MELAYUku KALAH LAGI
Malunya orang-orang Melayu yang terhegeh-hegeh nak bersama DAP... Sebelum pemilihan..ramai (orang Melayu yang menyokong DAP) yang menyalak sana-sini kononnya sebagai satu signal kepada orang Melayu bahawa DAP akan berubah.. Dalam pemilihan CEC kali ini, beberapa calon Melayu akan menang untuk membuktikan DAP bukan sebuah parti yang anti-Melayu seperti dulu dan menunjukkan DAP sebuah parti yang dianggotai oleh pelbagai bangsa...
Malangnya suara-suara orang Melayu yang menyokong mereka ini bagaikan " Anjing menyalak bukit, takkan runtuh" Keputusan
 pemilihan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP telah membuktikan 
keikhlasan DAP untuk menerima orang Melayu... DAP tetap untuk 
komunis-komunis yang anti Melayu..
Berikut adalah senarai penuh calon yang dipilih ke CEC DAP. 
1. Lim Kit Siang
2. Lim Guan Eng
3. Karpal Singh
4. Chong Chieng Jeng
5. Loke Siew Fook
6. Vincent Vu
7. Tan Kok Wai
8. Gobind Singh Deo
9. Tony Pua
10. Teng Chang Khim
11. Fong Kui Lun
12. Nga Kor Ming
13. Chong Eng
14. Chow Kon Yeow
15. Liew Chin Tong
16. M Kulasegaran
17. Boo Cheng Hau
18. Teresa Kok
19. Teo Nie Ching
.20. Ngeh Koo Ham
17 Cina, 2 Bangali & 1 India..."Malaysian Malaysia"
 dan tak salah jika EP kata hampir kesemua nama-nama yang menang dalam 
senarai CEC pernah mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu/Islam di 
Malaysia sebelum ini...Jadi secara logiknya..mana mungkin mereka sanggup
 menerima orang Melayu dalam CEC yang nak jaga kepentingan orang Melayu 
dalam DAP...
Kalau ada pun..wakil itu dilantik oleh Guan Eng..kriteria calon yang dilantik mesti pakar menjadi tunggul yang pandai mengangguk..(Kalau tak percaya tanya Tunku Aziz...)
Adakah Guan Eng akan melantik salah seorang daripada orang Melayu yang kalah dalam pemilihan CEC??....Itu EP tak pasti..Jika mereka bermaruah dan sedar kedudukan mereka didalam DAP..sudah pasti mereka tidak akan menerima perlantikan itu..
Kalau ada pun..wakil itu dilantik oleh Guan Eng..kriteria calon yang dilantik mesti pakar menjadi tunggul yang pandai mengangguk..(Kalau tak percaya tanya Tunku Aziz...)
Adakah Guan Eng akan melantik salah seorang daripada orang Melayu yang kalah dalam pemilihan CEC??....Itu EP tak pasti..Jika mereka bermaruah dan sedar kedudukan mereka didalam DAP..sudah pasti mereka tidak akan menerima perlantikan itu..
Cuba baca betul-betul kenyataan Lim Guan Eng dibawah....
"Kita mahu menjadi parti pilihan untuk orang Melayu, khususnya di Bandar supaya mereka menyertai dan mengundi kita."
Adakah
 orang Melayu hanya layak  menyetai dan mengundi mereka tetapi tidak 
layak untuk memengang jawatan bersama mereka??Fikir-fikirkan...
Kesemua lapan pemimpin DAP Melayu yang bertanding bagi merebut jawatan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC)disingkir apabila kalah dengan keputusan teruk pada Kongres Kebangsaan ke-16 DAP yang berlangsung hari ini.
Keputusan tersebut sekaligus membuktikan parti dominasi kaum Cina itu tidak memberi laluan kepada mana-mana calon Melayu termasuklah Zairil Khir Johari, yang berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Zairil cuma memperoleh 305 undi manakala Lim meraih 1,576 undi. Sejumlah 1,823 perwakilan mengundi bagi memilih 20 orang barisan kepimpinan DAP bagi tempoh 2012-2015.
Calon lain yang disingkir ialah Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd Noor (216 undi), Senator Ariffin S.M Omar (348), Naib Pengerusi DAP Johor Ahmad Ton (347 undi), Timbalan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (121), Pengerusi DAP cawangan Desa Manjung Solaiman Op Syed Ibrahim (98), Roseli Abdul Ghani (39) dan Harun Ahmad (28).
Zulkifli ketika ditemui berkata mesej yang diperjuangkannya selama 25 tahun untuk menempatkan kaum Melayu dalam CEC parti itu tidak sampai ke peringkat akar umbi.
"Apabila kita katakan Malaysian Malaysia itu, maknanya kita mesti mewakili semua agama, semua bangsa, semua kaum... seimbang. Mesej yang saya sampaikan selama ini belum sampai ke akar umbi. Mereka masih lagi mengundi, memilih pemimpin berpandu kepada bangsa," katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berkata pemilihan itu juga tidak berlandas kepada kebolehan dan pengalaman calon dalam memperjuangkan parti.
