,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 19 December 2012

ISLAMELAYU HINA ISLAMELAYU DARI KEM DAP.


Naib Pengerusi DAP Kata, Kakitangan Awam Melayu Punca Rasuah Di Malaysia!

Naib Pengerusi DAP Kebangsaan yang baru, Dr. Ariffin S.M. Omar menyatakan bahawa kadar rasuah di negara ini berpunca daripada pemonopolian Melayu dalam Sektor Awam. Dengan kata lain, Ariffin meletakkan kesalahan kepada kakitangan awam yang majoritinya berbangsa Melayu dan beragama Islam sebagai punca kepada amalan rasuah di Malaysia.

Sungguhpun Ariffin adalah orang Melayu, tetapi lidahnya adalah lidah Cina DAP. Maka tidak hairanlah kenyataan chauvinist tersebut dibuat. Ariffin sekadar membaca skrip para pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng, Lim Kit Siang mahupun Tony Pua. Kalau Lim Guan Eng, Lim Kit Siang atau Tony Pua yang bercakap dengan nada itu, sudah pastilah DAP akan terlihat jelas sebagai sebuah parti chauvinist yang amat bencikan Melayu tetapi apabila Ariffin yang mengeluarkan kenyataan tersebut, maka DAP mengharapkan persepsi orang Melayu terhadap DAP dapat diperbetulkan.

Dengan kata lain, Ariffin sebenarnya telah diarahkan mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai suara hati nurani para pemimpin DAP yang sebelum ini telah menyekat mana-mana Melayu di dalam DAP untuk menjawat sebarang jawatan secara terpilih, bukannya lantikan.
Sebelum ini Tony Pua telah pun menyatakan bahawa sekiranya DAP diberikan kuasa dan memerintah Malaysia, perkara pertama yang akan mereka lakukan ialah mengurangkan 75% kakitangan awam. Kakitangan awam disifatkan sebagai satu pembaziran oleh DAP. DAP melihat kakitangan awam juga sebagai deposit tetap undi kepada UMNO dan Barisan Nasional sedangkan hakikat yang amat diketahui sekarang, kebanyakan kakitangan awam adalah penyokong Pakatan Rakyat yang cukup tegar, sehinggakan banyak dasar serta polisi kerajaan telah mereka sabotaj semata-mata untuk memberi gambaran bahawa Kerajaan UMNO-BN adalah sebuah kerajaan yang zalim dan tidak menunaikan janji.

Beberapa minggu lepas juga, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar Ibrahim yang cukup popular dengan gesaannya agar orang Melayu dibenarkan MURTAD dari agama Islam dan menganut sebarang agama atas prinsip KEBEBASAN AGAMA, turut menyatakan secara berterus-terang bahawa sebaik-baik sahaja Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Malaysia, perkara utama yang akan dilakukan oleh PKR ialah mengurangkan jumlah anggota polis dan mengecilkan saiz PDRM.

Serangan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat terhadap agensi, jabatan serta perkhidmatan awam di negara ini, bukanlah perkara enteng. Bahkan Pakatan Rakyat telah menjadikannya sebagai salah satu perjuangan mutlak. Serangan demi serangan ditujukan ke arah sektor awam dengan alasan-alasan seperti penyalahgunaan, penyelewengan, rasuah dan kroni seolah-olah telah menjadi darah daging setiap orang yang berada dalam Pakatan Rakyat. Dan menariknya juga, serangan tidak hanya untuk sektor awam, bahkan ke peringkat tertinggi iaitu Institusi Kesultanan Melayu Malaysia.

Justeru, apa yang disuarakan oleh Naib Pengerusi Kebangsaan DAP itu sebenarnya tidak lain dan tidak bukan merupakan manifestasi daripada menjadikan Malaysia sebagai SEBUAH NEGARA REPUBLIK di mana penguasaannya adalah bersandarkan kepada golongan mana yang menguasai ekonomi sekarang ini.
Dan disebabkan itu jugalah, selagi boleh DAP cuba meruntuhkan sektor ekonomi atau mana-mana penguasa ekonomi dari kalangan Melayu-Bumiputera sepertimana yang mereka lakukan terhadap Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Agak malang kerana masih ramai Melayu yang tidak dapat melihat apa yang sedang dilakukan oleh DAP untuk Melayu-Bumiputera di negara ini. Ariffin S.M. Omar sendiri telah membuktikan bagaimana murahnya harga dirinya apabila dengan jawatan SENATOR dan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, dia boleh menjadi anjing yang menjilat Guan  Eng dengan semahu-mahunya!

amukanmelayu - Othman Wok edisi Malaysia kini menjelma.....