Persoalan  mengapa Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin  Bahron enggan membuat laporan polis walaupun mendakwa 20 orang  membelasahnya ketika ditangkap khalwat di sebuah hotel di Pantai Balok  di sini kelmarin terjawab apabila siasatan pihak hotel itu mendapati  dakwaan dia dipukul tidak benar.
Perkara  itu disahkan sendiri oleh pengurus keselamatan hotel tersebut yang  berkata, rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) hotel itu mendapati  tidak ada kelibat sekumpulan lelaki seramai 20 orang memasuki hotel itu  antara pukul 2 hingga 3 pagi Sabtu lalu.
Beliau  turut menegaskan, tiada seorang pun pekerja hotel yang ternampak begitu  ramai lelaki bagaikan samseng memasuki hotel dan seterusnya menuju ke  bilik penginapan Dr. Badrulamin sebagaimana didakwa.
Menurutnya, hotel tersebut mempunyai CCTV di setiap laluan di tangga dan lif, bukannya di laluan menuju ke bilik penginapan.
"Namun,  rakaman CCTV yang kami lihat kembali mendapati tidak ada rakaman yang  membuktikan ada orang masuk beramai-ramai ke hotel kami pada waktu  tersebut.
"Kenyataan  bahawa hotel ini boleh dimasuki kumpulan samseng sewenang-wenangnya  untuk membelasah pelanggan adalah sangat mencemarkan imej hotel ini,''  katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam - Berita asal dari Empayar Pemuda 
Aki - Pengawalan keatas Guru Ugama dengan Penceramah Politik (menggunakan ugama) perlu di semak semula.....ini kerana kesan keatas PERISTIWA ini membawa kepada tomahan MASYARAKAT kepada mereka yang betul-betul berdakwah LILLAHITAALA demi ISLAM.
