,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday, 22 February 2013

4.3 PENONTON YB NASA MAMPU MENGETUAI PAS UNTUK KEMBALI KE LANTASAN ASAL



Berjuang Dalam Kontroversi, Jawapan Telus Nasha Kepada TV3

AIDCNews – 16/02/13 – Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa menjawab secara telus soalan-soalan dalam program “Soal Jawab TV3,” 6 Februari.
Ikutilah transkrip wawancara tersebut :
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Anda bersama saya, Ahmad Abdul Mutalib dalam rancangan Soal Jawab.
Hari ini, nama YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa meniti di bibir pengikut politik tanahair. Satu masa dulu, YB Nasharuddin anak didik Allahyarham Dato’ Fadzil Noor. Pemimpin Pas yang dihormati, ditatang bagai minyak yang penuh.
Hari ini beliau disingkir begitu saja. Tiada pembelaan yang jelas. Tiada sebab-musabab yang nyata. Ustaz Nasharuddin bagaikan pemimpin yang sudah tiada harga. Kita cuba selami hatinya malam ini.
YB, selamat datang ke rancangan Soal Jawab.
Terima kasih Datuk.
Ustaz, saya nak tanya macam mana cerita Ustaz ni. Dulu satu masa ditatang minyak yang penuh. Hari ini orang kata Ustaz Nasharuddin tak relevan dalam Pas. Cuba Ustaz cerita sedikit latar belakang.

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih sekali lagi Datuk.
Pertamanya, saya teringat ketika Almarhum Ustaz Fadzil menghubungi saya melalui telefon ketika nak melantik saya sebagai Setiausaha Agung dahulu, waktu Maghrib, saya nak keluar ke masjid. Dia sebut, bahawa esok dia minta saya resign dan…
Resign daripada mana tu?
Daripada jawatan saya di Fakulti Undang-undang, UKM. Dan dia disebut, dilantik ni dia kata, benda ni bukan senang, jawatan ni mencabar dan komitmen diperlukan. Dan dia kata, tak mudahlah kerja ni kalau dibanding dengan pensyarah.
Jadi, mengingat kembali kepada yang disebut Ustaz Fadzil itu dengan apa yang dilalui sekarang ini, saya anggap ini adalah merupakan sebahagian daripada lumrah mereka yang hendak terlibat untuk memperjuangkan sesuatu. Dan sudah tentulah benda ini bukan menyediakan di hadapan kita carpet merah untuk mudah dilalu begitu saja.
Jadi pada masa itu, agaknya Ustaz sudah dapat bayangkan bahawa dalam politik, tak kira parti politik mana pun sepak terajangnya begitu kuat. Tapi, apakah Ustaz lihat ataupun menjangkakan ia begitu perit dan getir seperti macam mana berlaku hari ini?
Saya..saya pernah membaca, pernah mengikutilah apa yang disebut sebagai politik itu dan permainan di dalamnya dan sebagainya. Tetapi, apabila saya berada di dalam kancah itu, saya dapat menghayatinya dan  kemudian baru dapat tahu bahawa apa yang kita baca melalui teori-teori sebelum ini, kita lihat dalam filem, kita lihat dalam bacaan kita dan sebagainya adalah benar. Macam yang saya sebut tadilah, ini merupakan satu daripada proses untuk mengajar kita untuk menjadi matang, Insyaallah.
Tapi, pada masa itu bukanlah mengharapkan ataupun menjangkakan carpet merah itu ditaruk, dibentang untuk sepanjang masa kan?
Memang, saya tidak menjangkakan. Memangnya sudah bersedia untuk berhadapan dengan satu alam baru bagi saya kerana kelmarin saja saya seorang pensyarah, saya berdepan pelajar-pelajar saya dalam alam akademik. Tiba-tiba ianya beralih kepada dunia politik. Yang pada ketika itu pula kebetulan pada tahun 1999 di mana kita sedang sibuk dengan persiapan pilihanraya dan sebagainya.
Jadi, bila dilantik saja saya sebagai Setiausaha Agung, terus melaksanakan tugas-tugas persiapan kerja-kerja pilihanraya ketika itu.
Memang, maknanya mula saja masuk office, terus membuat persiapan untuk pilihanraya. Jadi, suatu yang begitu mencabarlah bagi saya.
Jadi, bila masuk begitu, seolah-olah dengan pemilihan yang dibuat oleh Allahyarham Dato’ Fadzil Noor, seolah-olah YB diberi jalan mudah. Tapi tak sebegitu kan. Dalam politik tak sebegitu?
Mudah mungkin dari segi jawatan yang diamanahkan kepada sayalah kerana saya betul pada ketika itu merupakan Exco Pemuda Pas Pusat. Tapi diangkat saya dari Exco Pemuda Pas Pusat terus ke jawatan Setiausaha Agung. Sesuatu yang besarlah bagi sesebuah parti politik, yang penuh dengan tangungjawab. Apatah lagi macam yang saya sebut tadi, terus memikul tanggungjawabnya hari keesokannya untuk kita membuat persiapan ke arah pilihanraya 1999 di bawah kepimpinan Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Ketika itu di mana kita menang dengan jumlah kerusi yang agak..Insyaallah yang kita boleh banggakan.
Jadi Ustaz, apa puncanya daripada satu tahap yang begitu tinggi, penuh dengan tanggungjawab, dengan jangkaan masa depan yang cerah. Jadi apa puncanya hari ini keadaan sudah berubah. Mungkin boleh YB Ustaz terangkan sikit kepada kita.
Masa sudah tentu akan berubah. Gaya kepimpinan juga akan berubah. Orang yang memimpin juga berubah. Partinya kekal dari segi itu, dasar tak pernah berubah dari segi itu. Tapi bila kita berdepan dengan suasana politik yang semakin mencabar dan realiti yang baru yang tidak sama pada zaman itu mungkin dengan cabaran-cabaran semasa apatah lagi pula dengan andaian-andaian semasa yang tak sama dengan zaman itu, sudah tentulah kadang-kadang mungkin ada beberapa pandangan dan pendapat sayalah seperti secara khususnya mungkin tidak sama yang mengakibatkan khasnya apabila saya melontarkan beberapa pandangan selepas sahaja saya tidak memegang jawatan Timbalan Presiden itu secara terbuka terhadap pendirian parti. Saya mula sudah berdepan dengan beberapa permasalahan.
