,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday 18 December 2012

MURAH HATI - DAH LAMA UMNO BERI SEDIKIT DEMI SEDIKIT, KINI GILIRAN PAS PULA MENGGADAIKAN TANAH PERTIWI INI


Hot! TANAH 10,526 EKAR SEBAGAI SYARAT NIZAR JADI MENTERI BESAR PERAK ADALAH BENAR.


Masihkah anda ingat sebaik saja kemenangan pakatan di Perak mereka mempunyai masaalah untuk melantik menteri besar.


DAP membantah pada waktu itu kerana wakil rakyat mereka tidak boleh menjadi calon Menteri Besar kerana undang undang tubuh negeri menetapkan Menteri Besar Perak harus seorang yang beragama Islam.


Pada ketika itu Lim Kit Siang bermati matian tidak mahu menyerahkan jawatan itu kepada PAS.Malah jawatankuasa eksekutif pusat DAP membantah tidak akan menerima PAS sebagai menteri besar memandangkan DAP menang DUN melebihi daripada PAS atau PKR.


Tak sampai 24jam,tiba tiba Lim Kit Siang,Ngah Khor Meng dan juga Ngeh Kor Ham bersama Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP menerima Nizar sebagai Menteri Besar Perak.



Disinilah bermulanya episod PAS dan Nizar menjadi boneka DAP di Perak. Pada malam itu berlaku perbincangan peringkat tertinggi diantara PAS dan DAP.


DAP berkeras pada mulanya untuk tidak menerima Nizar sebagai Menteri Besar Perak,setelah berlaku campur tangan Nik Aziz dan PAS bersetuju menerima syarat syarat yang ditetapkan oleh DAP maka Nizar secara rasmi menjadi Menteri Besar Boneka DAP Perak.


Khabarnya sebahagian daripada rundingan tersebut yang mendapat reaksi serta merta oleh Ngeh dan Nga apabila Nik Aziz menawarkan sebidang tanah yang besar di Kelantan sebagai tukaran ganti membenarkan Nizar menjadi Menteri Besar.


Dalam isu ini,bukan saja DAP dengan perlantikan Ngeh dan Nga sebagai exco kanan untuk mengawal sepenuhnya Menteri Besar Perak malah mereka turut mendapat habuan daripada PAS apabila Nik Aziz memberi imbuhan tanah bernilai jutaan ringgit.


Ironinya selepas Kongres DAP di Pulau Pinang,Ngeh dan Nga dipilih sebagai anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat. Pisau menerima email daripada orang kuat DAP agar mendedahkan siapakah sebenarnya Ngeh dan Nga. Mereka terlibat dengan penyelewengan dan juga menerima rasuah daripada Nik Aziz Menteri Besar Kelantan untuk menerima Nizar sebagai Menteri Besar Perak pada ketika itu.



Modus operandinya mudah, Sebuah syarikat RM2 ditubuhkan Upayapadu Plantation Sdn Bhd.Kemudian Kerajaan negeri Kelantan menganugerahkan tanah kepada syarikat ini keatas 3 penama seperti tertera didokumen dibawah. Kemudian hak milik syarikat diambil alih oleh Ngeh, Nga dan kroni DAP.

Lokasi tanah tersebut di Relai,Daerah Chiku, Gua Musang.Kelantan.Bayangkan rakyat Kelantan sendiri tidak diberi tanah tetapi Nik Aziz dengan semudah itu merasuah 10,526 ekar bernilai lebih 30juta ringgit kepada DAP.

Surat tuntutan yang dikeluarkan oleh Ngeh & Co adalah syarikat guaman milik Ngeh Koo Ham. Dibawah adalah dokumen selepas pertukaran nama yang telah selesai.Sekelip mata mereka memperolehi 10,526 ekar dengan nilai pasaran melebihi 30juta ringgit.