"Belum ada perubahan di situ. Keputusan hari ini tak de seorang pun calon Melayu... Mungkin pemimpin atasan yang bertanding mesti nak jaga kepentingan masing-masing, bukan kepentingan parti," katanya. - BERNAMAS
MELAYU HANYA LAYAK PEGANG BENDERA UNTUK DAP
Kalaulah Melayu dalam DAP masih tak 
sedar diri lagi, tak tahulah nak kata apa lagi. Ini bukannya melukut di 
tepi gantang lagi. Kalau melukut, walau kat tepi, masih juga dapat 
berpaut dan tersangkut di tepi gantang. Dalam DAP, Melayu langsung tak 
tersangkut.
Lapan pemimpin Melayu DAP yang 
bertanding, tak ada seorangpun yang sangkut untuk duduk dalam Anggota 
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) yang seramai 20 orang itu.
Melayu yang paling kuat membela DAP dan 
keluarga Kit Siang, si Zairil cuma memperoleh 305 undi daripada 1,823 
perwakilan yang mengundi. Manakala undi tertinggi yang diraih oleh 
pemimpin Melayu ialah melalui Senator Ariffin S.M Omar iaitu 748 undi 
yang kalau diterjemah dalam peratus, baru cuma 41% sahaja perwakilan 
yang memberikannya undi.
Lain-lain calun, alamakkk....kesian, ada
 yang cuma dapat 28 undi sahaja! Enam calun yang lain ialah Anggota 
Jawatankuasa DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd Noor (216 undi), Naib 
Pengerusi DAP Johor Ahmad Ton (347 undi), Timbalan Pengerusi DAP Pahang 
Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (121 undi), Pengerusi DAP cawangan Desa 
Manjung Solaiman Op Syed Ibrahim (98 undi), Roseli Abdul Ghani (39 undi)
 dan Harun Ahmad (28 undi).
Kalau jawatan dalam parti yang sekiranya
 ada imbuhanpun tak seberapa, Melayu langsung tak dipandang, apatah lagi
 kalau DAP dapat berkuasa, apakah mereka akan memandang dan melantik 
Melayu ke dalam kabinet mereka?
Maka apakah gunanya DAP merekrut Melayu?
 Mungkin hanya semata-mata untuk dijadikan pecacai pengibar bendera dan 
sebagai wakil untuk turun berdemonstrasi. Sedarlah Melayu, sedarlah 
PAS!!!
SAKITNYA BILA BERKATA BENAR
Sekali lagi PAS diuji dan buat ke sekian kalinya juga PAS diaibkan dan 
tewas dalam ujian tersebut.
Undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam 
(MPKB-BRI) Kerajaan Negeri Kelantan yang melarang wanita menggunting 
rambut lelaki termasuk di kalangan bukan Islam di salun gunting rambut 
adalah dilihat mempunyai roh perundangan Islam dan secara jelasnya 
adalah selari dengan dasar perjuangan PAS yang diperjuangkan selama 
ini.Oleh itu keputusan untuk menangguhkan perlaksanaan undang-undang 
tersebut termasuk membatalkan saman yang dikeluarkan adalah langkah 
dayus yang hanya menunjukkan kegagalan PAS mempertahankan prinsip 
perjuangannya yang dilaungkan selama ini.Keputusan ini juga 
memperlihatkan betapa lemahnya PAS apabila berhadapan dengan desakan 
rakan sekutu mereka di dalam Pakatan terutamanya DAP yang tidak pernah 
bersetuju dengan apa sahaja undang-undang yang ada kaitannya dengan 
Islam.
 Kerajaan Negeri Kelantan yang dikuasai PAS akhirnya terpaksa tunduk dan
 akur dengan kemahuan DAP, PKR dan pimpinan parasit di dalam PAS yang 
tidak ingin melihat perlaksanaan undang-undang seperti itu bakal menjadi
 batu penghalang kepada perjalanan mereka ke Putrajaya. Kerana kuasa, 
apa juga halangan mesti dirempuh, hatta melibatkan maruah Islam.
Lalu dimanakah untungnya PAS dan di mana untungnya Islam seperti yang 
dilaungkan oleh pimpinan tertinggi mereka?
Sepatutnya kesempatan inilah yang perlu digunakan oleh Pas untuk 
mendidik masyarakat terutamanya masyarakat bukan Islam terhadap 
keindahan hukum Islam berdasarkan rasional dan nas yang terdapat di 
sebalik undang-undang kecil tersebut.
Akhirnya masyarakat dapat menyimpulkan bahawa prinsip perjuangan asal 
PAS untuk melaksanakan undang-undang Islam dan menegakkan Negara Islam 
semakin jauh ditenggelamkan oleh kerakusan dan keinginan mendalam untuk 
berkuasa di Putrajaya. Jika sekiranya undang-undang yang terpencil dan 
remeh seperti itupun tidak mampu dipertahankan, apatah lagi untuk 
melaksanakan hudud dan perundangan Islam yang syumul. 
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI  
Presiden JATI 
15 November, 2012
amukanmelayu - bagaimana PAS mahu menggantikan UMNO sedang tahap IQ Pemimpin tertinggi PAS boleh di pertikaikan? 





