23:30 bukanlah larut malam lagi.....malam terlalu muda. Melayari semua blog-blog mencari berita terbaru. Harapkan TB dan Paper Gomen....esuk baru ade berita. Kalu WEB TB pula semua duk cerita yang sama. Beri air free tapi banyak kawasan yang di catu airnya.....kalu buang air di sebelah pagi atau senja....alamat tak berbasuhlah jawabnya....mau hurung di semut. Riuh sekampung bila Bung Nuar pergi jumpa dengan Hamas. Dasat....dah rope PM Bung Nuar sekarang ni. Kalau PRU 13 ni tak dapat juga nak bermalam di Putrajaya.....mau enseng di buatnya.
TGH Hadi Awang dah membuka mulut membelasah Yahudi walau pun Bung Nuar masih di Plastine. Seperti THG Hadi dah tahu Pemimpin Hamas tu akan di "Pusing" Bung Nuar seperti dia kene dulu kini dan selamanya kalu masih lagi bersekongkol dengan PR. Seminar 3 Dekad PAS di Kelantan menjadi buktinya yang pengikut-pengikut tegar dan Pelapis atau kadir-kadir PAS dah mula menjauhkan diri. Kata seorang penulis, ini kerana Sekolah Pondok telah di serapi dengan pendidikan SEMI SEKULAR. Inilah yang menjadi punca sambutan dingin keatas program SEMINAR TIGA DEKAD PAS DI KELANTAN.
SEDIH.....hanya itu yang mampu di ungkapkan. Perjalanan politik Melayu sudah lama TEMPANG selepas PAS bermadu dengan DAP bersuamikan PKR. Sebagai isteri muda, DAP menggunakan sepenuhnya Kebijaksanaan Suaminya PKR untuk memusnahkan UMNO. Kerana dia tahu PAS masih menaruh hati kepada DUDAnya itu. Mulut saja katakan tidak. Tp di hati masih lagi pada UMNO. Pada satu ketika dudanya telah datang untuk merujuk.....tp atas ke egoan dah termakan pujukan dan janji manis mu, sanggup di tunggunya dalam PR walau pun bermadu dengan DAP.
Walau pun gandingan PENAL yang hebat.....tp bukan itu yang di lihat ahli bawahan. Emosi mereka sudah targanggu bila Parapemimpinnya membiarkan MARUAH PAS itu sendiri telah di calar semahunya. Keluarga Pondok dan Sekolah Ugama adalah menjadi penyumbang utama kepada Keahlian PAS.....mereka ini adalah mendukung wadah pejuang Islam sebenarnya. Apabila PAS mula menerima orang yang tidak keruan menjadi ahlinya dan ada di antara mereka ini adalah Orang-orang Bung Nuar, perkara ini tidaklah gawat sangat suatu ketika dulu. Tapi selepas pergabungan PKR, DAP dan PAS ini, perjuangan asal menubuhkan Negara Islam sepenuhnya ke atas Bumi Melayu ni telah dicicrkan dan mendaulatkan Negara Kebajikan pula yang di bawa. Inilah kesilapan PAS.
Kesilapan demi kesilapan telah di lakukan secara sedar atau tidak....semua ini adalah menjadi punca kemerosotan PAS. Perkara ini tidak boleh di sembunyi lagi. PAS perlu kembali kelandasan asal. Segala pekong yang BUSUK itu telah di dedahkan oleh orang PAS sendiri yang tidak bersetuju dengan POLISI baru yang lebih memihak kepada DAP. Mencampuri urusan Kerajaan Negeri Kedah oleh PKR, memecat Hassan Ali atas kehendak Bung Nuar merendahkan Kepimpinan PAS sendiri. Ahli bawahan adalah penyumbang Pengorbanan paling besar kepada PAS. Mereka mulai menilai.... bertahun-tahun mereka mengabdikan sokongan mereka pada PAS tapi.... dengan mengambil hati berlebihan kepada Kaum lain amat mengguris hati mereka. Membawa para penyokong ke dewan cina untuk mendengar ceramah adalah satu penghinaan kepada mereka.....ada diantaranya menyumpah seranah bila dibawah bangku ada anjing sedang tidur.
Dengan kelahiran penceramah BEBAS yang berselerak hampir di setiap stesyen TV dan ceramah bebas hampir setiap malam dan tambahan lagi dengan Hassan Alli dan Kekawannya.....ini adalah sumber altanatif RAAYAT yang mahukan penjelasan setiap issu dan dahagakan ilmu ugama, mereka boleh dapat disini. Corak dan stail PAS yang memaki hamun dan menuduh tanpa FAKTA membuatkan ianya semakin parah. Politik jalanan dan rusuhan bukanlah budaya Malaya.....percayalah, kalau ini yang di bawa PAS.....inilah menjadi salah....kerana pemahaman sekian lama, PAS itu ISLAM telah lama sebati dengan jiwa Melayu dan membudayakan tunjuk perasaan atau rusuhan menampakkan PAS itu telah di telan PKR dan ianya bukan budaya Islam, budaya ini sangat-sangat tidak sesuai dengan PAS yang berwatak Islam dan sepekara lagi yang PAS lupa Islam itu belum tentu dia PAS.
Lihatlah sambutan ceramah Hassan Alli.....dari 2 ribu orang naik kepada 4 ribu orang, naik kepada 5 ribu orang dan yang terkini telah menjangkau 15 ribu orang tanpa pesta, tanpa sukan raayat, tanpa Tok Guru dan tanpa bantuan mana-mana dana. Sekiranya Ustaz Azhar dan Hassan Ali bergabung.....PAS dah boleh jumpa Pendaftar Pertubuhan.........kerana SEMINAR telah di SEPINA oleh ahli-ahli PAS. Salam Perjuangan.
Isnin 21 rabiul awal 1433=13/2/12 jam 00:39.