Tapi saya lihat antara isu utama yang membawa kepada timbulnya “semacam” konflik itu bermula pada tahun 2008 selepas sahaja pilihanraya 2008 di mana telah ada satu perkembangan dalaman politik pada ketika itu yang telah mengarahkan saya untuk melakukan sesuatu tindakan. Saya akur dengan arahan tersebut. Tapi apabila saya melaksanakan arahan tersebut, tiba-tiba di tengah-tengah perjalanan atau di suku perjalanan, saya dilabel sebagai…
Tergendala tak boleh buatlah?
Bukan, saya dilabelkan seolah-olah punya agenda peribadi di dalam melaksanakan tugas tersebut.
Saya nak tanya YB Ustaz, saya bercakap dengan kawan-kawan lain dalam Pas. Kalau tak silap saya, beberapa pemimpin kanan Pas diberi tugas khas untuk mencari titik-titik pertemuan antara Pas dengan UMNO. Kalau saya sebagai orang Melayu-Islam, saya melihat Pas dengan UMNO ini, orang kata macam sepupu. Jadi, betul ke ada pada masa itu ada arahan pemimpin tertinggi Pas cuba mencari titik-titik pertemuan  dengan UMNO. Dan apakah pada masa itu Ustaz dipertanggungjawabkan?
Memang ada satu Datuk. Keputusan mesyuarat Majlis Syura Ulama Pusat yang bersidang pada 24 April 2008, yang telah memutuskan, saya ingat lagi minitnya itu yang telah memutuskan supaya Presiden, Timbalan Presiden yang pada ketika itu adalah saya dan Setiausaha Agung untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana parti politik bagi membincangkan maslahah dan masa depan Islam dan orang Melayu.
Jadi, bukan hanya dengan UMNO lah?
Yalah, minitnya yang menulis dengan mana-mana parti politik untuk membincangkan maslahah dan masa depan orang Melayu dan Islam. Sudah tentulah kalau nak bincang masa depan orang Melayu-Islam ini, takkan kita nak bincang dengan MCA. Takkan kita nak bincang dengan MIC. Sudah jelas dengan UMNO.
Jadi, akur kepada arahan itu dan keputusan Majlis Syura Ulama itulah yang saya menggerakkan keputusan itu dan mengadakan perbincangan dengan pimpinan-pimpinan UMNO. Pada ketika itu dengan YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan Perdana Menteri dan sebagainya.
Jadi, ia berlaku di peringkat yang paling tinggi. Maknanya, harapan pada ketika itu, kalau di pihak atasan itu boleh mencari titik-titik pertemuan dengan harapan ia boleh turun dan menjadi satu perkara yang boleh dilaksanakan?
Ya, yang dibincangkan di peringkat Majlis Syura Ulama pada ketika itu melihat senario yang jauh lebih luas daripada hanya bacaan politik jangka pendek. Tapi melihat kepada maslahah dan masa depan kepentingan Islam, kepentingan orang Melayu yang secara perlembagaannya adalah merupakan Muslim. Jadi, melihat kepentingan ini dengan perkembangan politik yang pada ketika itu memerlukan satu tindakan yang lebih agresif. Kalau boleh saya gunakan perkataan itu dan lebih komprenshif demi menjamin masa depan yang saya sebut tadi. Masa depan Islam dan masa depan orang Melayu. Tanpa menafikan realistik, kita duduk dalam masyarakat majmuk dan kita tidak menafikan itu. Tapi sudah tentulah prioritinya adalah Islam dan orang Melayu.
Jadi, dalam perbincangan itu, YB Ustaz nampak tak tanda-tanda ataupun yang jelas menghala perpaduan kepada perpaduan masa itu. Nampak tak?
Tugas saya adalah untuk berbincang. Maknanya sudah tentulah keputusan itu bukan di tangan saya ataupun di tangan 3 orang yang telah diamanahkan untuk buat sebarang keputusan.
Tapi, dalam siri-siri perbincangan itu sudah adalah tanda-tanda ke arah itu. Tapi macam saya sebut tadilah, bila sampai saja satu perempat perjalanan, timbul isu yang mengatakan bahawa agenda ini adalah agenda peribadi yang tidak diketahui oleh umum, yang mengakibatkan berlaku u-turn, hasil daripada keputusan yang telah dibuat.
Keputusan itu dibuat oleh Dewan Syura?
Majlis Syura.
Majlis Syura yang menyuruh pemimpin kanan Pas bertemu dengan pemimpin kanan UMNO?
Ya.
Jadi, di mananya timbul pada masa itu kata-kata ada agenda peribadi ataupun lari daripada tujuan asal?
Soalan Datuk ini adalah soalan yang tidak saya fahami daripada hari saya dibuat tuduhan sedemikian sehingalah ke hari ini. Kerana saya hanyalah melaksanakan tugas sebagai Ahli Majlis Syura pada ketika itu dan sebagai Timbalan Presiden.
Akur kepada keputusan Majlis Syura Ulama untuk melaksanakan ianya. Tapi yalah kata Arab, takdir Allah Subhanawa Taala itu yang dikehendaki sepertimana yang telah berlaku, berlakulah rentetannya bermula pada hari itu sampai ke hari ini, persoalan Datuk yang awal tadi.
Jadi, kalau orang biasa tanya YB Ustaz sekarang, apakah perkara pada masa itu usaha untuk menyatupadukan ataupun mencari titik-titik pertemuan itu, hari ini sudah berkubur tanpa nesan. Apakah ia tidak akan bangkit lagi di suatu masa nanti. Sebagai orang yang dilihat ataupun disebut sebagai orang yang sudah tidak mengikut agenda partilah. Macam mana agaknya Ustaz melihat?
Kalau sebagai ahli biasa parti, saya sendiri tidak boleh bercakap bagi pihak parti. Tapi sebagai seorang Muslim Datuk, sebagai seorang orang Melayu, rata-rata yang saya berjalan, rata-rata orang menegur saya, rata-rata orang yang berhubung dengan saya, meminta supaya agenda ini jangan dikuburkan demi masa depan agama, demi masa depan bangsa.
Tidak ada salahnya saya berbangga dengan bangsa Melayu saya. Saya lahir sebagai seorang Melayu. Apa salahnya saya berbangga dengan bangsa saya. Rasululullah saw juga berbangga dengan bangsa Quraisynya sampai disebut dalam satu hadis, pemimpin itu adalah dari orang Quraisy. Berbangga Rasulullah saw dengan Quraisynya itu sendiri.
