Gambar ini mirip Anwar Abraham pemain Gasing Pertugal |
Oleh Zul Rawi
Jurugambar
sebuah portal berita mengecam tindakan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim
yang dilihat cuba menipu masyarakat dengan publisiti murahan apabila
menggunakan gambar ‘recycle’ bagi menunjukkan kononnya dia mendapat
sambutan yang luar biasa ketika lawatannya di Jepun baru-baru ini.
Anwar
Kantoi..... Menurut Shaik Mohamad Amin, 28 gambar tersebut sebenarnya
berlaku ketika pembacaan keputusan kes liwat yang membabitkan Ketua
Pembangkang itu pada 9 Januari 2012. Sebagai salah seorang jurugambar
yang bertugas dia turut berada di tempat kejadian pada ketika itu.
“Tindakan,
Anwar yang sengaja menyebarkan ‘gambar recycle’ itu untuk menunjukkan
seolah-olah dia mendapat sambutan hangat dan luar biasa ketika berada di
Jepun, adalah satu cubaan untuk memperbodoh-bodohkan masyarakat.
Mahkamah Jalan Duta - Anwar dibebaskan daripada kes liwat pada 9 Januari 2012 |
“Sebagai
seorang pemimpin yang kononnya ‘anugerah tuhan’, dia tidak sepatutnya
menggunakan pendekatan murahan seperti itu,” ujarnya.
Isu
gambar recycle ini bermula, apabila semalam (27 Feb) seorang penyokong
Anwar @OrenjiRenOren telah memuat-naikkan gambar tersebut pada pukul
12:35 petang dengan mengatakan status “Biar gambar berbicara ketibaan
@anwaribrahim di Narita Airport”.
Seterusnya
pada pukul 12:52 petang, status tersebut telah ‘diretweet’ oleh Anwar
dengan menggunakan akaun rasminya seolah-olah bersetuju dengan ‘status’
tersebut. ‘Retweet’ Anwar itu kemudiannya telah disebarkan pula oleh
para pengikutnya yang beranggapan kononnya ketibaan Anwar di Jepun
benar-benar mendapat sambutan yang hebat dari pihak media di sana.
Soalnya sekarang...kenapa PERLU MENIPU? |
Shaik
turut beranggapan, tindakan terdesak itu mungkin dilakukan bagi
membersihkan kembali imejnya yang sebelum ini tercalar kerana dihalang
dari memasuki ke negara tersebut’.
Pertengahan
bulan yang lalu masyarakat di negara ini tiba-tiba gempar dengan
laporan berita mengenai Anwar yang dihalau pulang apabila pihak
imigresen Jepun tidak membenarkannya masuk ke negara itu.
Demi
untuk mengelakkan maruahnya dari tercalar, Anwar cuba menyalahkan
kerajaan Malaysia yang dikatakan menjadi dalang kerana berpakat dengan
kerajaan Jepun untuk memalukannya.
Namun
semua tuduhan yang tidak berasas itu, kembali menimpa dirinya, apabila
jurucakap kedutaan Jepun di negara ini menjelaskan masalah itu berpunca
dari Anwar sendiri, kerana gagal untuk memohon dan mengemukakan visa
perjalanan.
Rentetan
daripada itu, masyarakat Malaysia mula mentertawakan Anwar yang jelas
telah memperbodohkan dirinya sendiri. Di laman media-media sosial pula,
penuh dengan watak-watak animasi Jepun seperti Doraemon, Ultraman,
Kesatria Baja Hitam dan banyak lagi yang dijadikan bahan lawak jenaka
ekoran insiden yang memalukan itu.
AMUKANMELAYU - Kenapa perlu menipu? Jelaslah sekarang ini, selama ini FITNAH dan PEMBOHONGAN sudah menjadi darah daging Anwar dan Pengikut-pengikutnya.