Syarat untuk Nizar menjadi lembu kepada DAP cukup besar nilainya. Selain daripada menjadi lembu DAP ,Nizar turut memberikan pulangan yang lumayan kepada Ngeh dan Nga. 11 bulan memerintah kerajaan Perak inilah hasilnya.. PAS rasuah DAP,DAP perguna PAS.Yang kaya adalah pasangan bersaudara Ngeh dan  Nga.


Pisau kata " ada lagi yang nak meletup! Di Penang? Kedah? Selangor?"


DAP Dapat Rezeki Terpijak Bila Nik Aziz & Husam Bagi Projek Pada Tengku Wong

Semalam blog Pisau.Net mendedahkan perihal pemimpin DAP Perak Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming serta beberapa orang lagi telah memperolehi 10,526 ekar tanah di Kelantan. [Rujuk butiran di SINI]

Bila membaca butiran yang didedahkan oleh blog berkenaan, perolehan tersebut adalah melalui pengambilalihan Upayapadu Plantations (M) Sdn Bhd.

Melalui semakan, pemilikan asal Upayapadu adalah dibawah Datuk Seri Wong Yeon Chai. Rujuk kepada keratan The Star (4/5/2006) berhubung pemilikan Upayapadu dan penganugerahan pajakan 50 tahun keatas tanah berkaitan.

Siapa sebenarnya Wong Yeon Chai? Menurut laporan Utusan (26/4/2001), beliau turut dikenali sebagai Tengku Wong. 
Pada tahun 1992, Wong telah mencetuskan kontroversi dalam industri pembalakan, apabila Menteri Perusahaan Utama Dr Lim Kheng Yaik mendakwanya sebagai membawa keluar hasil hutan secara haram. [Rujuk NST 20/12/1992]
Beliau sebenarnya telah disenaraihitamkan untuk kerja-kerja pembalakan di Pahang. Namun, Wong tidak berhenti setakat itu. 
Beliau telah menyaman Kerajaan Pahang dan ini telah dijadikan isu politikoleh pihak  pembangkang. Sepatutnya mereka turut sama mempertahankan tindakan MB Pahang sebaliknya mereka memperbesar-besarkan seolah-olah Pahang dan rakyatnya berhutang.
Blog Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim (4/9/2009) telah memperbesarkan kes saman Upayapadu milik Wong dan petikan adalah seperti di bawah;
Meskipun Wong mempunyai track record yang teruk, pelik apabila Kerajaan PAS Kelantan dibawah MB TG Nik Aziz begitu mudah meluluskan projek berkenaan. Dalam hal ini, mustahil Exco Kelantan Husam Musa tidak mengenali Wong, yang telah sememangnya menjadi individu yang penuh kontroversi sejak 1992.
Seperkara lagi, projek keatas tanah seluas 10,526 ekar tersebut mendapat pembiayaan dari Forest Plantations Development Sdn Bhd (FPD), iaitu anak syarikat Lembaga Industri Perkayuan Malaysia (MTIB) dengan jumlah pinjaman RM16.2 juta.
Daripada jumlah RM16.2 juta, sebanyak RM2.0 juta telah digunakan oleh Upayapadu melalui pengurusan lama.
Melalui surat yang didedah oleh Pisau.Net, pemilik baru Upayapadu yang diketuai oleh Ngeh telah memohon penyambungan pinjaman RM16.2 juta tersebut, keatas projek yang telah terbengkalai semenjak 2007.
Persoalannya, apakah FPD akan meluluskan utilisation keatas baki RM14.2 juta yang belum digunakan, kepada projek telah terbengkalai selama 5 tahun?
Kalau FPD meluluskan permohonan tersebut, bermakna DAP bakal menerima durian runtuh yang berupa dan RM14.2 juta pula disumbangkan oleh Kerajaan Persekutuan, disamping pajakan 50 tahun keatas tanah seluas 10,526 ekar dari Kerajaan Negeri Kelantan. Itu belum lagi RM24 juta dari saman keatas Kerajaan Pahang, yang didoakan kemenangannya oleh Anwar Ibrahim. 
Oh lumayan, lumayan!





