,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 24 December 2012

KRISTIAN SEBAGAI AGAMA RASMI SEMAKIN MENGHAMPIRI REALITI


 

Apa motif sebenarnya?

Guan Eng : Penganut Kristian Tidak Wajar Disekat Guna Kalimah Allah.

alt
KUALA LUMPUR 24 Dis. - DAP menyatakan pendirian bahawa Penganut Agama Kristian di Negara ini tidak sewajarnya disekat dari menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan kitab Bible edisi Bahasa Melayu.

Menurut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Kerajaan Pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) disaran mengkaji semula isu tersebut seterusnya membenarkan kalimah Allah dijadikan panduan kitab suci Agama Kristian tersebut.

“Selain membenarkan perkataan Allah seperti yang digunakan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan ribuan tahun di negara Timur Tengah, BN juga harus menghentikan taktik menakutkan pengundi Melayu dengan mendakwa negara Kristian akan tertubuh di negara ini.

“Penganut Kristian tidak pernah mahu menubuhkan sebuah negara Kristian di negara ini, malah penganut ini taat kepada Perlembagaan Negara dengan mengiktiraf Islam sebagai agama Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bersempena Sambutan Hari Natal pada 25 Disember ini.

Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu merujuk kepada keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memutuskan melarang kalimah Allah digunapakai Agama Kristian susulan ketidakpuasan hati masyarakat Islam di Negara ini.

Ianya dikuatkuasa KDN susulan kes melibatkan satu laporan yang dikeluarkan Akhbar The Herald sekitar tahun 2009 yang telah membangkitkan isu tersebut


Gereja tumbuh bagai cendawan selepas hujan!



Lihatlah carta jumlah gereja mengikut aliran dan negeri seperti di atas. Ini membuktikan ia bukan rahsia lagi bahawa Selangor memang mengungguli lain-lain negeri di semenanjung dalam isu murtad yang hangat diperkatakan. Ini baru yang berdaftar, yang haram melambak lagi kat luar tu!!!!

Ini jelas menunjukkan gerakan nak memurtadkan orang Islam ini makin rancak, disebaliknya kita umat Islam masih terus berbalah. Bila nak berhimpun dah beri macam-macam pendapat, tak bolehlah, tak sokonglah, ada aje alasan nak mengelak!

Jadi, isu DUMC sebenarnya hanya alat untuk mencabar Perlembagaan Negara yang dicabuli akibat campurtangan politik untuk mendapatkan undi pilihan raya.

Lebih malang, politik itu mencabar kedaulatan undang-undang dan perlembagaan negara. Ini bukan satu kebetulan tetapi perancangan. Siapa perancang dalam isu ini! Kita percaya dan ada bukti! Memang puak-puak kafir harbi yang main ‘tangan gelap’ di belakang. Malah baginda Sultan Selangor baru-baru inipun melahirkan rasa kekuatiran baginda dalam kes isu murtad di Selangor!

Umat Islam harus bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan daripada malapetaka besar ini. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua. Inilah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

Ada bukti organisasi murtadkan umat Islam?

Sebelum ini bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mendedahkan kewujudan sebuah organisasi di negeri itu yang melatih mubaligh secara profesional untuk memurtadkan umat Islam.

Menurut beliau, organisasi tersebut melatih mubaligh yang kaya dengan ideologi Barat bagi memesongkan akidah umat Islam dengan strategi yang licik termasuk menyertai solat berjemaah di masjid atau surau.

Hasan mendakwa, pihaknya menerima maklumat mengenai kegiatan mubaligh yang memakai jubah dan menunaikan solat bersama-sama umat Islam sebagai strategi mendekati mereka yang berpotensi digugat akidahnya.

"Organisasi ini membawa mubaligh yang dilatih secara profesional, berdaya juang tinggi dan mempunyai kekuatan mental dari negara Barat serta negara jiran untuk masuk ke dalam masyarakat Islam.

"Mereka menyusup masuk ke masjid-masjid dan bersama-sama mengerjakan solat berjemaah, ini strategi mereka untuk mendekati sebelum sedikit demi sedikit mempengaruhi pemikiran umat Islam," katanya.

Hasan berkata, sasaran utama organisasi tersebut ialah orang Islam miskin, kurang pengetahuan agama, mereka yang berhutang, orang yang rumah tangganya kucar-kacir, pasangan bercerai, golongan berfikiran liberal serta mereka yang tidak mengamalkan cara hidup Islam.

Malah, dakwa beliau, sejak penubuhan Unit Selamatkan Akidah (USA) di pejabatnya ketika beliau masih lagi sebagai seorang Exco agama, terdapat kira-kira 51 umat Islam yang didapati sudah menjalani proses pembaptisan dan minum 'air suci' dan kini sedang dibantu untuk mengembalikan semula akidah mereka.

"Ini menunjukkan bahawa ancaman terhadap akidah umat Islam adalah sesuatu yang benar," katanya sambil menyeru orang Islam untuk sama-sama bangkit memerangi kegiatan tersebut. Wallahuallam. Di petik dari Belantanblog.
amukanmelayu - Cina DAP sedang membuat persiapan menerima "Melayu yang akan di KRISTIANkan".........