,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 23 June 2014

Halau Penumpang - Mahkamah Arah Air Asia Bayar Saman


NOW EVERYONE CAN FLY

AIR ASIA Perlu Diajar dan Perlu Diboikot!


AIR ASIA Perlu Diajar dan Perlu Diboikot!Tidak lama dahulu, AIR ASIA yang merupakan syarikat penerbangan tambang murah terhebat di dunia yang gagal menjelaskan cukai lapangan terbang bertindak zalim dengan menghalau penumpang, iaitu seorang wanita yang hamil. Wanita berkenaan bagaimanapun, diselamatkan oleh MAS, syarikat penerbangan negara yang cuba diambilalih oleh Air Asia dan sentiasa diburuk-burukkan oleh Air Asia.


Dalam kejadian di Denpasar, Bali, Indonesia pada tahun 2011, Air Asia diarahkan membayar faedah lima peratus setahun mulai 27 Disember 2011 apabila seorang suri rumah yang hamil diarahkan turun dari sebuah pesawat Air Asia di Denpasar, Bali, Indonesia. Alasan penghalauan tersebut adalah, surirumah tersebut tidak mempunyai sijil perubatan yang menyatakan dia layak dari segi kesihatan untuk melakukan perjalanan.

Air Asia diarahkan membayar gantirugi sebanyak RM43,999 kepadanya apabila syarikat penerbangan Tony Fernandes itu didapati bersalah, kejam dan tidak berperi kemanusiaan oleh mahkamah. 


Pada Mei 2013, seorang ibu dan seorang anaknya, dihalau keluar dari kapalterbang oleh kakitangan Air Asia di Ho Chin Minh City, Vietnam dengan alasan, anaknya menghidap demam campak, walaupun dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ho Chin Minh City sebelum itu, penerbangan yang digunakan oleh ibu-anak itu adalah Air Asia.

Semalam, Air Asia sekali lagi menghalau penumpang. Sepasang suami isteri yang melakukan perjalanan dari Seoul ke Kuala Lumpur selama 5 jam dengan menggunakan MAS, tidak berhadapan dengan sebarang masalah. Tetapi apabila mereka cuba menaiki pesawat Air Asia dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu yang perjalanannya hanya mengambil masa kurang dari 40 minit, si isteri yang sedang hamil 7 bulan, dihalau keluar dari pesawat oleh juruterbang.

Apakah alasan 'TIADA SURAT PENGESAHAN DOKTOR' menjadi alasan buat juruterbang bernama AHARON YARIR BIN AHMAD untuk menghalau pasangan tersebut?

Mengapa hanya Air Asia yang bermasalah sedangkan MAS yang membawa pasangan tersebut dari Seoul ke Kuala Lumpur untuk perjalanan selama 5 jam, tidak pula berhadapan dengan sebarang masalah?

Pasangan suami isteri tersebut yang dihalau dari pesawat itu, perlu mengambil contoh PATRICIA KAREN CHIEW MEI YIK dan suaminya, MICHAEL JANUARIUS yang menyaman AIR ASIA dan menang kerana penganiayaan yang dilakukan oleh syarikat penerbangan Tony Fernandez itu.



Ini Cara Air Asia Jawab Isu Penumpang Mengandung 7 Bulan?

Kami menerima satu screenshot yang menunjukkan seorang pengguna Facebook dipercayai kakitangan Air Asia menjawab berita yang disiarkan oleh portal kami semalam. 

IMG-20140622-WA0049

Mungkin benar kami menggunakan tajuk yang sensasi. Namun jika inilah cara Air Asia menangani kritikan dan isu bukan bukan sahaja tambang dan perkhidmatan rendah, budi bahasa pun rendah juga.

Apakah dengan kenyataan seperti ini bermakna Air asia mempunyai prosedur tidak membenarkan wanita mengandung terbang?
Jika demikian mengapa kaunter Air Asia menjual tiket kepada wanita terbabit? Ini bukan beli dalam talian.

Selebihnya alasan takut bersalin atas kapal terbang yang hanya terbang 40 minit tidak masuk akal. Jarang sekali berlaku orang beranak secara tiba-tiba tanpa tanda.
Jika pun kemungkinan berlaku kontraksi atas kapal terbang ia adalah risiko yang perlu diambil oleh Air Asia selaku penyedia perkhidmatan dan penumpang yang menaikinya.
Kita terima alasan jika mereka tetap menyatakan perlu surat kebenaran doktor sebagai prosedur.
TAPI JIKA ALASAN DI ATAS DIGUNA PAKAI NYATALAH MEREKA INI JENIS BODOH SOMBONG! - by KuntaKinte Malaysia

Halau Penumpang - Mahkamah Arah Air Asia Bayar RM43,999 Kepada Wanita Yang Teraniaya

 

Seorang suri rumah yang hamil diarah turun dari sebuah pesawat Airasia di Denpasar, Bali, Indonesia tiga tahun lalu kerana tidak mempunyai sijil perubatan menyatakan beliau layak dari segi kesihatan untuk melakukan perjalanan, mendapat award RM43,999 sebagai ganti rugi oleh Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini.