Abang anggap MB Perak ibarat kacang lupakan kulit
Oleh HASHIM P. MAMAT

KUALA KANGSAR 6 Julai - Abang Menteri Besar Perak, Fadhil Jamaluddin menganggap adiknya, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar tidak layak menjadi menteri besar bagi kerajaan campuran Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang.

Menurut beliau, sebagai seorang abang sulung, beliau amat berharap adiknya itu sedar tentang apa yang berlaku sekarang dan mengajaknya supaya merenung semula sejarah kehidupan silam mereka sekeluarga.

Kata beliau, sebagai seorang Islam, adiknya itu sepatutnya mengenang budi dan jasa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah membantu menyediakan pendidikan kepada adik beradiknya hingga ke pusat pengajian tinggi di luar negara.

Katanya, tanpa bantuan biasiswa kerajaan BN yang memperjuangkan dasar pelajaran bagi membantu kaum Melayu, sudah tentu adiknya itu tidak mampu menjejakkan kaki ke menara gading.

''Kami daripada sebuah keluarga miskin dan bapa kami hanyalah seorang penoreh getah, jika tidak ada biasiswa yang disediakan kerajaan BN macam mana kami 14 beradik hendak bersekolah apatah lagi hendak masuk universiti di luar negara.

''Jika hendak kira pendapatan bapa sebagai penoreh getah yang mempunyai 14 orang anak memang sukar bagi kami untuk bersekolah tetapi alhamdulillah... 11 orang daripada adik beradik kami berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

''Parti UMNO yang menjadi tunjang kepada BN sebenarnya yang telah membantu kami, perjuangan parti itu membela orang Melayu telah membolehkan ramai adik beradik saya masuk ke universiti," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada Utusan Malaysia selepas menghadiri Program Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gerakan Belia 4B Perak di sekolah Menengah Teknik Padang Rengas di sini hari ini.

Mohammad Nizar merupakan seorang jurutera perunding lulusan Aston University of Science and Technology di Birmingham, England.

Mengulas lanjut, Fadhil yang juga pensyarah Institut Perguruan Darul Aman Jitra, Kedah berkata, orang Melayu sepatutnya sedar tentang perjuangan UMNO dan BN yang sehingga kini telah berjaya melahirkan ramai daripada kalangan bangsanya menjadi orang berjaya.

Justeru, jelas beliau, adalah tidak manis sekiranya seseorang yang telah berjaya hasil daripada perjuangan UMNO dan BN akhirnya bertindak menentang kerajaan pula.

''Saya berasa bangga di atas usaha kerajaan BN yang memerintah negara selama 50 tahun kerana berjaya melahirkan anak-anak Melayu yang berjaya dalam pelbagai bidang.

''Mereka yang berjaya itu termasuklah adik saya yang kini menjadi Menteri Besar Perak. Jadi saya rasa semua yang berjaya termasuk adik saya tidak boleh menafikan perjuangan UMNO dan BN selama ini," ujar beliau.

SokonganJusteru, Fadhil menyeru semua pihak terutama sekali adiknya itu supaya memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada pemerintahan kerajaan BN yang kini diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Katanya, perjuangan UMNO tetap berpegang pada Islam dan memperjuangkan hak orang Melayu dan tidak pernah sama sekali mengenepikan hak bangsa-bangsa lain.

''Saya kesal apabila pada masa ini ramai yang telah berjaya seakan-akan melupakan jasa pemimpin pelbagai bangsa terdahulu yang sanggup bersatu dan bersetuju dengan kontrak sosial untuk mencapai kemerdekaan negara.

''Mereka ini macam orang tak tahu sejarah kerana saya dapat lihat pihak pembangkang dengan lantang sengaja mengapiapikan soal ketuanan Melayu dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu yang telah tercatat di dalam Perlembagaan," katanya.