Jadi, saya sebagai seorang Melayu, apatah lagi sebagai seorang Muslim. Kalau mungkin tidak dapat saya laksanakan agenda tadi atas kapasiti yang sebelum daripada ini, tapi Insyaallah akan cuba kita gerakkan melalui apa saja cara bagi mempastikan dan apa yang Allah sebut, ‘Sesungguhnya ini merupakan umat kamu, umat yang satu harus menjadikan satu agenda nasional, oleh setiap yang mengucap kalimah La Ilaha IllAllah Muhammad-Ur-RasulAllah’.
Mungkin Ustaz, saya bercakap dengan orang akademik dan orang biasa, tak kiralah sama ada di pejabat ataupun sambil minum teh. Mereka mengatakan mungkin kejayaan pada masa itu sudah menunjukkan tanda-tanda kejayaan, mungkin ada puak ataupun pihak yang tak mahu melihat benda itu berlaku.
Mungkin. Saya tidak menolak kemungkinan tersebut yang mungkin mereka juga ada agenda-agenda tersendiri tetapi saya rasa payah juga untuk kita nak menerima penolakan daripada orang yang mengaku dirinya Muslim apatah lagi mengaku dirinya Melayu untuk menolak agenda kepada kesepaduan ummah ini.
Tidakkah perpaduan itu, kesatuan itu dan wehdah itu merupakan kekuatan untuk kita. Kekuatan yang boleh kita jadikan teras untuk kita maju ke depan, majukan negara, majukan agama, majukan bangsa.
Jadi, kalau kita bercerai-berai … saya sebut baru-baru ini dalam satu temubual di sebuah rancangan tv lain. Saya nyatakan, kita lihat perkembangan di Syria sekarang atau di negara Arab sekarang. Yang paling dekat untuk kita lihat perkembangannya adalah di Syria. Sekarang ini sudah ada suara memanggil kepada penyatuan selepas negaranya hampir punah, porak-peranda, sudah dirobek sedemikian rupa baru mengajak kepada perpaduan.
Saya lontarkan soalan, adakah dalam konteks Malaysia juga kita nak tunggu sampai sudah berkecai, sudah porak-peranda, baru nak diajak kepada perpaduan? Sedangkan kita sebagai sebuah model negara Islam, kita sebagai sebuah negara yang cukup moderat, kita sebagai sebuah negara yang menjadi model kepada dunia di luar sana khasnya dunia Islam. Saya rasa, kita tak perlu tunggu sampai dah pecah, sampai dah berteraburan, baru nak mengajak perpaduan. Kita ada kekuatan boleh mengajak kepada perpaduan pada hari ini.
Sekarang saya nak tanya YB Ustaz, Ustaz ni masih lagi Ahli Majlis Syura secara rasmi ataupun mengikut kenyataan akhbar yang kita baca, YB Ustaz tidak lagi menjadi Ahli Syura. Ada ke dimaklumkan secara rasmi mengikut mana-mana pertubuhan. Ye lah, surat, telegram, email dan sebagainya, ada ke?
Kebetulan soalan Datuk ni, sebelum saya bertolak ke sini daripada rumah tadi, sampai surat yang bertarikh 14 Januari, tetapi surat itu hanya diposkan pada tanggal 30 Januari.
Oh…
Surat berdaftar Pos Malaysia yang sampai ke rumah saya. Jadi, sudah confirm lah secara hitam putihnya saya bukan Ahli Majlis Syura Ulama Pas Pusat. Kalau sebelum daripada ini, saya hanya tahu pemecatan itu bila balik daripada Gaza melalui media. Sebab itu saya tanyakan beberapa kali saya tak boleh nak respon sangat dengan apa yang disebut tu sebab saya sendiri pun hanya tahu melalui media. Tapi hari ini sudah confirm, sudah sampai suratnya bertarikh 14 haribulan tetapi pada envelope itu, cop ianya dikirim pada 30 Januari. Lama tu, daripada…
Dua minggu tu…
Dari 13 ke 30 (Januari) sampai pula ke saya, hari ni berapa haribulan Datuk?
Hari ini 6 Februari…
6 Februari.
Kalau ikut saya, ingatkan pos saja yang salah. Kalau pos 14 (Januari) sampai 30 (Januari), ada benda yang tak betul tu? Rupanya pos 30 (Januari) ya.
Pos 30 (Januari).
Jadi Ustaz, kita nak berhenti tapi saya nak tanya Ustaz sikit dulu. Apa perasaan YB Ustaz bila dapat surat tu. Apa yang timbul dalam hatilah ketika membaca surat itu?
Tak ada apa Datuk, dah dua minggu saya baca dalam suratkhabar. Maknanya satu dunia dah tahu. Saya tengok laporan dalam sebuah akhbar, isu pemecatan ini sampai dibincang di media Australia, kawan-kawan saya di luar negeri dok telefon, tanya saya baru balik daripada Jakarta dua tiga hari lepas. Kawan-kawan di Jakarta bertanya dah lepas sampai ke Jakarta, dah lepas sampai ke Australia.
Jadi, bila sampai surat tu hari ni, ia hanya bagi sayalah, satu surat yang…
Mengesahkan..
Mengesahkan pemecatan. Padahal isu pemecatan ini sudah dua minggu menjadi bahan bualan dalam media dan dalam negara kita.
Saya sebenarnya nak berhenti tapi saya nak tanya lagi satu. Apakah ini satu perkara yang biasa ke YB Ustaz dalam keadaan macam ni, dalam Pas?
Saya rasa agak luar biasa sikit Datuk. Maknanya, bagi sekeping surat untuk sampai daripada Jalan Laut ke rumah saya di Bandar Bukit Mahkota itu ambil masa hampir tiga minggu, aish.. saya rasa kalau ingat kita hantar surat biasa pun, tiga minggu ni…
Kalau hantar despatch, kejap jer Ustaz. Dia pergi bayar tol KL, sampailah.
Ha, sampailah. Tapi tiga minggu untuk sampai ke rumah saya dari Jalan Raja Laut. Ada sedikit soal kekeliruan dan tanda-tanyalah bagi saya.
YB, saya nak tanya teruslah. Saya tak dapat baca surat yang YB dapat tu, mungkin YB Ustaz boleh terangkan sikit kandungan surat itu.
Surat tu menyebut bahawa mesyuarat Majlis Syura Ulama pada 13 haribulan (Januari) itu memutuskan untuk memecat saya kerana telah melanggar ketetapan-ketetapan yang telah ditentukan oleh Majlis Syura.
