,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday, 12 February 2012

AKU YANG SESAT ATAU ANDA YANG BERNAFSU

Atas nama apa anda sebagai seorang pejuang,....Sebagai Pejuang Bangsa atau Pejuang Ugama, Tanah Air atau sebagai Pejuang Politik? Apa yang anda perjuangkan bila menyertai Parti Politik? Yang mana anda perlu didahulukan dari dua persoalan ini.

Sebagai Perjuangan Bangsa....tidak nampak pun kearah itu. Sebaliknya Assobiyah itu melarang anda memperjuangkan asparasi bangsa. PEJUANG UGAMA...nampak anda jauh ketinggalan di belakang. Anda gagal mendidik jenerasi berakhlak mulia. Anda gunakan sepenuhnya menghasut Pelajar Pondok dan Sekolah Ugama untuk menentang siapa sahaja yang tidak sealiran dengan anda. Anda sanggup mengganggu Pelajar di Luar Negara kerana anda mahu mereka "GAGAL" dalam mengejar impian mereka dan mudah untuk anda menuding jari kearah pihak lain. PEJUANG IBU PERTIWI atau TANAH AIR.... kita telah merdeka dan anda gagal untuk mengisi kemerdekaan itu sendiri.

Apa sebenarnya yang anda kehendaki bila anda menyertai Parti Politik? Anda sebenarnya telah gagal dan kalah sebelum berperang. Anda tidak kenal musuh anda, anda tidak tahu halatuju anda, anda hanya tahu menyalahkan orang lain.

Apa yang anda lakukan sekiranya datang sekawan "MONYET" merosakan bumbung DEWAN orang ramai? Tindakan awal anda hanyalah menghalau monyet-monyet tersebut. Selepas itu bila hujan tiba...ada di antara kamu yang hanya tahu mencari besen menadah air yang menitik......dan ada di antara kamu yang datang membaiki bumbung yang rosak. Sedangkan monyet telah lari entah kemana. Renungkanlah ke dalam diri anda. Anda berada dalam kolompok Parti Politik yang mana? Politik Monyet, Politik Besen atau membaiki bumbung?(tadi bincang ngan anak Aki Al-Mattin)

Sayang semuanya sudah terlambat. Nampak jelas anda kehilangan arah. Dalam hal keUgamaan, kuliah anda semakin mengelirukan. Sedangkan Shuhadah kita sama, Kiblat kita sama, Al-Quran yang sama, Nabi yang sama, Sunnah yang sama....tp kenapa anda KELIRU? Ditafsirkan Al-Quaran itu satu nada Seluruh Nusantara bersandarkan kepada Sunnah dan mengikut kefahaman Imam Al-Shafie. Tp kenapa sekarang ini berbeza.... dalam beberapa perkara nampak anda mentafsirkan sesuatu itu mengikut kesesuaian teman POLITIK anda. Bertanyalah kepada diri anda.....anda dari Gulungan Ulamak yang manan. Ulamak sebenarnya Ulamak seperti mereka yang terdahulu, atau anda ini Ulamak Bisu atau anda Ulamak Jahat.

Anda kini semakin bersendirian....kerana anda telah tersalah pilih kawan. Setelah anda hilang fokos, kini anda mengambil pula nasihat mereka yang sememangnya membenci kita dan anda juga menjadi orang yang MENGHARAP pada makhluk dan anda sendiri faham yang makhluk tidak dapat memberi apa-apa melainkan Allah yang berkuasa. Berkumpul untuk anda dan kawan anda boleh....tapi berkumpul untuk bukan kawan anda atau mereka yang tidak sealiran dengan anda, tidak boleh. Ini kerana mengganggu ketenteraman Awam. Tapi anda boleh berkumpul walau pun menjejaskan keselamatan orang awam.....sememangnya anda telah terlalu jauh tersasar dari perjuangan asal anda. Dulu anda seorang yang kental.....kini anda seorang budak yang MANJA dan menjadi DUNGU kerana anda menolak hukum ALLAH. Allah sedang kembalikan kepada anda keatas apa yang anda tuduh keburukan keatas orang lain suatu ketika dulu.

Sebagai gulungan cendikiawan Islam....anda perlu bertanggung jawab keatas setiap apa yang anda ucapkap atau tuliskan. Jangan biarkan pengikut anda di selubungi misteri. jangan bersembunyi di sebalik Serban dan Jubah....ini kerana pakaian ini menjadi simbul kepada mereka yang mencari KEREDHAAN ALLAH. Janganlah anda cemarinya dengan kebusukan dan ketamakkan nafsu anda untuk berkuasa. Berlaku adillah kepada kami yang hidup MEMPERHAMBAKAN DIRI KEPADA ALLAH. Kerana tiada lain niat dihati kami melainkan hanyalah LILLAHITA'ALA

AHAD 20 rabiul Awal 1433=12/2/12 jam 18:05 petang, sambil pekene cucuq cepedak.