,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday 12 June 2014

KERAKYATAN CINA DAN INDIA YANG MENYENTUH HAK MELAYU KINI TEBATAL



سکيراڽ ڤرجنجين   اين تيدق د ڤاتوهي اتاو د نوداي اتاو دڠن سڠاج ملڠݢر ڤرجاجيان اين اتاو  د اوبه، مک دڠن سنديريڽ کراقيتان ڤرسکوتوان تانه ملايو يڠ د ميليکي اوليه ايميݢرن اين توروت تربطل دان مريک هاڽله ڤماستااوتي سمنتارا يڠ اکن د بري تمڤوه اوليه قدن دڠن حد تيدق لبيه دري 10 تاهون سڤرتي اڤ يڠ د بريکن کڤد ببراڤ اورڠ بوچ يڠ کمبالي سمولا ک مليسيا.   
   
Sekiranya PERJANJIAN   ini tidak di PATUHI atau di Nodai atau dengan sengaja MELANGGAR PERJAJIAN ini atau  di ubah, maka dengan sendirinya KERAKYATAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU yang di miliki oleh Imegran ini turut terbatal dan mereka hanyalah Pemastauti Sementara yang akan di beri tempuh oleh KDN dengan had tidak lebih dari 10 tahun seperti apa yang di berikan kepada beberapa orang BOC yang kembali semula ke Malaysia.


Kenyataan Ngeh jelas Ia bukan lagi Rakyat Tanah Melayu.



 | June 11, 2014
Sebagai ahli parlimen beliau sepatutnya bertanggungjawab tentang apa yang beliau faham dan prinsip rukun negara.
Ngeh_Koo_Ham1KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham yang menuntut umat islam menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baru.

Menurutnya, beliau melihat kenyataan tersebut sebagai satu provokasi yang tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan memecahbelahkan keharmonian negara.
“Sebagai ahli parlimen beliau sepatutnya bertanggungjawab tentang apa yang beliau faham tentang prinsip rukun negara.

“Sepatutnya ucapan dan kenyataan seperti ini tidak boleh dilakukan,” katanya ketika ditemui media di Dewan Rakyat hari ini. Tambahnya kenyataan ini menunjukkan sikap sebenar pemimpim DAP yang cuba mewujudkan ajaran dan ideologi baru.
“Beliau cuba merungkai apa yang kita telah lakukan sejak merdeka lalu,” katanya.
Bagi Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan pula, beliau menjelaskan bahawa ada dua perkara yang Ahli Parlimen Beruas katakan amat berbahaya.

“Kenyataan tersebut amat berbahaya dan biarlah Datuk Seri Jamil Khir Baharom uruskan,” katanya.
Sebelum ini, Ngeh berkata ia berdasarkan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama.

“Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,”katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014 di Dewan Rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi DAP Perak berkata, sebagaimana orang bukan Islam perlu menerima hakikat bahawa undang-undang boleh digubal untuk menyekat mereka daripada menyebar agama, orang Islam juga wajar menerima peruntukan Perkara 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama.
Ngeh juga meminta supaya penjaga yang mendapat hak jagaan diberi kebebasan mendidik kanak-kanak berusia bawah 18 tahun mengikut agama dianutinya berdasarkan peruntukan Perkara 12(3) dan 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

“Ini jelas supaya tidak ada perbalahan, jika sudah capai usia 18 tahun, kanak-kanak itu bebas menganut agama seperti yang dijamin oleh Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Ngeh turut mempertikaikan perbalahan antara penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah yang didakwanya tidak berlaku antara penganut agama lain.

“Saya bukan nak campur tangan tentang Islam tetapi saya pun rasa tidak selesa apabila umat Islam iaitu Sunnah dan Syiah tidak bersependapat dan kita menguatkuasakan undang-undang terhadap penganut Syiah sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati daripada penganut Syiah.
“Kebebasan agama perlu digalakkan dan saling menghormati antara satu sama lain,” katanya.


Dengan jelas disini NGEH KOO HAM telah menodai PERJANJAN ke atas Perkara 153, 152, 181 dan Bahagian Ketiga Perlembagaan Persekutuan adalah merupakan mahar yang dibayar oleh golongan bukan warganegara pada masa itu(Pelarian Ekonomi Cina dan India) untuk mendapatkan peluang kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu. 

 Menuntut mahar yang telah lama dipersetujui kini kembali di UNGKIT "HATI MELAYU YANG MASIH BERDARAH" ianya boleh ditafsirkan sebagai satu tindakan sengaja mahu membubarkan perjanjian yang telah sedia termeterai dan dihormati sejak sekian lama. 

