,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 31 December 2012

BUMI DI PIJAK MILIK ORANG 11


Skandal Tanah & Balak Bakal Ulangi Sejarah 1978 Di Kelantan



48 tahun dulu yakni sekitar tahun 1964, Kerajaan Pas Kelantan tika itu pernah menyerahkan tanah hutan balak yang luasnya melebihi 300 000 ekar di Gua Musang kepada sebuah syarikat Timber & Mine Industrial Corporation milik tauke Cina dari Singapura kononnya untuk tujuan pembangunan.

Namun rakyat bukannya buta kayu untuk melihat hakikat sebenar pajakan tanah selama lebih 30 tahun itu tujuan utamanya tak lain dan tak bukan ialah untuk kegiatan pembalakan kayu kayan.
Rentetan daripada itu, timbul riak-riak kemarahan rakyat terhadap Kerajaan Pas Kelantan namun untuk beberapa ketika suara protes rakyat dapat dibendung dan dikekang daripada merebak lebih luas.

Bagaimanapun apabila berlaku krisis kepimpinan Pas di negeri itu yang turut membabitkan isu pemberian tanah dan kawasan balak untuk kepentingan kroni, akhirnya rakyat bangkit secara besar-besaran mengakibatkan Pas jatuh terduduk di Kelantan pada 1978.
Kini, di era milenium selepas Pas memerintah Kelantan selama 22 tahun timbul lagi isu yang mirip seperti dulu.

Tika ini tanah seluas 10,526 ekar ataupun bersamaan 4,259.9 hektar di Gua Musang telahpun dipindah milik kepada syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd melalui pajakan selama sekitar 50 tahun.
Syarikat itu asalnya milik individu lain tapi kini menjadi milik pemimpin Cina DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Min. Dengan demikian, kedua-dua pemimpin yang mempunyai hubungan kekeluargaan itu berkuasa penuh ke atas tanah tersebut selama beberapa dekad seterusnya menikmati hasil bumi Kelantan sepuas-puasnya.

Gayanya saling tak tumpah seperti Kerajaan Pas Kelantan pimpinan Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat secara sedar atau sebaliknya telah mengulangi skandal lama di mana tanah-tanah di Selatan Kelantan pernah jatuh ke tangan syarikat milik Cina Singapura dulu.
Dengan kata lain, Pas seperti sengaja menempah bala kemarahan rakyat yang tentu sahaja ia bakal diterjemahkan kepada kekalahan besar Pas di Kelantan pada PRU 13 kelak, mengulangi kembali kejatuhan Pas pada 1978 dulu.

Dengan kata lain, Pas seperti sengaja menempah bala kemarahan rakyat yang tentu sahaja ia bakal diterjemahkan kepada kekalahan besar Pas di Kelantan pada PRU 13 kelak, mengulangi kembali kejatuhan Pas pada 1978 dulu.

Menariknya lagi tanah seluas 10,526 ekar ini juga dipercayai merupakan sebahagian kecil dari projek Ladang Rakyat yang meliputi keluasan melebihi 80,000 ekar tanah yang kesemuanya terletak di Selatan Kelantan.
Ladang Rakyat atau lebih tepat lagi digelar sebagai Ladang Air Mata Rakyat oleh penduduk Kelantan khususnya di Selatan negeri ini, diwujudkan konon untuk membangunkan ekonomi rakyat. Hakikatnya, hanya segelintir yang mendapat manfaat khususnya ahli dan penyokong Pas yang rapat dengan kepimpinan negeri.

Hasil bumi yang bernilai beratus juta ringgit lebih banyak mengalir kepada para kroni dan syarikat milik cina DAP dan Cina Singapura. Malang sekali rakyat negeri hanya mampu terlopong menangis mengenangkan nasib diri dikhianati Kerajaan Negeri yang hanya pandai menabur janji dicapati.
Rakyat marhaen yang berpuluh tanah meneroka tanah untuk mencari sesuap nasi sehingga sekarang gagal memiliki walau seekar tanah pun, namun pemimpin Cina DAP yang pernah menabur jasa menyokong perlantikan MB Pas bagi negeri Perak selepas PRU 2008 pula tersengih gembira menikmati laba keuntungan.

Jika langkah memberi tanah dan kawasan konsesi balak ini dilakukan oleh Kerajaan BN nescaya bergentayanganlah suara-suara bantahan dari pemimpin Pas dan sekutunya mempertikaikan kenapa tanah negeri yang diamanahkan oleh rakyat kini menjadi milik kroni BN, betul tak?
Namun bila ia dilakukan oleh Pas sendiri dan melibatkan pula kroni sekutunya dalam PR, lain pula halnya.
Orang ramai sibuk mempertikaikan kenapa tanah tersebut dibiarkan menjadi milik pemimpin Cina DAP Perak, tapi dipusingnya cerita bahawa penganugerahan tanah tersebut bukannya satu rahsia dan tujuannya pula konon untuk pembangunan. Spin mengalahkan pusingan gasing.

Dulu dan sekarang sama sahaja, tabiat Pas tidak pernah berubah dengan sikapnya yang gemar menggadaikan tanah pusaka dan harta rakyat dengan menganugerahkan tanah balak dan pajakan hak milik selama berpuluh tahun kepada orang luar dengan berselindung disebalik alasan pembangunan.
Pas dan skandal tanah hutan balak berpisah tiada, kerana kemahiran Pas dalam urus tadbir negeri hanyalah dalam bab pembalakan sahaja untuk mendapatkan sedikit hasil bagi kantung Kerajaan Negeri dan selebihnya hasil yang lebih besar untuk mengenyangkan perut kroni dan diri sendiri.
Lain-lain idea untuk kemajuan rakyat langsung zero, tak tercapai dek akal fikiran pemimpin Pas.
Usahlah pemimpin Pas terus berangan-angan untuk terus mendapat mandat di Kelantan pada PRU akan datang. 22 tahun Pas memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang ini lebih banyak hasil bumi dan kekayaan negeri mengalir ke tangan yang lain berbanding manfaat untuk anak pribumi sendiri.
Suka atau tidak, PRU 13 ini majoriti besar rakyat negeri Kelantan nekad sepenuh hati untuk mengajar Pas erti keperitan dengan menghadiahkan bala kekalahan besar kepada parti hipokrit dan paling munafik itu nanti.