Jadi, saya tak tahu apa dia yang ketetapan-ketetapan yang telah ditentukan oleh Majlis Syura itu yang telah saya langgar. Mungkin kerana…andaian sayalah mungkin kerana saya membuat beberapa kenyataan media secara terbuka dan mungkin juga beberapa pendirian saya dalam isu-isu yang terkini khasnya agak berbeza dengan pendirian parti.
Jadi, kalau itu dianggap melanggar ketetapan-ketetapan yang telah dibuat Majlis Syura Ulama, maka kalau ikut kepada klausa itu Datuk, ramai orang nampaknya kena pecat daripada Pas lepas ni.
Ohh..Ok Ustaz saya nak tanya. Surat tu hanya memecat Ustaz dari Majlis Syura tapi Ustaz masih lagi menjadi ahli biasa Pas?
Berlaku konflik dari segi kenyataan yang dibuat oleh Al Fadhil Tuan Guru Mursyidul Am dan juga kenyataan yang dibuat oleh Al Fadhil Tuan Guru Presiden.
Al Fadhil Tuan Guru Mursyidul Am mengatakan bahawa saya telah bila dipecat ahli Majlis Syura Ulama secara automatik sebagai ahli Pas juga terpecat. Tapi kemudiannya, Al Fadhil Tuan Guru Presiden menyebut saya masih menjadi ahli. Ini pun saya hanya tahu melalui media juga. Saya tak ada sebarang pernyataan rasmi yang datang daripada parti tentang kedudukan saya sebagai ahli Pas.
Jadi, YB Ustaz ni sana pun tidak, sini pun tidak. Nampaknya masih lagi di awangan ya.
Saya tinggal Nasharuddin Mat Isa lah Datuk.
Adoi…saya nak tanya satu lagi, apakah…saya cuba meneka ya. Apakah sebab-musabab yang jadi begini agaknya macam Ustaz sebut tadi, kenyataan-kenyataan Ustaz itu mungkin berbeza dengan yang lain. Ada kena mengena dengan isu kalimah Allah ke?
Datuk..kalaulah kita ambil isu kalimah Allah yang sedang menjadi perdebatan yang cukup hebat dalam masyarakat kita sekarang ini. Kalau sebab perlucutan jawatan saya sebagai Majlis Syura itu kerana bercanggah dengan pendirian ataupun ketetapan yang telah ditentukan oleh Majlis Syura Ulama, sebab itu saya sebutkan tadi maka ramai sepatutnya juga dipecat.
Saya mohon maaf menyebut termasuk Tuan Guru Presiden juga. Kenyataan Al Fadhil Tuan Guru Presiden bercanggah dengan keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama. Dan ramai lagi yang membuat kenyataan-kenyataan termasuk daripada kalangan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang membuat kenyataan yang bercanggah dengan ketetapan yang telah ditentukan oleh Majlis Syura Ulama dalam isu kalimah Allah. Apatah lagi dalam isu-isu yang lain sebelum daripada ini.
Ramai lagi harus juga diambil tindakan kerana juga secara terbuka bercanggah sepertimana mungkin kenyataan-kenyataan saya yang bercanggah.
Jadi, kalau mengikut logiklah, berasaskan kepada yang berlaku kepada YB Ustaz. Yang lain pun harus mungkin dapat surat mungkin lambatlah. Kalau surat mungkin dua tiga hari lagilah. Agak-agak macam tu akan berlaku ke?
Wallahualam. Mungkin juga surat telah hantar, mungkin tak sampai lagi kepada mereka. Jadi, wallahualam.
Saya sebenarnya nak tahu. Dalam Pas ni macam mana boleh timbul perbezaan pendirian yang begitu ketara. Saya tahu kalau di mana-mana parti pun mesti ada perbezaan pandangan dan opinion. Tapi, dalam hal ini, dalam isu yang paling pokok, dia boleh berbeza begitu sehingga boleh memecah-belahkan parti.
Isu kalimah Allah?
Ya.
Isu kalimah Allah ni ialah, saya lihat ada usaha yang cuba dibuat pendekatan secara akademik. Ada usaha yang cuba dibuat secara ilmu akidah dan ilmu syariah. Tapi ada juga usaha yang diambil cuba pendekatan secara politik. Jadi, apabila ada tiga pendekatan yang berbeza sudah tentulah akan menimbulkan percanggahan pandangan dan perbezaan pendapat.
Padahal bagi saya, isu ini akidah itu yang harus diberikan keutamaan, yang lain-lain itu ia terletak di bawah akidah. Tapi, bila ada kumpulan, mungkin ada usaha mungkin untuk menjadikan ini sekadar isu politik, bukan sekadar ingin mungkin meraih sokongan daripada rakan-rakan kita yang beragama Kristian ataupun mungkin sekadar mungkin ingin meraih pandangan daripada rakan-rakan parti komponan Pakatan Rakyat. Maka, jadilah imbangan antara tuntutan akidah dengan tuntutan politik itu dia semacam satu baris, satu saf, satu martabat yang akan mengakibatkan berlakulah percanggahan pendapat.
Tapi kalau ini kita jadikan isu akidah. Isu yang tak sepatutnya orang lain sebab tak sama Allah yang kita sembah ni dengan Tuhan-tuhan yang disembah oleh orang lain.
Penggunaan kalimah Allah ini juga kita tak boleh samakan dengan kalimah bahasa Arab yang dipakai oleh orang-orang Arab. Saya ambil sebagai contoh Datuk, kalimah Ustaz. Ustaz ni kalau dalam konteks masyarakat kita, selalunya merujuk hanya kepada orang yang belajar agama, barulah dipanggil…yalah macam saya tentunya orang panggil Ustaz Nasharuddin, orang tak panggil ‘Ustaz Mat Talib’, pelik sikit bunyinya kan.
Betul.
Datuk pun mungkin tak nak dipanggil ‘Ustaz Mat Talib’.
Ya, betul
Datuk dipanggil Datuk. Tapi, penggunaan kalimah Ustaz ni dalam konteks masyarakat Arab, lain. ‘Ustaz Mat Talib’. Ustaz siapa lagi, kalau orang TV3 ni. ‘Ustaz Ashraf’ contohnya. Ustaz tu maksudnya Encik. Ustaz juga membawa maksud profesor.
