,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday 9 December 2012

PAS - YANG DI KEJAR SEMAKIN JAUH, YANG DI KENDUNG BERCICIRAN




 

PRU ke 13 - PUTRAJAYA milik siapa?

N.Ajis kata usah mimpikan Putrajaya dalam mesyuarat tertutup



Di luar, PAS begitu gah berkata PAS akan ganti UMNO tapi dalam mesyuarat belakang tabir, lain pula ceritanya.

Dikalangan orang PAS di Kelantan, mereka sudah terima arahan untuk hanya pertahankan DUN Kelantan dan turun lebih ke bawah kerana mereka mula risau dengan gerakan BN untuk trun ke bawah.

Kata mereka, Nik Aziz telah keluarkan arahan ini dala satu mesyuarat tertutup ssuatu malam bersama hanya pemimpin-pemimpin dan wakil-wakil rakyat Kelantan di bangunan PUTIK di Pengkalan Chepa selepas akhirnya Muktamar PAS  pada November 19hb.

Dalam mesyuarat yang dihadiri oleh lebih kurang 21 orang pemimpin-pemimpin PAS Kelantan dan dipengerusikan Dato Nik Mohd Amar Nik Abdullah yang juga exco kanan kerajaa Kelantan,

Dalam ucapannya, Nik Amar menyeru pemimpin-pemimpin mengeteipkan kepentingan diri dan tumpukan kepada pilihanraya. Sebarang yang dibuat perlu diteruskan.

Suara yang cemas juga kedengaran dari Husam yang dalam ucapan mengatakan gelombang merah yang UMNO sedang serang di bawah dan pengundi PAS sudah turut terjejas.

Husam tidak mencadangkan apa-apa melainkan memainkan permainan propaganda untuk menarik Dato Mustapha dari Jeli untuk turun lawan di Bachok. Dengan cakap besar, husam kata PAs tak risau dengan Awang Adek tanding di Bachok.

Manakala Nik Aziz yang begitu jelas menyatakan terang-terang untuk tidak pedulikan kerusi Parlimen yang mana PAS tidak boleh mimpi untuk ke Putrajaya. Dia mahu tumpukan supaya Kelantan tidak jatuh balik ke UMNO.

Namun begitu, dia beritahu jangan beritahu ke bawah kerana ada parti komponen lain dan dirisaukan pelbagai tuduhan tdak beri kerjasama akan timbul. Dalam keadaan tertekan, Nik Aziz pula berangan-angan mahu sapu bersih kerusi-kerusi DUN Kelantan..

Menurut rancangan Nik Aziz, dia mahu kekalkan 4 kerusi di Pasir Puteh dan 4 kerusi di Kuala Krai.

Beliau arahkan tumpuan diberi kepada DUN Kok Lanas dan tentang habis-habisan Alwi Che Mat. Nampak sangat dia berdendam dengan kerana Alwi yang dedahkan dirinya dan isteri mendapat tanah ladang rakyat baru-baru ini.

Nik Aziz ada merungut mengenai Dato Ibrahim Ali yang dikatakanny aberpaling tadah darinya.

Dia turut memberitahu kemungkinan tidak akan ketengahkan Salahuddin Ayub dan dr Nasharuddin Md Isa sebagai calun di Kelantan. Nasha tidak ada jawatan maka tidak perlu capunkan dia semula di Bachok.

Bila ditanya, Nik Aziz pun hadapai masaalah juga dengan pencalunan Ustaz Mohd Hussin dan Dr Hatta Ramli.

Nik Aziz cadangkan dihenti dari mengikut rentak UMNO untuk gaduh dan bantah. Dia mahu rakyat nilai sendiri. Bolehkah mereka benarkan rakyat menilai sendiri kes royalti minyak yang sudah kalah di mahkamah hingga ke federal Court?

Muslimah PAS akan digerakkan untuk adakah usrah perbincangan dari rumah ke rumah. Beliau meminta lawatan dibuat dengan sekerap seminggu sekali.


CARTOON - Bahan kelakar yang menakutkan PAS

Dari antarapos.com

SELAMA: Semuanya gara-gara keputusan PAS Pusat.  Ghairah meletakkan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari yang baru empat bulan menyertai PAS sebagai calon bertanding Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) punca ahli akar umbi mula bertelagah.
Strategi PAS Negeri dan Pusat itu telah menimbulkan kekalutan baru selepas Yang Dipertua PAS Kawasan Larut, Dr Mohd Dhari Othman yang awalnya dipersetujui calon bertanding di kerusi DUN Selama, terpaksa digugurkan.
 