Sejarah kejatuhan Pas di Kelantan pada 1978 pasti berulang kembali. Dek kerana tanah dan balak Pas semakin lupa diri, kerana skandal tanah dan balak juga Pas akan menyembah bumi.

Dr Muslim Umar


Tanah orang Asli tergadai kerana ladang rakyat?

Dulunya, hutan sekeliling kampung adalah tempat Anjung a/l Singang memburu landak, memungut buah perah dan petai mahupun menangkap ikan kelah di anak sungai yang jernih airnya.

Hutan itu, yang ibarat syurga bagi Anjung, 40, dan lebih 40 penduduk kampung Orang Asli suku Temiar di Pos Hendrope, kini menanti musnah dek angkara pembangunan yang dilakukan atas nama Ladang Rakyat.

orang asli church to be demolished in kelantan 170910 present bamboo church"Mereka (kerajaan PAS Kelantan) kata nak buat ladang rakyat sebab nak bantu Orang Asli dan bagi RM200 sebulan, tetapi bukan semua kita yang terlibat, hanya seorang dua yang terpilih, yang lain semua orang luar.

"Begitukah mahu bantu rakyat, tanah kami tergadai, kawasan kami diceroboh akhir sekali kebajikan kami terabai," katanya kepada Bernama.

Katanya selama ini mereka amat dahagakan pembangunan dan selalu mengharapkan kerajaan PAS Kelantan turun padang untuk meninjau sendiri permasalahan mereka dengan lebih dekat.

Namun ia hanya tinggal harapan kerana pemimpin yang dipilih tidak pernah menjenguk muka, jauh sekali mengambil berat tentang permasalahan yang mereka hadapi ekoran pencerobohan hutan di kawasan tanah warisan mereka.

orang asli church to be demolished in kelantan 170910 new church under construction 01"Sudahlah tanah kami diceroboh, kebajikan kami juga tidak dijaga. Bekalan air dan elektrik yang kami dapatkan sekarang pun semuanya sebab bantuan kerajaan Pusat," katanya.

Bagi Kamal a/l Alek, 25, dari Pos Balar pula, perit sekali baginya membayangkan tiada lagi rimbunan buluh dan sumber hutan lain akibat berleluasanya kegiatan pembalakan di kawasan Lojing.      

"Habis bukit-bukit diratakan, pokok-pokok hijau ditebang diganti dengan ladang kelapa sawit. Pokok-pokok buluh yang tumbuh meliar pun dipotong.

"Kalau habis pokok buluh selepas ini, kami nak (tarian) sewang pakai apa? Takkan nak guna kelapa sawit untuk buat sewang," katanya.

Menurutnya sejak ladang rakyat diperkenalkan, banyak tanah adat, tanah tradisi dan tanah kubur diteroka dengan rakus oleh "orang luar" bagi tujuan pembalakan dan ladang rakyat.

orang asli slideshow logging"Apabila kami tanya kenapa tanah kami diceroboh, pembalak bagi tahu mereka dah membelinya daripada kerajaan negeri. Habis...hak kami yang selama ini yang berpuluh tahun duduk di situ mana?

"Jadi kami berharap sangat kerajaan BN dapat membantu memperjuangkan hak Orang Asli daripada terus teraniaya," katanya semasa lawatan Pengarah Jentera Pilihan Raya BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Galas Tengku Razaleigh Hamzah di Pos Balar baru-baru ini.

Katanya kebanyakan pekerja ladang rakyat terdiri daripada rakyat asing dan ini sekaligus menutup peluang pekerjaan kepada Orang Asli terutama kalangan belia.

Sementara itu, bagi penghulu Pos Balar Long Busu, 80, sudah sampai masanya  penerokaan hutan secara berluasa itu dihentikan segera oleh kerajaan PAS Kelantan.

jahai orang asli 220807 housesMalah, katanya mereka wajar diberikan hak pemilikan tanah untuk mengekalkan tanah warisan serta tanah adat mereka sekaligus membolehkan mereka mewariskannya kepada generasi akan datang.

"Kita duduk di sini telah lama sejak zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman lagi. Selama ini aman...nak cari buah hutan pun senang untuk makan.

"Tetapi keadaan sekarang sudah jauh berbeza. Kalau berterusan tanah kami diganggu, lebih baik kami masuk hutan terus, anak-anak tidak payah sekolah, kami pun tidak payah undi sesiapa," katanya.

Pilihan raya kerusi Dewan Undangan Negeri Galas Khamis ini menyaksikan pertandingan antara calon BN Abdul Aziz Yusoff dan Dr Zulkefli Mohamed dari PAS. Kawasan pilihan raya itu mempunyai 1,889 pengundi Orang Asli iaitu di Pos Balar, Pos Hendrop, Pos Bihai, Pos Hau dan Pos Brooke.     Nov 1 2010 - Bernama

amukanmelayu - kerana MENGENEPIKAN pesanan RASULLULLAH dan peringatan ALLAH membuatkan Islamelayu begitu mudah di tipu KAFIRUN DAP apabila kepintaran BERNIAGA dan POLITIK di gabung menjadikan DAP TAIKO dan mudah menipulet keadaan dan mengambil peluang yang ada.