,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 12 December 2012

KERANA GILAKAN KUASA HATI KITA MENJADI KECIL

DAP Tidak Takut Pemimpin PAS - Kit Siang

DAP Tidak Takut Pemimpin PAS – Kit Siang

KUALA LUMPUR – Parti DAP tidak takut kepada pemimpin PAS, kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Beliau mendakwa, adalah satu penipuan apabila ada pihak mendakwa pemimpin DAP takutkan pemimpin PAS.
“Satu penipuan juga bahawa pemimpin PAS takutkan pemimpin DAP.
“Pakatan pembangkang akan menjadi perikatan sama rata dengan tiada parti politik mengamalkan dominasi kuasa politik,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Kit Siang mendakwa, hubungan parti dalam pakatan pembangkang adalah sama dan setara kerana saling menghormati pandangan dan perbezaan.
Justeru, dakwa beliau, Kongres DAP Ke-16 di Pulau Pinang pada hujung minggu ini akan menghantar mesej yang jelas kepada orang ramai mengenai perkar itu.


Hadi Awang bisu,DAP terus menerus tolak Hudud PAS..

Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan secara terbuka pendirian parti itu mengenai isu pengasingan gender, dan bukannya menyerahkan perkara itu kepada Exco Kelantan. Karpal, yang merupakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, sikap berdiam diri exco Kelantan dalam mengkaji semula peraturan mengenai pengasingan gender yang melarang wanita bukan Islam memotong rambut lelaki bukan Islam, dan sebaliknya di salon di Kota Bharu tidak menunjukkan kerajaan yang bertanggungjawab.

 "Pemimpin-pemimpin Pas perlu sedar bahawa sikap membisu bukan jalan penyelesaian dan ia hanya memburukkan keadaan. Peraturan itu perlu dihapuskan dengan segera," katanya dalam kenyataan di sini semalam. Karpal berkata, kenyataan mengenai penguatkuasaan pengasingan gender oleh Majlis Perbandaran Kota Baharu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan. "Bagi beliau (Takiyuddin) peraturan itu bukan satu isu dan beliau berkata undang-undang itu dikuat kuasa sejak 1991 selaras dengan slogan kerajaan Pas Kelantan 'Membangun Bersama Islam' yang merangkumi orang Islam dan bukan Islam, dan pada 1999 syarat yang lebih ketat dikenakan oleh Majlis," katanya.

 Karpal berkata, kenyataan itu pastinya menimbulkan kebimbangan di kalangan bukan Islam bahawa cubaan sedang dibuat untuk melaksanakan undang-undang Islam terhadap bukan Islam yang akhirnya bermakna pengenalan hudud kepada bukan Islam. "Rasional dalam melaksanakan undang-undang itu kepada bukan Islam ialah seperti diakui Takiyuddin, sejajar dengan slogan membangun bersama Islam yang bermakna melibatkan pengenalan nilai-nilai Islam terhadap bukan Islam," katanya. Beliau berkata, Pas perlu mengambil tindakan segera mengenai isu itu memandangkan pilihan raya umum semakin hampir. - Bernama

Akhirnya Jadi Begini............

Kelantan tangguh kuat kuasa syarat lesen salun rambut
Wartawan Sinar Harian
12 Disember 2012
Takiyuddin Hasan
Datuk Takiyuddin Hasan
 
KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan memutuskan untuk menangguhkan penguatkusaan syarat-syarat lesen salun rambut bukan Islam yang beroperasi di bawah penyeliaan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hasan pada sidang media selepas mesyuarat Exco sebentar tadi.

"Semua penguatkuasaan ditangguhkan sementara satu kajian dan penilaian dibuat," katanya.

Menyentuh mengenai isu tangkapan terhadap terhadap dua remaja Cina di negeri ini, Takiyuddin berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Star yang didakwa membuat laporan secara tidak profesional.

 amukanmelayu - kalau tiada kekuatan....jangan jadi PEMIMPIN Islam.....nanti rosak tergadailah Ugamabangsa.