Kata Fadhil, beliau difahamkan bahawa kerajaan negeri Perak yang dipimpin oleh adiknya dari parti Pas telah menandatangani 'Perjanjian Pangkor II' dengan DAP yang antara isi kandungannya melarang menteri besar menyebut negeri Perak diperintah oleh lslam.

Difahamkan, dalam perjanjian itu Mohammad Nizar sebagai menteri besar juga tidak boleh menyebut terma yang berkaitan dengan Pas atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan sebagainya.

Katanya, ini akan mengubah persepsi orang Melayu terhadap kontrak sosial yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati kalangan masyarakat lslam dan juga orang Melayu.

Beliau tidak menafikan perjanjian tersebut jika ditunaikan oleh pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak bakal menimbulkan implikasi besar dan akan mewujudkan penentangan besar-besaran oleh orang Melayu.

''Jadi saya harap UMNO Perak bangkit bagi mengembalikan maruah bangsa dan agama lslam yang kini cuba diperalatkan di bawah 'Perjanjian Pangkor II' kerana ia jelas bertentangan dengan konsep perkongsian kuasa yang diamalkan selama ini," katanya.

Difahamkan, DAP telah meminta Nizar menandatangani surat 'Perjanjian Pangkor II' sebelum bersetuju melantik wakil Pas itu menjadi Menteri Besar Perak.

Sudah terang lagi bersuluh. Pendedahan yang dibuat pada 7/7/2008 terbukti dikukuhkan lagi pada tahun 2012. Rupa-rupanya Perjanjian Pangkor II tidak terhenti kepada 4 syarat tetapi juga menggadaikan 10,526 ekar tanah di Kelantan yang bernilai RM30juta. Jika pada Perjanjian Pangkor pertama, Orang Melayu bukan sahaja tergadai kuasa, malah banyak tanah-tanah juga diambil oleh Inggeris untuk dijadikan ladang estet. Seperti dejavu, ianya juga menimpa orang Melayu pada alaf baru ini yang mana tanah estet juga menjadi taruhan. Untuk makluman pembaca, bukti kepada Perjanjian ini adalah Nizar sendiri ketika menjadi MB yang mengaku bahawa PAS tak perjuangkan Negara Islam semasa sidang DUN Perak.

Jangan lupa, selain daripada tergadainya 10,526 ekar tanah, pemberian 999 tahun pajakan yang dibuat oleh Nizar juga merugikan orang Melayu.

*Kalau ada pihak yang boleh temubual kembali abang Nizar ni lagi bagus. Mungkin ada rahsia lain yang akan terbongkar.

KAMPONG BARU CINA CURI HAK TANAH MELAYU!











Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah bertitah, raja-raja Melayu telah menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula kampung baru pada tahun 1950 yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu.

Baginda yang dalam keadaan sebak semasa menyentuh perkara itu ketika menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) di sini hari ini bertitah, teguran tersebut dizahirkan dalam Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950.

Titah baginda, penempatan semula melalui Rancangan Briggs yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney itu telah menimbulkan rasa kurang senang raja-raja Melayu.

Raja Nazrin bertitah, Rancangan Briggs memberi nikmat kepada 400,000 penduduk setinggan Cina di pinggir hutan berpindah ke kampung baru yang dilengkapkan dengan jalan, bekalan elektrik, air paip, kemudahan sekolah dan kesihatan serta turut dibantu mendapat pelbagai peluang pekerjaan dan kemudahan perniagaan.

Rancangan penempatan tersebut, titah baginda, dilaksanakan ketika masih begitu ramai keluarga Melayu yang tidak memiliki tanah dan dari segi lokasi geografi, kampung baru itu lebih hampir dengan bandar berbanding kawasan pembangunan Felda.

Raja Nazrin bertitah, kemudahan-kemudahan infrastruktur dan sosial yang disediakan di kampung baru juga jauh lebih baik daripada apa yang terdapat di kampung tradisi Melayu.

