,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 23 June 2014

ISLAM SEDANG DI LENYAPKAN SECARA TERANCANG DI TANAH MELAYU


KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN Dipersendakan, DAP Mahu Buat Perhimpunan JAIS dan MAIS Tunduk Kepada Mereka!! 

Mereka Bersikap Kurang Ajar Hanya Mahu Umat Islam Bertelagah Sesama Sendiri


Presiden Kristian Malaysia (CFM) Dr Eu Hong Seng untuk meneruskan menggunakan kalimah Allah walaupun Mahkamah Persekutuan membuat keputusan menolak rayuan yang dibuat oleh paderi Gereja Roman Katolik untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes The Herald.

Eu juga berkata kami penganut Kristian akan tetap menggunakan kalimah Allah dalam ibadah kami.


"Memandangkan keengganan untuk memberikan kebenaran merayu kepada Gereja Roman Katolik, kita akan meneruskan tindakan dan aktiviti kita, menganggap keputusan Mahkamah Rayuan terhad kepada fakta kes tertentu saja," katanya.

Eu juga berkata penganut Kristian mempunyai hak untuk meneruskan penggunaan kalimah tersebut dan kita juga disokong oleh ramai pemimpin Islam.

"Masyarakat Kristian mempunyai hak untuk terus menggunakan perkataan Allah di dalam Al-Kitab, ibadah gereja dan perhimpunan Kristian dalam jemaah Bahasa Malaysia kami, seperti yang kita lakukan sebelum ini," katanya.

Ketua Hakim Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel tujuh hakim itu berkata, Presiden Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif, Ketua Hakim Malaya Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Hakim Mahkamah Persekutuan Suriyadi Halim Omar berkongsi pendapat yang sama.

Portal Malaysian Insider memetik penasihat undang-undang pakatan rakyat Aziz Bari merasa kesal dengan keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap kes penerbitan The Herald akan memberi petunjuk bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhak menyita naskhah Bible dalam bahasa Melayu dan bahasa Iban adalah benar dan dilandasan yang betul.

Katanya, keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkan rayuan itu sangat “mengecewakan” kerana ia memberi maksud bahawa keputusan Mahkamah Rayuan sebelum itu adalah muktamad.


Pada 31 Disember 2010, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan mengisytiharkan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan Herald dalam Bahasa Malaysia itu, khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak, menggunakan kalimah Allah, sebagai tidak sah dan batal. Oleh itu pihak Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dimana sahaja yang mereka suka. Peraka ini disokong penuh oleh beberapa pemimpin tertinggi Pas dan pakatan rakyat serta menyifatkan keputusan itu adalah adil.

Pada 16 Februari 2010, Ketua Paderi Roman Katolik Malaysia Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman dan menamakan KDN serta kerajaan sebagai responden.

Antara lain, beliau memohon satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Jan 2009, yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh Herald, sebagai tidak sah dan batal serta kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam walaupun mereka sebelum ini tidak pernah menggunakan kalimah Allah tersebut. Ini diperkuatkan lagi apabila beberapa pemimpin yang kononnya berjuang menegakkan Agama Islam memberi sokongan padu kepada pihak Kristian.

Salah seorang daripadanya adalah Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam yang begitu bersunggu-sungguh mempertahankan pihak Kristian sehingga menggelarkan kepada pihak yang mempertahankan kalimah Allah adalah bodoh.

Ekoran itu penganut Agama Kristian memberi sokongan sepenuhnya kepada Khalid Samad pada kempen PRU13 yang lalu dan akhirnya beliau berjaya memenangi PRU13 Parlimen Shah Alam.- by Cool Download Rox

 

Seperti yang diduga, DAP dan konco-konco parti tersebut yang mahu memastikan undi Katholik dan Kristian berpihak kepada mereka, menggunakan kesempatan daripada kelonggaran dan ketiadaan undang-undang pencegahan darurat di negara ini dengan berikrar untuk mengadakan perhimpunan yang mendesak dan memaksa Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor tunduk kepada mereka.


Penyelaras Nasional Belia untuk Keadilan dan Keamanan, K.Sudhagaran Stanley berkata, dia merancang untuk mengadakan satu perhimpunan besar-besaran di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Perhimpunan itu akan mengumpulkan orang Kristian, Buddha, Sikh, Hindu dan lain-lain rakyat Malaysia yang menyokong Bible berbahasa Melayu disebarluaskan dan Melayu-Islam dibenarkan murtad di Malaysia.

Respons ini diberikan terhadap keengganan MAIS dan JAIS yang enggan menyerahkan semula Bible berbahasa Melayu yang mengandungi kalimah ALLAH yang telah dirampas ketika kitab tersebut sedang siap untuk diedar-edarkan.

Pagi tadi, Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan menolak rayuan Gereja Katholik untuk menggunapakai kalimah ALLAH dalam penerbitan berbahasa Melayu mereka, sekaligus memberi isyarat, bersetuju dengan tindakan MAIS dan JAIS dalam hal kitab Bible berbahasa Melayu yang dirampas itu.

K.Sudhagaran Stanley yang jelas telah dipergunakan oleh pemimpin-pemimpin Cina DAP untuk menyemarakkan permusuhan dengan orang Melayu-Islam, memberitahu, dia akan memujuk para pemimpin PAS mengeluarkan ahli-ahli parti tersebut ke jalan-jalanraya bagi menyertai 'berjalan untuk keamanan dan kasih sayang'.


Manakala Pengerusi Persekutuan Katholik Malaysia (CFM), Dr. Eu Hong Seng dalam satu kenyataan berasingan hari ini pula berkata, kalimah ALLAH tetap akan digunakan dalam semua perkhidmatan dan aktiviti Kristian di negara ini sekalipun Mahkamah Persekutuan telah melarangnya.

Perintah mahkamah bagi puak-puak ini, tidak mendatangkan sebarang kesan kerana mereka juga tahu, tiada sebarang penguatkuaan dan tiada sebarang pemantauan undang-undang yang boleh dilakukan ke atas mereka.

Atau dengan kata lain, mereka adalah GOLONGAN TIDAK BOLEH DISENTUH!!!