,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday 21 December 2012

1041754 Kpl Mat Aznan bin Awang SPGP PERWIRA YANG TIDAK DI DENDANGKAN



Misi Menyelamat 'Black Hawk Down'



Masih ingat filem 'Black Hawk Down'? Filem ini mengisahkan dua buah helikopter S60 'Black Hawk' Uncle Sam telah ditembak jatuh di sekitar kawasan Bakara Market, Somalia pada 3 Oktober 1993. '...Dua buah helikopter Black Hawk yang membuat pengawasan dari udara dilaporkan ditembak jatuh di rujuk Grid 365263 dan 363265. Kumpulan bersenjata General Aideed dipercayai bertanggungjawab menembak pesawat berkenaan dengan menggunakan senjata anti pesawat udara. Sehingga jam 1630C, dilaporkan seramai 70 orang Rangers Amerika dan lima orang crew udara yang tercedera terperangkap di dua lokasi di atas'...petikan daripada buku "19 RAMD MEKANIS DI SOMALIA" oleh Syed Othman bin Syed Othman, bab 'TRAGEDI DI TIMUR PASAR BAKARA' (klik di sini) .

Selain menceritakan dengan terperinci insiden tersebut, buku ini turut menyenaraikan semua anggota 19 RAMD dan juga nombor pendaftaran kenderaan yang terlibat dalam misi menyelamat pasukan Rangers dan juga krew pesawat berkenaan.

Dalam filem tersebut, peranan anggota MALBATT tidak langsung diketengahkan. Tanpa kegigihan tentera kita, kemungkinan besar tajuk filem tu bertukar kepada 'Massacre Of Bakara'. Tapi apa nak dikatakan...Hollywood sudah pasti menonjolkan keperwiraan tentera mereka sahaja. Depalah yang paling 'terror' dalam semua operasi pada hal mereka kerap kalah dalam banyak campaign.

Akibat pertempuran yang berlaku dengan para militia, seorang anggota MALBATT terkorban, 9 tercedera, tiga buah Condor Twin GPMG dan sebuah Condor 20mm Oerlikon musnah. Pihak Rangers pula dilaporkan 12 anggotanya terkorban manakala 75 orang tercedera.

Sebagai pengiktirafan pengorban wira-wira kita, negara Malaysia telah menganugerah...
  • SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (SP) - Arwah 1042754 Prebet Mat Aznan Bin Awang (dinaikkan pangkat Koperal).
  • PANGLIMA GAGAH BERANI (PGB) Kapten Mohd Halim Bin Khalid, Mejar Abd Aziz Bin Abd Latiff, Leftenan Muda Khairul Anuar Bin Abd Aziz, Leftenan Muda Muhammad Bin Aripin, Lans Koperal Mohd Sabri Bin Ahmad dan Lans Koperal Rizal Bin Ismail.
Sesiapa yang berminat untuk mengetahui pengorbanan wira-wira kita boleh membaca 3 coretan dalam blog saudara Katon Tin-Ton,  klik di sini Cerita yang sama tetapi daripada perspektif individu berlainan. Saya berhasrat untuk menceduk cerita ini untuk dimasukkan dalam buku. Tapi sebelum itu, kena minta kebenaran dulu dariapada 'azhar6429.wordpress.com', 'panggilanpertiwi.forumotion.net' dan Utusan Malaysia.

Saudara Katon Tin-Ton...Maaf kerana tidak memohon kebenaran untuk 'link'kan dengan blog anda. Walaubagaimana pun....Terima kasih.





Dilupa Jangan

Pembaca...Ketika seorang pegawai dari 6 RAMD datang ke rumah berkaitan pusara arwah Lt M Abd Hamid Bin Ismail dalam coretan di sini, beliau telah bertanya kepada saya sekiranya terdapat lagi pusara wira-wira di Kedah dan Perlis. Pada pemahaman saya, unit tersebut akan menyelenggara pusara penerima anugerah SP & PGB yang terkorban. Mereka ada senarai penerima anugerah tersebut tetapi kemungkinan tidak dapat mengesan pusara wira-wira berkenaan.