Jadi, penggunaan itu tak boleh. Dia apa yang disebut sebagai keadaan suasana setempat itu harus diambil kira. Dalam konteks kalimah Allah ini, tidak boleh digunakan dalam konteks masyarakat kita kerana pertamanya ia tidak sesuai, tidak relevan, ia akan menimbulkan kekeliruan. Tapi yang lebih daripada itu Datuk, usaha ke arah nak mempromosikan kalimah Allah ini dalam penggunaannya dalam Bible bahasa Melayu ini. Pada saya, saya lihat lebih sebagai agenda-agenda tertentu untuk mengembangkan kefahaman-kefahaman itu kepada masyarakat Muslim dalam negara kita.
Dalam konteks politik, nampaknya sekarang ini, YB Ustaz kena betulkan saya ini kalau saya silap. Apakah perkiraan politik itu sekarang ini mengatasi apa juga perkiraan lain dalam parti Pas. Apakah ini menjadi tonggak perjuangan Pas sejak ia mula ditubuhkan. Ramai orang melihat macam sudah lari. YB Ustaz kena terangkan sikit.
Saya selalu mengungkap definisi politik dalam majlis-majlis, ceramah baik, kuliah saya baik. Definisi yang saya pakai adalah apa yang disebut oleh Ibnu Aqil. Saya sebut dalam bahasa Arab, Datuk. Siyasah politik itu adalah, ‘yang dikatakan politik itu adalah perbuatan dan pengurusan bagi menjadikan manusia itu dekat kepada kebaikan’. Itu yang saya fahami politik.
Bila kita nak berpolitik, untuk mengajak manusia dekat menjadi baik, maknanya kita akan menggunakan segala mekanisme yang ada dan segala proses perjalanan menyelurinya mestilah yang bertepatan dengan syarak, yang mendahulukan syarak…itu yang saya faham.
Tetapi, apabila ada percaturan-percaturan atau perkiraan-perkiraan yang meletakkan politik itu segala-galanya. Sampaikan, mungkin kadang-kadang terpaksa diketepikan hal-hal yang berkaitan dengan keutamaan membela akidah dan syariah.
Contohnya dalam kalimah Allah ini, bagi saya, ia sudah lari daripada trek asal penubuhan Pas pada tahun 1951 dan sejarahnya sehinggalah ke hari ini, kita lihat bagaimana konsistennya Pas itu dalam mempertahankan isu-isu yang berkaitan dengan akidah, berkaitan dengan syariah, pelaksanaan undang-undang syariah, kita usahakan syariah itu dalam kehidupan.
Mungkin yang mutakhir ini kerana tuntutan semasa mungkin nampak semacam cuba dilonggarkan pendirian itu hanya kerana..dulu kerana kita senang buat sebab kita seorang, kita bersendiri. Tapi, bila dah ada ‘kawan-kawan’ ni mungkin tuntutan ‘kawan-kawan’ itu lebih yang perlu diraikan. Mengakibatkan tadi lah, ada kelonggaran.
Saya terpaksa tanya ni. Kalau dalam Pas tu dengan landasannya yang begitu kukuh satu masa dulu. Sekarang ada ‘pihak-pihak’ lain atas sebab kepentingan politik dan sebagainya boleh mempengaruhi perjuangan yang dipikul oleh Pas begitu lama. Apakah pemimpin Pas hari ini ataupun perjuangan Pas hari ini begitu rapuh yang boleh dipengaruhi oleh ‘orang lain’.?
Dalam Pas ini ada tiga dewan Datuk. Dia ada Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.
Dewan Ulama adalah merupakan selain daripada Majlis Syura Ulama, Dewan Ulamak adalah merupakan tunjang kepada kekuatan Pas yang sudah tentu saja akan memberikan juga pandu arah dalam perjalanan tersebut.
Tetapi, apa yang berlaku sekarang ini mungkin selain daripada kedudukan Majlis Syura Ulama itu yang mungkin cuba dipertikaikan, diperlekehkan oleh ‘kumpulan tertentu’, contohnya. Begitu juga peranan Dewan Ulama itu yang cuba diperkecilkan, usaha itu sedang berlakulah.
Tapi saya amat menyakini kekuatan yang ada pada Majlis Syura Ulama, kekuatan yang ada pada Dewan Ulama Pas Pusat itu, akan menunjangi Pas ini selagi mana konsep kepimpinan ulama yang diperjuangkan untuk sekian lama itu dikekalkan dan dikontras pada perjalanan parti.
Tidak ianya dipengaruhi oleh unsur-unsur luar, unsur-unsur liberal, unsur-unsur pluralisme, unsur-unsur yang menganggap semua agama itu sama, unsur-unsur yang menganggap bahawa Tuhan itu sama saja, hak kebebasan boleh diberi dan sebagainya.
Selagi mana tidak dipengaruhi oleh unsur-unsur ini, Insyaallah saya rasa perjalanan itu akan jadi sepertimana yang di peringkat awal Pas ditubuhkan.
Dalam hal ini YB, kita tengok kalau orang luar dalam Pas tu cuba nak mendekati Pas, dia tidak pula bertepuk sebelah tangan pasal ada puak-puak dalam Pas tu yang menyambut. Jadi, kalau orang luar nak cuba, orang dalam dah sedia ada. Ini yang saya rasa boleh memberi tekanan kepada keseluruhan kepimpinan Pas. 
Ahli Pas adanya lebih kurang 1 juta orang Datuk. Pas ini bukan milik individu. Tidak ada mana-mana individu yang boleh menunggak dada mengatakan Pas ini milik dia, dia saja yang ada hak untuk mentafsir, dia saja yang contohnya boleh menjadi Mursyidul Am, yang lain tidak layak…contohnya.
Kalau ada orang claim dia saja yang layak jadi Mursyidul Am, dia saja yang layak jadi Presiden..tidak.
Pas ini milik ahli dia 1 juta orang. Dia ada dasar dia, dia ada perlembagaan dia, dia ada sistem dia yang tersendiri.
Selagi mana ini dalam keadaan ianya terpelihara dan tidak di… tadi saya sebut dipengaruhi faktor-faktor luar yang cuba melunakkan dasar-dasar asas Pas ini atas nama maslahaf, atas nama kepentingan, atas nama politik dan sebagainya. Insayaallah ia akan jadi jalan sepertimana yang ia berjalan sebelum daripada ini.
