,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday, 24 February 2012

US dan Israel PRIMITIF


Olak Lempit - 2 Rabiul Akhir 1433, Masjid Olak Lempit hari ni berkisar tentang WAKAF. Jenuh sungguh duit dan harta WAKAF Orang Islam Malaysia. Dengan wakaf juga banyak orang berdosa dari pahalanya. Bagaimana WAKAF pada kerajaan Negeri yang telah bertukar tangan di perintah oleh orang KAFIR? Bagaimana tanah atau bangunan yang di wakaf di jadikan pusat hiburan atau pusat membeli-belah dengan semua arak dan judi ada didalam premisnya? Setiap tahun penyata kewangan zakat dan wakaf BERBILION ringgit sedangkan BERATUS Ibu Tunggal dan Anak Yatim terbiar di Anjung GEREJA?

Tun M berkelana membelah benua mencari dana untuk di salurkan kepada PLASTINE, Ubatan , air bersih, sistem pembentungan dan bahan mentah untuk memdirikan bangunan hampir tiada dijual lagi di PLATINE, sedangkan di sebelah tembok setinggi enam meter..... banglow-banglow mewah sedang didirikan. Jeritan kanak-kanak yang terkene serpihan bom berangkai mendayu-dayu memecah sunyi malam. Susu yang di sumbang Global Perdana siang tadi telah tertumpah bercampur pasir gurun......

Kereta tolak menjual rokok yang di buat dari serpihan kayu kepunyaan raayat Platine telah hancur di GELEK kereta kebal Israel. Dapor kayu di belakang bangsal rumah usang wanita tua plastine telah lenyap di rempun jentolak Israel. Seorang Askar Israel tersenyum melihat kehidupan Plastine yang begitu daif dan mereka menggelarkan cara hidup Plastine adalah teramat primitif.....

Dengan kereta kebal dan kelengkapan lainnya yang serba canggih...mereka hanya bertempur dengan pemuda-pemuda yang berbekalkan batu sahaja. Benar kata Tun M. US dan Israel adalah negara Maju yang PRIMITIF. Bagaimana dengan kita yang masih Primitif menyokong orang yang MAJU tapi primitif? Bagaimana kita yang bersahabat dengan orang yang berkawan dengan US dan Israel yang PRIMITIF? Berapa orang KAFIR Malaysia yang menderma untuk tabung Plastine?......apa bezanya mereka yang PRIMITIF dengan PARASIT yang sedang merosakkan bumi Allah Malaysia ini?