Adakah Anwar Bapa Pluralisme: Habibie Sudah Mengaku.

Persahabatan dan 
kesefahaman di antara Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan bekas 
Presiden Indonesia, BJ Habibie, bukanlah satu rahsia di mana kedua bekas
 pemimpin kerajaan itu sealiran dalam banyak perkara.
Ketika Habibie menjadi Presiden 
Indonesia, dia telah menjadi dalang utama yang sengaja tunduk di atas 
desakan pihak Barat yang mahu negara jiran itu “membebaskan” Timor Timur
 untuk keluar dan menjadi sebuah negara baru.
Habibie yang ketika itu sangat rapat 
dengan kuasa-kuasa Barat telah bersetuju dan tindakan tersebut telah 
menyebabkan rakyat Indonesia melihatnya sebagai seorang pengkhianat 
negara sekaligus menyumbang kepada kejatuhan kuasa politiknya sebagai 
Presiden repulik berkenaan.
Sinonimnya dengan Anwar, desas-desus 
sedang bertebaran di Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang bahawa terdapat 
ura-ura bahawa Ketua Pembangkang itu akan mengikut jejak langkah bekas 
Presiden Indonesia itu.
Dikhabarkan bahawa sekiranya Pakatan 
Haram menjajah Putrayajaya dan Anwar ditabal menjadi Perdana Menteri, 
negeri Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang akan dipertimbangkan untuk keluar
 dari Malaysia menjadi negara asing.
Pun begitu, desas-desus itu masih lagi 
belum dapat dipastikan kebenarannya dan ramai yang berpendapat bahawa ia
 hanyalah omongan kosong Anwar untuk “menggula-gulakan” rakyat 
negeri-negeri itu untuk mengundinya.
Lagipun, Anwar memang terkenal dengan 
janji-janji manis beracun, dan segala janji tersebut langsung tidak 
boleh dipercayai, bukan?
Baru-baru ini juga, Habibie menegaskan 
kepada media-media di negara jiran bahawa fahaman pluralisme merupakan 
satu faktor utama yang menyumbang kepada perpaduan di kalangan rakyat.
Sebenarnya, kenyataan tersebut bukanlah 
satu kejutan memandangkan pendapat bekas Presiden negara jiran itu 
sangat senada dengan pendirian Anwar Ibrahim yang merupakan “bapa 
pluralisme” di Malaysia.
Pada Habibie dan Anwar, semua agama di 
dunia ini, termasuk Islam, adalah sama dan tidak ada yang perlu diberi 
keistimewaan atau keutamaan oleh pihak kerajaan. Dan disebabkan itulah 
juga maka mereka berdua sangat menyokong penubuhan InterFaith Commision 
(IFC).
Dengan wujudnya IFC di negara ini, maka fahaman pluralisme boleh tumbuh subur di sini di mana Islam akan hilang keistimewaannya.
Apabila itu terjadi, Islam yang diberikan
 keistimewaan eksklusif di dalam perlembagaan akan hilang keistimewaan 
tersebut dan negara ini dijangka tidak akan lagi mengutamakan 
kepentingan Islam sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaan.
Persoalannya, mahukah kita melihat semua itu berlaku di negara Islam ini?
Namun begitu, saya melihat Habibie lebih 
berani untuk mengutarakan pendiriannya di khalayak umum. Habibie 
sekurang-kurangnya tidak hipokrit dan tidak berlakon apabila menyatakan 
sokongannya terhadap fahaman pluralisme.
Berbanding Anwar, Ketua Umum PKR itu 
dilihat bacul dan “pondan” kerana tidak berani menyuarakan pendiriannya 
meskipun satu negara tahu betapa Anwar begitu serius menyebarkan fahaman
 songsang itu di Malaysia.
Yang merisaukan saya, Habibie pernah 
menjadi Presiden dan dia terbukti merugikan negara serta benar-benar 
menghina kepentingan Islam di rantau Asia Tenggara ini.
Dan sekiranya Anwar berpeluang untuk 
menjadi Perdana Menteri Malaysia nanti, apakah kita akan kehilangan 
Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang?
Dan apakah kita rela fahaman pluralisme menular dan tersebar secara meluas sehingga mencemar aqidah umat Islam di negara ini?
Saya percaya, itulah yang akan berlaku 
sekiranya kita membiarkan Anwar berkuasa di Malaysia dan apakah kita 
hanya akan membiarkan saja perkara ini berlaku? Nauzubillahi min zalik…
APA SEBENARNYA YANG DI KEHENDAKI BAKAL PRESIDENT MALAYSIA INI? 
  | 
    Tuesday, December 18, 2012
Berpuluh-puluh ahli Parlimen Britain menandatangani satu surat terbuka yang disiarkan semalam bagi menentang hasrat kerajaan memperkenalkan perkahwinan sama jenis.
Mereka yang terdiri daripada ahli Dewan Rendah dan Dewan Tinggi Britain menandatangani surat itu kepada akhbar The Daily Telegraph dengan memberikan amaran kepada kementerian terlibat bahawa mereka tidak mempunyai mandat untuk `mentakrifkan semula’ maksud perkahwinan.
Tindakan kerajaan itu bagaimanapun menyaksikan `keretakan’ dalam Parti Konservatif yang diwakili Perdana Menteri, David Cameron apabila menyaksikan sebanyak 35 ahli Parlimen dari parti tersebut turut menandatangani surat terbuka berkenaan. - UTUSAN MALAYSIA, 18 Disember 2012

Ditengah masyarakat mengalami berbagai masalah sosial, LGBT tetap menjadi pilihan Anwar Ibrahim dalam mengketengahkan hak dan kebebasan golongan homoseksual.
Anwar Ibrahim tidak boleh menafikan beliau adalah simbol dan ikon golongan LGBT.
Bukan calang-calang pemimpin yang mampu memberi ceramah agama mahupun berkhutbah ini, dalam pada masa yang sama mendapat pujian dari golongan LGBT dari seluruh dunia.

Apa yang diperjuangkan Anwar Ibrahim juga adalah perjuangan Pakatan Rakyat kerana sehingga kini rakan parti DAP tidak pernah menolak isu LGBT yang diperjuangkan oleh Anwar.
Perjuangan murni Anwar dalam memartabatkan golongan LGBT juga merupakan sebahagian dari perjuangan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu yang beragama Islam seharusnya sudah mampu membuka mata seluas-luasnya apa yang cuba dibawa oleh Anwar Ibrahim ke dalam sistem sosial di Malaysia.

Masih banyak isu dan masalah sosial yang boleh diketengahkan oleh Anwar sebagai pemimpin pembangkang namun isu LBGT tetap menjadi pilihan utama perjuangan suci Anwar Ibrahim.
Anwar mungkin kecewa menerima berita kurang menyenangkan ini dari sahabat di Britain.
Apapun GWM ucapkan selamat maju jaya kepada Anwar Ibrahim selaku pejuang hak asasi golongan pedang lawan pedang ini dan karipap lawan karipap.
Anwar Ibrahim diminta jangan berputus asa, kuatkan semangat ...
amukanmelayu - adakah anda mahu anak anda MURTAD atau LELAKI KAWIN LELAKI dan WANITA-KAWIN WANITA?