Tapi kalau mudah saja terpengaruh dengan unsur-unsur luar ini hanya kerana, contohnya katalah, contoh hanya kerana nak sampai Putrajaya. Hanya kerana nak merai, tadi saya sebut rakan dan komponan dalam itu. Hanya kerana ini sambil diletakkan dasar itu ketepi, ini bagi saya, bahaya bagi Pas, bahaya bagi 1 juta ahli Pas.
Sudah ada tanda-tanda berkompromilah. Maknanya dasar perjuangan Pas itu yang satu ketika dulu dipegang kuat, sekarang ini sudah terancam. Saya nak tanya, bagi mereka yang dalam Pas yang tersepit dalam perjuangan ini pasal tak mahu campur tangan atau pengaruh ‘orang luar’ ini, sekuat mana agaknya mereka boleh mempengaruhi kepimpinan Pas untuk menolak orang-orang luar ini supaya bercampur tangan dalam Pas?

Suara-suara yang menentang usaha ini sudah kedengaran. Sama ada suara yang datang daripada dalam sistem ataupun daripada luar seperti suara sayalah dan juga suara ramai lagi ahli. Yang bukan dalam kepimpinan tapi melontarkan.
Kita lakukan ini kerana sayangnya kita kepada Pas. Kita lakukan ini kerana kita tidak mahu Pas ini tercair dengan tuntutan semasa politik semata-mata sambil mengenepikan dasar.
Yang membezakan Pas dengan UMNO, yang membezakan Pas dengan DAP, yang membezakan Pas dengan PKR, yang membezakan Pas dengan MCA dan sebagainya adalah tunjang Islam yang didokong oleh Pas.
Saya sebenarnya nak tanya lepas ni tentang pemergian YB Ustaz ke Mekah dan Gaza. Tapi sebelum itu saya ingat saya nak tanya satu soalan lagi iaitu dah dapat surat, bukan pun macam yang Ustaz sebut, apa agaknya tindakan Ustaz selepas ni. Yalah, kalau nak keluar parti ke, nak buat parti baru ke. Ni soalan yang bila saya datang kelmarin, kawan-kawan saya tanya, pesan jangan lupa tanya Ustaz.
Saya masih ahli Pas, Datuk. Sampai setakat ini apa yang saya faham apa yang disebut oleh YB Tuan Guru Presiden, saya masih ahli Pas lah. Lainlah kalau memang ia pula kenyataan yang dibuat oleh YB Tuan Guru Mursyidul Am itu yang menyatakan secara automatik juga saya terpecat sebagai ahli Pas.
Tapi, sikit lagi saya juga kalau ada surat pemecatan sebagai ahli Pas, saya tunggu. Mungkin tiga minggu pula nak tunggu surat itu. Wallahualam.
Tapi apa yang akan saya buat sekarang ini, saya telah nyatakan dalam beberapa hari lepas. Bagi saya, jawatan itu secondary. Bagi saya, jawatan benda ini parti bagi pinjam kat kita dan parti ambil semula.
Yang penting sekarang, sebagai seorang Muslim, sebagai seorang yang ingin menjadi Muslim mukmin yang beramal kepada agamanya, saya akan cuba buat semaksimum mungkin kemampuan saya dalam kapasiti yang saya miliki.
Saya ingat dalam Pas, YB Ustaz ya, ramai orang yang macam tu. Dia tidak mengejar pangkat, tidak mengejar kedudukan tetapi sentimen sepertimana yang YB Ustaz sebut itu, saya rasa ramai yang menyokonglah.

Ya, saya juga rasa begitu. Ramai. Bukan semua orang masuk Pas untuk jawatan. Orang masuk Pas kerana ingin bersama dengan parti ini untuk memperjuangkan Islam.
Sama juga dengan parti lain Ustaz, saya rasa. Ok Ustaz, saya berhenti dulu di sini untuk kali yang terakhir. Selepas ni kita akan sambung. Saya nak tanya Ustaz tentang pemergian ke Gaza dan Mekah.
Silakan Datuk.
Ustaz, saya kena tanya ni. Kalau Ustaz betul-betullah nanti, Ustaz betul-betul kena pecat, keluar daripada Pas. Dan mengikut perjuangan politik Ustaz, personaliti Ustaz, kawan-kawan Ustaz yang ramai meminati Ustaz. Mungkin ada parti-parti lain yang hendak “meminang” Ustaz ini. Macam mana agaknya kalau berlaku macam tu?
(Ketawa) Setakat ni belum ada orang masuk “meminang” lagi Datuk. Belum ada lagi saya menerima sebarang tawaran untuk “meminang” ni. Setakat ni, macam yang saya sebutkan tadi, saya sebagai orang parti akur dengan apa yang ditentukan oleh parti.
Cara yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat. Cara yang terbaik untuk kita berikan sumbangan kepada Islam. Tetapi, tidaklah bermakna pula kalau kita tidak, ataupun kalau sekiranya saya dipecat saya tidak boleh berkhidmat. Tidak. Sebab kerja Islam ini banyak Datuk.
Tugas dan tanggungjawab yang dipikul ke atas kita ni terlampau banyak. Maknanya, kalau kita tak boleh naik kereta ni, kita tidak boleh buat kaedah ni, kita buat cara ni, yang menanti kita di luar sana tu cukup banyak.
Saya pun setuju, kita masuk politik ni bukan nak mengejar kerusi seumpamanya. Tapi YB duduk di Bachok sebagai Ahli Parlimen, agak-agaknya macam tu, ada ura-ura bertanding lagi ke atau macam mana tu?
Kalau merujuk kepada kenyataan YAB Mursyidul Am tu, saya sudah tidak dicalonkan lagi sebagai Ahli Parlimen di sana dan mungkin juga di tempat lain.
Tapi, tadilah. Maknanya sebagai orang parti, kita akur dengan keputusan parti sepertimana saya akur dengan keputusan Majlis Syura Ulama.
Saya nak tanya pada YB Ustaz. Dua lawatan yang Ustaz buat ke luar negara dengan Dato’ Seri Najib Razak sebagai PM. Cuba Ustaz terangkan titik-titik permulaan macam mana yang Ustaz ikut dia ke Mekah tu. Siapa yang ajak, apa puncanya, apa sebabnya yang Ustaz dimasukkan ke dalam rombongan tu?
Yang lawatan dulu Mekah bulan Ramadhan lepas tu ada permintaan sebenarnya daripada ulama-ulama lain yang saya kenalilah. Kawan-kawan saya di Mekah itu yang minta untuk adakan pertemuan dengan YAB Perdana Menteri bersempena dengan kehadiran beliau di mesyuarat OIC pada ketika itu.
