,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday, 24 February 2012

BERBAI'AH dengan PARASIT DI WEST PORT


OLAK LEMPIT - 2 jamadil akhir 1433, Semalam tidur di Pucung Perdana, mencari "Rindu di hati" selepas tiga tahun pemergian Almarhum Qhairul Al-Rafsyan Jani. Semalam juga di perdengarkan dengan lagu-lagu Almarhum Sudirman Haji. Arshad selepas 20 pemergiannya Al-Fathihah untuk mereka....Terkenang semua lagunya, zaman bujang Aki di Pulau Mutiara di habiskan banyak dengan lagunya, Jamal dan Alleycat.....kalau melayan dangdut, Aki selalu beli keset Elvy Sukasih.

Sebelah malam kalau tiada kemana-mana....Aki akan lepak di Masjid Bayan Lepas. Sesekali mendengar ceramah Ugama. Damai, tenang dan bebasssss.....Selepas itu balik Kedah....merentas sawah dan paya....membawa tikar sebidang, menyusuri batas-batas sawah yang kering dan membentang helaian tikar di atas-atas tunggul jerami, menadah telinga mendengar ceramah Tok Guru Haji Hadi.....sesekali menepis PARASIT "cenangau@kesin" yang hingga di Lebai yang dah tak berapa puteh. Bila di kencingnya ...masyaAllah... baunya amat tengit.

Ceramah POLITIK, tapi pengisiannya adalah ILMU UGAMA. Hanya 30% sahaja di "SUMBATKAN" dengan politik. Tok Guru Haji Hadi menceritakan perihal bagaimana ayat-ayat Al-Quran di angkat kelangit sekiranya sudah tidak ada lagi orang yang percaya dan beriman kepada Al-Quran.....derumannya bagai lebah yang berterbangan dan pada ketika itu....didapati Al-Quran hanyalah tinggal kertas-kertas puteh yang kosong sahaja.

Selepas lebih 20 tahun....semuanya telah bertukar. Parasit yang hinggap di Kopiah Lebai telah masuk kedalam hati dan berlegar-legar di dalam kehidupan kita. Kalau dulu 30% sahaja di sebut hal politik dalah ceramahnya.....kini telah menjadi 70% dan 30% sahaja mengajar dan bercakap hal Ugama....dari bergerak sebagai badan dakwah dan menjadi "PENGIMBANG" kepada dasar pemerintahan kerajaan UMNO, kini PAS bergerak 100% dengan POLITIK. Kemenangan amat di TAGIHnya sehingga sanggup berbuat apa saja. Kalau dulu ahlinya adalah mereka yang berpendidikan UGAMA, kini semua yang memohon untuk menjadi Ahlinya di terima tanpa penapisan. Dari orang yang kecewa hinggalah kepada mereka yang mengejar kedudukan dan "GILA" bercakap, semuanya di terima menjadi Ahli.

Maka tidak hairanlah kenapa dari 70% bercakap pasal Ugama menurun kepada 30%. Inilah menunjukan mereka yang berpendidikan "SEKULAR" yang amat di tentang PAS satu ketika dulu telah berada bersama-sama di dalam PAS. Mereka kini bagaikan CENANGAU yang berterbangan semasa ceramah-ceramah PAS di petak-petak sawah satu ketika dulu. Kencingnya amat busuk dan kalau terkena kepada kulit kita dia akan menjadi merah dan gatal. Inilah kerja-kerja "ULAMAK PAS" sekarang ni. Terpaksa membasuh "NAJIS" yang dibawa dan terpalit kepada kita dan dengan sendirinya membatalkan wuduk kita. Sedangkan PAS amat kenal dengan "PARASIT" padi ni. Masakan tidak, dimana ada PADI di situ ada PONDOK, dimana ada pondok, disitu ada PAS. Kini...dimana ada PAS disitu ada PARASIT.

Tak serik dengan cenangau yang menjadi "PARASIT" kepada padi ini, di terima pula "PELAWAAN" berkawan dengan RAJA DEMONTRASI dan KAFIR DAP. Ini semakin parah....terpaksa berkali-kali mencuci NAJIS yang di tinggalkan hatta yang diingatkan dan dilarang oleh ALLAH pun mereka langgar. Apa gunanya BAI'AH kalau kita pun berada dalam KOLOMPOK PARASIT.....walau semua calon PAS menang pun PAS akan tetap kalah kerana tidak mampu nak BERBAI'AH dengan DAP. Kalau hari ini dua buah KAPAL RAJA PARASIT MANUSIA yang berlabuh di Port Kelang. Bagaimana untuk menghalang PARASIT ANTARA BANGSA ni memasuki Negara kita sedangkan kita sedia melindungi KESELAMATANNYA. Cercita.....siapa PARASIT kepada Orang MELAYU? dan siapa PARASIT kepada ISLAM? atau kedua-duanya sekali?