,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday, 20 February 2012

US pakai PAMPERS Busuk

Isnain 28 rabiul awal 1433, Terima Kasih kepada WSJ dan juga terima kasih kepada Bung Nuar.....Ini jelas mezahirkan apa yang tersirat di hatinya. Sudah lama di perkatakan "Ada Penyuluh" di dalam kita....tapi siapa.....dah lama telunjuk menuding kearahnya, tapi apa buktinya? Hanya kerana memimpin NGO yang dinamakan "Yayasan Masa Hadapan" denga puluhan juta ada di dalam akaunnya....ini semua boleh di cipta dan di reka dan ini juga pelengkap kepada sebahagian dari FITNAH zaman moden.

Tapi dengan apa yang telah di siarkan dalam WSJ....ia dengan sendirinya menunjukkan pada kita apa yang di perkatakan selama ini adalah benar atau sememangnya dengan sengaja dasar "Pakai Buang" yang telah lama menjadi amalan US kini secara "lembut" memberi klu kepada hubungan Bung Nuar dengan US telah sampai ke penghujungnya. Ini jelas kelihatan hampir tiada langsung hubungan baru Bung Nuar dengan kabinet OBAMA. Bung Nuar tentu lebih awal sudah dapat merasakan sebagai "PAMPERS" dia tahu kadar hayatnya. Untuk menunjukkan ia masih relevan kepada Dasar Luar US, maka Bung Nuar perlu menggunakan Israel supaya US tidak menyisihnya selepas "Pampers" yang dah penuh dengan "Air Kencing" itu masih boleh digunakan.

Dengan ucapan yang sedemikian, Bung Nuar telah meletakkan "13 juta Umat Islam Malaysia dalam BAHAYA. Ini kerana Ayahanda Tun M pernah mengatakan "Ibu Segala Kejahatan adalah Israel dan Kunci Kedamaian sejagat terletak kepada Plastine". Apa yang di lakukan dan diusahakan oleh Tun selama ini dengan bantuan Yayasan Keamanan Global Perdana dan Yayasan Kepimpinan Perdana menjadi sia-sia. Ini juga meletakkan PELAJAR-PELAJAR kita di Asia Barat terdedah dengan bahaya serangan mereka yang "Fanatik" dengan pembunuhan, kekejaman dan penginayaan yang berterusan di lakukan Israel keatas raayat Plastine. GERAM yang terlalu dengan kekejaman Isrel ini menjadikan emosi mereka ini memberontak dan untuk melepaskan GERAMNYA mereka akan mencari siapa sahaja yang mereka anggap menjadi alat atau dasar negara mereka atau mereka kelaskan sebagai TALIBARUT kepada Israel. Keadaan yang sedemikian sebenarnya tidak digemari oleh US.

Dengan 27 juta raayat Malaysia....hanya kurang dari 100,000 ribu yang sedia keluar untuk menunjukkan rasa tidak senang dengan Kerajaan yang sedia ada.....bagi US ini adalah kegagalan Bung Nuar dan dengan hubungan baik antara Kerajaan dengan US menjelaskan lagi KEGAGALAN Bung Nuar untuk mengambil alih Kerajaan. Penubuhan PAKATAN RAAYAT dengan perbagai slogan...KERAJAAN RAAYAT, Negara Berkebajikan, SELCAT dan menjadi Penasihat Ekonomi Selangor dengan Gaji RM 1.00 tidak cukup untuk menawan hati US. Zaman kemuncak Bung Nuar sebenarnya sudah berlalu. US menanti untuk meraikan Kejayaan "Merampas" kerajaan di zaman Ayahanda TUN. Tp ia tidak berlaku.....ini kerana Ayahanda Tun jauh lebih hebat. Beberapa tindakan Ayahanda Tun membuatkan US melopongkan mulutnya. Selepas zaman REFORMASI.....sebenarnya Bung Nuar bukan lagi halangan kepada Kerajaan yang ada. Kerana Bung Nuar tidak lagi RELEVAN kepada US.

Selepas zaman REFORMASI....Bung Nuar kembali dalam dakapan Raayat. 6 tahun berehat didalam.....menjadikan ianya cukup lemah. Selepas di bebaskan Bung Nuar war-warkan dengan konsep 2 parti.....perlu ada satu lagi PARTAI seperti BN....maka inilah di ujudkan PAKATAN RAAYAT. Rasa simpati yang berlebihan dan Imej baik yang dibawa PAS telah dengan sendirinya memerangkap mereka dengan MUSLIHAT Bung Nuar. Sementara DAP pula join dengan PR kerana "ada udang di sebalik batu". DAP sangat pintar dengan POLITIK MALAYSIA. Mereka telah nampak "PEMPERS" yang di pakai oleh Bung Nuar telah terlalu "KEHONG" baunya. Hanya kerana "kesombongan" membuatkan anda sanggup tidak menutup hidung walau pun baunya amat busuk dan meloyakan.

Dengan meletakkan raayat dalam keadaan kebingungan adalah tidak baik untuk masa hadapan Negara. Masa hadapan menjadi tidak menentu. Perniagaan "Pasaran Belakang" atau "PERNIAGAAN HARAM" dan gerakan Bawah Tanah seperti telah sinonim dengan Kaum Cina. Judi, Pelacuran, CD, penyeludupan dan Senjata api adalah barah yang akan merosakan Negara. Semua ini di lindungi oleh kumpulan samseng yang di bayar. Lebih malang kepada Negara di sebalik kerja-kerja haram ini di lindungi oleh mereka yang menjadi Pemimpin Masyarakat atau Ahli Politik. Sudah sampai masanya RAAYAT perlu membuat REFORM keatas pemimpin dan PARTI politik yang sedia ada. Memilih CALON adalah dengan AKAL dan IMAN dan bukanya dengan EMOSI. Silap memilih CALON, MELAYU dan ISLAM akan mengemis di bumi sendiri. Assalamualaikum.