Beberapa hari kemudian, saya telah menghubungi mantanPW2 Mohsain, Trup Semboyan Skn Bantuan, RGK, bertanyakan di mana arwah Lt Kol Ahmad Rashid PGB disemadikan. Ketika berjumpa di sini, beliau memberitahu saya bahawa beliau mengenali arwah dan keluarganya sebelum berkhidmat dalam ATM lagi. Menurut Mohsain, arwah disimpan di Jitra tetapi tidak pasti di tanah perkuburan mana. Dengan maklumat ini, saya telah menghubungi pegawai terbabit untuk tindakan mereka selanjutnya.

Saya difahamkan arwah adalah satu-satunya penerima 2 anugerah PGB! Saya ada menceritakan berkenaan beliau di sini.

Ketika menciplak bahan coretan "Lagi Mangsa Jerangkap Samar" ini yang terdapat dalam buku '19 RAMD Mekanis Di Somalia", saya membaca kisah "TRAGEDI DI TIMUR PASAR BAKARA". Ia mengisahkan secara terperinci bagaimana tentera kita melancar operasi untuk menyelamat krew helikopter 'Blackhawk' kepunyaan tentera Amerika Syarikat yang ditembak jatuh...difilemkan "Blackhawk Down". Operasi ini telah mengorbankan seorang anggota Tentera Malaysia, Kpl Mat Aznan Bin Awang SP. 

Antara gambar-gambar penghormatan terakhir kepada arwah Kpl Mat Aznan...
Saya telah menghubungi pegawai 6 RAMD berkenaan dan memaklumkan kepada beliau lokasi pusara pahlawan tersebut. Saya tidak tahu bagaimana keadaan pusara arwah dan harapan saya agar pihak berwajib...jengok-jengoklah pusara pahlawan-pahlawan negara itu! Al-Fatihah....

2 comments:

abu muaz said...
Salam tuan.
Saya pernah berkunjung ke tanah perkuburan arwah kpl.Mat Aznan secara tidak sengaja.

kenapa tidak sengaja kerana saya dan kawan2 waktu itu singgah di situ kerana ingin menziarahi kubur assyahid ibrahim Libya.

saya terpandang papan tanda kubur arwah lalu sy mengajak kawan2 lain untuk turut sama membaca quran di pusara beliau.

ada hikmah tersembunyi bila melihat pusara arwah berada bersama pusara orang-orang yang syahid dalam peristiwa memali itu.

Naungan pokoo-pokok bunga yang berbau harum...pokok bunga yang tinggi sangat subur...meyakinkan saya bahawa mereka semua sebenarnya syahid ... moga rohnya berada di taman roh orang-orang yang beriman.
Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...
Saudara abu muaz,

Amin.


Malbatt di Somalia - Kisah Black Hawk Down


on 18 Januari 2011
Malbatt di Somalia. Kisah Black Hawk Down,

Bebaru ni aku masuk ke blog Jooting ex Nuri Pilot..ada satu entrinya berkisar tentang kisah "Black HAwk Down" Agak tertarik aku dengan entri tu...

Pasti ramai yang pernah menonton filem perang ini. Ada diantara kita mahu menonton kerana adanya "keterlibatan" tentera kita didalam misi menyelamat para Rangers US tu. Sebuah kisah benar, Tapi bagaimanapun tidak didedahkan sepenuhnya, malah bantuan dari tentera kita diremehkan oleh filem tersebut. Filem tersebut hanya mengangkat kehebatan dan keperwiraan tentera mereka sahaja. 

Tapi, bagi aku...aku tak hairan sangat kerana itu filem mereka..mereka berhak untuk membuat apa sahaja. Jadi kalau nak nampak tentera kita juga hebat, kementerian atau pihak2 yang terlibat kene la berusaha membuatnya sendiri. Kalau tak boleh buat filem pun,buat la dokumentari.....Persoalanya mampukah kita??