Patricia Karen Chew Mei Yik, 44, dan suaminya Michael Januarius, 57, memenangi saman ke atas Airasia Berhad selepas tiga panel hakim membenarkan rayuan mereka untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi mengenai saman itu.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Wahab Patail memberikan award ganti rugi khas kepada pasangan itu sebanyak RM18,999 dan juga ganti rugi am berjumlah RM25,000.

Beliau juga memerintahkan Airasia membayar faedah lima peratus setahun mulai 27 Disember, 2011, tarikh writ difailkan untuk penyelesaian penuh saman itu.

Hakim Abdul Wahab yang mempengerusikan panel itu dengan Hakim Datuk David Wong Dak Wah dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim juga memerintahkan Airasia membayar RM10,000 sebagai kos perundangan kepada pasangan itu.

Dalam pernyataan tuntutan mereka, Chew dan Januarius, seorang ahli perniagaan, berkata mereka membeli tiket penerbangan pergi balik ke Bali pada 2 Februari, 2011.

Mereka berkata selepas menghabiskan percutian mereka di Bali bersama-sama dengan anak perempuan mereka ketika berumur empat tahun (kini 7 tahun), mereka menaiki pesawat untuk pulang ke Kuala Lumpur pada 26 Februari, 2011.

Pasangan itu mendakwa sebelum pesawat itu berlepas, seorang pramugari bertanyakan sama ada Chew, yang ketika itu hamil 28 minggu, sama ada beliau mempunyai surat daripada doktor yang mengesahkan beliau layak dari segi kesihatan untuk melakukan perjalanan menggunakan pesawat.

Chew berkata beliau mendapat sijil daripada pakar sakit puan Datuk Dr Ang Chin Guan dari Sime Darby Specialist Centre Megah Sdn Bhd yang dikeluarkan pada 11 Februari, 2011.

Bagaimanapun, beliau memberitahu pramugari terbabit sijil itu diserahkan kepada seorang pramugari yang namanya beliau tidak dapat diingat dalam pesawat pada 20 Februari, 2011 semasa bertolak dari Kuala Lumpur ke Denpasar.

Chew mendakwa pramugari terbabit memberitahu beliau dalam nada suara marah bahawa semakan dalam sistem online tidak dapat mengesan sijil itu dan Chew dimaklumkan supaya mendapatkan sijil baharu daripada doktor.

Pada ketika itu, suami Chew memutuskan bahawa beliau kekal di dalam pesawat untuk pulang ke Kuala Lumpur tanpa isteri dan anaknya kerana beliau perlu menghadiri satu majlis resepsi korporat di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, pasangan itu mendakwa pramugari terbabit memberitahu mereka supaya pergi ke pintu depan untuk berbincang tetapi sebaik mereka berada di situ, seorang pengawal keselamatan mengarahkan mereka untuk turun dari pesawat dan kemudiannya menutup pintu pesawat.

Pasangan itu berkata mereka kehilangan bagasi tangan mengandungi sebuah kamera dan sebuah komputer riba yang ditinggalkan di dalam pesawat.

Pasangan itu berkata mereka kecewa dan diaibkan dengan cara keadaan itu dikendalikan.

Chew kemudiannya memperoleh sijil layak dari segi perubatan di lapangan terbang Denpasar yang membenarkan keseluruhan keluarga itu untuk menaiki pesawat lain ke Kuala Lumpur.

Dalam pembelaan mereka, Airasia menafikan Chew dan keluarganya menerima layanan kasar sambil menambah petugasnya dilatih berdepan sebarang keadaan membabitkan penumpang dengan sabar, tenang, sopan dan secara profesional.

Syarikat itu mendakwa petugas mereka dalam insiden itu hanya menjalankan tugas mereka mengikut prosedur operasi standard dan peraturan yang dikuatkuasakan.

Pada 29 Ogos, 2012, Mahkamah Tinggi di Shah Alam menolak saman mereka.

Chew dan Januarius diwakili peguam M.Manoharan manakala Airasia diwakili  Zaini Mazlan dan Raja Nurul Iylia Raja Mohd Tajuddin. – Bernama,




AMUKANMELAYU - Air Asia ......penerbangan Tambah Murah serendah AKHLAK pegawai-pegawainya....indahnya khabar dari rupa.....