“Rancangan Briggs sebenarnya menimbulkan rasa kurang senang raja-raja Melayu. Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950, menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu.

“Raja-raja Melayu malah pernah menzahirkan kebimbangan terhadap pelantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya di Tanah Melayu pada tahun 1948 berasaskan kepada kebimbangan Duli-duli Tuanku itu terhadap apa yang dilakukan oleh Gurney ketika bertugas sebagai Setiausaha Negara di Palestin terhadap penduduk Arab,” titah baginda.

Raja Nazrin bertitah, peneroka tanah rancangan Felda hanya berpeluang melalui penghidupan di perkampungan moden 11 tahun selepas dinikmati oleh penduduk-penduduk kampung baru yang dibangunkan melalui Rancangan Briggs itu.

“Bayangkan betapa nasib lebih 112,000 keluarga desa berkemungkinan berada di dalam kategori miskin tegar sekiranya Felda tidak pernah wujud di negara ini,” titah baginda.

Raja Nazrin bertitah, rancangan pembukaan tanah melalui Felda adalah contoh ketara kejayaan gemilang program fardu kifayah yang bukan sahaja berjaya mengatasi masalah kemiskinan bagi ribuan keluarga Islam malah turut membawa mereka menerokai kejayaan yang lebih luas dan besar.

Titah baginda, kejayaan sesuatu idea begitu juga kejayaan sesuatu dasar bergantung pada kejayaan melepasi ujian di peringkat pelaksanaan.

Menurut baginda, Tabung Haji dan Felda bermula daripada satu idea, digubal dasar untuk memberikan roh kepada idea itu lalu ditubuhkan institusi bagi memberikan kerangka dan diterjemahkan kepada projek serta diuji pada peringkat pelaksanaan.

Cerita sebelumnya :

Kerajaan DAP (Komunis) Perak telah berusaha sedaya upaya agar orang Melayu ditindas, dan terus ditindas sehingga mereka tidak mampu untuk berdiri lagi. Kezaliman mereka tidak dapat dibendung lagi. Sedikit demi sedikit mereka makan harta orang-orang Melayu dan Sultan. Inilah tindak tanduk Komunis Moden yang menggunakan boneka Melayu nya yang kononnya "Islam" dan "Islamik".

Sementara orang-orang PAS yang kurang cerdik dalam hal pentadbiran, masih lagi bangga dengan Menteri Besar Boneka mereka. Mereka memang mahukan tanah-tanah mereka dijual kepada Cina Komunis ini supaya mereka boleh dapat duit dan duduk senang lenang goyang kaki sambil hisap rokok dan melepak di kedai kopi tanpa mereka sedari orang Melayu semakin lemah dan melemah.

Lihat sahaja status tanah pajakan yang ditukar kepada status KEKAL kepada penduduk Kampung Baru Kuala Rui di Gerik. Dan tindakan itu akan menyusul di semua Kampung Baru di seluruh negeri. Secara ringkas nya, penduduk di Kpg Baru ini adalah penyokong Komunis, dan rancangan British untuk menempatkan mereka di Kpg Baru supaya perhubungan dengan Komunis terputus.

Tetapi lihatlah betapa hebatnya Menteri Besar Boneka yang tak bijak itu walaupun ada IR. Secara tidak langsung mereka bersubahat dengan komunis-komunis itu.

Bukan saja perihal tanah, TADIKA KEMAS yang banyak berjasa kepada orang Melayu tidak kira UMNO atau PAS juga menjadi mangsa. PAS sendiri pun tak sanggup hantar anak ke TASKI kerana mereka tahu TADIKA KEMAS UMNO lebih bagus pengajaran dan pembelajarannya. Itulah sifat jelek orang PAS yang tak tahu malu. Kutuk UMNO bergantang-gantang tetapi kalau ada kemudahan disapu lebih awal dulu daripada orang UMNO.