Versi US...filem yang memaparkan bagaimana tentera US  Rangers menyerang masuk kedalam kawasan Jeneral Farah Aideed, tetapi gagal kerana tentangan yang diberikan pejuang2 tersebut terlalu hebat. Senario tersebut menjadikan tentera US berada didalam keadaan bahaya, dan langkah seterusnya mereka meminta pertolongan dari tentera PBB yang berdekatan.

 19 RAMD mekanise, adalah sebuah pasukan yang dikatakan terlibat secara langsung dengan konflik ini. Bersama2 dengan tentera Pakistan mereka mara ke Pasar Bakara, namun disebabkan beberapa perkara...tentera Pakistan terpaksa meninggalkan tentera kita berjuang bersendirian menghadapi pejuang2 Farah Aideed untuk menyelamatkan tentera US disana.

Biar pun sudah berbelas tahun masa berlalu tetapi ianya tetap tersemai diminda dan dijiwa. Di ingati kerana peranan/khidmat yang cemerlang pasukan Malbatt semasa disana. Satu sejarah telah tercipta, sejarah yang tidak boleh dinafikan sampai bila2....kenangan yang menjadi satu kebanggaan kepada kita anak2 Malaysia....
SEJARAH 19 RAMD

Satu bukti tentang keperwiraan  khususnya 19 RAMD dan ATM Malaysia amnya. Sekadar coretan untuk diri aku sendiri dan juga kepada "legasi" aku nanti, supaya mereka lebih memahami erti pengorbanan orang terdahulu kepada agama, bangsa dan negara. 
Maskot rasmi bagi pasukan adalah harimau belang yang menjadi identiti dan lambang di pakaian serta di dinding bangunan sebagai lambang semangat keberanian dan kekuatan pasukan sebagai sebuah Batalion Infantri Mekanise.
Barisan Pegawai Memerintah 19 RAMD Mekanise (1976-2008
'AZNAN'

"Replika sebuah kenderaan berperisai jenis RPZ Condor Twin GPMG, yang dinamakan ‘AZNAN’ merupakan Ragaan Utama bagi Batalion Ke 19 RAMD Mekanis. Replika ini merupakan simbolik kenderaan yang bernombor daftar ‘ZA 9341’ yang dipandu oleh Allahyarham Prebet Mat Aznan bin Awang yang telah terkorban di dalam pertempuran di Bakara Market pada 3 dan 4 Oktober 1993 semasa penugasan Misi UNOSOM II di bawah Panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Somalia.

Semangat juang yang tinggi, sikap gagah berani dan sanggup berkorban yang ditunjukkan oleh Allahyarham melambangkan juga semangat yang wujud di dalam jiwa semua warga Batalion Kesembilan Belas Rejimen Askar Melayu DiRaja Mekanis. Di samping itu juga, kenderaan berperisai ini melambangkan semangat kental, tidak mudah menyerah dan sanggup berjuang di dalam semua keadaan yang mencabar. Berpantang maut sebelum ajal akan terus menjadi warisan pegangan bagi setiap penggempur pasukan ini.

Ragaan Utama ini telah dibuat pada 21 April 2002 dan ia telah disiapkan pada 21 Jun 2002. la merupakan ilham dari Pegawai Memerintah yang ke 14 iaitu Lt Kol Zainal Abidin bin M. Said (3002020) dan ianya telah dibuat oleh 61 Wksp Mekanis. Kos pembuatannya adalah berjumlah RM 1,500.00 dan ia telah dibiayai oleh Tabung Kebajikan Rejimen (TKR). Ianya diperbuat daripada tembaga yang berukuran 40 cm panjang, 17.5 cm lebar dan 18 cm tinggi. Berat Ragaan Utama ini adalah 10 kg."


Allahyarham 1041754 Kpl Mat Aznan bin Awang


Selain daripada menganggotai Malbatt 1 di Somalia. 19 RAMD Mekanize juga pernah diatur gerakkan di dalam beberapa misi PBB yang lain. Di antaranya misi di Bosnia, Timur Leste dan yang terbaru di Lubnan. Sepanjang operasi pasukan di dalam dan luar negara, seramai 4 orang anggota telah terkorban dan 27 tercedera.