Calon baru di kerusi DUN Selama pula adalah Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri, Mohd Akmal Kamaruddin yang terpaksa memberi laluan kepada Fauzi membuatkan ahli akar umbi tidak senang duduk.
 
Semalam menjadi kemuncak bantahan apabila kira-kira 1,500 ahli PAS di enam cawangan utama dalam DUN Selama nekad tidak keluar mengundi pada PRU 13 rentetan pengguguran Mohd Dhari.
 
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua PAS Cawangan Sungai Bayor, Ahmad Zanian Md Shuhor berkata, PAS Negeri menerusi Pesuruhjayanya, Abu Bakar Hussain telah mengumumkan Mohd Akmal adalah calon PAS Dun Selama.
 
Menurutnya, pengumuman itu dibuat ketika perjumpaan beliau dengan PAS Kawasan Larut termasuk Majlis Tindakan Dun (MTD) Selama, cawangan-cawangan dan Unit Peti Undi (UPU) Selama.
 
“Dr Mohd Dhari sebelum ini telah diuar-uarkan dan dipersetujui akan menjadi calon PAS bagi DUN Selama.
 
“Manakala Mohd Akmal pula sepatutnya menjadi calon untuk Parlimen Larut. Pertukaran berlaku apabila PAS Pusat membawa masuk Datuk Mohd Fauzi Shaari yang baru empat bulan menyertai PAS diangkat sebagai calon Parlimen Larut,” katanya pada sidang media di Markas PAS Kampung Tapah, di sini, semalam.
 
Hadir sama, Setiausaha PAS Cawangan Kampung Tapah, Abdullah Man dan Timbalan Ketua Cawangan PAS Kampung Tapah, Mohd Yatim Judin.
 
Beliau berkata, semua ahli PAS di cawangan Kampung Tapah, Kampung Garok, Kampung Teluk Mas, Sungai Bayor, Kampung Air Kuning dan Redang Panjang kecewa dan membantah keputusan meletakkan Mohd Akmal sebagai calon bagi Dun Selama.
 
“Alasan tersebut turut disokong beberapa faktor yang menyebabkan kami di sini menolak beliau sebagai calon.
 
“Yang pertama, Mohd Akmal bukan anak tempatan Selama tetapi beliau berasal dan tinggal di Batu Kurau, manakala Mohd Dhari ialah anak jati tempatan Selama dan dilahirkan di Kampung Tapah.
 
“Malah, Mohd Dhari sememangnya telah sekian lama menjalankan kerja-kerja parti di kawasan Larut khususnya Dun Selama hingga beliau sangat dikenali semua peringkat umur masyarakat di sini,” katanya.
 
Ahmad Zanian berkata, selain itu, dari segi kewibawaan pula, Mohd Akmal masih muda dan belum cukup berpengalaman sedangkan Mohd Dhari begitu banyak pengalaman serta berpendidikan tinggi.
 
“Lebih mengecewakan apabila kini seperti wujud tindakan mengutamakan kroni kerana Mohd Akmal adalah menantu kepada Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” katanya.
 
Beliau berkata, penyingkiran Mohd Dhari sebagai calon adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.
 
“Hal ini kerana, menjadi kezaliman, penganiayaan dan penghinaan terhadap beliau yang telah sekian lama mengabdikan diri kepada perjuanganPas,” katanya.
 
Menurutnya, walaupun telah beberapa kali pihak Pas Cawangan, MTD Selama, dan Pas cawangan-cawangan membuat rayuan dan perundingan dengan Pas Pusat serta Negeri, namun suara di peringkat akar umbi langsung tidak didengari atau diambil kira oleh pihak atasan.
 
“Sebelum ini sebanyak dua kali rayuan dibuat dan terbaru pada 3 November lalu jam 2 petang satu perjumpaan pihak Jawatankuasa Harian dengan Ketua-Ketua Cawangan dan UPU dalam Dun Selama telah diadakan.
 
“Pada perjumpaan itu, satu undian telah dibuat dan Mohd Dhari telah mendapat 14 undian manakala Mohd Akmal hanya mendapat 9 undian.
 
“Daripada keputusan itu, jelas menunjukkan bahawa kami di sini tetap mahukan Dr Mohd Dhari sebagai calon atas banyak faktor yang sememangnya memberi keyakinan,” katanya.

amukanmelayu - takkala PERCANGGAHAN DALAM UGAMA semakin tidak terkawal dan menyesatkan.....perangai BURUK pun terdedah juga.....