Nik Aziz.

Selagi Nik Aziz masih berkuasa ke atas PAS, selagi itulah masaalah ini akan berterusan.

Begitu pula di dalam UMNO. Selagi Najib berkuasa, maka UMNO akan terus diterajui oleh seorang lagi PM yang tidak berpendirian berani dan tegas didalam menghadapi musuh2 orang2 Melayu dan Islam. Muhyiddin Yassin sepatutnya mengambil alih kepimpinan UMNO jika Melayu Muslim seMalaysia hendak diselamatkan dari dijajah sang kaffir!

Barisan kepimpinan UMNO harus berani merubah jika mahu melihat Melayu dan Islam terus berdaulat di bumi Tanah Melayu ini lagi. 

Sekiranya tidak, maka tunggu sahaja lah nasib yang sudah menimpa bangsa2 pribumi lain seperti Red Indian Amerika, Aborigine Australia, Maori New Zealand, Palestin, Kashmir, Chechnya, Rohingya dsbnya!
 
Kalau orang Cina Islam seperti Ybhg Ridhuan Tee Abdullah lebih memahami dan bimbang dengan nasib yang menimpa Bangsa Melayu dan Agama Islam, saya amat sukar untuk memahami manusia Melayu jenis apakah orang-orang Parti PAS dan PKR

Maori New Zealand  turut menderita bila tanahair mereka dirampas pendatang barat
Warga Jammu & Kashmir menderita dikejami tentera India
Rohingya Burma dibunuh setiap hari
Kita semua sedia maklum akan hakikat keadaan ini dan tentang siapa sebenarnya yang menjadi batu batu penghalang penyatuan ummah di Malaysia tetapi kesombongan masing masing menyebabkan mereka degil dan mengharapkan parti lawan untuk sujud kepada yang lain padahal kedua dua parti ini terdiri dari bangsa yang sama sama menganut ajaran Islam yang syumul.

Selagi masing masing terus takbur dengan kuasa dan tanggapan bahawa pihak yang lawan sahaja yang berdosa maka kebuntuan politik ini tidak akan terurai sampai datangnya Hari Kiamat nanti.

Inilah realiti sebenar mengapa Melayu seMalaysia masih tersekat dari berjaya menegakkan panji panji Daulah Islam di tanahair mereka sendiri!

Apakah nasib Melayu Muslim seMalaysia pula bila mereka hilang kuasa dan kedudukan di bumi tanahair mereka sendiri seandainya kuasa politik di ambil alih oleh musuh2 Islam yang berselindung disebalik wajah2 PAS dan PKR nanti?

Terpulanglah kepada UMNO dan PAS untuk menentukannya!

 

Dua Hakim Tarik Diri Kes Pohon Isytihar Murtad

PUTRAJAYA: Dua Hakim menarik diri daripada mendengar kes Zaina Abdin Hamid dalam percubaannya untuk mendapat perisytiharan beragama Hindu, dengan mengatakan bahawa mereka tidak sesuai untuk mengetuai kes itu.
Panel Pengerusi, Hakim Azahar Mohamed mendedahkan bahawa kes itu telah berada di bawah bidang kuasanya, di mana ketika itu dia masih bersama Pejabat Peguam Negara, pada 2002.
Hakim Mohamad Ariff Md Yusof juga menarik diri dengan berkata beliau mengendalikan kes yang hampir sama, James Vs Kerajaan Malaysia.
“Saya tidak berasa selesa, mempunyai perkara yang sama. Oleh itu, saya menarik diri daripada kes ini,” katanya.
Zaina Abidin Hamid @ S. Maniam, 60, dan tiga anaknya iaitu Surindran a/l Zaina Abidin, Mohanasubash a/l Zaina Abidin dan Chandrika a/p Zaina Abidin memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi memohon perisytiharan bahawa mereka telah murtad selepas mendakwa tidak pernah mengamalkan ajaran Islam – Mstar



AMUKANMELAYU - Mempertahankan Islam di Malaysia ketika ini bagaikan menggenggam BARA API.