Maka dengan ini, kalau anda ingin merujuk kepada kerajaan negeri Perak, jangan rujuk sebagai Kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi KERAJAAN DAP KOMUNIS PERAK kerana yang memerintah bukan PAS atau PKR, tetapi hanya DAP sendirian.

Siapa penduduk kampung baru ini?

Mereka ini adalah Cina bekas-bekas ahli Parti Komunis Malaya yang membuat huru-hara di Tanah Melayu selePAS pengunduran Jepun. Mereka ini telah diberi pengampunan dan mendiami kebanyakan kampung baru di Perak. Ngeh Koo Ham iaitu Exco Kanan Kerajaan Perak ini adalah ketua kepada kampung baru ini. Dia inilah yang membawa usul pemberian tanah kekal dan mengunakan bonekanya Nizar, MB Perak untuk mengukuh hajatnya.

Apakah dengan menyerahkan tanah Negeri (Perak) oleh rakan se'KUTU' PAS oleh MB Nizar perlu terlalu dibanggakan oleh Nik Aziz? Di mana keadilan yang dicanang oleh pemimpin Pakatan Rakyat andai semua ini jelas DAP dan Cina semakin berani meramPAS hak-hak Melayu dan mereka akan sedaya upaya mendapatkan pemilikan tanah dimana-mana negeri dibawah PR dan dengan mudah mempertikaikan hal ehwal Islam?

Orang Melayu Negeri Perak perlu desak MB Nizar Letak Jawatan ?

Menteri Besar Perak, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin perlu meletak jawatan kerana tindakannya memberi hak milik tanah kepada penduduk kampung baru.

Beliau didesak oleh bangsa Melayunya sendiri supaya meletak jawatan kerana :
1. Beliau tidak menghormati dan membelakangkan teguran raja-raja Melayu.

2. Beliau sepatutnya menjadi 'dahan' kekuatan orang Melayu seperti yang diharapkan, bukannya 'menggadaikan' maruah yang ada demi kepentingan politik semata-mata.

3. Beliau dilihat tidak langsung berusaha untuk melindungi hak-hak orang Melayu.

4. Beliau perlu ingat siapa yang melantik beliau menjadi Menteri Besar.

5. Beliau telah mengguris hati dan perasaan raja-raja Melayu.

6. Beliau mencuri hak tanah kepunyaan Melayu dan diserahkan kepada bangsa lain. Tanah hak Melayu itu perlu dipulangkan secara terhormat bagi menghormati hak kaum Melayu yang telah dirampas.

7. Beliau seorang pemimpin yang buta sejarah. Beliau sepatutnya mengkaji dulu sejarah bagaimana asal usul kampung baru, bukan tergesa-gesa membuat perubahan yang akhirnya menguris perasaan orang Melayu sendiri.

8. Beliau tidak sedar bahawa pemberian tanah itu tidak nampak sangat kesannya tetapi 10 atau 20 tahun lagi, bila sedar, semuanya sudah terlambat.

9. Beliau sepatutnya memberikan hak milik tanah tersebut kepada para pejuang kemerdekaan dan anggota keselamatan yang telah mempertaruhkan nyawa mempertahankan negara daripada ancaman komunis. Jika anggota keselamatan terbabit telah meninggal dunia, keluarga mereka perlu diberi pengiktirafan melalui pemberian tanah itu.

10. Beliau tidak bijak berpolitik dan tindakannya merugikan bangsa Melayu sekiranya hak golongan bumiputera terus dipinggirkan.

Peguam Negara perlu mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan negeri Perak kerana melanggar peruntukan Kanun Tanah Negara (KTN). Tindakan tersebut perlu disegerakan kerana ia bercanggah dengan keputusan Majlis Tanah Negara (MTN) yang mana Menteri Besar Perak turut menjadi ahlinya. kerajaan negeri sebenarnya tidak mempunyai kuasa melainkan ada sebab-sebab istimewa yang amat jelas.

Daulat Tuanku.

Taminsari, UM, Warisan Pahang