Hari ni balik umah tadi jam 9.20 malam....tengok muka Ibu kelat jerrr, Kak Yang kata tu namanya muka cari gaduh. Rupanya gas habis Kak kita solat dulu, nanti kita pergi beli gas.Selesai solat berjemaah dengan Kak Yang...angkat tong kosong masuk dalam kereta. Aki terpandang paip air luar sedang menitik tutup tak rapat. Selang sepintu dari rumah Aki ada jiran memasang bendera entah tahun bila....Jalur Gemilang itu kelihatan lusuh. Rupanya dah 57 tahun MERDEKA. 2 tahun sudah Aki ke Banglades.....ramai sungguh mereka mencari rezeki di Malaysia. Sehinggakan Aki membeli kain di Dhaka ramainya yang nak membantu kerana Aki menghadapi masalah Bahasa dengan Pekedai ....tapi tersenyum lebar raayat tempatan yang juga membeli kain seperti Aki. "Abang....saya 3 taun juga sana Sri Kembangan duduk, sekarang sudah 2 taun kampung balik.......saya punya negeri tarak cantik...tp thank for my goverman, itu tong gas tara angkat sana tingkat 4 juga duduk"......
Indah sungguh Negeriku.....mengaku menjadi raayat Malaysia tapi berbahasa Melayu pun tidak keruan. Tak mengapalah, baiknya hati Melayu. Sri Kembangan baru di bina hanya kurang dari 10 tahun, lampu jalan sampai ke belakang dapor rumah Ah Kaw, sedangkan Kg. Chepor wujud sudah beribu tahun, sama tua dengan Perak Man, tp air masih di ambil dari Hulu Sungai tanpa di tapis. Merdeka. Rasullullah sampai akhir hayat memikirkan Umatnya, tp Pemimpin Melayu memikirkan apa agaknya.
Aki membetulkan serban dan berlalu pergi bersama Kak Yang. Satu kedai di buka tapi tiada "Tokey".... kedai Ngaderan tinggal tong kosong, kedai Taib telah ditutup, Mahakuasa Allah ada satu kedai di jalan tengan yang ada menjual gas. Dalam kepala Aki teringatkan ada satu kedai Bangla baru buka di Jalan Belakang. Balimk umah Isteri telah siapkan makan ala kadar dengan hangatkan lauk tengahari tadi dengan Microwave. Angkat tonggas daro kereta macam nak patah pinggang. Merdeka.
Lepas makan layan Film Khurafat.....hantu lagi. Aki merungut sendirian.....Aki nak tengok cerita manusia....biarlah film hantu, hantu yang tengok, film binatang binatang yang tengok. Mungkin kerana selalu tengok film hantu dan binatang maka banyak orang telah menjadi hantu dan Syaitan dan banyak juga yang menjadi binatang. Hampir semua watak juga tidak memperdulikan keserasian denga kita sebagai penganut Ugama suci Islam. Cuba perhatikan.....mata ada yang watak mati di ajar mengucap. Mungkin kerana ajar mengucap 2 minit belanja pembikinan film itu meningkat berpuluh ribu ringgit. Entah....Aki pun tak tahu, kerana Aki juga pelakon di dunia ini dan filmnya akan di tayangkan di akhirat kelak.