,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday 22 December 2012

POLITIK MELAYU - "GADAI" JORAN KERANA NAK BELI IKAN



Nik Aziz jelas isu tanah milik syarikat Ngeh
2:49PM Dis 21 2012
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini menjelaskan berhubung isu tanah ladang seluas 10,526 hektar kepada syarikat swasta yang mana kemudiannya dibeli pemimpin DAP Datuk Ngeh Ko Ham.

Tokoh PAS itu menafikan dakwaan pemimpin Umno bahawa tanah itu sebagai rasuah kepada Ngeh dan DAP sebagai pertukaran bagi membolehkan ADUN Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dilantik menteri besar selepas pilihan raya umum 2008.

NONEDalam kenyataan Setiausaha Akhabarnya Ahmad Fadhli Shaari yang disiarkan oleh portal berita Harakahdaily berkata, Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS itu mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang kerana menyifatkannya sebagai "satu fitnah besar".
Dakwaan itu mula dibangkitkan oleh blog pro-BN pisau.net yang mendakwa kerajaan negeri memberikan tanah seluas tanah 10,526 hektar di Gua Musang bernilai melebihi RM30 juta kepada syarikat milik Ngeh.

Blog itu mendakwa tanah itu sebahagian daripada perbincangan DAP dan PAS pada 2008 berhubung pelantikan menteri besar Perak selepas kedua-dua parti bersama PKR menguasai majoriti kerusi DUN di negeri itu.

DAP yang menguasai lebih kerusi berbanding PAS dan PKR, menolak pelantikan Nizar sebagai menteri besar tetapi kemudiannya mengubah fikiran dan menerima pelantikan pemimpin PAS itu.

Dakwaan itu, kemudiannya dikuatkan oleh pemimpin Umno Perak, termasuk ADUN Slim Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dan Exco kerajaan negeri Datuk Hamidah Osman, yang mengemukakan dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang menunjukkan syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd dimiliki Ngeh dan beliau pemegang saham terbesar dan pengarah syarikat itu.

NONEManakala seorang lagi pemimpin DAP, Nga Kor Ming - ADUN Pantai Remis dan ahli parlimen Taiping - juga merupakan salah seorang pengarahnya. Ngeh pula adalah ADUN Setiawan dan ahli parlimen Beruas.

Kedua-dua pemimpin DAP itu adalah sepupu dan dilaporkan menafikan dakwaan tersebut tetapi enggan mengesahkan mereka memiliki atau syarikat Upayapadu Plantation.

Sementara itu, dalam kenyataannya, Ahmad Fadhli berkata tanah yang terletak di Hutan Simpan Relai, Gua Musang diluluskan kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 13 September 2000 untuk menjana pendapatan YIK bagi menampung urusan pengajaran dan pembelajaran anak-anak di sekolah yayasan itu.

"Pada Disember 2000, Yayasan Islam Kelantan telah bersetuju menawarkan projek usahasama memajukan tanah ini kepada sebuah syarikat.

"Bagaimanapun syarikat tersebut ternyata tidak mampu untuk melaksanakan kerja-kerja memajukan tanah terbabit dan ini menyebabkan Mesyuarat Lembaga Yayasan Islam Kelantan pada 18 Ogos 2004 membuat keputusan agar tawaran projek ladang hutan ini ditarik balik dan dibatalkan," katanya.

NONEMenurutnya lagi, tawaran kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd pada masa itu dipengerusikan oleh Datuk Seri Wong Yeon Chai, dibuat melalui surat Yayasan Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005.

"Manakala perjanjian ditandatangani pada 3 Mei 2006, hampir dua tahun sebelum pilihan raya umum 2008. Ia merupakan usahasama projek melalui konsep pajakan dan perjanjian selama 50 tahun dengan diberikan leasehold dan bukannya hak milik.

"Ia juga menjana pendapatan YIK melalui kadar sewaan RM100 seekar setahun untuk kawasan getah klon dan RM150 seekar setahun untuk kawasan kelapa sawit.

"Pertukaran komposisi pengarah dan pegangan saham dalam Upayapadu Plantation Sdn Bhd telah dimaklumkan kepada Yayasan Islam Kelantan pada Mei 2012, di mana ekoran pertukaran tersebut, pihak syarikat dikehendaki membayar sumbangan kepada YIK sebanyak RM1.5 juta," katanya.

Ahmad Fadli juga menegaskan segala urusan perjanjian, pajakan dan transaksi dibuat dan dilaporkan di dalam mesyuarat sama ada Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan, Tender, Pembangunan dan Pelaburan YIK atau Mesyuarat Lembaga YIK.

"Ia dilakukan melalui prosedur yang sah dan tidak bertentangan dengan undang-undang," katanya.
[Baca berita penuh] 

amuaknmelayu - dengo kabonye, orang luo Kelantan dan bukan anak Kelantan tak boleh beli tanah di Kelantan kerana Syarat dan Undang-undangnya begitu.....tapi begeno Cina Perak ni boleh beli pulak, .... peninglah dengan plip plop ni.....

Kantoi ! Nge & Nga akhirnya mengaku dapat projek balak di Kelantan !

by Pejuang Bangsa
 




Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mengaku beliau dan sepupunya, Nga Kor Ming yang juga Setiausaha DAP negeri itu, melabur dalam syarikat Upaya Padu Sdn Bhd yang mendapat projek pembalakan di Kelantan.
ADUN Sitiawan dan Ahli Parlimen Beruas itu berkata, mereka menyertai perniagaan berkenaan selepas diajak oleh anak guam mereka untuk melabur.
“Kami adalah sebahagian daripada pelabur dan semua transaksi diketahui oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Saya sudah tulis surat kepada LHDN,” katanya pada sidang media di sini semalam.
Beliau mengulas dakwaan blog Pisau.net sebelum ini yang mendakwa mereka melalui Upaya Padu diberi tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang, Kelantan sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menjadi Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum 2008.
Kelmarin, EXCO Kanan Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman, berkata carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengesahkan Koo Ham dan Kor Ming adalah dua daripada enam ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan.
Ditanya mengenai pendedahan dokumen dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) bahawa beliau mengeluarkan jutaan ringgit untuk projek berkenaan, Koo Ham berkata:
“Ini dibuat sekumpulan pelabur, apa yang dia (Hamidah) ada hanya satu dokumen saja. Sebagai seorang peguam, saya tidak boleh beri (dedahkan) semua transaksi.”
Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis, enggan mengulas lanjut isu itu untuk melindungi anak guam mereka mengikut Akta Profesion Undang-undang 1956.
Koo Ham turut mengugut akan membuat laporan polis mengikut Seksyen 8A Akta Mesin Percetakan dan Seksyen 499 Kanun Keseksaan, selain saman sivil terhadap media yang memfitnah mereka berkaitan isu berkenaan.
Beliau juga mengedarkan kenyataan media Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari yang menjelaskan tanah berkenaan adalah milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan syarikat terbabit diberi pajakan selama 50 tahun.- ANTARA POS-

amukanmelayu - gadai joran kerana nak beli ikan.....semakin ketinggalan POLITIK Islamelayu di belakang Imegran Cina......