,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday, 6 February 2013

BILA KETAM MENYURUH ANAKNYA BERJALAN BETUL



ISLAMELAYU KEHILANGAN PEMIMPIN 

  

DULU SALAH - Kini salah jika sesama Islam.....tapi dengan KAFIRUN dah ok

Pada 1981 'Amanat Hadi' dikeluarkan bagi menghalalkan PAS mengkafirkan seteru politiknya, Umno lantaran parti dominasi Melayu itu dikatakan mengekalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliyah sebagai asas perjuangannya.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang pada ketika itu merupakan antara pemimpin pelapis PAS turut meyakinkan pengikutnya bahawa perjuangan menentang Umno adalah jihad dan mati mereka adalah syahid.
Seruan yang dibuat Hadi pada 7 April 1981, di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu itu benar-benar berjaya meniup semangat jihad dikalangan penyokong taksubnya, sehingga membawa kepada peristiwa Memali pada 1985.
Peristiwa itu menyebabkan 14 nyawa terkorban, berpuluh yang cedera dan ramai lagi ditahan pihak berkuasa.
Jika diperinci semula, Hadi ketika itu bertegas perang terhadap Umno mesti dilaksanakan kerana parti itu bersekongkol dengan ideologi kafir dan mengagungkan perlembagaan barat.
Tetapi bagaimana pula dengan PAS hari ini yang bersekongkol dengan parti dominasi Cina, DAP, yang kerap kali menguji tahap keimanan dan keterbukaan PAS terhadap dasar perjuangan mereka?
Bukan senang PAS dan DAP mahu menyulam keserasian. Banyak isu dan ideologi mereka berbeda tetapi terpaksa disisir rapi agar ia tampak kemas dan gagal dihidu seteru politik.
Dalam usaha merapikan hubungan dengan DAP, Hadi dilihat cuba mengendurkan amanat yang dibuatnya sendiri tiga dekad lalu.
Pada 18 Januari 2003 dalam satu ucapan yang dipanggil Amanat Perdana Pemangku Presiden bertajuk 'Pilihanraya ke-11: Formula Kemenangan", Hadi secara jelas berkata PAS membuat satu pengorbanan untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan pelaksanaan Hudud di peringkat persekutuan.
Hadi berkata, PAS menyedari isu Negara Islam dan perlaksanaan Hudud serta syari'at menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif (DAP-PKR-PAS).
Oleh itu katanya, cukuplah sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini di peringkat persekutuan.
Petikan ucapan Hadi di muka surat 10 daripada 13 muka surat itu juga jelas menampakkan persetujuan PAS 'menggunapakai perlembagaan yang sama' jika gagasan itu memenangi Pilihan Raya Umum (PRU).
Nah! Apa sudah jadi dengan pendirian Hadi sebelum ini? Bukankah perang yang dilancar terhadap Umno sebelum ini semata-mata kerana parti itu menggunapakai perlembagaan yang sama?
Tidakkah sikap 'mengkarung' PAS itu amat cocok dengan sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang berbunyi:
“Barangsiapa memanggil seseorang dengan kafir atau mengatakan kepadanya “hai musuh Allah”, padahal tidak demikian halnya, melainkan panggilan atau perkataannya itu akan kembali kepada dirinya”. [HR Muslim 93]




Hanya ALLAH yang tahu apa semua di sebalik musibah ini.


PAS DAN NEGARA ISLAM

Secara umumnya semua orang melayu tahu dari dulu lagi dari awal penubuhan lagi PAS pada tahun 1951   cita-cita PAS nak menubuhkan Negara Islam, setiap ceramah Pas tak lekang dengan menyebut kalau Pas berkuasa itulah cita-cita Pas akan menjadikan negara ini NEGARA ISLAM.

Sahingga  Haji Hadi mengeluarkan Amanah Hadi pada tahun 1981, mengkafirkan sesama  Islam kerana pemerintah mengekal   perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir mengekalkan   peraturan jahiliah.

Tapi malangnya  Dalam Dewan Negeri Perak YB Datuk Tajul Rosli bertanyakan kapada MB Perak ketika Pakatan pembangkang memerintah Perak iaitu YB Nizar dari PAS, adakah YAB nak melaksanakan hukum hudud dan pemerintahan cara Islam di Negeri Perak.