Dan saya cadangkan kepada YAB Perdana Menteri, kenapa juga tidak bila beliau berada di Mekah, ambil kesempatan itu bertemu dengan ulama. Kita bermuzakarah, kita berbincang, mungkin beliau boleh menerima nasihat dan sebagainya. Kedua-dua pihak bersetuju. Dan persetujuan YAB Perdana Menteri itu telah diterima dengan baik oleh kawan-kawan ulama di sana itu dan pertemuan telah diatur di Mekah yang mereka mengambil kesempatan itu. Ulama-ulama di sana terbuka Datuk.
Berjumpa dengan walaupun dengan Perdana Menteri. Jumpa-jumpa tu, dia bagi tazkirah dulu pada Perdana Menteri, dia bagi nasihat dulu kepada Perdana Menteri. Ayat al-Quran itu yang dibaca, menurut ulama itu, ayat ini ditujukan kepada kamu wahai Perdana Menteri. Berlaku dialog yang cukup bagus.
Bagi saya, itu ruang yang cukup baik. Hubungan antara ulama dan umarak ini harus kita hidupkan budaya ini bagi memacu negara kita ni ke depan.
Manakala lawatan ke Gaza pula..
Nanti…saya nak tanya balik pasal lawatan ke Mekah tadi.
Ya Datuk.
Jadi, agaknyalah saya sebagai orang luar melihat pemergian Ustaz ke Mekah tu setelah majlis dulu mengatakan stop, berhenti, ini kisah-kisah perpaduan itu. Apakah itu dikaitkan dengan lawatan ke Mekah ini yang Ustaz pergi sama tu?
Agenda di Mekah itu jauh lebih besar daripada agenda Pas dan UMNO. Agenda di Mekah itu adalah agenda ummah. Sebab, mereka tahu, bila mereka jumpa Perdana Menteri Malaysia, mereka boleh minta Perdana Menteri Malaysia ini untuk menyuarakan rasa hati daripada ulama ini untuk diangkat kepada satu persidangan antarabangsa yang besar semacam persidangan OIC itu kerana harapan yang begitu tinggi mereka letakkan kepada Perdana Menteri kita dan juga kepada Malaysia.
Jadi, mereka minta itu untuk jadikan Malaysia sebagai platform untuk mereka bawa suara mereka dan bagi saya, apa yang berlaku di Mekah itu jauh daripada agenda Pas, jauh daripada agenda UMNO.
Malaysia ni kalau kita silap YB, daripada dulu pun memang bersuara lantang dalam hal-hal terutamanya di antarabangsa di peringkat OIC. Jadi, bukanlah satu perkara baru kan. Tapi, apabila di Mekah tu bila mereka meminta Dato’ Seri Najib meneruskan perjuangan itu dengan bantuan Ustaz. Itu satu perkara yang patut dibagi sambutan oleh semua orang.
Itulah saya sebutkan tadi. Saya  sebutkan walaupun boleh saja orang nak kata, balik daripada Mekah, macam-macam tuduhan orang yang dilemparkan kepada saya.
Itu yang saya nak kata. Lepas balik tu apa yang berlaku. Apa tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadap Ustaz?
Antara tuduhan mengatakan saya ni munafik, saya ni..macam-macamlah. Maknanya, kalau senarai itu terlampau banyak nak sebut.
Tapi bagi saya, yang penting matlamat kita untuk membawa mesej ummah ini amat penting Datuk. Jauh lebih penting dari Pas dan UMNO. Pas-UMNO ini hanya dua kelompok yang sedang berpolitik di Malaysia ini. Tapi agenda yang begitu besar itu, harapan yang begitu tinggi yang mereka letakkan kepada kita itu cukup-cukup tinggi.
Lepas tu Ustaz, baru-baru ni Ustaz pergi ke Gaza. Saya pun pernah pergi ke Gaza dua kali. Tapi saya melihat, pemergian sesiapa ke Gaza, orang bukan Palestin ke Gaza, satu risiko yang besar. Jadi, cuba Ustaz cerita macam mana perjalanan tu?
Saya ada berbisik kepada YAB Perdana Menteri kerana dalam rombongan ke Gaza baru-baru ini, bagi saya sesuatu yang menarik. Sebab selain daripada YAB Perdana Menteri bawa sudah tentulah Menteri Luar, saya sebagai Ahli Parlimen.
YAB Perdana Menteri juga bawa isteri, Datin Seri, bawa dua-dua anaknya dan juga bawa bakal menantu.
Saya sebut pada Perdana Menteri, kata bawa diri dia, isteri, anak, bakal menantu. Takdirlah…kita minta jauh, Alhamdulillah kita pulang dengan selamat. Takdirlah berlaku apa-apa hari itu di Gaza, habis keturunan Najib Razak tu.
Satu sifat keberanian yang ditunjukkan oleh beliau. Itu satu aspek, satu aspek sajalah.
Bagi saya, apa yang berlaku di Gaza baru ini Datuk, sumbangan rakyat Malaysia kepada rakyat Gaza ini bukan baru. Melalui bermacam-macam NGO yang telah turun ke Gaza. Kita tahu, ada Aman Palestin di sana, ada Aksan Sherif, ada Yayasan Amal…
Bulan Sabit Merah…
Bulan Sabit Merah, 1Malaysia. Semuanya ini dah turun. Rakyat Malaysia juga telah memberi sumbangan. Kita buat program di surau, kumpul RM10,000. Buat program di masjid, kumpul RM30,000. Kumpul-kumpul, hantarlah RM60,000…RM70,000.
Tapi kali ini bila lawatan itu diketuai oleh seorang Perdana Menteri, ketua sebuah negara. Yang antara perkara yang telah dipersetujui oleh YAB Perdana Menteri untuk membangunkan Gaza. Antaranya, satu, membina semula pejabat Perdana Menteri yang dibom oleh Israel yang berharga 1 juta dolar.
Perdana Menteri juga bersetuju untuk membina sebuah al madrasah al Malaysia yang dipanggil Malaysia School yang berharga 4 juta dolar. Kemudian ada juga sumbangan melalui tabung yang telah diusahakan oleh isteri YAB Perdana Menteri untuk membina sebuah wing di sebuah hospital.
Bila kita pergi Datuk, saya menyertai rombongan pemimpin negara, dari segi sumbangan kita tinggalkan paling tidak pada hari itu hampir 20 juta ringgit untuk membantu Gaza yang memerlukan.