Pada pandangan Aki, ini sangatlah baik.....sekiranya PERJANJIAN   ini tidak di PATUHI atau di Nodai atau dengan sengaja MELANGGAR PERJAJIAN ini atau  di ubah, maka dengan demikian itu ia dengan sendirinya KERAKYATAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU yang di miliki oleh Imegran ini turut terbatal dan mereka hanyalah Pemastauti Sementara yang akan di beri tempuh oleh KDN dengan had tidak lebih dari 10 tahun seperti apa yang di berikan kepada beberapa orang BOC.(Pada yang x faham BOC, pi cari sendiri)

Ini adalah apa yang akan di hadapi oleh anak cucu kita pula



Lihat beberapa peringatan MUFTI PERAK ini..... Haram Dari Hukum Syarak Mengundi Ngeh DAP Yang Menghina Rasullullah. 



Oleh: HHalem.
Cakap lah apa pun, Pengundi "TAKSUB" tetap buat pekak badak.

Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Haji Zakaria, menyeru dan mengingati semua umat Islam yang akan mengundi atau menyokong pemimpin  atau wakil-wakil rakyat supaya berhenti menyokong mereka yang terang-terang dan terbukti menghina agama Islam dan Rasullullah, Nabi Muhammad SAW.
Malahan Harussani berkata adalah haram hukumnya mengundi dan menyokong wakil rakyat yang menghina nabi Muhammad SAW dan agama Islam pada Pru13 nanti.
 
Selepas menghadiri Forum Pendermaan Organ di Kompleks Rawatan harian, Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh Rabu, Harussani ditanya mengenai tweet Pengerusi Dap Negeri Ngeh Koo Ham yang telah menghina Nabi Muhammad. 
Ini jawapan Harussani.
Umat Islam harus mengundi wakil rakyat yang boleh menolong mereka, yang boleh membangunkan dan menjaga keselamatan negara.

“Kita mengundi wakil rakyat yang boleh menolong kita, yang boleh membangunkan negara kita, yang boleh memajukan dan menjaga keselamatan negara kita”
“Kalau kita mengundi orang yang akan merosakkan negara kita yang akan hanya membuat permusuhan itu haram kita buat, maknanya kita mendedahkan diri kita kepada kebinasaan,’’ 

Katan Harussani, tindakan DAP adalah tidak peka dengan perasaan orang Islam kerana dia bukan orang Islam.

“Cuba kalau  agamanya kena sendiri  yang kena,  saya ingat lebih dari itu..dia akan mengamuk lebih teruk,’’ 

Harussani meminta orang Islam tidak bersekongkol dengan orang yang memusuhi agama Islam dan menghina Nabi. Dari segi syarak umat Islam termasuk pemimpin Islam dalam pembangkang  tidak boleh bersekongkol sama sekali dengan orang yang memusuhi Islam kerana itu dianggap sebagai harbi.

“Harbi ialah orang yang memerangi kita, orang yang mencari kesempatan untuk menjatuhkan kita,’’ 

Sehubungan dengan itu beliau menasihati  pemimpin-pemimpin PAS supaya tidak bersikap membisu dalam soal penghinaan terhadap nabi dan agama Islam.

“Saya lihat orang Pas masih berdiam diri dalam soal ini ,’’

Menurut Harussani, Pas mengambil sikap berdiam diri disebabkan benci yang amat sangat terhadap kerajaan sekarang. PAS buat pekak badak didalam hal ini.

“Jadi mereka sudah tidak kira lagi, apa yang penting ialah untuk menjatuhkan kerajaan”
“Kita orang Islam wajib bersatu,  walau dalam apapun keadaan yang kita hadapi kita mesti  bersatu, kita berbeza pendapat itu masalah lain tapi masalah beza pendapat itu memang perangai manusia ..kalau manusia ta ada beza pendapat maka tidak akan ada  kemajuan.”
``Kemajuan disebabkan ada perbezaan , ada bangkangan barulah orang berfikir sama ada baik atau tidak baik.”
“Jadi perbezaan pendapat tidak boleh menjadikan kita berputus arang apa tah lagi kita telah dipersaudarakan dengan kalimah syahadah  dan Rasul pernah berkata orang yang memutuskan hubungan sesama Islam tidak akan masuk syurga jadi apa yang kita nak cari,’’ 

Harussani mahu tindakan undang-undang diambil ke atas Ngeh Koo Ham yang menghina nabi dan agama Islam kerana terdapat peruntukan undang-undang bagi kesalahan itu.  

“Setiap undang-undang yang dibuat mestilah kita hormati undang-undang itu dan apabila undang-undang kita sendiri tidak dihormati maka terjadilah kacau – bilau,’’

Sumber AgendaDaily.
  


AMUKANMELAYU - Tahlul siyasi kini basi sebelum sempat menjamah PUTRAJAYA........