Tapi jawapan YAB Niza ketika itu, "bila Pas manyatakan nak melaksanakan negara Islam dalam perlembagaan Pas perangan mana yang menyatakannya?", berdolak dalih Pas dalam menjelaskan isu ini, tapi dalam ceramah mereka bagitu lantang menipu rakyat.

PAS tak boleh menapikan tentang negara Islam kerana PAS telah mengeluarkan  buku NEGARA ISLAM cetakan pertama  oktober  2003, di cetak oleh  Angkatan Edaran Etn. Sdn Bhd. Lot 6, Jalan Tukang 16/4, seksen 16 Shah Alam.

Tapi apabila gila nak ke Putra Jaya sangup membuang hala tuju PAS  yang di pegang selama ini sahingga pengikut-pengikut dan ahli tegar Pas menkafirkan sesama Islam, Dalam Muktamar PAS telah mengubah menjadi Negara Berkabajikan.

Untuk apa sebenarnya ? untuk nak bersahabat dengan DAP  yang dah terang-terang tak setuju dengan Negara Islam, tunduk kapada DAP, apa sebenarnya yang PAS cari ? matalamat telah menghalalkan cara.

Haji Hadi selaku Persiden PAS semasa convention PAKATAN 2011,  telah berikral mempertahankan perlembagaan persekutuan seperti yang termaktub didalam Buku JINGGA.

HAJI HADI BERDOLAK DALIH, DALAM AMANATNYA PADA 1981 MENUDUK UMNO MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN JAHILIAH, TAPI DALAM IKRALNYA 2011 AKAN MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

Kalau kita ambil ciri-ciri orang munafiq, salah satunya kalau bercakap dia berbohong, adakah ini boleh dikotagerikan  berbohong ? munafiq seratah tak belajar Agama mendalam.

Pada pandangan Seratah Pas hanyalah tongangan DAP tetapi pengikutnya masih tak nampak kerana dikabuli oleh ceramah-ceramah agama yang sengaja melarikan isu sebenar

KITA FIKIRKANLAH SEMUANYA INI.

Pernah Rancang Bunuh Dr Mahathir Kerana Taksub Dengan Amanat Hadi


Penulis buku 'Kafirkah Aku?' C.N Al-Afghani atau lebih dikenali sebagai Cikgu Non mengaku bahawa beliau pernah merancang untuk membunuh Tun Dr Mahathir yang ketika itu masih menjadi Perdana Menteri.

Memetik kandungan buku tersebut di muka surat 31-32, Cikgu Non menulis,
"Saya amat mendendami P ketika itu, kerana Tun Dr Mahathir pernah menghin undang-undang hudud. Juga kerana Tun bertanggungjawab terhadap pembunuhan orang kampung dalam tragedi Memali. Hingga ada perancangan membunuh PM atau mana-mana pemimpin UMNO, juga orang kafir yang terang-terang anti Islam. Kami mengawasi pergerakan PM, kalu boleh mahu cipta sejarah seperti di Mesir. Presiden Jamal Nasir ditembak mati kerana dianggap pemimpin zalim terhadap gerakan Islam di sana. 
Allah lebih mengetahui , Tun Dr Mahathir terselamat apabila agenda kami dapat dihidu oleh Bukit Aman. Beberapa orang dari kami ditahan bawah ISA pada penghujung 1988. Saya terlepas sebab ketika itu berada di medan jihad bumi Afghanistan."
Dalam mengaitkan tindakannya itu dengan 'Amanat Hadi', Cikgu Non seterusnya menulis,
".........menyebabkan saya merancang untuk membunuh PM dan pemimpin UMNO. Demikianlah dahsyatnya akibat dari amanat Datuk Seri Hadi....." - (muka surat 45)
"Bagaimanapun dalam usaha mencegah kemungkaran BN dibawah Tun dulu, saya memang pernah merancang untuk membunuh PM Tur Dr Mahathir. Semua ini semata-mata didorong oleh Amanat Datuk Seri Hadi dan penekanan hudud yang menjadi teras pentadbiran negara Islam yang diperjuangkan sewaktu itu" - (muka surat 75)