Tabung Memali: ADA HAK ANAK YATIM DI DALAMNYA
KEJAM - Pembunuhan yang meronton setiap hati yang merasainya
Sayu sungguh mendengar
cerita dari seorang penyokong PAS tegar di Baling, Kedah, yang
menceritakan tentang nasib balu dan anak-anak yatim mangsa tragedi
Memali yang begitu malang setelah kehilangan tempat bergantung hidup…
Ketika tragedi itu berlaku, PAS cuba
menonjolkan diri sebagai “pembela” nasib mereka. Namun tidak
disangka-sangka, masa depan mereka telah dipersia-siakan dan terpaksa
hidup mengemis tanpa sebarang pembelaan.
Malah lebih menyedihkan, hidup mereka
melarat dan hak yang sepatutnya mampu membantu mereka mendapat sebuah
kehidupan yang sempurna telah dinafikan dengan zalim oleh para pemimpin
PAS…
Siapa yang pernah bertemu dengan Cikgu
Non atau nama penanya, CN Al-Afghani, pasti tahu tentang cerita
kezaliman PAS ini. Dan parti itu semahu-mahunya cuba menutup mulut Cikgu
Non dari terus membongkar kejijikan “perut busuk” di dalam PAS..!
Menurut Cikgu Non, PAS telah mewujudkan
Tabung Memali dan mereka telah berjaya mengumpul jutaan ringgit dari
pihak yang bersimpati terhadap mangsa tragedi berdarah itu. Malangnya,
Tabung Memali yang tidak pernah diaudit itu “lesap” entah ke mana…
Cikgu Non menceritakan bahawa ada dari
kalangan balu dan anak-anak yatim itu hidup melarat seperti pengemis
yang meminta simpati dan ada pula yang terbiar serta meninggal dunia
dalam keadaan yang mengaibkan akibat kemiskinan. Sangat menghairankan bila 14 keluarga
waris mangsa ini hidup sengsara sedangkan Tabung Memali yang dikutip
khas untuk mereka berjumlah jutaan ringgit! Sepatutnya, mereka mampu
hidup dalam keadaan yang cukup sempurna.
Apa yang PAS buat dengan duit sebanyak
itu? Kemanakah PAS belanjakan duit sebanyak itu. Adakah wang tersebut digunakan untuk membayar ELAUN penceramah bagi menabur fitnah dan maki hamun insan yang lain di setiap ceramah supaya dapat menyembunyikan sifat buruk dan keji bagi melindungi KES TABUNG MEMALI supaya tidak menjadi perdebatkan umum?
Cikgu Non berkata, Kerajaan ketika itu
telah memberikan wang pampasan kepada waris mangsa tragedi Memali
berjumlah RM300,000 di mana 14 waris tersebut dianggarkan menerima
sebanyak RM20,000 setiap seorang.
JAHAT DAN KEJAM - Sayu dan pilu.....yang berpengentahuan Ugama pun terlibat sama.
Paling menarik, PAS yang kononnya
“pembela” telah mengupah peguam untuk menyaman Kerajaan BN ketika itu
atas kejadian tersebut dan khidmat para peguam itu dibiayai sepenuhnya
oleh PAS Pusat.
Tapi, datang pula seorang wakil PAS Kedah
yang mengutip wang sebanyak RM1,500 dari setiap keluarga mangsa,
kononnya bagi membiayai kos guaman, perbicaraan di mahkamah dan
sebagainya!
Bagaikan tiada perasaan dan rasa berdosa mangsa-mangsa
tersebut dianiaya oleh PAS Kedah. Sedangkan semua kos guaman dan perbicaraan itu
adalah percuma sebenarnya, tapi PAS Kedah pula dapat untung dengan
menipu setiap keluarga malang ini.
Saya tertanya-tanya, apakah PAS Pusat
ketika itu tidak mengajar PAS Kedah tentang hukum memakan hak anak yatim
menurut agama Islam? Bagaimana PAS
“menghalalkan” dan membiarkan mereka yang makan dan songlap hak anak yatim ini.
Sehingga kini, saya difahamkan sudah
berkali-kali laporan polis telah dibuat oleh Cikgu Non dan kes itu belum
selesai disiasat sehingga kini dipercayai kerana ketiadaan maklumat
akibat kes terpendam terlalu lama. Saya berpandangan bahawa berkemungkinan
PAS boleh terlepas dari hukuman mahkamah di dunia memandangkan ia
hanyalah hukum yang dicipta manusia yang bersifat tidak sempurna, ini memberi ruang kepada PENGKHIANAT ini akan terlepas, tapi sebagaimana mereka mengatakan KEZALIMAN PEMERINTAH yang kononnya RAAYAT TERINAYA.... dan akan di adili di PADANG MAHSYAR nanti......sebenarnya mereka yang MEMAKAN harta ANAK YATIM ini terlebih dahulu akan di adili di neraca ALLAH dan akan di humban kedalam NERAKA SA'IR. Amat pedih siksaan Allah.......
Tunggulah di akhirat kelak dan jangan
terkejut sekiranya puak-puak PAS yang kononnya memperjuangkan ISLAM ini dan ada “tiket ke syurga” akan dihumban ke neraka disebabkan skandal Tabung
Memali ini…Wallahua’alam.
AMUKANMELAYU - Islam sebahagian pengamal Politik PAS ini hanya pada "JUBAH DAN LEBAINYA" saja...samalah ULAMAK yang menyembunyikan dan menjadi ULAMAK bisu di dalam UMNO.