Membantu orang Islam, prihatin kepada orang Islam ni bukan hanya sekadar tanggungjawab sebagai sebuah negara berdaulat seperti Malaysia ni tapi, ‘barangsiapa yang tidak prihatin dengan masalah orang Islam, dia bukan daripada kalangan mereka,’ kata Nabi SAW.
Jadi, keprihatinan yang ditunjukkan oleh negara melalui NGOnya, melalui rakyatnya, dalam lawatan itu diendorse oleh kepimpinan negara dengan projek-projek yang sedemikian.
Apa yang saya harapkan adalah, ia boleh saja ditafsir macam-macam. Macam-macam orang mentafsir lawatan itu..A, B, C dan sebagainya. Bagi saya, kita harus gemblengkan usaha untuk membantu sekadar mana kemampuan yang ada pada kita di mana saja tempat yang memerlukan. Dalam konteks ini Gaza memerlukan. Malaysia sudah memberi sumbangan begitu banyak tempat. Tapi Gaza ini agak signifikan kerana mereka berdepan dengan musuh yang cukup jelas.
Kawan-kawan pun tanya Ustaz. Bila Ustaz dah pergi ke dua tempat ini dengan PM, pergi ke Mekah, pergi ke Gaza. Dia tanya saya, cuba tanya Ustaz, ada ke bisik-bisik, Ustaz Nasharuddin masuklah UMNO. Ada ke begitu?
(Ketawa) Saya dah sebut tadi. Saya belum, siapa-siapa pun tak “pinang” saya termasuk YAB Perdana Menteri pun tak pernah sebut ajak saya masuk UMNO.
Saya berani menyebut secara terbuka dalam tv pada malam ini, memang tidak ada langsung pernah keluar daripada mulut YAB Perdana Menteri ajak saya masuk UMNO.
Tapi saya rasa, dalam Pas sendiri mungkin ramai juga pemimpin-pemimpin dia yang senang, yang suka, yang memberi galakan, memberi dorongan kepada apa yang YB Ustaz buat pergi ke Mekah dan pergi ke Gaza dengan PM. Apa pandangan diaorang, apa komen diaorang apabila Ustaz balik daripada kedua-dua tempat ini dengan PM?
Bagi yang menyokong pemergian saya itu, antara ulasan dan tafsiran mereka adalah mereka banggalah kerana ketua negara ajak orang Pas pergi untuk bersama dalam rombongan. Saya juga kebetulan sebagai Ahli Parlimen, saya telah sebut dalam banyak tempat, banyak dalam sebelum ini saya hadir dalam program-program ke luar negeri saya bersama kepimpinan yang lain. Dengan Menteri, dengan Speaker dan sebagainya.
Malah, saya sendiri pernah mewakili negara Datuk, saya ulang, Tan Sri Speaker Pandikar pernah menghantar saya menjadi wakil beliau dalam satu Persidangan Speaker-speaker Parlimen OIC di Damaskus, dua tahun lepas. Berucap bagi pihak beliau lagi sebagai Speaker. Macam saya pula Speaker ketika berucap itu.
Itu bukannya satu perkara yang pernah atau selalu berlaku kan?
Saya rasa tak pernah berlaku. Saya check dengan kawan-kawan di Parlimen, memang tak pernah berlaku, seorang daripada parti pembangkang mewakili Speaker. Bukan bersama dalam rombongan Speaker. Saya pernah bersama dengan rombongan Speaker ke Iran, ke Dubai, ke Doha, ke Tanzania..pernah bersama rombongan Speaker itu. Tapi, mewakili Speaker, maknanya saya bercakap bagi pihak Speaker.
Jadi bagi saya, itu satu penghormatan kepada Pas. Dan bagi saya juga satu kematangan dalam konteks politik dalam urusan yang berkaitan dengan kepentingan bersama, kita patutnya satu suara.
Isu Palestin…bila kita buat satu persidangan khas di Parlimen, satu suara. Isu keganasan di mana sahaja,suara kita akan satu. Jadi, bukan benda yang pelik bagi saya.
Saya nak balik sikit kepada sejarah YB. Semasa Almarhum Fadhil Nor meninggal, kalau tak silap saya bulan..semasa UMNO mengadakan Perhimpunan Agungnya. Pada masa itu, kalau tak silap saya Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri. Dato’ Seri Najib menjadi Menteri Pertahanan. Saya dibagitahu oleh kawan-kawan, pada masa itu lagi tanda-tanda persahabatan antara pemimpin UMNO dengan Pas pemimpin cuba…kalau tak silap saya Ustaz lebih arif dalam hal ini. Cuba Ustaz ceritakan?
Antara tanda-tanda persahabatan yang Datuk sebutkan itu, Dato’ Seri Najib ketika itu Menteri Pertahanan. Dia adalah antara Menteri yang awal tiba di HUKM. Almarhum Ustaz Fadhil menghembuskan nafasnya yang terakhir di HUKM. Dia antara Menteri yang awal sampai di HUKM. Dan kebetulan saya ada di bilik mayat itu ketika Dato’ Seri Najib sampai dan dia bertanya kepada saya, apa benda yang boleh kerajaan bantu.
Saya pada ketika itu ingat nak minta ambulans saja sebiji untuk kita bawa jenazah pergi. Dia kata, nak bawa balik mana? Saya kata, kita nak bawa balik Kedah jenazah ni. Dia sendiri, di depan saya, menghubungi, dia Menteri Pertahanan, menyediakan sebuah kapal terbang untuk bawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil daripada Kuala Lumpur ke Kedah.
Jadi, saya ingat lagi. Kita nak naik kapal terbang daripada apa..airport Subang tu, airport TUDM tu. Ketika jenazah nak diangkat ke dalam kapal terbang, ketika itu YAB Tun Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi datang dan beliau masuk ke dalam kereta jenazah tu dan membacakan al-Fatihah dalam kereta jenazah itu.
Jadi, dalam hal ini, itulah tadi bibit-bibit, semangat persaudaraan itu ada tapi takkanlah nak tunggu mati baru kita menimbulkan persaudaraan. Nak tunggu negara pecah baru…
Nak kucar-kacir, nak kelam-kabut…
Kenapa tidak dalam keadaan tenang-tenang ni duduk, kita bincang (ketawa)

AMUKANMELAYU - anak didik Al Marhum Ustaz Fadzil di landasan yang betul untuk kembalikan MARWAH PAS .........