Di antaranya adalah 1041754 Kpl Mat Aznan bin Awang (terkorban). Beliau berasal dari Kampung Parit Panjang, Baling, Kedah. Pada 4 Okt 1993 Allahyarham Kpl Mat Aznan bin Awang terlibat dalam misi menyelamat 70 anggota Rangers Amerika Syarikat dan 5 orang anggota Tentera Udara Amerika Syarikat yang dikepung di kawasan Bakara Market oleh militia Farah Aideed. Kereta perisai yang dipandu oleh Allahyarham ditembak dengan senjata anti-kereta kebal (RPG7) dari arah hadapan menembusi cermin kalis peluru dan terkena bahagian bahu kiri Allahyarham serta mencederakan 9 anggota yang lain.

Di dalam peristiwa ini, 4 buah APC jenis RPZ Condor juga musnah. Usaha menyelamat anggota tentera Amerika Syarikat ini telah dilaksanakan dengan cemerlang oleh anggota MALBATT. Beliau dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) pada 4 Jun 1994. Sebagai penghargaan kepada Allahyarham, beliau telah dinaikkan ke pangkat Kpl.


Pasukan juga telah berjaya menyelamatkan Hakim Markas UNOSOM dan wartawan yang terperangkap di dalam pertempuran di antara kaum

Di atas keberanian luar biasa dan kejayaan yang ditunjukkan di dalam peristiwa Pasar Bakara, seorang anggota pasukan ini telah dikurniakan pingat SP dan 6 orang dianugerahkan PGB. 6 orang anggota lagi telah dikurniakan pingat KPK.


Banyak kegemilangan yang telah dicapai oleh pasukan ini. Pencapaian dan kejayaan pasukan ini boleh dijadikan contoh serta panduan kepada semua warga Tentera Darat supaya kesinambungannya akan terus diwarisi. Sejarah telah membuktikan bahawa pasukan ini dan Tentera Darat amnya adalah satu ketumbukan yang tidak boleh dipandang rendah.

Diharapkan generasi warga Tentera Darat pada masa sekarang dan yang akan datang dapat menghayati semangat di atas kejayaan yang silam dan seterusnya dapat mengekalkan kegemilangan dan seterusnya menjaga kedaulatan negara yang tercinta ini.
Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP)

Allahyarham Kpl Mat Aznan, sebelum bertolak ke Somalia

Radpanzer Condor 4 x4

Versi yang sama...

"Gunman tetap sentiasa bersedia"

Rondaan team MALBATT semasa di Somalia

BlackHawk Down..(Movie version)

Satu dari 4 APC yg musnah dalam operasi menyelamat

Us Ranger bergambar di APC ,selepas diselamatkan oleh 19 RAMD

Stadium yang menjadi tempat berkumpul selepas US Rangers diselamatkan.

Lintas hormat terakhir dari semua anggota PBB, utk Allahyarham Kpl Mat Aznan....

Jeneral Aboo Samah

          Buku Harimau Malaysia di Somalia.


Gambar M48 Pakistan,tank jenis ni la yg dikatakan cabut lari sebelum pertempuran di Bakara Market




"The battle that will live in history…your forces proved essential to accomplish the (rescue) mission. The Rangers were saved, thanks to your soldier"-  Brig Gen Greg L. Gile.

"The sight of Americans and Malaysians locked in soldierly embrace at the battle’s end is one I will never forget" - Lt Kol William C David, CO of the US Ranger Bn during Battle of Bakara.

"There are at least 200 Americans alive today, who will go home to be with their families because of the aid you provided…I would fight alongside you anywhere, anyplace" - First Lt John C. Breen.





"Dengar2 cerita akan ada pembikinan dokumentari MALBATT di Somalia. Kalau betul ada,dah cantik sangat tu...mungkin dalam tahun ni(2011), dokumentari tu akan keluar...(mungkin) Diharap ianya dapat direalisasikan demi membangkitkan semangat kecintaan dikalangan rakyat semua. Bersatulah semua demi negara yang tercinta..."
amukanmelayu - al fatihah buat  SPGP Allahyarham Kpl Mat Aznan