Tertidur selepas subuh, terkejut dengan deringan talifon.....tertera di scren jam menunjukan 0958 pagi Ahad 12 Rabiul Awal=5hb. Feb 2012 sengaja Aki letakkan tarikh Islam, masa dan tahun masihi....Aki sering terlupa dengan kelender Islam ni. Seperti Aki terlupa yang Aki ni adalah Bangsa Melayu mungkin sesuai kalau yang anak "campur" dilahirkan di Malaysia di namakan "Bangsa Malaysia".
Sepi di waktu ini.....tangisan cucu Aki "Iman" terdengar di Johor. Aki tinggal berdua dengan "Opah Mak" saja. Opah Mak melayan TV. Hampir semua cenal TV bersiaran dengan Rancangan "MAULID NABI", satu perubahan yang saaaaangat ketara dalam dunia penyiaran Malaysia menyiarkan rancangan bercorak ke Ugamaan. Ada yang berceramah menggunakan Bahasa Asing dan banyak juga Berbahasa Melayu. Hampir kesemua disudahi dengan Do'a tp ada juga yang di sudahi dengan "menjual Buku".
Tp Aki tertarik dengan ceramah di TV 9 oleh Ustaz Suhaib Webb dengan Tajuk "MUHAMMAD THE IDOL". Seorang Amarikana yang berkahwin dengan Perempuan Melayu dari Pantai Dalam. Di hadapannya 100% pendengarnya adalah Melayu macam Aki. Dari wajahnya ternampak jelas kejujurannya menyampaikan Ilmu Ugamanya dengan rujukan kepada Kitab-kitab dari karya Ulamak Muktabar yang di tafsirkan dari Al-Quran dan Hadis Rasul.
Aki tertarik dengan do'a setiap Nabi.....Ustaz Suhaib Webb jelaskan dalam kuliahnya setiap Nabi di beri Do'a khusus, bila mana jika Nabi-Nabi ini berdo'a, Allah akan memakbulkan permintaannya di masa itu juga. Semua Nabi-Nabi menggunakan doa-doa yang di beri khusus untuk mereka ini. Tp Baginda Rasullullah tidak menggunakannya. Kata Nabi.....Baginda akan menggunakanya di Akhirat nanti untuk "menyelamatkan Umatnya". Aki termangu sendirian......dalam hati kecil bertanya, apakah yang terbaik telah aki lakukan untuk Baginda Rasullullah? Aki perhatikan diri sendiri. Dimanakah dalam diriku ini yang Aku menjinjing Sunah Rasul?
PERLUKAH KITA BERTENGKAR DAN BERMASAM MUKA, SEDANGKAN ISLAM ITU SUDAH LENGKAP.
Inilah istimewanya Melayu dan Islam......kita akan bersatu dalam Ugamanya selagi tidak di masukkan IDEOLOGI POLITIK kedalam kuliahnya.